Anda di halaman 1dari 6

Pendahuluan

Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan komenwel (CHOGM) pada 18-24 Oktober 1989


telah memperkukuhkan lagi pengurusan alam sekitar dengan termaktubnya Deklarasi
Langkawi Mengenai Alam Sekitar pada 21 Oktober 1989. Sempena tarikh bersejarah ini,
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong telah mengishtiarkan 21
Oktober setiap tahun sebagai Hari Alam Sekitar Malaysia. Sambutan ini diadakan selama
seminggu dan dikenali sebagai Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM). Dasar Alam Sekitar
Negara (DASN) telah diwujudkan untuk meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya
serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan alam sekitar dan
pembangunan lestari. Tujuan DASN adalah untuk mencapai;

(1) Alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif bagi generasi masa kini dan
masa hadapan,
(2) Pemuliharaan kebudayaan dan warisan semulajadi yang unik dan pelbagai dengan
penyertaan berkesan semua sektor masyarakat, dan
(3) Cara hidup, pola penggunaan dan pengeluaran yang lestari.

Terdapat lapan (8) prinsip di bawah DASN untuk mengharmonikan matlamat


pembangunan ekonomi dengan kepentingan alam sekitar iaitu:

1. Pengawasan Alam Sekitar


2. Pemuliharaan Ketahanan dan kepelbagaian Alam
3. Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar
4. Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Asli
5. Membuat Keputusan Bersepadu
6. Peranan Sektor Swasta
7. Komitment dan Kebertanggungjawaban
8. Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa
DASN bertujuan mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar ke dalam aktiviti
pembangunan dan proses membuat keputusan yang berkaitan, memupuk pertumbuhan
ekonomi serta kemajuan manusia jangka panjang, dan untuk melindungi dan memperbaiki
alam sekitar. Ia melengkapi dan menambah dimensi alam sekitar yang terkandung dalam
dasar kebangsaan yang lain, seperti dasar perhutanan dan perindustrian, dan juga
mengambil perhatian akan konvensyen antarabangsa mengenai kepentingan sejagat.

Objektif:

1. Meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan orang ramai terutama murid


sekolah bagi menjamin kesinambungan kualiti alam sekitar bagi keperluan generasi
akan datang.
2. Mengeratkan dan mempertingkatkan kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan,
Kerajaan Negeri dan Sektor Swasta di dalam pengurusan alam sekitar yang baik bagi
meningkatkan kualiti pengurusan dan pendidikan alam sekitar.
3. Menggalakkan kerjasama di antara pelbagai agensi seperti pertubuhan bukan
kerajaan, agensi-agensi swasta, individu dan sebagainya dalam usaha pemuliharaan
alam sekitar terutama bagi melahirkan alam sekitar yang sihat dengan pengurusan
yang baik yang dapat memberikan manfaat kepada semua pihak.

1. Visi

Pemuliharaan alam sekitar untuk kesejahteraan rakyat dengan penerapan nilai


masyarakat dalam menghasikan generasi “Go Green”.

2. Misi

Memastikan pembangunan lestari di dalam proses memajukan sIstem pendidikan


negara dan menerapkan hasil dari pendidikan alam sekitar ke dalam hati semua
lapisan masyarakat.
Rasional

1. Murid sekolah dimasa ini masih kurang kesedaran terhadap kepentingan penjagaan
alam sekitar serta kurang pendedahan mengenai cara penjagaan alam sekitar.
2. Kurang kesedaran dikalangan penduduk setempat tentang cara pengendalian sisa
buangan serta pengurusan sisa pepejal dan hanya mengharapkan pihak berkuasa
sahaja yang mengambil tindakan.
3. Tiada suatu sistem yang diterapkan kepada pelajar dimasa ini akibat dari
kekurangan dan kelemahan sistem pendidikan itu sendiri.
4. Para pendidik juga tidak dapat pendedahan mengenai cara pengurusan system
buangan yang betul serta sistem pengurusan sisa pepejal dari Jabatan Alam sekitar.
5. Persekitaran sekolah yang tidak membantu dalam membangunkan pelajar tentang
kesedaran serta kepentingan penjagaan alam sekitar.

Matlamat

1. Menceriakan persekitaran sekolah dengan mendidik murid untuk menghargai


persekitaran yang hijau serta sihat.
2. Memelihara alam sekitar sediada dengan menambahkan keceriaan serta menambah
baik infrastruktur dan prasarana yang masih kurang.
3. Memberikan pendedahan kepada murid tentang kepentingan menjaga alam sekitar
dengan mewujudkan taman – taman botani serta kebun tumbuh-tumbuhan bagi
mengekalkan keseimbangan alam.
4. Mewujudkan tempat pembelajaran secara tidak lansung dengan mengadakan
pondok bacaan dalam taman yang dibina.
Kumpulan Sasaran

Semua Warga Ssekolah Kebangsaan Rompin yang terdiri dari kalangan Murid, Guru,
Pentadbir, Pekerja Swasta, Staff Sokongan dan Ahli Jawatan kuasa Persatuan Ibubapa Dan
guru serta Masyarakat setempat.

Tarikh Jangkaan

Fasa 1 (Tahun 2018 )

1. Projek Pondok Bacaan (Ditambah baik)


2. Taman Herba
3. Laman Hijau ( Kebun Sayur)

Tempat

1. Hadapan Pusat Kegiatan Guru ( 2 Pondok Bacaan)


2. Bersebelahan Makmal Bestari (Taman Herba)
3. Bersebelahan Kantin Dan Blok Tahun 6 (Laman Hijau)

Jenis Projek

Projek Pertanian dan Pendidikan Alam Sekitar


Perbelanjaan

Bil Anggaran Jumlah


Bil Nama Projek
Unit Perbelanjaan Kos
1 Projek Pondok Bacaan 2 RM 1000 2000
2 Taman Herba 1 RM 1000 1000
3 Laman Hijau ( Kebun Sayur) 2 RM 500 1000

JUMLAH 4000

Sumber Kewangan

SUMBANGAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SERTA SUMBANGAN SYARIKAT SERTA
ORANG PERSEORANGAN

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

…………………………………….. ….……………………………….
(SHAHIBOL BIN MAZLAN) ( HAJAH HALIJAH BINTI ABD MANAP)
GURU PENOLONG KANAN HEM GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN ROMPIN SEKOLAH KEBANGSAAN ROMPIN

Anda mungkin juga menyukai