Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN

PERKHEMAHAN MERIAH KOKURIKULUM PASUKAN BADAN BERUNIFORM PERINGKAT DAERAH


2023

YBrs. En Loh Chee Cheong,

Perkhemahan Meriah Kokurikulum Pasukan Badan Beruniform Peringkat Daerah Anjuran Unit
Kokurikulum SK (P) Methodist 1.

2. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu daripada aktiviti tahunan unit Kokurikulum
sekolah yang disertai oleh semua pasukan unit beruniform SK (P) Methodist 1. Namun pada tahun ini,
pihak sekolah ingin melangkah lebih jauh lagi dengan melaksanakan aktiviti kokurikulum ini di peringkat
daerah. Ini bertujuan untuk memberi lebih pengalaman dan pendedahan yang lebih lagi kepada murid-
murid dalam menimba ilmu dalam aktiviti perkhemahan. Ini penting agar dapat membentuk nilai jatidiri
murid yang lebih berketrampilan, mantap, dan berhemah tinggi. Selain itu aktiviti ini dapat memupuk
sikap kerjasama dan muafakat antara murid agar mendapat hasil yang cemerlang seterusnya melahirkan
sikap kepemimpinan yang hebat.

Seterusnya aktiviti ini juga selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sangat menekankan
pentingnya keseimbangan diri insan melalui penguasaan ilmu jasmani, kerohanian, emosi dan intelek agar
dapat melahirkan seorang insan dan warganegara berjaya serta cemerlang untuk kebaikan diri sendiri,
keluarga, bangsa dan negara. Semoga program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya.

3. OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.


3.2 Melahirkan ahli yang berdisiplin dan bersemangat waja dalam melaksanakan aktiviti seharian.
3.3 Mendedahkan para peserta dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.
3.4 Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan-latihan lasak dan mencabar.
3.5 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing.
3.6 Membentuk sikap kepimpinan, kemahiran berkomunikasi dan semangat muhibah dalam
kumpulan di kalangan pasukan unit beruniform.

4 KUMPULAN SASAR
4.1 Senarai nama sekolah dan bilangan murid terlibat
Nama Sekolah Jumlah Murid Guru Pengiring
SK(P) Methodist 1 110 10
SK Methodist 2 10 1
SK Limbongan 10 1
SK Bachang 10 1
SK Klebang Besar 10 1
Jumlah 150 14

5 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM


Tarikh : 22-24.9.2023 (Jumaat-Ahad)
Masa : 3 hari 2 malam
Tempat : Pusat Kokurikulum JPN Melaka
6 JAWATANKUASA KERJA
Penaung : En Mohd Ghazali Bin Ahmad
Pengarah Pendidikan Melaka

Timbalan penaung : Haji Jamsari Bin Mariman


Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembangunan Murid

Pengerusi : En. Asbullah Bin Sidek


GPK Kokurikulum

Timbalan Pengerusi : Pn. Noor Wati Binti Ngiman


GPK Kurikulum

En. Saiful Firdaus Bin Marjuki


GPK HEM

Setiausaha : Pn. Roslinda bInti Rosli


Penyelaras Unit Beruniform

Bendahari : Pn. Syahirah Binti Saad


Ketua Penasihat Puteri Tunas

Jurulatih Program : En. Mohd Hisham Bin Abdul Rahman


Penolong Pengarah Program Pusat Kokurikulum Negeri (Kem
Lanchang)

Bil NAMA AHLI JAWATANKUASA BIDANG TUGAS


1. En. Ammar Bin Zainal  Membentuk jawatankuasa program dan
Setiausaha Kokurikulum SK(P) Methodist urusetia program.
1  Memastikan setiap ahli jawatankuasa
pelaksana menjalankan tugas dengan baik,
lancar dan sempurna.
 Memastikan koordinasi program berjalan
lancar
 Menjadi rujukan setiap urusetia program
bagi tindakan
2. Setiausaha  Membantu menyediakan kertas kerja.
Pn. Roslinda Binti Rosli  Menyediakan surat mesyuarat kepada
pihak terlibat.
 Membantu koordinasi pengisian program
supaya bersesuaian dengan objektif
program.

3. Jawatankuasa Perkhemahan  Memastikan program berjalan mengikut


Wakil /Guru Pengiring dari setiap sekolah jadual yang ditetapkan.
terlibat  Memastikan keselamatan peserta
sepanjang program (khususnya waktu
bermalam).
 Melaporkan kepada penyelaras sekiranya
terdapat sebarang kesulitan.

4. Jawatankuasa Pendaftaran  Menguruskan pendaftaran semua peserta


2 orang guru dari SK(P) Methodist 1 termasuk mendapatkan cek yuran
penyertaan peserta dari sekolah terlibat.
 Menyediakan tag peserta

5. Jawatankuasa Hadiah  Membuat tempahan hadiah


2 orang guru dari SK(P) Methodist 1  Membawa hadiah ke tempat perkhemahan

6. Jawatnkuasa Sijil  Menyediakan sijil penyertaan


2 orang guru dari SK(P) Methodist 1

7. Jawatankuasa Fotografi  Mengambil gambar sepanjang program


2 orang guru dari SK(P) Methodist 1 berjalan.
 Menyediakan dokumentasi bergambar
selepas program dijalankan untuk tujuan
laporan.

8. Fasilitator/ Guru Pengiring  Mengiringi murid bagi perjalanan pergi dan


balik dari sekolah ke pusat kokurikulum
(Kem Lanchang)
 Membantu jurulatih bagi memastikan
kelancaran program.

7 TENTATIF PROGRAM (Rujuk Lampiran)


8 IMPLIKASI KEWANGAN
8.1 Sumber Kewangan

BIL PERKARA HURAIAN KOS (RM)


1. Kos Peserta 150 orang x RM 100 RM 15,000.00
JUMLAH RM 15,000.00

8.2 Anggaran Perbelanjaan Kewangan Keseluruhan

BIL PERKARA HURAIAN JUMLAH (RM)


1. Bayaran saguhati pelatih 20 orang x RM 80 RM 1600.00
(RM 80 bagi 3H2M)
2. Makan dan minum (3H2M) (RM 150 x RM 50.00 RM 7500.00
50 seorang)
3. Pengangkutan bas 2 buah bas RM 2000.00
3. Hamper (Hadiah Pertandingan) Johan (RM 80)
i. Ikhtiar Hidup N. Johan (RM 70)
ii. Orienteering Ketiga (RM 60)
iii. Memanah Saguhati
iv. Malam Kebudayaan (4 x RM 50=RM 200)
Terbaik Individu
Hadiah Keseluruhan sahaja (3 x RM 45 =RM 135)
Sijil Pemenang Tempat 1-5
(Kumpulan)
4. Baju T-Shirt 150 helai x RM 20 RM 3000.00
5. Air Mineral 4 kotak x RM 15 RM 60.00
6. Sijil (Fasilitator, Guru, 150 keping x RM 1 RM 150.00
Pemenang dan Peserta)
7. Runcit RM 690.00
Jumlah RM 15000.00
9 PENUTUP
Diharap Perkhemahan Meriah Kokurikulum Pasukan Badan Beruniform (PBB) Peringkat Daerah
ini dapat dijalankan dengan sempurna dan segala usaha murni sekolah mendapat kerjasama dan
sokongan penuh semua pihak agar matlamat serta objektif yang disasarkan tercapai.

Disediakan Oleh: Disemak oleh:

…………………………………………………………………… ……………………………………………………………………

Roslinda Binti Rosli Asbullah Bin Sidek


Penyelaras Unit Beruniform GPK Kokurikulum
SK (P) Methodist 1 SK (P) Methodist 1
Tarikh: Tarikh:

KERTAS CADANGAN [NAMA PROGRAM / AKTIVITI]

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan [Nama Program / Aktiviti]

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan [Nama Program / Aktiviti]

Ulasan:
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

LOH CHEE CHEONG


Guru Besar
SK(P) Methodist 1
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai