Anda di halaman 1dari 11

MINIT CURAI BENGKEL / LATIHAN GURU SEKOLAH HIJAU

TARIKH : 5 OKTOBER 2022


MASA : 8:30 pagi – 1:00 petang

SLOT : JABATAN ALAM SEKITAR PULAU PINANG


PN. FAEZAH MOHAMAD ARSHAD
PENGENALAN KEPADA SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR
(SLAAS) & MODUL KELAB ALAM SEKITAR SEKOLAH (KASS)

JABATAN ALAM SEKITAR

FUNGSI
- Mentadbir dan menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
- Seksyen IV Akta Zon Ekonomi Ekslusif 1984
AKTIVITI UTAMA JAS
1. Operasi
2. Pembangunan
3. Pembangunan kapasiti
4. Obligasi Hubungan Serantau dan Antarabangsa

8 PEMBOLEH DAYA
1 kemampuan Fizikal
2. Modul Kewangan
Keberkesanan Penyampian Institusi
Tadbir urus dan Integriti

DASAR ALAM SEKITAR NEGARA


Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) telah diwujudkan untuk meneruskan kemajuan
ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia
menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari. Tujuan DASN
adalah untuk mencapai; (1) Alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif
bagi generasi masa kini dan masa hadapan, (2) Pemuliharaan kebudayaan dan
warisan semulajadi yang unik dan pelbagai dengan penyertaan berkesan semua
sektor masyarakat, dan (3) Cara hidup, pola penggunaan dan pengeluaran yang
lestari.

Terdapat lapan (8) prinsip di bawah DASN untuk mengharmonikan matlamat


pembangunan ekonomi dengan kepentingan alam sekitar iaitu:
1. Pengawasan Alam Sekitar
2. Pemuliharaan Ketahanan dan kepelbagaian Alam
3. Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar
4. Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Asli
5. Membuat Keputusan Bersepadu
6. Peranan Sektor Swasta
7. Komitment dan Kebertanggungjawaban
8. Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa
DASN bertujuan mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar ke dalam aktiviti
pembangunan dan proses membuat keputusan yang berkaitan, memupuk
pertumbuhan ekonomi serta kemajuan manusia jangka panjang, dan untuk
melindungi dan memperbaiki alam sekitar. Ia melengkapi dan menambah dimensi
alam sekitar yang terkandung dalam dasar kebangsaan yang lain, seperti dasar
perhutanan dan perindustrian, dan juga mengambil perhatian akan konvensyen
antarabangsa mengenai kepentingan sejagat.

STRATEGI HIJAU DI BAWAH DASAR ALAM SEKITAR NEGARA

LATAR BELAKANG SEKOLAH LESTARI


- Kerjasama KPM Bersama Kementerian Alam Sekitar dan Air
- Sekolah Hijau menyokong Sekolah Lestari
- Program sekolah Lestari- anugerah Alam Sekitar (SLAAS) merupakan
cetusan idea sewaktu Simposium Alam Sekitar untuk pengetua-pengetua
sekolah
- Penglibatan semua warga sekolah
- Sekolah di peringkat ASEAN juga menjadikan sekolah lestari sebagai
benchmark
-

- Perangkap minyak boleh mengawal pencemaran air


- ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB SETIAP ORANG
- Memupuk rasa rasa sayang kepada alam sekitar bermula dari bangku
sekolah lagi
- Memastikan alam sekitar tidak tercemar
-

Rajah 2: Payung Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar

- Elemen alam sekitar telah diterapkan dalam sukatan pelajaran


- Kreativiti sekolah boleh ditingkatkan dan tonjolkan melalui sekolah lestari
- Sekolah   Lestari-Anugerah   Alam   Sekitar   mampu   mewujudkan   sekolah
sebagai  pusat  kecemerlangan  alam  sekitar.  Selain  itu,  turut  berfungsi
sebagai     pusat     pembelajaran     dan     pengajaran     yang     berupaya
mempengaruhi   dan   mengubah   sikap   seluruh   warga   sekolah   dan
masyarakat ke arah kehidupan yang lestari.

KONSEP SEKOLAH – ANUGERAH
ALAM SEKITAR
Sekolah   Lestari   –   Anugerah   Alam   Sekitar   berkonsepkan   pendekatan
menyeluruh yang melibatkan  semua  lapisan  warga  sekolah  bersama keluarga, 
komuniti  setempat,  kerajaan,  pihak  swasta  dan  badan  bukan kerajaan (Rajah 1).
Konsep    ini    juga    menitikberatkan    pendekatan    bersepadu    dalam
pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan di sekolah .
DOKUMEN SLAAS
KOMPONEN SEKOLAH LESTARI – ANUGERAH ALAM SEKITAR
Hasrat Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar
Sekolah   Lestari   –   Anugerah   Alam   Sekitar   adalah   suatu   usaha   bagi
melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara yang mana mempunyai lapan (8)  
prinsip   dan   tujuh (7)   strategi   hijau.   Strategi   Hijau   pertama memfokuskan
aspek pendidikan dan kesedaran yang memberi kefahaman tentang  konsep 
kesejahteraan  alam  sekitar  dan  pembangunan  lestari, selaras  dengan  prinsip-
prinsip  Pembangunan  Mampan  dalam  Agenda  21 (Lampiran 1).
Pendidikan dan kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
yang memerlukan pengetahuan, kefahaman, perubahan sikap dan penglibatan  
masyarakat.   Sekolah   Lestari   –   Anugerah   Alam   Sekitar
bertujuan   membentuk   persekitaran   sekolah   yang   menitikberatkan
pemeliharaan  dan  pemuliharaan  alam  sekitar  yang  dapat  memberi  nilai tambah
kepada sekolah dalam lima (5) Komponen Sekolah Lestari iaitu:
CONTOH – CONTOH KOMPONEN SEKOLAH LESTARI YANG TELAH DI BUAT
DI SEKOLAH
KOMPONEN PENGURUSAN

KOMPONEN PENGHIJAUAN
KOMPONEN KOKURIKULUM

ELEMEN KHAS

Nilai-nilai sivik yang diterapkan melalui Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar
berupaya membentuk suasana dan persekitaran pembelajaran di sekolah yang lebih
kondusif dan komprehensif.
e-Waste
- E-waste tindak balas yang tidak Nampak
- Ada bahan kimia yang dibebaskan sehingga menyebabkan pelepasan gas-
gas beracun
- Pembuangan e-waste akan menyebabkan penyakit berbahaya seperti kanser
TUMPUAN KUTIP MINYAK MASAK
0176727475 (DR. CHAI)
0127705240 (MR. LAI)

SLOT 2: MR CHEW ENG SENG


SUBURKAN TANAH
- 3 :2:1
- PUSAT PENDIDIKAN HIJAU PADANG CEMPEDAK
MINYAK MASAK TERPAKAI
- Jika kita goreng ikan buang kepala supaya tidak menyedut banyak minyak
- Pencemaran air longkang
- Resipi sabun
- 1 liter minyak terpakai
- 400ml air
- 120 gm caustic soda
Tapis sabun dahulu
Campur air dan caustic soda kacau
Campur minyak masak tadi kacau
Boleh masukkan apa-apa pewangi

JUS BUAH-BUAHAN TERTAPAI


1 kg gula merah
3 kg kulit buah-buahan
10 liter air
- 100 g gula merah
- 1000 liter air
- 300 g kulit buah
- Bekas plastic bertutup
Campurkan gula merah dan air. Kacau hingga hancur, masukkan kulit buah dan
perapkan. Biarkan 30% . jangan tutup ketat sangat. Setiap minggu kacau
Kalua tak kacau aka nada ulat.letak di tempat yang berudara. Simpan hingga 3
bulan dan simpan dalam botol. Hanya 1 cap campur pencuci baju. Jus ini
pelbagai guna. Tiap2 hari boleh cuci paip sinki.

Membuat kompos
Faedah kompos
Bahan kering + bahan hijau + Air + udara
Cara mengurus sampah dengan baik, boleh melestarikan alam sekitar

TINDAKAN SELEPAS BENGKEL


- Perlu lebih giat menjalankan kempen kelestarian alam sekitar untuk menjamin
kelansungan alam sekitar kepada generasi akan dating.

Laporan disediakan oleh:

……………………………
(RASHIDAH BINTI SIDEK)
Penyelaras Sekolah Hijau
SMK Taman Inderawasih

Anda mungkin juga menyukai