Anda di halaman 1dari 13

KERTAS KERJA

PROGRAM ‘Free & Easy Day’

TARIKH
11 Disember 2018

TEMPAT
UiTM CAWANGAN PERAK KAMPUS TAPAH

ANJURAN
KURSUS KOKURIKULUM PENGURUSAN ACARA SUKAN 2
(HSK 221)
DENGAN KERJASAMA
UNIT KOKURIKULUM UiTM CAWANGAN PERAK,
KAMPUS TAPAH.
RINGKASAN EKSEKUTIF

Organisasi Kursus Kokurikulum Pengurusan Acara Sukan 2 HSK 221

Nama Program Free & Easy Day


Objektif Program 1. Melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam merancang, mengatur
serta mengendalikan sesuatu program secara amali.

2. Melatih para pelajar berkeyakinan tinggi membuat keputusan dan


bekerjasama dalam kumpulan.

3. Membina, memupuk serta melahirkan para pelajar yang kuat fizikal,


mental dan minda yang cerdas melalui aktiviti yang menyihatkan.

4. Mewujudkan suasana yang lebih ceria serta seronok kepada para


pelajar agar dapat merehatkan minda daripada tekanan belajar.

Anjuran Kursus Kokurikulum Pengurusan Acara Sukan 2 (HSK 221)

Tarikh 11 Disember 2018

Tempat UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah

Peserta 1. 34 Orang Pelajar Kokurikulum HSK221.

2. Seorang Jurulatih Kokurikulum HSK221.

Aktiviti 1. Pameran ular dan haiwan exotic


2. Persembahan kumpulan gitar rancak
3. Demonstrasi membuat coklat
4. Pertandingan Dart
5. Archery ( Pay and Shoot!)
6. Big Bike (Motorsikal berkuasa Tinggi )
7. Sepetang bersama Boy Pj (Kartunis)
8. Magician

Anggaran Kos Anggaran kos bagi program ini ialah RM 1,296.00 (Ringgit Malaysia Satu
Ribu Dua Ratus Sembilan Puluh Enam Sahaja)

Sumber 1. Permohonan Tabung Kokurikulum sebanyak RM 996.00


Kewangan (Ringgit Malaysia Sembilan Ratus Sembilan Puluh Enam Sahaja)

2. Sumbangan derma / lain-lain sebanyak RM 300.00


(Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja).
KERTAS KERJA
Free and Easy Day

1.0 PENGENALAN

Pelajar-pelajar Semester 3 Kursus Kokurikulum Pengurusan Acara


Sukan 2 (HSK 221) dengan kerjasama Unit Kokurikulum Universiti Teknologi
MARA Cawangan Perak, Kampus Tapah merancang untuk menganjurkan
satu program Free and Easy Day yang bertempat di sekitar kawasan UiTM
Cawangan Perak, Kampus Tapah. Fokus utama program ini adalah untuk
melatih para Pelajar Semester 3 Kursus Kokurikulum Pengurusan Acara
Sukan 2 (HSK 221) untuk mengendalikan satu program sukan yang selaras
dengan silibus pembelajaran yang telah ditetapkan. Melalui program ini, para
pelajar yang terlibat akan menggunakan segala ilmu dan kemahiran yang
telah dipelajari bagi memastikan program tersebut berjalan dengan lancar.
Objektif utama aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk memberi peluang kepada
mahasiswa serta mahasiswi UiTM Cawangan Perak, Kampus Tapah untuk
merehatkan minda daripada tekanan belajar. Selain itu, aktiviti larian ini dapat
mengeratkan hubungan silaturrahim antara para peserta dan para pelajar
Semester 3 Kursus Kokurikulum Pengurusan Acara Sukan 2 (HSK 221).

2.0 LATAR BELAKANG

Kursus Kokurikulum Pengurusan Acara Sukan 2 (HSK 221)


merupakan satu kod kursus kokurikulum yang telah ditawarkan oleh Unit
Kokurikulum UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah kepada para pelajar
semester 3 2018. Kod kursus kokurikulum ini terdiri daripada 34 orang pelajar
semester 3 Diploma yang berlainan fakulti. Seorang jurulatih iaitu Encik Faizal
bin Omar telah diberi tanggungjawab untuk membimbing para pelajar yang
mendaftar kursus ini sepanjang sesi aktiviti kokurikulum dilaksanakan.
Berdasarkan silibus pembelajaran yang telah ditetapkan, para pelajar di
bawah kod kursus ini perlu menganjur serta mengendalikan satu program
bagi memberi peluang kepada pelajar terlibat mempraktikkan segala ilmu
serta kemahiran yang telah dipelajari secara amali.
3.0 TUJUAN

Kertas kerja ini di laksanakan atas kerana ingin mendapatkan


kelulusan bagi mengadakan program larian iaitu Free & Easy Day, Universiti
Teknologi Mara Cawangan Perak, Kampus Tapah yang dicadangkan pada 11
Disember 2018. Program ini berharap agar para pelajar dapat menganjur
serta mengendalikan satu program santai dengan mengaplikasikan
pengetahuan serta kemahiran yang telah dipelajari secara amali yang selaras
dengan silibus pembelajaran.

Di samping dapat menerapkan semangat kerjasama antara para


pelajar dan jurulatih, program ini juga dapat memberi satu pengalaman yang
baru kepada para pelajar untuk meningkatan kemahiran diri dalam pelbagai
aspek. Para pelajar akan menjadi lebih bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas masing-masing ketika program berlangsung.

4.0 OBJEKTIF PROGRAM

Berikut adalah beberapa objektif program yang ingin dicapai melalui


perlaksanaan program ini:

4.1 Melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam merancang, mengatur


serta mengendalikan sesuatu program secara amali.

4.2 Melatih para pelajar berkeyakinan tinggi membuat keputusan dan


bekerjasama dalam kumpulan.

4.3 Membina, memupuk dan melahirkan para pelajar yang kuat fizikal,
mental dan minda yang cerdas melalui aktiviti yang menyihatkan.

4.5 Mewujudkan suasana yang lebih ceria serta seronok kepada para
pelajar agar dapat merehatkan minda daripada tekanan belajar.

5.0 TEMPAT, TARIKH DAN MASA

Tempat : UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah


Tarikh : 11 Disember2018
Masa : 4.00 – 7.00 ptg

6.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Senarai ahli Jawatankuasa program seperti di Lampiran 1.


7.0 KAEDAH PERLAKSANAAN PROGRAM
Program ini melibatkan beberapa aktiviti iaitu:

a) Aktiviti pameran dan Demonstrasi

b) Pertandingan dart dan memanah

8.0 ANGGARAN PERUNTUKAN PERBELANJAAN/KEWANGAN

Sebanyak RM 1,296.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Dua Ratus Sembilan


Puluh Sahaja) diperlukan untuk menampung kos program ini iaitu:

a) Permohonan dari Tabung Kokurikulum: RM 996.00


(Ringgit Malaysia Sembilan Ratus dan Sembilan Puluh Enam Sahaja)

b) Lain–lain sumber kewangan (pendapatan): RM 300.00 (Ringgit


Malaysia Tiga Ratus Sahaja).
Senarai kewangan lengkap sila rujuk di Lampiran 2.

9.0 PESERTA DAN PENGIRING

Seramai 35 orang yang akan menyertai program ini terdiri daripada:

a) 34 Orang Pelajar Kokurikulum Pengurusan Acara Sukan 2 HSK221 UiTM


Cawangan Perak, Kampus Tapah.

b) Seorang pengiring iaitu Jurulatih Kokurikulum Pengurusan Acara Sukan


HSK221 UiTM Cawangan Perak, Kampus Tapah.

Senarai nama dan maklumat lengkap peserta seperti di Lampiran 3.

10.0 TENTATIF PROGRAM

Tentatif program adalah seperti yang tertera di Lampiran 4.


11.0 PENUTUP

Akhir kata, segunung harapan diletakkan agar kertas kerja ini akan
dipertimbangkan dengan baik dan mendapat kelulusan supaya segala
objektif yang disasarkan dapat dicapai melalui perlaksanaan program Free &
Easy day ini. Sehubungan dengan itu, program ini juga merupakan satu
pelan pembelajaran pelajar yang terkandung dalam silibus bagi melahirkan
pelajar yang berkemahiran dalam mengendalikan sesuatu program dari
bermulanya sesebuah acara itu sehingga tibanya waktu penutupan. Semoga
program ini mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada para pelajar
sepanjang ianya berlangsung serta segala aktiviti yang dirancang berjalan
dengan lancar dan jayanya.

Disediakan oleh,

AQILAH BINTI DZAKWAN


SETIAUSAHA,
PROGRAM Free and Easy Day UiTM 2018,
KURSUS KOKURIKULUM HSK 221,
UiTM CAWANGAN PERAK KAMPUS TAPAH.

Disemak oleh,

FAIZAL BIN OMAR


JURULATIH,
KURSUS KOKURIKULUM HSK221
UiTM CAWANGAN PERAK KAMPUS TAPAH.
LAMPIRAN 1

AHLI JAWATANKUASA
Free & Easy Day
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UiTM CAWANGAN PERAK KAMPUS TAPAH

AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG
Prof. Madya Sr. Dr. Md. Yusof Hamid
Rektor UiTM Cawangan Perak

PENASIHAT 1
Dr. Mohd Azian Bin Zaidi
Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar
UiTM Cawangan Perak

PENASIHAT 2
Dr Mohamed Imran Bin Mohamed Ariff
Penolong Rektor
UiTM Cawangan Perak, Kampus Tapah

PENGERUSI 1
Puan Hadijah Binti Salleh
Pegawai Kokurikulum Kanan
UiTM Cawangan Perak, Kampus Tapah

PENGERUSI 2
Faizal Bin Omar
Jurulatih Kokurikulum
Pengurusan Acara Sukan 2 (HSK221)

PENGARAH PROGRAM
Nor Najwa Hanim Binti Abdul Hadi
(2017680406)
TIMBALAN PENGARAH PROGRAM
Haziq Hidayat bin Azam
(2017644694)

SETIAUSAHA
Aqilah Binti Dzakwan
(2017698654)

TIMBALAN SETIAUSAHA
Nur Raihana Binti Azman
(2017802926)

BENDAHARI
Inna Nurnabila Binti Muhammad Ali
(2017433672)

JAWATANKUASA

AKTIVITI

PAMERAN ULAR DAN HAIWAN EXOTIC


Arinah Atikah Binti Kamarudin
(2017651626)
Farah Wahida Binti Harun
(2017491336)

DEMONSTRASI COKLAT DAN SOS


Nur Syamimi Aqilah Binti Ahmad Shakri
(2017258866)
Nur Sahira Binti Muhamad Sani
(2017201846)

KUMPULAN GITAR RANCAK


Nur Haifa Binti Mohd Razif
(2017651794)
Nur Qistina Athirah Binti Mohd Azan
(2017266074)

PERTANDINGAN DART
Nornabila Binti Ahmad Zahari
(2017679978)
Nur Alia Nabilla Binti Marzuki
(2017871032)
ARCHERY
Filzah Nur Haziqah Binti Saad
(2017425432)
Nur Amalia Badrina Binti Meor Amirudin Fikri
(2017211814)

LOGISTIK
Muhammad Izzuddeen Bin Azman
(2017641578)
Muhammad Aqil Bin Zahidi
(2017203786)

PERSIAPAN TEMPAT
Nursyahadah Binti Rosli
(2017295988)
Ainna Zuhaili Binti Zainudin
(2017645042)

PUBLISITI DAN MULTIMEDIA


Nur Nabilah Syafiqah Binti Hafizuddin
(2017265712)
Ainur Sofia Binti Kamarudin
(2017679992)

KARTUNIS
Siti Noorathira Binti Noordin
(2017802614)
Nur Syahadah Binti Ahmad Nor Salim
(2017210658)

PAMERAN BIG BIKE


Nur Izyan Farhana Binti Sufian
(2017441806)
Nur Aqilah Binti Mohd Muzli
(2017403714)

SILAP MATA
Nadhirah Binti Mohd Haniff
(2017888342)
Nurul Fatihah Binti Meor Osman
(2017680074)
MAKANAN
Puteri Hazryna Hazlyn Binti Roslan
(2017295838)
Yasmin Binti Yahya
(2017211478)

HADIAH
Nur Syamilla Najwa Binti Husaini
(2017241656)
Nurul Ain Binti Zailan
(2017213648)

PERSIAPAN TEMPAT
Siti Sarah Binti Sulaiman
(2017802904)
Muhammad Saiful Bin Abdul Karim
(2017208008)

LAPORAN DAN DOKUMENTASI


Siti Zahrina Amirah Binti Zahrolezam @ Mohamad
(2017409272)
LAMPIRAN 2

ANGGARAN KEPERLUAN PERBELANJAAN PROGRAM


FREE & EASY DAY

1) Permohonan Tabung Kokurikulum

Bil Perkara Kuantiti Hari Harga/Unit Jumlah


(RM) (RM)
1. Elaun Makanan &
Minuman Pelajar

11 Disember 2018
1) Minum Petang 34 Orang 1 4.00 136.00

2. Bayaran Penceramah Dan


Demonstrasi 2 Orang 1 150.00 300.00
3. Peralatan Program

1) Hadiah
a. Pertama 2 Orang 1 100.00 200.00
b. Kedua 2 Orang 1 75.00 150.00
c. Ketiga 2 Orang 1 50.00 100.00

2) Bunting 1 Unit 1 110.00 110.00

JUMLAH 996.00
2) Pendapatan

BIL PERKARA KUANTITI HARGA / JUMLAH


UNIT (RM) (RM)
1. Tajaan

1) Kedai Printing Enigma 200.00

2) Kedai Buku abu 100.00

JUMLAH 300.00

a) Permohonan dari Tabung Kokurikulum: RM 996.00


(Ringgit Malaysia Sembilan ratus Sembilan Puluh Enam Sahaja)

b) Lain–lain sumber kewangan (pendapatan): RM 300.00 (Ringgit


Malaysia # Ratus Sahaja).

Sebanyak RM 1296.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Dua Ratus Sembilan


Puluh Enam Sahaja) diperlukan untuk menampung kos program

Anda mungkin juga menyukai