Anda di halaman 1dari 7

CADANGAN PROGRAM MOTIVASI MURID ORANG ASLI

SEKOLAH KEBANGSAAN ROMPIN TAHUN 2022

1.1 PENGENALAN

Program motivasi murid orang asli ini adalah merupakan satu agenda yang
telah lama dirancang khusus untuk murid orang asli yang bersekolah di Sekolah
Kebangsaan Rompin. Ianya bermotifkan penerapan disiplin, pembentukan sahsiah,
kepimpinan dan ketrampilan murid orang asli selain dari tanggungjawab terhadap
tugas sebagai pelajar sekolah. Para pelajar murid orang asli juga merupakan
pemangkin yang utama dalam membantu meningkatkan taraf hidup keluarga
masyarakat orang asli pada masa akan datang. Lantaran dari itu para murid orang
asli seharusnya mempunyai kewibawaan dari pelbagai aspek dan seharusnya tidak
dipertikaikan lagi. Dalam ertikata lain murid orang asli seharusnya mampu
menyerlahkan lagi misi dan visi sekolah dalam melahirkan pelajar yang mempunyai
disiplin diri yang mantap yang tidak mampu diganggu gugat lagi.

1.2 RASIONAL

1.2.1 Murid orang asli kurang pendedahan serta mereka tanggungjawab terhadap
persekitaran sekolah dan tugas yang perlu dijalankan.
1.2.2 Murid orang asli juga tidak dapat memainkan peranan yang sebenar sebagai pelajar
kerana tidak mendapat peluang untuk melaksanakan tugas dengan baik mungkin
kerana tidak terdedah dengan asas pengukuhan yang kuat terhadap disiplin dan
peranannya dalam membentuk insan yang berwibawa.
1.2.3 Murid orang asli kurang melibatkan diri dalam tugas yang memerlukan komitmen
mereka yang mana ianya terpaksa dilaksanakan oleh rakan mereka dari kaum lain.
1.2.4 Sikap murid orang asli yang mengambil sesuatu perkara itu sambil lewa dan tidak
mengambil berat tentang disiplin menjadikan kebekesananya menjadi kurang.
1.2.5 Motivasi diri murid orang asli kurang yang menjadikan mereka tidak dipandang
sebagai pelajar yang berwibawauntuk diketengahkan dalam pelbagai bidang
terutama dalam bidang akedemik dan ko kurikulum.
1.3 OBJEKTIF

1.3.1 Membentuk sekumpulan pelajar murid orang asli yang berketrampilan menjadi
pemimpin di masa yang akan datang serta mempunyai disiplin dan motivasi diri
yang mantap.
1.3.2 Dapat membantu para guru dalam menangani masalah disiplin dari kalangan murid
orang asli dan mempunyai sikap serta nilai tanggungjawab yang tinggi lagi jitu.
1.3.3 Mengetahui tentang peranan mereka, mengapa mereka dipilih dalam kem serta
mampu menjalankan tugas mereka dalam bidang yang akan diberikan.
1.3.4 Memberikan pendedahan tentang kelemahan mereka yang mana biasanya tidak
difahami serta memperbaikinya dalam jangkamasa yang terdekat setelah program
ini dilaksanakan.
1.3.4.1 Meningkatkan motivasi diri serta pencapaian para murid orang asli dalam bidang
akedemik dan ko kurikulum selaras dengan wawasan negara bagi melahirkan insan
yang serba berkebolehan dalam pelbagai bidang.

1.4 KUMPULAN SASARAN

Murid orang Asli Sekolah Kebangsaan Rompin yang terdiri dari pelajar
Tahun 3,4,5 dan 6 yang berketrampilan serta berminatuntuk menyertai Kem ini.
Dianggarkan seramai 44 orang pelajar orang asli akan erlibat dalam kem ini.

1.5 TARIKH,MASA DAN TEMPAT

Tarikh :

Masa :

Tempat :
1.6 JAWATANKUASA INDUK

Penaung
En. Ramli Bin Gaisun
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Rompin

Penasihat
En. Mazli Bin Musa
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Rompin

Pengerusi
En. Shahibol Bin Mazlan
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Kebangsaan Rompin

Penyelaras Program
En. Othman Bin Adam
Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum
Sekolah Kebangsaan Rompin

Setiausaha
En. Shahibol Bin Haji Mazlan
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Kebangsaan Rompin

Penolong Setiausaha
En. Mohd Fairuzi Bin Mohd Kamaruddin
(Setiausaha Ko Kurikulum Sk Rompin)

Bendahari
Pn. Nur Fazilah Binti Jamil
(Bendahari PIBG SK Rompin)
1.7 JAWATANKUASA PELAKSANA
BI JAWATANKUASA NAMA GURU TUGAS
L
1 PENDAFTARAN EN. MOHD FAIRUS 1. Menguruskan pemilihan murid yang terlibat
EN. MOHD HAZLEY dari segi borang kebenaran dan pendaftaran
semasa pergerakan.
SAMBUTAN SEMUA PENTADBIR 1. Menguruskan para jemputan dan jemputan
penutup program serta urusan protokol.
KEM KOMANDAN EN. MOHD HAZLEY 1. Memastikan bahawa semua murid mematuhi
peraturan dan disiplin yang telah ditetapkan.
2. Mengawasi pelajar semasa beraktiviti
3. Memastikan kelancaran program
4. Menyediakan murid untuk keseluran program
AJK MAKANAN DAN
MINUMAN/ PENEMPATAN NK ADVENTURE 1. Menyediakan makanan serta minuman
SERTA RIADAH TEAM pelajar sepanjang perjalanan program.
2. Memastikan keselamatan pelajar semasa
perjalanan program.
3. Memastikan penempatan murid bersesuai
dengan kapasiti murid.
4. Memastikan keselamatan penempatan
terjamin.
5. Memastikan keselamatan tempat riadah serta
bilangan fasilitator yang bersesuaian dengan
bilangan pelajar
SIJIL / BUKU PROGRAM / PN. ZAINOORINNA 1. Menyediakan sijil penyertaan bagi murid yang
CENDERAMATA VIP DAN PN. MUHAIZA terlibat.
HADIAH MURID PN. ABIRAMI 2. Menyediakan Buku program untuk Majlis
PN. NURUL RAHMAH Penutupan.
PN. NOR AZHANA 3. Menyediakan Hadiah untuk program dan
kumpulan murid.
4. Menyediakan peralatan murid seperti Kertas ,
Fail Dan Alat tulis
SIARAYA EN. MOHD FAIRUS 1. Memastikan peralatan siaraya sentiasa
EN. MOHD ZULHELMI tersedia dalam keadaan baik dan berfungsi
sepanjang program berlansung
PERSIAPAN PENUTUP/ PN FAZILAWATI 1. Menyediakan menu untuk jamuan penutup
BANNER / PENGANGKUTAN PN SAIDAH Program.
DAN JAMUAN PN SORIYAZANA 2. Memyediakan pengangkutan untukPerjalanan
PN THALASIAH pergi dan Balik
PN ROZILAWATI

1.8 SUMBER PENDAPATAN

1. Peruntukan Jabatan Kemajuan Hal Ehwal Orang Asli (JAKOA)


1.8 PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH

1 Pengurusan RM300.00 RM300.00


2 Fail, Kertas Alat Tulis 40 RM8.00 RM320.00
3 Sijil 40 RM2.50 RM100.00
4 Cenderamata Fasilitator 8 RM80.00 RM640.00
5 Bayaran Penceramah RM2,500.00 RM2,500.00
6 Cenderamata VIP 3 RM100.00 RM300.00
7 Minum Pagi 2 x 40 RM5.00 RM600.00
8 Makan Tengahari 2 x 40 RM10.00 RM1,200.00
9 Sewa Chalet 40 RM50.00 RM2,000.00
10 Minum Petang 40 RM5.00 RM200.00
11 Makan Malam 40 RM10.00 RM400.00
12 Minum Malam 40 RM4.00 RM160.00
13 Sarapan Pagi 40 RM4.00 RM160.00
14 Pengangkutan 1 RM1,300.00 RM1,300.00
15 Banner 1 RM120.00 RM120.00
16 Cenderamata murid 11 RM100.00 RM1,100.00
17 Peti Kecemasan 1 RM120.00 RM120.00
18 Buku Program 10 RM3.00 RM30.00
19 Majlis Penutup 1 RM100.00 RM100.00
JUMLAH RM11,650
BESAR

1.9 PENUTUP

Adalah menjadi harapan kami agar program ini akan dapat memberikan impak yang
berkesan terhadap pendidikan dan kencenderungan pembelajaran murid orang asli.
Segala kerjasama dari semua pihak yang terlibat didahului dengan ucapan terima kasih
terutama Pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli , Pihak NK Adventure serta Pihak Pengurusan
sekolah.

Anda mungkin juga menyukai