Anda di halaman 1dari 71

KELAB BARZANJI

PEMBANGUNAN KURIKULUM (FCE 3803)


SENARAI KANDUNGAN

PENDAHULUAN ....................................................................................................................................... 3
ANALISIS KEPERLUAN .............................................................................................................................. 5
PENYATAAN FALSAFAH ......................................................................................................................... 18
KONSEP PROGRAM................................................................................................................................ 21
MATLAMAT............................................................................................................................................ 29
OBJEKTIF ................................................................................................................................................ 31
PENGALAMAN PEMBELAJARAN ............................................................................................................ 34
ISI KANDUNGAN ................................................................................................................................ 36
Pengetahuan ................................................................................................................................. 37
Kemahiran ..................................................................................................................................... 41
Nilai ................................................................................................................................................ 45
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ................................................................................... 50
ORGANISASI PENGALAMAN PEMBELAJARAN ....................................................................................... 59
KAEDAH PENILAIAN ............................................................................................................................... 62
LAMPIRAN ............................................................................................................................................. 66
Lampiran 1 ......................................................................................................................................... 67
RUJUKAN ............................................................................................................................................... 70

2
PENDAHULUAN

Berzanji atau Barzanji ialah suatu doa-doa, puji-pujian dan penceritaan riwayat Nabi
Muhammad s.a.w. yang dilafazkan dengan suatu irama atau nada yang biasa dibacakan
ketika majlis aqiqah,khatan, perkahwinan dan Maulidur Rasul [Wikipedia, 2010].

Isi berzanji menceritakan tentang kehidupan Nabi Muhammad, yang disebutkan


secara berturutan mengenai salasilah keturunannya, zaman kanak-kanak, remaja, pemuda
sehingga diangkat menjadi rasul. Di dalamnya juga mengisahkan sifat-sifat mulia yang
dimiliki Nabi Muhammad, serta pelbagai peristiwa untuk dijadikan teladan umat manusia
[Wikipedia, 2010].

Nama Berzanji diambil dari nama pengarangnya iaitu Syekh Ja'far al-Barzanji bin
Husin bin Abdul Karim. Beliau lahir di Madinah pada tahun 1690 dan meninggal dunia pada
tahun 1766. Barzanji berasal dari nama sebuah tempat di Kurdistan, Barzinj. Karya tersebut
sebenarnya berjudul 'Iqd al-Jawahir (Bahasa Arab, bererti kalung permata) yang disusun
untuk meningkatkan rasa kecintaan kepada Nabi Muhammad saw, meskipun kini nama
penulisnya yang lebih dikenali [Wikipedia, 2010].

Pembacaan Berzanji pada umumnya dilakukan di majlis-majlis dengan niat untuk


mendapat keberkatan. Misalnya pada waktu kelahiran bayi, mencukur rambut bayi (aqiqah),
acara khatan, perkahwinan dan sebagainya. Di masjid-masjid perkampungan, biasanya
jemaah duduk secara bersila. Bacaan Berzanji dialunkan secara bergilir seorang demi
seorang sambil disahuti oleh jemaah lain dengan kalimah 'ALLAH'.

Di Malaysia, terdapat juga adat pembacaan Berzanji yang dilakukan secara bersama -
sama dengan bayi yang baru lahir dicukur rambutnya dalam bulatan oleh Imam dan ahli
keluarga terdekat. Sementara baju atau kain orang-orang yang sudah memegang bayi
tersebut, kemudian diberi titisan minyak wangi.

Dewasa ini, bacaan berzanji semakin berkurangan walaupun Buku Berzanji masih
mudah didapati.

3
NAMA KELAB:

KELAB BARZANJI

MOTO KELAB:

“BERILMU, BERIMAN, BERAMAL”

LAGU KELAB:

AKHLAK MULIA, BUNGA DIRI

~Ae-man~

Ingat pesan…. Akhlak yang mulia sangat istimewa

Rasul junjungan…. Jika menjadi hiasan diri

Hiaskanlah dirimu….. Ia disukai kawan dan lawan

Dengan sifat – sifat yang mulia, Akhlak mulia bunga diri

Ia fitrah semua manusia…. Sabar, Redho, Syukur

Dengan sifat – sifat yang mulia… Adalah sifat – sifat yang mulia

Ia fitrah semua manusia… Kasih sayang, Memaafkan

Akhlak yang mulia ibarat bunga Mestilah menghiasi diri

Ia disukai semua manusia Lelaki dan Wanita

Hati kan tertarik bila terpandangnya Tua atau muda

Ia sifat mahmudah yang mulia Mesti mengamalkan sifat mahmudah

Jika manusia tidak mengamalkan

Mereka bukan lagi manusia

4
ANALISIS KEPERLUAN

Tujuan Kajian: Untuk mengetahui pandangan mahasiswa ke atas penubuhan Kelab


Barzanji.

Lokasi: Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia

Populasi: 57 Orang Mahasiswa Fakulti Pengajian Pendidikan yang mengikuti


program Bacelor Pendidikan ( Bahasa Melayu ) Tahun Ketiga.

Sampel kajian: 40 orang secara rawak.

Instrumen: Borang Soal Selidik: Rujuk Lampiran 1

Borang soal selidik ini terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu:

A) LATAR BELAKANG RESPONDEN

Bahagian ini mengandungi nama, umur, jantina dan negeri asal responden. Persoalan
mengikut negeri adalah penting kerana pendedahan setiap negeri mengenai berzanji adalah
berbeza. Sebagai contoh, negeri Johor lebih terdedah secara mendalam mengenai berzanji ,
tetapi kurang atau tidak di negeri-negeri lain.

B) PENGETAHUAN RESPONDEN MENGENAI BERZANJI

Bagi memudahkan penganalisaan data responden, soal selidik ini dibahagikan kepada dua
peringkat iaitu bahagian pertama yang melibatkan ya atau tidak. Bahagian kedua yang
menjelaskan tentang pengetahuan responden mengenai berzanji sama ada pernah
mengetahui istilah barzanji dan pernah mendengar alunan berzanji.

C) PANDANGAN TENTANG PENUBUHAN KELAB BERZANJI

Bahagian ini lebih menekankan kerelevanan penubuhan kelab berzanji di sekolah. Dapatan
yang diperolehi akan dikaji semula mengikut kesesuaian pandangan-pandangan responden.
Selain itu bertujuan untuk berkongsi pengetahuan mengetahui berzanji melalui responden.

5
Dapatan Kajian: Berdasarkan soal selidik yang telah dijalankan, dapatan kajian yang
diperoleh adalah seperti berikut:

A) LATAR BELAKANG RESPONDEN

Jadual Jumlah Responden Yang Lebih Berpengetahuan Tentang Barzanji

NEGERI RESPONDEN JUMLAH JUMLAH JUMLAH RESPONDEN YANG


RESPODEN/NE REPONDEN/PENDEDAHAN TIDAK MENGETAHUI
GERI BARZANJI MENGENAI BERZANJI
Wilayah Persekutuan 9 0 9
dan Selangor

Kedah, Perlis dan 9 5 4


Perak
Kelantan dan 12 6 6
Terengganu
Johor 10 10 0
Jumlah (orang) 40 21 19

Jumlah Responden Yang Berpengetahuan Mengenai Barzanji Mengikut Negeri (Orang).

Huraian

Berdasarkan soal selidik yang telah dijalankan, majoriti responden yang berasal dari negeri
Johor lebih berpengetahuan tentang barzanji berbanding dengan responden yang berasal
dari negeri lain.

6
B) PENGETAHUAN RESPONDEN MENGENAI BERZANJI

Soalan 1

Jadual Jumlah Responden Yang Mengetahui Dan Tidak Mengetahui Mengenai Berzanji.

Responden Jumlah responden yang Jumlah responden yang tidak


mengetahui berzanji (orang) mengetahui berzanji (orang)
Lelaki 8 12
Perempuan 13 7
Jumlah 21 19

Jumlah Responden Yang Mengetahui Dan Tidak Mengetahui Mengenai Berzanji (Orang).

Huraian

Keseluruhannya, 33 orang responden telah mengetahui mengenai barzanji yang meliputi 15


orang lelaki dan 18 orang perempuan yang mewakili 82.5 % daripada 100 %.

7
Soalan 2

Jumlah Responden Yang Pernah Mendengar Alunan Berzanji Dan Yang Tidak Pernah
Mendegar Alunan Berzanji (orang).

Responden Jumlah responden yang Jumlah responden yang tidak


pernah mendegar alunan pernah mendegar alunan
berzanji (orang) berzanji (orang)
Lelaki 8 12
Perempuan 13 7
Jumlah 21 19

Jumlah Responden Yang Pernah Mendengar Alunan Barzanji Dan Yang Tidak Pernah
Mendengar Alunan Barzanji (orang).

Huraian

Majoritinya 62.5 % daripada responden pernah mendengar gaya persembahan barzanji


dialunkan. Seramai 10 orang dan 15 orang responden yang masing-masing mewakili lelaki
dan perempuan pernah mendengar alunan berzanji.
8
Soalan 3

Peratusan Responden Yang Pernah Mendegar Alunan Berzanji Mengikut Aktiviti


Kemasyarakatan (%).

Responden Majlis khatam Al- % Majlis % Majlis ‘aqiqah dan %


Quran pernikahan potong jambul bayi
(orang) (orang) (orang)
Lelaki 5 25 9 45 6 30
Perempuan 7 35 8 40 5 25
Jumlah 12 17 11

Peratusan Responden Yang Pernah Mendegar Aluanan Berzanji Mengikut Aktiviti


Kemasyarakatan (%).

Huraian

45 % daripada responden lelaki pernah mendengar alunan berzanji di majlis pernikahan,


manakala 35 % responden perempuan mendengarnya sewaktu majlis berkhatam Al-Quran.
Pada keseluruhannya, semua responden pernah mendengar alunan berzanji melalui aktiviti
kemasyarakatan.

9
Soalan 4

Jadual Jumlah Responden Yang Pernah Dan Tidak Pernah Melibatkan Diri Dalam Aktiviti
Barzanji

Responden Jumlah responden yang Jumlah responden yang tidak


pernah melibatkan diri dalam pernah melibatkan diri dalam
aktiviti berzanji aktiviti berzanji
Lelaki 3 17
Perempuan 6 14
Jumlah 9 31

Jumlah Responden Yang Pernah Dan Tidak Pernah Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Barzanji
(orang).

Huraian

Sebanyak 15 % responden lelaki pernah melibatkan diri dalam aktiviti barzanji yang mewakili
3 daripada 20 orang responden lelaki. Namun, berbeza pula responden perempuan yang
bilangannya adalah dua kali ganda iaitu 6 daripada 20 orang pernah menyertai barzanji dan
peratusannya adalah 30 %.

10
Soalan 5

Jadual Jumlah Responden Yang Menyatakan Tujuan Berzanji Untuk Memperingati Dan
Tidak Memperingati Rasulullah.

Responden Jumlah responden yang Jumlah responden yang tidak


menyatakan tujuan berzanji menyatakan tujuan berzanji
untuk memperingati untuk memperingati
Rasulullah Rasulullah
Lelaki 3 17
Perempuan 6 14
Jumlah 9 31

Jumlah Responden Yang Menyatakan Tujuan Berzanji Untuk Memperingati Dan Tidak
Memperingati Rasulullah (orang).

Huraian

23 % daripada responden lelaki dan perempuan menyatakan tujuan barzanji adalah untuk
memperingati junjungan besar Rasulullah s.a.w. manakala selebihnya menyatakan jawapan
yang tidak pasti.

11
Soalan 6

Jadual Jumlah Responden Yang Mengetahui Dan Tidak Mengetahui Isi Kandungan Barzanji.
(orang).

Responden Jumlah responden yang Jumlah responden yang tidak


mengetahui isi kandungan mengetahui isi kandungan
berzanji berzanji
Lelaki 12 8
Perempuan 13 7
Jumlah 25 15

Jumlah Responden Yang Mengetahui Dan Tidak Mengetahui Isi Kandungan Berzanji (orang).

Huraian

Sebahagian besar (65 %) responden lelaki dan perempuan mengetahui isi kandungan
barzanji.

12
Soalan 7

Jadual Jumlah Responden Yang Masyarakatnya Mengamalkan Barzanji Dalam Sesuatu


Majlis.

Responden Jumlah responden yang Jumlah responden yang


masyarakatnya masyarakatnya tidak
mengamalkan bacaan mengamalkan bacaan
berzanji dalam sesuatu majlis berzanji dalam sesuatu majlis
Lelaki 10 10
Perempuan 13 7
Jumlah 23 17

Carta Peratusan Responden Yang


Masyarakatnya Mengamalkan Barzanji
Dalam Sesuatu Majlis (%)

perempuan
65% lelaki
50%

Huraian

50 % daripada responden lelaki menyatakan masyarakat di tempat kelahiran mereka


mengamalkan bacaan barzanji di dalam majlis atau hari-hari tertentu iaitu seramai 10 orang.
Bagi responden perempuan, sebanyak 65 % menyatakan ya yang merangkumi 13 orang.

13
C) PANDANGAN TENTANG PENUBUHAN KELAB BARZANJI

Soalan 1

Jadual Jumlah Responden Yang Bersetuju Dengan Penubuhan Kelab Barzanji.

Responden Jumlah responden setuju Peratusan (%)


kelab berzanji relevan
ditubuhkan
Lelaki 20 50
Perempuan 20 50
Jumlah 40 100

Graf Peratusan Kerelevanan Penubuhan


Kelab Barzanji (%)
120
100
80
60 Lelaki

40 Perempuan

20
0
Lelaki Perempuan

Huraian

Keseluruhan (100%) responden menyatakan kelab berzanji adalah relevan ditubuhkan di


sekolah.

14
Soalan 2

Jadual Peratusan Pandangan Responden Mengenai Kerelevenan Barzanji.

Pandangan - pandangan responden mengenai kerelevanan Peratusan (%)


penubuhan kelab
1. Bertujuan menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar 75
melalui sirah Rasulullah
2. Bertujuan membentuk peribadi ahli kelab 15
3. Supaya dapat bermuhasabah diri 5
4. Supaya umat Islam tidak melupakan pengorbanan 5
Rasulullah
Jumlah 100

5%
5%

15 %

75 %

Huraian

¾ atau 75 % daripada responden berpandangan kelab barzanji relevan ditubuhkan adalah


kerana ingin menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar melalui sirah Rasulullah s.a.w.

15
Soalan 3

Jadual Jumlah Responden Yang Berpandangan Aktiviti Berikut Mampu Menarik Perhatian
Ahli Kelab.

Responden Melalui permainan Melalui latihan Melalui Lain - lain


dalam kumpulan penceritaan
Lelaki 8 5 3 0
Perempuan 12 7 3 2
Jumlah 20 12 6 2

Jumlah Responden Yang Berpandangan Aktiviti Berikut Mampu Menarik Perhatian Ahli
Kelab (orang).

Lain - lain

Penceritaan
Perempuan

Latihan dalam kumpulan Lelaki

Permainan

0 2 4 6 8 10

Huraian

Separuh (50 %) daripada responden, 8 lelaki dan 12 perempuan bersetuju bahawa sesuatu
kelab dapat menarik perhatian ahlinya melalui permainan. 30 % lagi responden memilih
melalui latihan dalam kumpulan. Manakala, 15 % responden lagi memilih melalui
penceritaan dan selebihnya memilih melalui nyanyian.

16
Huraian Dapatan Kajian

Pada keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan responden bersetuju dengan


penubuhan kelab barzanji. Mereka bersetuju dan berpandangan bahawa kelab ini relevan
ditubuhkan di sekolah-sekolah bagi mencapai matlamat mendidik generasi yang berilmu dan
berakhlak menerusi penghayatan nilai yang terkandung barzanji.

17
PENYATAAN FALSAFAH

Membangunkan modal insan yang terdidik jiwa, minda, emosi dan


jasmani melalui seni barzanji yang memiliki seribu satu nilai yang mampu
mencorak peribadi individu muslim dalam mendepani arus kehidupan yang
bergelora pada masa kini.

Huraian

Membangunkan modal insan yang terdidik jiwa, minda, emosi dan jasmani membawa
tafsiran bahawa individu yang bakal melibatkan diri di dalam kelab ini akan dibangunkan
sebagai modal insan negara dan agama yang bermula dengan aspek didikan jiwa, diikuti
dengan didikan minda, didikan emosi dan secara tidak langsung menerima didikan jasmani.

Penyusunan aspek didikan ini adalah berteraskan moto kelab, iaitu “Berilmu,
Beriman, Beramal”. Bermula dengan pengisian ilmu berkenaan barzanji yang menjadi
santapan rohani mampu menguatkan keazaman dan niat seseorang individu ke arah
pembentukan modal insan yang diingini.

Niat yang terpasak di hati akan disampaikan kepada minda. Niat yang murni dan
ditambah pula dengan pengisian ilmu yang bermanfaat, secara tidak langsung mendidik
minda dengan input – input positif yang bakal diolah dan diguna pakai oleh minda tersebut
dalam merefleksikan tindak balas individu melalui emosi dan jasmani.

Konsep ini adalah berlandaskan sebuah hadis rasulullah sollahu ‘alaihi wasallam yang
bermaksud;

Daripada Abu Abdillah Nu'man ibni Basyir r.a, dia berkata:

Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,.Sesungguhnya yang halal itu jelas dan
yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-
samar) yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Maka barangsiapa menjaga diri
daripada syubhat bererti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan
18
barangsiapa terjerumus dalam perkara syubhat,maka ia akan terjerumus dalam perkara
yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang meggembala haiwan gembalaannya di
sekitar (kawanan) yang terlarang, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah
bahawa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang diharamkan-
Nya.Ketahuilah, bahawa di dalam tubuh terdapat segumpal/seketul daging, jika dia baik,
maka baiklah seluruh tubuh,dan jika dia buruk,maka buruklah seluruh tubuh. Ketahuilah,
bahawa itu adalah hati. ~muttafaquh’alaih~ [H.R BUKHARI dan MUSLIM, 1599].

Seterusnya, penyataan seni barzanji memiliki seribu satu nilai adalah untuk
menggambarkan betapa banyaknya nilai yang terkandung di dalam intisari barzanji sama ada
yang tersurat; seperti nilai penghargaan terhadap junjungan mulia rasulullah, mahupun yang
tersirat; seperti nilai kreativiti dalam menyebarkan dakwah Islamiyah yang ditunjukkan oleh
pengasas Barzanji. Nilai – nilai yang bakal dikupas sepanjang pelaksanaan kelab ini nanti,
mampu mencorak peribadi individu muslim dengan izin Allah.

Nilai – nilai seperti keimanan, kepemimpinan, kesyukuran, dan keadilan adalah


antara nilai – nilai yang seharusnya dimiliki oleh setiap individu yang bergelar muslim.
Dengan penerapan nilai – nilai murni ini, diharapkan agar individu tersebut mampu memiliki
jati diri dalam menghadapi dunia hari ini yang penuh cabaran dan persaingan, atau dengan
kata lainnya, mampu mendepani arus kehidupan yang bergelora pada masa kini.

Arus kehidupan yang bergelora ini adalah masalah – masalah sosial dan situasi
kehidupan yang mampu mendorong dan mempengaruhi manusia ke arah pemilihan dan
pemilikan nilai - nilai negatif seperti memilih dadah sebagai penyelesai masalah berbanding
memilih agama sebagai sumber penyelesaian utama [eprints.utm.my,11859/1].

Rasional

Penubuhan Kelab Barzanji sebagai sebuah kelab yang mendidik ahli kelabnya melalui
seni barzanji adalah kerana, situasi dunia hari ini penuh dengan cabaran dan persaingan.
Cabaran yang dimaksudkan adalah cabaran yang bersifat keduniaan yang mengajak manusia
mengejar kemewahan, pangkat dan jawatan serta nama yang tersohor tanpa mengambil kira

19
aspek – aspek keimanan dan kemurniaan nilai insani seperti mensyukuri segala nikmat yang
dimiliki dan menghargai kepercayaan yang diletakkan oleh orang lain.

Persaingan pula tidak mampu dielakkan lagi, memandangkan tuntutan dunia hari ini
melihat kepada potensi diri individu yang mampu ditonjolkan dan dibuktikan melalui
pemikiran, tindakan dan tingkah laku. Individu yang mampu meletakkan diri mereka di
hadapan adalah individu yang akan diangkat dan dipilih untuk menerajui negara dan
agamanya.

Selain itu, fenomena hiburan juga tidak asing lagi dalam kamus hidup seseorang
individu. Hiburan – hiburan ini, ada kalanya membuatkan anak – anak remaja semakin leka
tanpa menghiraukan keadaan dunia semasa yang semakin meruncing dengan masalah sosial
dan penjanaan modal insan. Anak – anak remaja sangat suka berhibur, namun sayangnya,
hiburan yang dipilih ada kalanya melampaui batas – batas yang ditetapkan oleh agama
terutamanya bagi mereka yang beragama Islam [Ummu Wafa, 2010].

Justeru, inisiatif bagi menghadapi kemelut masalah dunia yang melanda pada hari ini
diambil, dengan menubuhkan sebuah kelab yang menjadi medium pendidikan dan
pembentukan modal insan melalui seni barzanji yang menggabungkan elemen hiburan
dengan elemen nilai kemahiran insaniah. Barzanji adalah salah satu seni yang menjadi
santapan rohani, maka, disamping mendidik emosi melalui hiburan, jiwa remaja juga dapat
dididik.

Di sebalik intisari barzanji terkandung banyak nilai yang dikhususkan kepada Nabi
Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wasallam. Oleh sebab itu, berdasarkan nilai – nilai tersebut,
minda ahli kelab akan dididik dan disemai dengan nilai yang boleh diterapkan melalui
kupasan – kupasan intisari barzanji. Jasmani pula akan terdidik dengan aplikasi nilai – nilai
yang akan dipelajari sepanjang penglibatan dalam kelab ini.

20
KONSEP PROGRAM

Menggunakan pendekatan Teknikal Saintifik.

Tuhan dan Agama sebagai sumber reka bentuk.

Reka Bentuk Berpusatkan Masalah, Situasi Kehidupan.

Pendekatan pendidikan melalui seni barzanji berasaskan agama Islam


khusus kepada sirah nabawiyah.

Seni barzanji diterapkan secara asas sahaja terhadap ahli kelab.

Pendidikan diterapkan melalui pelaksanaan mentor – mentee, dan


penglibatan aktiviti secara amali.

Menggunakan perkhidmatan tenaga pengajar tambahan sekiranya


diperlukan.

21
Menggunakan pendekatan Teknikal Saintifik

Huraian

Menggunakan pendekatan Teknikal Saintifik bertujuan untuk memudahkan aspek


pelaksanaan dan penilaian kelab. Aspek pelaksanaan menjadi mudah kerana organisasi
pengalaman pembelajaran dirancang dengan teliti terlebih dahulu sebelum diguna pakai
ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran,(PNP). Penilaian juga dapat dijalankan dengan
mudah kerana perincian mengenai kriteria yang hendak dinilai telah ditetapkan sebelum
pelaksanaan PNP. Kriteria yang digariskan pula adalah berdasarkan objektif – objektif yang
hendak dicapai [Tyler,1949].

Rasional

Pendekatan Teknikal Saintifik dipilih kerana pendekatan ini mengambil paradigma


proses-hasil yang mengusulkan bahawa hasil yang baik dijangkakan akan terbentuk dengan
adanya proses yang tegas. Pendekatan ini juga mampu memperkembangkan reka bentuk
kurikulum program dan dapat dinilai hasilnya [Tyler, 1949].

Proses perancangan yang tegas dan sistematik akan lebih mudah untuk dilaksanakan
memandangkan pelaksanaan kelab adalah terikat dengan tempoh waktu yang singkat.
Memandangkan, pendekatan ini juga adalah satu rancangan yang menyusun persekitaran
agar terdapat penyelarasan antara unsur masa, ruang, aktiviti dan matlamat secara teratur
[Tyler,1949].

Jadi, pendekatan ini amat bertepatan dengan pelaksanaan kelab dan penilaian
terhadap keberkesanannya.

22
Tuhan dan Agama Islam sebagai sumber reka bentuk

Huraian

Tuhan dan Agama Islam sebagai sumber reka bentuk bererti sumber rujukan utama
bagi kelab ini adalah Al quran dan hadis rasulullah Sollahu ‘Alaihi Wasallam. Di samping
Kitab Barzanji turut diguna pakai memandangkan kita ini bertepatan dengan ajaran Islam
yang memfokuskan kepada sejarah kehidupan rasulullah.

“Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang
dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Qur’an) dan sunnahku.” (HRMalik bin Anas dalam al-
Muwattha' - no: 1619)[dinulislam.saifulbahri.net].

Tuhan dan Agama Islam sebagai sumber reka bentuk bertujuan untuk mendekatkan
diri individu dengan penciptanya serta agamanya. Mendekatkan diri dengan pencipta bererti
seseorang individu mampu mengenali Tuhannya, beriman dengan kewujudannya serta
mampu beramal dengan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan penciptanya.

Mendekatkan diri dengan agama pula bermaksud, seseorang individu dapat


mengetahui asal usul agamanya dan tata cara kehidupan yang digaris pandu oleh agamanya
juga. Dengan ilmu yang diperoleh, diharapkan dapat meningkatkan kepercayaan dalam diri
individu sekaligus menterjemahkan kepercayaan itu kepada amalan yang berterusan.

Rasional

Tuhan dan Agama Islam dipilih sebagai sumber reka bentuk kerana sumber ini adalah
sumber yang sah serta merupakan sumber, yang tidak mampu disangkal kebenarannya oleh
manusia malah telah terbukti kebenaran isinya melalui kajian – kajian saintifik mahupun
anologitik [www.harunyahya.com].

Isu yang biasanya menjadi pergaulan hangat adalah isu kewujudan Tuhan serta
takdir. Isu ini telah dijawab oleh salah seorang imam terkemuka Islam iaitu Imam Ahmad Bin
Hanbal melalui kisahnya yang telah direkod dan diguna pakai oleh para pendakwah masa
kini [Mohd Zawawi & Amira Hariyati,2007].

Jadi, menggunakan sumber ini adalah satu tindakan yang tepat dan perlu dijadikan
panduan bersama.

23
Reka Bentuk Berpusatkan Masalah, Situasi Kehidupan.

Huraian

Reka bentuk berpusatkan masalah memfokuskan kepada masalah kehidupan sama


ada pada tahap individu ataupun pada tahap masyarakat. [Ornstein, Hunkins, 1988].
Masalah individu yang menjadi titik tolak perbincangan adalah masalah penjanaan modal
insan. Manakala, masalah pada tahap masyarakat adalah masalah penyambung warisan seni
barzanji yang kian pupus di telan zaman.

Jenis reka bentuk situasi – kehidupan pula dipilih dengan tujuan untuk memberikan
pengalaman pembelajaran yang bermakna, yang mana pengalaman tersebut dapat
diaplikasikan ke dalam kehidupan sebenar individu. Di samping, membentuk keperibadian
modal insan yang menyeluruh dari aspek rohani, intelek, emosi dan jasmani melalui
pendekatan seni barzanji.

Rasional

Reka bentuk berpusatkan masalah, dipilih kerana reka bentuk ini menjurus kepada
penyelesaian masalah sama ada pada tahap individu mahupun masyarakat. Masalah ini
perlu diselesaikan agar modal insan yang ingin dijana adalah modal insan yang peka dengan
keadaan sekeliling dan modal insan yang terdidik keseluruhannya dengan ilmu – ilmu yang
bermanfaat untuk dirinya, masyarakatnya, negaranya, dan agamanya [Shatar , 2009].

Jenis reka bentuk situasi kehidupan pula dipilh atas dasar ingin membentuk modal
insan yang mampu menerapkan segala pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari ke
dalam kehidupan masing – masing di samping memanfaatkannya untuk kepentingan
masyarakat, negara dan agama pada masa akan datang.

Oleh sebab itu, reka bentuk yang dipilih bertepatan dengan kedua – dua matlamat
kelab yang diimpikan.

24
Pendekatan pendidikan melalui barzanji berlandaskan agama Islam
khusus kepada sirah nabawiyah.

Huraian

Pendekatan pendidikan melalui barzanji bermaksud, barzanji akan diguna pakai


dalam kaedah pengajaran sebagai satu cara untuk mendidik individu di dalam kelab ini
dengan nilai – nilai insaniah seperti nilai keazaman dan pengorbanan. Barzanji merupakan
salah satu seni selain nasyid atau tarannum, yang berlandaskan agama Islam kerana
intisarinya berkenaan sirah nabawiyah rasulullah yang sumbernya adalah Al Quran dan
hadis. [kitab barzanji…]

Barzanji dipilih sebagai salah satu pendekatan pendidikan adalah untuk menerapkan
nilai – nilai murni yang terkandung dalam intisari barzanji ke dalam diri setiap individu yang
terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kelab ini. Nilai yang telah diterapkan
tersebut, diharapkan dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Rasional

Barzanji dipilih kerana barzanji mempunyai nilai – nilai murni yang dikuhususkan
kepada Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wasallam yang sememangnya sangat dikagumi
dan patut dijadikan qudwatun hasanah ataupun suri teladan anak – anak remaja masa kini
yang kian leka dan semakin lupa akan ketokohan Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi
Wasallam sebagaimana yang telah termaktub dalam Al Quran yang mulia.

Yang Maksudnya: “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi
Wasallam itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat)
Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah” [ Al-Ahzab: 21].

Barzanji juga menjadi pilihan kerana seni ini semakin hari semakin sepi dari
kehidupan anak – anak muda. Yang paling dikhuatiri lagi adalah, jika seni ini tidak ada
penyambung warisannya, maka seni yang bernilai ini mungkin akan hilang selama - lamanya.
Seni yang memiliki nilai – nilai murni ini seharusnya diteruskan dan dijadikan sebagai salah
satu seni yang tidak asing dalam kehidupan anak muda.

25
Seni barzanji diterapkan secara asas sahaja terhadap ahli kelab.

Huraian

Seni Barzanji diterapkan secara asas sahaja bermaksud seni barzanji akan diperkenalkan
dan diajar bermula dari rawi pertama hingga rawi keempat. Kitab barzanji terkandung
sembilan belas rawi di dalamnya. Setiap rawi pula mempunyai bilangan harkat bacaan yang
berbeza. Namun, harkat – harkat tersebut menggunakan lahjah atau wajah bacaan yang
bermula dengan harkat satu, kedua, ketiga dan keempat. Kemudiannya, wajah bacaan ini
akan diulang pakai untuk harkat kelima hingga kelapan dan seterusnya.

Penerapan secara asas sahaja adalah bertujuan untuk memaksimumkan potensi diri
individu dalam penguasaan pemahaman intisari dan kemahiran mengalunkan barzanji.
Dengan penguasaan tersebut, individu terlibat akan memiliki penghayatan semasa
mengalunkan barzanji di samping mampu mengaplikasikan pemahaman tersebut dalam
kehidupan dan mampu mengolah kemahiran mengalunkan barzanji bagi rawi kelima
hinggalah ke sembilan belas.

Rasional

Penerapan seni alunan barzanji adalah secara asas sahaja kerana penglibatan kelab
ini bukanlah bertujuan untuk memaksa setiap individu yang melibatkan diri supaya dapat
menguasai alunan barzanji seperti yang dikehendaki. Sekurang – kurangnya, cukuplah
sekadar mereka mampu mengalunkan barzanji sesedap telinga yang mendengar.

Hal ini disebabkan, fokus kelab ini bukanlah pada penguasaan alunannya semata – mata,
akan tetapi aspek pengetahuan dan nilai yang ingin diterapkan secara menyeluruh. Dalam
masa yang sama, tempoh waktu yang singkat tidak mencukupi untuk melatih ahli kelab
supaya dapat menguasai keseluruhan barzanji. Jadi, penguasaan asas barzanji akan
ditekankan sepenuhnya supaya apabila ahli kelab telah mahir, mereka mampu mengolah
seni alunan barzanji tersebut.

26
Pelaksanaan mentor – mentee sebagai medium pengisian, dan
penglibatan dalam aktiviti sebagai medium latihan kemahiran.

Huraian

Pelaksanaan mentor mentee dipilih sebagai medium pengisian menjelaskan bahawa


isi kandungan kelab ini bagi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai akan disampaikan
kepada sasaran kelab melaluinya. Pembahagian kumpulan mentor mentee ini juga mampu
meningkatkan kualiti pemahaman dan kemahiran mengalunkan barzanji memandangkan
seorang tenaga pengajar dapat memfokuskan kepada bilangan kumpulan sasaran yang lebih
kecil daripada keseluruhannya.

Penglibatan dalam aktiviti sebagai medium latihan kemahiran pula menjelaskan


bahawa individu yang disasarkan oleh kelab ini akan melibatkan diri dalam aktiviti sekolah
dan aktiviti kemasyarakatan. Melalui aktiviti tersebut, mereka dapat melatih diri untuk
mengaplikasikan segala input yang diperoleh daripada kelab dengan mengeluarkan output
berbentuk persembahan barzanji di samping membina keyakinan diri.

Rasional

Rasionalnya pelaksanaan mentor – mentee ini adalah kerana isi kandungan dapat
disampaikan secara berasingan antara lelaki dengan perempuan.. Hal ini bertujuan supaya
batas aurat dan pergaulan dapat dipelihara. Selain itu, kaedah ini sememangnya lebih
efisyen kerana pelaksanaan secara berkumpulan, memudahkan proses pendidikan kerana
kuantiti sasaran dapat dikecilkan dan perhatian boleh difokuskan dengan lebih lagi oleh
mentor kumpulan.

Penglibatan dalam aktiviti pula dipilih sebagai medium latihan disebabkan oleh
sesetengah individu tidak dapat menggambarkan suasana ataupun situasi sebenar majlis
barzanji berlangsung. Tambahan pula, matlamat kelab yang ingin menyambung generasi
warisan barzanji, memerlukan individu yang berkeyakinan dan berkepemimpinan dalam
menguruskan majlis barzanji. Dengan latihan melalui aktiviti ini, mereka mampu melihat
situasi sebenar dan mampu mendekatkan diri mereka dengan masyarakat setempat.

27
Menggunakan perkhidmatan tenaga pengajar tambahan sekiranya
diperlukan.

Huraian

Menggunakan perkhidmatan tenaga pengajar tambahan ini bermaksud kelab ini akan
menggunakan tenaga pengajar seperti ustaz ataupun seseorang yang memiliki kemahiran
mengalunkan barzanji kerana, sekiranya tenaga pengajar kelab daripada pihak sekolah
hanyalah daripada kalangan guru perempuan, maka menjadi satu keperluan bagi kelab ini
untuk menggunakan khidmat tenaga pengajar lelaki luar.

Hal ini bertujuan untuk memelihara aurat suara wanita. Firman Allah dalam Surah Al
Ahzab ayat 32, yang bermaksud,

“ Wahai isteri –isteri nabi! Kamu tidak seperti perempuan – permpuan yang lain, jika
kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemah-lembutkan suara) dalam berbicara
sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan
yang baik ” [Al Ahzab:32]

Rasional

Rasionalnya kaedah pembelajaran ini diterapkan di dalam pelaksanaan kelab adalah


supaya setiap individu yang melibatkan diri dalam kelab ini, dapat melihat aplikasi ajaran
Islam dalam situasi kehidupan. Di samping, individu tersebut dapat dilatih untuk mematuhi
ajaran Islam tanpa menolak kehendak untuk berhibur secara bersyariat. Melalui kaedah
pengajaran seperti ini, pelaksanaan ajaran Islam dapat direalisasikan walaupun, sesetengah
individu melihat ajaran Islam agak mengongkong dan membebankan mereka.

Sebagai contoh, isu suara wanita. Bukanlah suara wanita langsung tidak boleh
diperdengarkan kepada kaum adam, mereka masih boleh menggunakan suara mereka untuk
berkomunikasi akan tetapi tidak boleh dilunakkan kerana dikhuatiri, suara tersebut dapat
merangsang perasaan seorang lelaki dan membawa kepada masalah perhubungan yang
tidak dihalalkan. Lantaran itu, garis panduan yang diberikan dalam ajaran agama ini adalah
bertujuan untuk kemaslahatan manusia sejagat.

28
MATLAMAT

1. Melahirkan ahli kelab yang terdidik minda, jiwa, emosi dan jasmani
dengan nilai-nilai agama Islam.

Huraian

Melahirkan bermaksud mewujudkan manakala ahli kelab bermaksud perkumpulan


ahli-ahli persatuan [ Kamus Dewan, 2005]. Ahli kelab yang terdidik minda, jiwa, emosi dan
jasmani ialah sekumpulan pelajar yang menganggotai kelab atau persatuan yang dapat
menerima dan menerapkan nilai-nilai yang baik dalam kehidupan. Dengan penerapan nilai-
nilai agama Islam yang boleh dipelajari melalui intisari rawi-rawi barzanji, mereka boleh
mempraktikkannya dalam kehidupan harian lantas melatih minda, jiwa, emosi dan jasmani
untuk kehidupan yang lebih bahagia. Antara nilai yang boleh diterapkan ialah penghormatan
dan penghargaan terhadap individu yang lebih tua dan banyak berjasa kepada kita, agama,
bangsa dan Negara.

Rasional

Pelajar-pelajar masa kini hanyut dalam arus pemodenan Negara. Justeru, mereka
telah hilang nilai-nilai agama yang sepatutnya ada dalam diri mereka. Oleh sebab itu,
berdasarkan masalah tersebut, kelab ini mensasarkan supaya ahli kelabnya terdidik dari segi
minda, jiwa, emosi dan jasmani agar modal insan yang diimpikan negara dapat dibangunkan
sebagaimana yang dinyatakan dalam Falsafah pendidikan.

29
2. Menyambung generasi warisan barzanji dalam masyarakat setempat.

Huraian

Menyambung generasi bermakna meneruskan tradisi kumpulan individu yang lahir


pada waktu yang lebih kurang sama dan perbuatannya itu akan menjadi teladan kepada
golongan yang akan datang. Generasi yang terlibat dalam menyambung warisan ini adalah
daripada kalangan muda mudi remaja masa kini. Remaja masa kini lebih terdedah kepada
arus perkembangan dunia teknologi yang membawa kepada kealpaan mereka terhadap
tradisi-tradisi terdahulu. Remaja juga merupakan sebahagian daripada masyarakat. Jadi,
remaja jugalah yang akan menyambung warisan masyarakat terdahulu. Jika ini dapat
diteruskan, warisan terdahulu tidak akan terhapus ditelan arus pemodenan dan modenisasi.

Rasional

Masyarakat pada hari ini terutamanya golongan remaja kurang terdedah kepada seni
barzanji. Hal ini disebabkan kurangnya galakan daripada golongan yang lebih arif dalam
menarik minat remaja untuk sama-sama menyertai aktiviti yang bersifat kemasyarakatan
yang mampu membina ukhuwah antara masyarakat setempat. Jadi, kelab ini mengambil
inisiatif untuk menjadi satu medium yang mendidik ahli kelabnya melalui seni barzanji yang
mampu mendekatkan remaja dengan masyarakat di samping mendidik mereka menjadi
modal insan negara.

30
OBJEKTIF

1. Mendapat pendedahan dan pemahaman barzanji dan nilai isinya


melalui kupasan intisari barzanji.

Huraian

Mendapat pendedahan bermaksud pencapaian kepada kegiatan dan proses yang


menjadikan seseorang mengetahui atau memahami sesuatu yang dulunya asing kepadanya
[Kamus Dewan, 2005].Pemahaman yang tertera di sini menyatakan perihal memahami, iaitu
apa yang difahami tentang sesuatu atau sejauh mana sesuatu itu difahami, tanggapan.
Pendedahan diberikan supaya pelajar mendapat gambaran awal mengenai seni barzanji dan
pengaplikasiannya dalam kehidupan. Menekankan pemahaman ahli kelab bahawa seni
barzanji bukan sekadar hiburan semata-mata, akan tetapi, memiliki nilai-nilai tersendiri
khususnya berkaitan dengan peribadi Rasulullah S.A.W, yang mampu dijadikan contoh bagi
diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Rasional

Memandangkan kebanyakan golongan remaja pada masa kini masih kurang


pendedahannya terhadap seni barzanji, maka langkah pertama yang perlu diambil oleh kelab
ini bagi merealisasikan matlamat pertama adalah dengan memberi pendedahan dan
pemahaman sebenar mengenai seni barzanji. Melalui pemahaman ini barulah setiap ahli
dapat menghayati nilai yang terkandung dalam barzanji sekaligus dapat mempraktikkannya
dalam kehidupan.

2. Mengalunkan irama barzanji asas.

Huraian

Mengalunkan membawa makna menjadikan sesuatu irama itu tinggi dan rendah.
Irama bermaksud ukuran masa atau tempo pada muzik di mana nada perlahan digantikan
dengan yang rancak [Kamus Dewan, 2005]. Jadi, mengalunkan irama bermaksud menjadikan
irama tinggi rendah mengikut ukuran masa tertentu supaya irama tersebut sedap
31
kedengaran lantas menarik minat orang lain untuk menyertai aktiviti yang dijalankan. Seni
barzanji tidak akan lengkap tanpa alunannya yang tersendiri. Jadi, mempelajari alunan
barzanji asas adalah penting bagi mendidik emosi ahli kelab melalui hiburan yang tidak
melalaikan, ibarat lagu tanpa irama, akan sumbang bunyinya, begitulah juga kalau barzanji
tanpa alunannya, tidak lengkaplah seninya.

Rasional

Berpandukan kepada sejarah seni barzanji yang dikembangkan di tanah melayu,


masyarakat tanah melayu pada ketika itu amat suka akan hiburan, namun sayangnya
hiburan yang dipilih kurang mendekatkan diri mereka dengan Pencipta. Jadi, seni barzanji
diasaskan oleh Sheikh Al-Barzanji bagi mengatasi masalah tersebut. Rentetan itu, kelab ini
ingin menjadi medium untuk menyambung usaha murni beliau dalam mendidik masyarakat
ke arah kehidupan yang seimbang di dunia dan akhirat melalui hiburan yang bertepatan
dengan agama Islam.

3. Menerapkan nilai-nilai dalam barzanji melalui aktiviti sekolah

Huraian

Menerapkan nilai bermaksud mempraktikkan nilai-nilai dan falsafah Islam sebagai


satu cara hidup serta menghayatinya. Aktiviti sekolah ini merujuk kepada takwim sekolah
yang mengandungi beberapa aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada pelajar. Melalui
aktiviti sekolah, nilai-nilai dapat diterapkan secara terus ke dalam pengalaman yang bakal
dilalui oleh ahli kelab sepanjang penglibatan mereka. Aktiviti sekolah yang bersifat
kemahiran memberi pengalaman pembelajaran yang terkumpul dalam diri ahli kelab yang
bermanfaat untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka ataupun pada masa akan
datang.

Rasional

Modal insan yang diimpikan negara adalah modal insan yang memiliki kemahiran
insaniah yang meliputi aspek komunikasi, kepemimpinan, keusahawanan, kerjasama,
pembelajaran sepanjang hayat, etika dan profesionalisme dan pemikiran yang kritis dan

32
kreatif. Aspek-aspek ini tidak boleh dipelajari melalui teori semata-mata, akan tetapi, melalui
aktiviti kemahiran, pengalaman pembelajaran dapat diterapkan.

4. Melibatkan diri ahli kelab dengan aktiviti masyarakat melalui seni

barzanji.

Huraian

Melibatkan diri ahli kelab dalam konteks ini membawa makna menyebabkan ahli
kelab terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan melalui seni barzanji. Penglibatan golongan
remaja dalam aktiviti kemasyarakatan sangat penting supaya golongan remaja merasakan
diri mereka berharga di sisi masyarakat serta mampu memberi sumbangan dalam kehidupan
masyarakat setempat di samping menyambung warisan seni barzanji yang semakin luput dek
arus zaman.

Rasional

Golongan muda masa kini kurang melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan yang
menyebabkan jurang antara golongan remaja dengan golongan dewasa semakin renggang.
Kesannya, persefahaman antara golongan remaja dengan golongan dewasa menjadi tidak
sehaluan. Jadi, bagi merapatkan kembali jurang persefahaman ini, kelab ini turut memilih
objektif ini bagi mengatasi masalah tersebut.

33
PENGALAMAN PEMBELAJARAN

Istilah pengalaman pembelajaran bermaksud tindak balas di antara ahli kelab

dengan keadaan yang ditemuinya dalam alam sekelilingnya. Pengalaman pembelajaran

berlaku melalui perubahan dalam tingkah laku ahli kelab yang memerlukan penglibatan ahli

kelab yang aktif. Walaupun luaran ahli kelab nampak sama, tetapi pengalaman yang

diperolehi setiap ahli kelab sebelum ini adalah berlainan berdasarkan minat dan latar

belakang ahli kelab itu sendiri.

Bagi mencapai objektif, pemilihan pengalaman pembelajaran yang dijalankan

terbahagi kepada dua bahagian iaitu pengisian (isi kandungan) dan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Di dalam isi kandungan, terdapat tiga domain utama iaitu pengetahuan,

kemahiran dan nilai.

Pengetahuan ialah perihal mengetahui, kepandaian dan kebijaksanaan [Kamus

Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989]. Dari segi pengetahuan, ahli kelab didedahkan mengenai

pengetahuan umum bagi setiap perkara yang mereka lakukan dalam setiap minggu

perjumpaan. Ini merupakan peringkat asas yang perlu diketahui setiap ahli kelab mengenai

pembelajaran yang mereka perolehi sepanjang proses pembelajaran semasa perjumpaan

kelab dijalankan.

Untuk meningkatkan lagi kefahaman dan kefasihan ahli kelab, pelaksanaan

kemahiran perlu dilaksanakan supaya pengalaman pembelajaran yang akan diperolehi oleh

setiap ahli kelab akan menjadi lebih bermakna. Kemahiran adalah kecekapan dan

kepandaian melakukan sesuatu [Kamus Pelajar Edisi Kedua,2008]. Aspek kemahiran ini akan

dilaksanakan semasa organisasi pengalaman pembelajaran dijalankan. Ahli kelab akan

34
memperolehi pengalaman terkumpul melalui domain ini kerana ia menekankan aspek

pelaksanaan sama ada secara individu mahupun beramai-ramai yang dilaksanakan di dalam

dan di luar kelas (bersama masyarakat).

Nilai pula adalah suatu standard yang agak berkekalan dari segi masa, atau dalam

pengertian yang luas, suatu standard yang mengaturkan satu sistem perlakuan. Domain nilai

dapat diselitkan melalui domain pengetahuan dan domain kemahiran. Ini adalah kerana

nilai dapat dipelajari sama ada secara langsung mahupun tidak langsung semasa organisasi

pengalaman pembelajaran dijalankan. Nilai-nilai yang diperolehi bukan sahaja dapat

diperolehi melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan, malahan nilai yang

tersirat di sebalik intisari berzanji itu sendiri dapat dipraktikkan oleh ahli kelab yang

memahami intisari barzanji tersebut.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan adalah bagi mencapai objektif

yang dirancang. Ia adalah berbentuk teori dan praktikal. Segala aktiviti yang dilaksanakan

adalah selaras dengan objektif-objektif yang ingin dicapai supaya pengalaman pembelajaran

yang berlaku dapat mencapai objektif-objektif yang dipilih.

Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan perlu mementingkan peningkatan dari segi

pengetahuan, kemahiran dan nilai supaya pengalaman pembelajaran ahli kelab bukan sahaja

dapat mencapai objektif kelab malahan dapat menjana pendapatan kelab iaitu dengan

melaksanakan aktiviti keusahawanan. Walaupun aktiviti keusahawanan hanyalah aktiviti

sampingan, namun ianya penting dalam memajukan ekonomi sesuatu kelab iaitu dengan

menjana wang mengikut kreativiti sesuatu kelab.

35
ISI KANDUNGAN

Pengetahuan Kemahiran Nilai


1. Pengenalan barzanji  Komunikasi
a. makna barzanji  Berbudi bahasa
b. tujuan barzanji  Kepemimpinan
c. sejarah barzanji  Yakin pada diri sendiri
2. Pengenalan Empat rawi  Kemahiran memahami  Penghargaan
pertama (rawi 1-4) intisari barzanji  Bersyukur
a. Intisari barzanji  Memahami sejarah Nabi
Muhammad S.A.W.
3. Cara bacaan empat rawi  Kemahiran membaca  Berani mencuba
pertama (rawi 1-4) taranum yang diajar  Ikhlas
a. Taranum  Kemahiran mengingati
taranum
4. Aplikasi barzanji dalam  Pengorganisasian Ahli  Kepimpinan
kehidupan seharian Kelab (pembahagian  Sistematik
a. Majlis sambutan jawatan)  Semangat kerjasama
maulidurrasul  Pelaksanaan bacaan  Berbudi bahasa
b. Majlis khatam al- berzanji melalui  Menghormati golongan
Quran aktiviti sekolah yang lebih tua.
c. Majlis cukur jambul  Penglibatan dalam
bayi majlis
kemasyarakatan.

36
Pengetahuan

 Pengenalan barzanji

Huraian

Pengetahuan ialah perihal mengetahui, kepandaian dan kebijaksanaan [kamus


dewan, edisi ke-4]. Istilah tidak kenal maka tidak cinta amat sesuai digunakan dalam konteks
pengenalan pada peringkat awal kelab ini. Pengenalan kepada barzanji perlu dilakukan untuk
memperkenalkan kepada pelajar mengenai barzanji meliputi sejarah barzanji, tujuan
barzanji dan makna barzanji. Ketiga – tiga aspek yang dikupas ini perlu diselaraskan supaya
semua pelajar memahami dan mengetahui mengenai barzanji dengan fakta yang tepat. Cara
ini biasa dilakukan di dalam kelas iaitu ketika pembelajaran formal mengenai pengenalan
kepada subjek dan topik. Sebagai contoh, subjek kemahiran hidup dengan topik lukisan
teknik. Pelajar diperkenalkan dengan alatan yang diperlukan dan diterangkan beberapa
contoh lukisan teknik yang akan dilakukan sepanjang pembelajaran pada sesi persekolahan
tersebut. Begitu juga dengan kelab barzanji yang akan menekankan tiga aspek dalam sesi
pengenalan ini iaitu sejarah barzanji, tujuan barzanji dan makna barzanji.

Pendedahan mengenai sejarah barzanji masih belum diketahui umum dalam


masyarakat di Malaysia. Perkataan Sejarah (History) yang kita gunakan pada masa kini
berpunca daripada perkataan Arab iaitu Syajaratun yang bermaksud Pohon. Dari sudut lain
pula, istilah history merupakan terjemahan dari perkataan Yunani iaitu Histories yang
membawa makna satu penyelidikan ataupun pengkajian. Sejarah dalam erti kata lain
digunakan untuk mengetahui masa lampau berdasarkan fakta-fakta dan bukti-bukti yang
sahih bagi membolehkan manusia memperkayakan pengetahuan dalam sesuatu perkara.
Jadi, pengenalan mengenai sejarah,tujuan dan makna barzanji sangat penting kepada pelajar
untuk memperkayakan pengetahuan dalam bidang barzanji.

Rasional

Kepesatan ekonomi dan pembangunan Negara menyebabkan anak remaja dinihari


semakin ketinggalan dalam penerokaan sejarah sesuatu perkara seperti sejarah penyebaran
agama islam, sejarah kisah Nabi Muhammad S.A.W, dan sejarah mengenai kemerdekaan
Malaysia. Pengetahuan Am tentang negara sendiri dipandang enteng oleh sesetengah

37
remaja hari ini menyebabkan negara Malaysia tidak dapat melahirkan modal insan kelas
pertama yang telah diucapkan oleh bekas perdana menteri Malaysia, Tun Abdullah Haji
Ahmad Badawi dalam Rancangan Malaysia ke – 9 (RMK – 9). Jadi, adalah wajar untuk
memperkenalkan dahulu mengenai sejarah, makna dan tujuan barzanji bagi membuka
minda para remaja tentang barzanji yang sangat menarik dan penuh dengan keinsafan
melalui intisari ayat dalam setiap rawi. Secara tidak langsung, para pelajar dapat menambah
ilmu pengetahuan bukan sahaja mengenai barzanji malahan juga tentang sejarah kisah Nabi
Muhammad S.A.W yang boleh dicontohi dalam kehidupan seharian yang penuh ranjau
berduri pada hari ini.

 Pengenalan mengenai intisari ayat dalam rawi

Huraian

Rawi yang akan ditekankan adalah empat rawi yang pertama dalam kitab barzanji.
Rawi adalah bahagian atau bab yang dipisahkan dalam kitab barzanji. Setiap rawi mewakili
sirah nabi Muhammad S.A.W kecuali pada rawi pertama sahaja yang menerangkan tentang
kebesaran Allah dengan setiap ciptaan - NYA. Intisari ayat dapat dikupas bagi setiap rawi
dalam aktiviti perbincangan dan mentor mentee. Biasanya masyarakat hanya tahu
membaca dan melagukan rawi sahaja tanpa mengetahui maksud ayat yang dibaca dalam
setiap rawi. Jadi, kelab barzanji yang ditubuhkan boleh membentuk pelajar yang berupaya
membaca barzanji dan tahu makna ayat yang dibacanya.

Rasional

Jika dilihat pada zaman sekarang, ramai para remaja yang tidak mengikut cara hidup
Islam yang sebenar. Para remaja banyak terpengaruh pada budaya barat dalam cara
berpakaian, cara pergaulan dan cara pemakanan yang boleh mendorong dalam masalah
social di Malaysia. Bagi membendung masalah ini, satu contoh teladan yang baik haruslah
diberikaan pada peringkat awal lagi iaitu ketika awal remaja. Dengan memperkenalkan
contoh teladan yang baik yang dapat dikupas dalam intisari barzanji iaitu mengenai sirah
nabawiyah dapat memberikan gambaran kepada para remaja tentang cara hidup islam yang
sempurna. Jika kita melihat definisi cinta menurut bahasa ialah, kasih sayang dan menurut

38
istilah ialah kecenderungan atau ikatan hati yang berlaku antara kedua – dua belah pihak
yang mencintai [Fatimah Syarha:2009]. Bagi menyuburkan rasa cinta kita terhadap nabi
S.A.W, kita haruslah melihat kisah beliau yang boleh kita jadikan pengajaran dalam
kehidupan seharian. Jadi, melalui kelab barzanji yang dirancang ini diharap para pelajar
dapat mengaplikasikan nilai dan cara hidup nabwiyah dalam kehidupan seharian.

 Cara alunan barzanji (taranum)

Huraian

Dalam objektif kelab yang ke-dua telah dinyatakan tentang mengalunkan bacaan
barzanji. Mengalunkan yang dinyatakan adalah cara membaca barzanji dalam setiap rawi
dengan menggunakan taranum yang tertentu. Para pelajar akan didedahkan dengan jenis –
jenis taranum yang digunakan dan cara harakat iaitu tahap tinggi dan rendah dalam alunan
tersebut. Melalui guru pembimbing, para pelajar dapat memahami cara bertaranum yang
betul ketika membacakan barzanji mengikut rawi. Rawi yang akan dialunkan adalah empat
rawi yang pertama sahaja. Empat rawi pertama adalah asas bagi rawi yang lain iaitu
sebanyak 15 rawi lagi dalam kitab barzanji. Jika empat rawi yang asas ini dapat dikuasai oleh
para pelajar, pastinya 15 rawi yang lain dapat dibacakan dengan menggunakan alunan yang
dipelajari kerana alunan atau cara bacaan bagi rawi yang lain adalah sama bagi semua rawi.
Oleh itu, para pengajar harus memastikan bahawa semua pelajar dapat mengusai empat
rawi asas ini.

Rasional

Jika kita meneroka dunia siber sekarang, terlalu banyak hiburan yang diperkenalkan
kepada masyarakat kita di Malaysia. Kesan daripada perkembangan ini, ramai remaja yang
mahu terjun ke dunia seni kerana melihat kemewahan yang dapat dikecapi bagi setiap artis
tidak kira artis di Malaysia atau di negara yang lain. Pelbagai program realiti yang dianjurkan
di Malaysia sangat mendapat sambutan daripada masyarakat Malaysia terutama para
remaja.

Jadi, kelab barzanji ini adalah satu medium untuk para pelajar belajar mengenai seni
taranum bagi mengalunkan bacaan dalam setiap rawi. Seterusnya, dapat mengelakkan para
39
pelajar untuk berlumba – lumba mengecapi impian bergelar artis yang tidak akan berfaedah
dan hanya untuk keseronokan sahaja. Oleh itu, falsafah kelab ini dapat dicapai dengan
jayanya jika pelajar dapat menguasai cara mengalunkan dan memahami intisari ayat dalam
setiap rawi yang dipelajari dalam kelab ini.

 Aplikasi barzanji

Huraian

Aplikasi barzanji yang dinyatakan di sini adalah penglibatan secara langsung dalam
menjalankan aktiviti seperti sambutan maulidur rasul dan majlis khatam al-quran. Para
pelajar akan merasai sendiri bagaimana barzanji ini dialunkan dan dilakukan dalam sesuatu
majlis. Jika ketika dalam perbincangan hanya mengatakan tentang cara bacaan dan intisari
ayat sahaja, sambutan yang dianjurkan ini dapat memberi gambaran dan situasi sebenar
kepada para pelajar bagaimana bacaan barzanji ini diadaptasikan dalam sesuatu majlis.

Rasional

Kebanyakkan remaja tidak tahu bagaimana sambutan yang tertentu dijalankan


kerana sikap sambil lewa dan tidak ambik peduli terhadap sesuatu majlis diadakan. Jadi,
kelab ini diharapkan dapat memberikan ruang kepada para pelajar untuk melibatkan diri
dalam aktiviti seperti ini. Para pelajar iaitu remaja merupakan perintis generasi Negara yang
akan datang. Adalah wajar bagi semua remaja untuk mengetahui bagaimana mengendalikan
sesuatu majlis dengan sempurna penuh dengan keharmonian. Sebagai generasi yang akan
membangunkan Negara, adalah perlu dalam diri remaja sikap bantu – membantu dan pandai
menguruskan majlis tidak kira samaada majlis yang besar atau hanya majlis kecil – kecilan.

Remaja adalah sebahagian daripada masyarakat, jadi, aplikasi sambutan majlis


seperti majlis cukur jambul pasti akan melibatkan masyarakat. Majlis ini akan dapat
membantu para pelajar untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat. Kita tidak mahu,
remaja Malaysia menjadi seperti ‘katak di bawah tepurung’ yang hanya memtingkan diri
sendiri tanpa memikirkan orang sekeliling.

40
Kemahiran

 Komunikasi dua – hala

Huraian

Melalui pengetahuan yang diberikan semasa perbincangan atau pengajaran bersama


guru pembimbing, pelbagai kemahiran dapat diterapkan dalam diri pelajar. Kemahiran
komunikasi amat penting dalam diri setiap individu. Secara ringkas, komunikasi ialah
perpindahan maklumat daripada penyampai keapada penerima tanpa berlaku sebarang
penambahan dan pengurangan kepada maklumat asal [Mohammad Shatar : 2009]. Pada
peringkat awal,para pelajar akan melakukan aktiviti pengenalan dengan adanya sesi taaruf.
Pada sesi ini, semua pelajar haruslah memperkenalkan diri mereka kepada semua ahli kelab.
Selain komunikasi, keyakinan dalan diri juga dapat dibina apabila para pelajar mencuba
untuk bercakap di depan khalayak ramai. Kemahiran komunikasi ini sangat penting bukan
sahaja dalam sesi taaruf tapi dalam setiap minggu dan seterusnya dalam aktiviti seharian
para pelajar.

Pada setiap minggu, para pelajar akan ditemani dan dibimbing oleh guru pembimbing
yang akan berkomunikasi antara mereka bagi memahami proses pengajaran dan
pembelajaran. Komunikasi yang dinyatakan di sini adalah komunikasi dua – hala iaitu konsep
pemahaman dapat diterapkan apabila para pelajar dapat bertanya soalan yang tidak
difahami kepada guru tersebut.

Rasional

Kemahiran komunikasi dapat dipupuk dalam diri setiap pelajar. Komunikasi juga
sangat penting apabila para pelajar bercampur dengan aktiviti kemasyarakatan. Masyarakat
amat penting dalam kehidupan berjiran. Jadi sebagai pelajar yang ruang skop hanya kepada
sosialisasi keluarga dan rakan sebaya, adalah wajar untuk memperkenalkan agen sosialisasi
yang lain iaitu masyarakat. Aktiviti luar yang akan diadakan dapat membantu meningkatkan
kemahiran pelajar untuk berhubung dengan masyarakat luar. Pendedahan aktiviti
kemasyarakatan seperti ini juga dapat memberi pengalaman kepada para pelajar untuk

41
berada dalam kalangan masyarakat. Para pelajar yang didedahakan dengan aktiviti bersama
masayarakat tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung yang tidak ambil tahu
mengenai dunia luar. Oleh itu, kelab barzanji adalah medium dalam pembentukan
kemahiran komunikasi para pelajar bukan sahaja dalam ruang lingkup keluarga dan rakan
sebaya malahan juga dalam masyarakat yang tugasnya juga penting dalam setiap diri
individu.

 Mengalunkan bacaan barzanji.

Huraian

Bacaan barzanji akan diajar selepas para pelajar memahami intisari ayat dalam setiap
rawi. Kaedah taranum yang sesuai mengikut harakat akan diterangkan pada pembelajaran
ini. Pembelajaran untuk mengalunkan barzanji sangat penting untuk memperlihatkan bacaan
barzanji yang unik dan menarik. Pada rawi asas ini, taranum sikah dan taranum ras sahaja
yang akan diajarkan kepada para pelajar. Alunan bacaan rawi adalah sama dalam setiap rawi
iaitu daripada rawi pertama sehinggalah rawi yang ke – 19.

Rasional

Kemahiran mengalunkan ini memerlukan pemahaman yang tinggi dalam diri individu
supaya alunan yang dibuat atau dilagukan tidak janggal dan pelik kedengarannya. Kemahiran
yang diberikan ini diharapkan pelajar dapat mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan
lagu – lagu zaman sekarang yang tidak mempunyai makna yang signifikan dan hanya
melalaikan dan penuh dengan emosi semata – mata.

Dunia hari ini banyak disogokkan dengan lagu yang menarik dan sedap didengar
tanpa mengandungi makna yang relavan dan bermakna. Semua lagu yang dicipta pada hari
ini pasti melibatkan hati, perasaan, emosi dan cinta sesama individu yang tidak diketahui
pengakhirannya.

42
Seharusnya segala perasaan terutama yang melibatkan cinta hanyalah difokuskan
kepada maha pencipta iaitu Allah. Nabi Muhammad S.A.W ada berpesan,

“ Tiada yang lebih membahagiakan dua orang yang saling menyukai kecuali menikah. ”

(Riwayat Suyuti)

Jelas menunjukkan bahawa, perasaan kasih sayang atau dunia sekarang mengatakan
tentang cinta antara manusia tidak akan memberi faedah jika individu tersebut tidak dalam
ikatan yang sah iaitu perkahwinan. Harapan kepada para remaja adalah sangat tinggi supaya
remaja ini tidak lagi lalai dengan duniawi semata – mata tanpa memikirkan akibat yang akan
diterima di akhirat kelak. Jadi, melalui kelab barzanji yang akan ditubuhkan ini diharapkan
dapat melahirkan pelajar yang pandai melagukan bacaan barzanji dengan memahami
maksud bacaan tersebut. Para pelajar yang dididik akan faham mengenai cinta sebenar
hanya pada Allah Yang Esa bukan sesama manusia yang belainan jantina. Kelab barzanji
dapat meningkatkan jati diri individu terhadap agama Islam yang agung dengan ditambah
dengan pengajaran sirah Rasulullah S.A.W.

 Kemahiran dalam pengumpulan fakta

Huraian

Pengumpulan fakta yang dibincangkan adalah merangkumi intisari ayat samaada


tersurat dan tersirat dan kemahiran mendengar ketika waktu pembelajaran untuk
mengalunkan bacaan barzanji. Aktiviti yang disusun akan memudahkan para pelajar untuk
mengumpul fakta mulai daripada minggu pengenalan sehingga selesai sesi persekolahan.
Pengumpulan yang dilakukan adalah satu proses pengenalan kepada kitab barzanji yang
mengandungi pelbagai kisah Rasullah yang harus diteladani bagi setiap para pelajar.

Setiap intisari ayat dalam setiap rawi ada cerita yang tersendiri mengikut riwayat
hidup Rasulullah. Jadi, untuk mengetahui riwayat hidup Rasulullah tersebut, sudah pasti kita

43
perlu mencari kisah – kisah yang sebenar supaya jelas dan dapat difahami dengan mudah
apa yang ingin disampaikan. Di sini kita dapat melihat setiap pelajar mampu mencari sendiri
kisah – kisah riwayat hidup Rasulullah supaya mereka faham dan dapat berkongsi maklumat
dalam kumpulan ketika aktiviti latihan dalam kumpulan ( LDK ).

Rasional

Melalui kelab berzanji para pelajar akan mengetahui cara – cara untuk mencari fakta
yang benar dan sahih dan tidak terpesong dari Al- quran dan hadis kerana ianya melibatkan
sirah Nabi Muhammad S.A.W. Sekarang tedapat pelbagai sumber yang boleh diperolehi
untuk mendapatkan maklumat mengenai sirah Rasulullah seperti buku – buku ilmiah,
ensiklopedia, majalah, dan yang paling cepat adalah internet. Tidak dinafikan, apa sahaja
tajuk atau topik yang hendak dibincangkan, internet dapat memberikan maklumat hanya di
hujung jari dengan cepat. Masa yang digunakan tidak dibuang dengan mencari buku atau
majalah di perpustakaan ataupun di kedai buku. Tetapi, jika dibandingkan cara sumber
tersebut diperolehi, internet agak sukar untuk dikenalpasti sumber yang terlibat. Jika rujukan
adalah daripada buku, sumber diperoleh adalah benar dan boleh dipercayai.

Para pelajar juga dapat meningkatkan minat dalam pembacaan. Para pelajar hari ini
sangat kurang menjadikan hobi atau aktiviti masa senggang dengan membaca. Hal ini
kerana, permainan dinihari yang mengikuti teknologi sekarang akan dipilih oleh pelajar
untuk mengisi masa lapang seperti PS 1, PS 2 dan permainan computer yang lain. Melalui
kaedah pengumpulan data, para pelajar berupaya menjadikan hobi mereka untuk berada di
perpustakaan dan menelaah buku rujukan tentang Rasulullah. Cara ini dapat meningkatkan
pemahaman para pelajar khasnya pelajar kelab barzanji supaya dapat memahami sirah Nabi
Muhammad melalui sumber yang betul dan benar selain daripada sumber rujukan utama
iaitu Al-Quran dan Hadith.

44
Nilai

Nilai yang tekandung dalam pengisian boleh dibahagikan kepada lima iaitu,terhadap
Allah, Kumpulan Sosial(masyarakat), Alam Sekeliling dan Diri Sendiri.

 sikap terhadap Allah

Huraian

Allah adalah maha pencipta yang agung pada setiap ciptaannya. Penubuhan kelab ini
bukan sahaja dapat melihat riwayat nabi Muhammad S.A.W., malahan, penerangan tentang
ciptaan Allah juga akan ditekankan. Dalam rawi pertama sudah diterangkan mengenai
keagungan Allah dalam ciptaan-NYA iaitu adanya langit dan bumi dan alam sekeliling.
Pendekatan rawi pertama dalam kitab barzanji akan menitikberatkan tentang nilai
kesyukuran dan penghargaan kita kepada maha pencipta yang agung.

Pada setiap perjumpaan, perkara yang lazim yang akan dilakukan ialah membaca doa.
Mebaca doa adalah perkara yang akan dilakukan bagi setiap umat islam. Ketika kelas kelab
barzanji, doa akan dibaca pada awal sebagai permulaan dan pada penghujung kelas sebagai
doa penutup. Seperti firman Allah,

“dan apabila hamba – hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku maka jawablah
bahawa Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia
memohon kepada – Ku maka hendaklah mereka memenuhi segala perintah – Ku dan
hendaklah mereka beriman kepada – Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

( Al- Baqarah : 186 )

Rasional

Hari ini terlalu banyak masalah yang berlaku dalam instituisi keluarga di Malaysia,
sebagai contoh, masalah sumbang mahram. Melihat kepada permasalahan itu, akar umbi
yang harus ditekankan adalah sikap individu terhadap pencipta-NYA. Jika individu tersebut
menjaga hubungan dengan Allah, maka Allah menjaga hubungan individu dengan individu

45
yang lain. Jadi, masalah sumbang mahram tidak berlaku jika semua individu meletakkan
Allah sebagai keutamaan.

Melalui kelab barzanji, para pelajar akan didedahkan cara bacaan doa buka majlis dan
menutup majlis dan juga cara pembacaan ayat dalam kitab barzanji mengikut rawi yang asas.
Pededahan ini membenarkan pelajar untuk mengaplikasikan apa yang dipelajarinya dalam
kehidupan seharian. Pendekatan yang dipelajari membolehkan pelajar menjadikan doa
sebagai perkara biasa dalam setiap perbuatan yang ingin dilakukan. Nilai – nilai seperti kasih
sayang, kesyukuran dan keinsafan dapat dipupuk melalui aktiviti ini.

 Sikap terhadap diri sendiri

Huraian

Penubuhan kelab barzanji ini diharapkan dapat mengembangkan sikap kasih sayang
dalam diri sendiri kepada hormatkan diri sendiri dan menyedari akan harga diri sendiri. Sikap
terhadap diri sendiri ini meliputi nilai berbudi bahasa, nilai kepimpinan, nilai keberanian dan
nilai kesyukuran. Nilai yang disenaraikan akan dapat dipupuk melalui aktiviti yang dijalankan
sepanjang minggu.

Rasional

Darsawarsa kini, kebanyakkan remaja yang tidak menjaga diri sendiri kerana terleka
dengan dunia yang serba canggih sehingga hilang harga diri begitu sahaja disebabkan
pergaulan bebas antara mereka. Melalui kelab ini, kita dapat melatih dan mendidik pelajar
ini supaya menghargai diri sendiri dan haruslah sentiasa beringat kepada Allah yang Maha
Pencipta.

46
 Sikap terhadap orang lain

Huraian

Melalui kelab ini, kita dapat menerapkan nilai hormat – menghormati antara satu
sama lain. Hal ini dapat dikaitakan pada riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W ketika
bersama dengan orang sekeliling baginda dan sikap yang ditonjolkan oleh nabi ketika
hidunya.

Nilai menghargai juga boleh diterapkan kepada diri para pelajar ketika mentafsir ayat
dalam rawi pertama. Jelas di sini, melalui aktiviti yang dijalankan seperti mentor – mentee
terdapat banyak nilai positif yang akan diperolehi bagi murid – murid tersebut.

Rasional

Kehidupan setiap individu pastinya memerlukan orang lain untuk mendapat


sokongan dam bantuan untuk meneruskan kehidupan yang harmoni. Jadi, sokongan
daripada oarng sekeliling terutamanya ibu bapa, keluarga, rakan sebaya dam masyarakat
amat diperlukan. Apabila berhadapan dengan kesemua penyokong ini, seseorang individu
haruslah pandai dan bijak menjaga hubungan antara satu sama lain dengan nilai yang
diterapkan melalui kelab barzanji ini. Nilai antara kita dengan orang sekeliling haruslah dijaga
supaya kita dapat hidup dalam keadaan harmoni dan sejahtera. Bagi para remaja, mereka
seharusnya menerapkan nilai seperti tolong – menolong antara satu sama lain dalam
konteks mencapai keharmonian masyarakat.

 Sikap terhadap kumpulan sosial (masyarakat )

Huraian

Penerimaan tanggungjawab sosial dapat dipupuk apabila pelajar boleh bersosial


dengan orang sekelilingnya tidak kiralah ahli kelab atau orang lain seperti masyarakat
setempat ketika melakukan majlis tertentu seperti majlis cukur jambul dan aktiviti luar yang
lain. Melalui kelab ini, pelajar mampu bersosial dengan baik dengan memberi perkhidmatan

47
atau layanan yang memuaskan tanpa menimbulkan sebarang masalah perselisihan faham
atau perasaan tidak puas hati terhadap orang lain.

Rasional

Masalah sosial dalam kalangan remaja amat membimbangkan semua pihak pada
waktu ini adalah disebabkan oleh kurangnya nilai kesedaran dalam diri para remaja. Jadi,
sekolah perlu memainkan peranan yang oenting untuk memberikan kesedaran kepada para
pelajar melalui aktiviti yang dapat memupuk nilai kesedaran dalam diri para pelajar.

Penubuhan kelab barzanji diharapkan dapat menggarap nilai kersedaran dalam


minda dan jiwa para pelajar. Melalui riwayat hidup nabi Muhammad S.A.W. yang boleh
diteladani dan dijadikan contoh terunggul kepada para pelajar supaya tidak mudah terleka
dalam mengecapi impian yang menggunung tinggi.

 Sikap terhadap alam sekitar

Huraian

Melalui perbincangan dalam kumpulan dan kisah Rasulullah, guru atau mentor boleh
mengaitkan sikap atau adab individu terhadap alam sekitar. Rasulullah S.A.W begitu peka
dan prihatin terhadap makhluk yang lain seperti haiwan, tumbuhan – tumbuhan dan alam
sekitar. Rasulullah saw menasihati umatnya supaya berlaku ihsan kepada haiwan dan
binatang ternakan serta tidak menzalimi atau menyiksa mereka. Demikian juga tumbuh-
tumbuhan dan alam sekitar. Rasulullah adalah contoh teladan dan ikutan yang paling tepat
bagi semua peringkat kehidupan. Bersesuaian dengan itu, Allah swt telah berfirman bahawa
Nabi Muhammad saw diutuskan kepada manusia untuk menyempurnakan akhlak di
kalangan mereka.

Firman Allah yang bermaksud : "Demi sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah
saw itu contoh ikutan yang baik bagi orang-orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan
Allah dan balasan baik di hari akhirat serta sentiasa menyebut dan memperingati Allah
dalam masa senang dan susah." [ islamgrid.gov.my : 2009 ].

48
Rasional

Hidup seseorang manusia di dunia ini memerlukan juga benda hidup yang lain seperti
adanya tumbuhan dan haiwan. Sebagai contoh, tumbuhan yang terdapat dalam alam ini
diperlukan untuk proses pernafasan iaitu melaui pertukaran gas oksigen dan karbon
dioksida. Tumbuhan juga diperlukan untuk keperluan manusia seperti tempat tinggal. Jadi,
adalah sangat wajar alam sekeliling ini dijaga seperti seseorang individu menjaga diri sendiri.

Selain daripada tumbuhan, haiwan juga adalah ciptaan Allah yang harus dijaga oleh
manusia. Sesetengah haiwan atau ternakan yang digunakan untuk membuat kerja, maka
ternakan tersebut tidak boleh dibebani di luar kesanggupan mereka atau dianiaya mahupun
disakiti. Malah ketika hendak menyembelih untuk dimakan sekalipun, maka hendaklah
penyembelihan dilakukan dengan cara yang paling baik iaitu dengan menggunakan pisau
yang tajam, tidak mengasah pisau di hadapan haiwan tersebut atau menyembelih haiwan
ternakan di hadapan ternakan yang lain [islamgrid.gov.my:2009]. Perkara ini jelas
menunjukkan yang hidupan di ala mini iaitu tumbuhan dan ternakan dan haiwan lain
haruslah dijaga dan manusia perlu beradab dengan setiap ciptaan Allah yang lain.

Kelab barzanji yang ditubuhkan bakal melahirkan insan yang berkualiti bukan sahaja
daripa pengetahuan yang diperolehi malahan juga dalam adab sopan atau akhlak setiap
individu pelajar itu sendiri. Bahawasanya, terlalu banyak akhlak yang ditonjolkan oleh
Rasulullah S.A.W yang boleh dijadikan teladan bagi semua manusia dan khususnya dalam diri
para pelajar dan para guru.

49
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Aktiviti 1 : sesi taaruf

Aktiviti 2 : mentor mentee

Aktiviti 3 : kuiz

Aktiviti 4 : majlis sambutan maulidurrasul di peringkat sekolah

Aktiviti 5 : majlis keramaian di peringkat masyarakat

Aktiviti 6 : latihan dalam kumpula (LDK)

Aktiviti 7 : pertandingan barzanji antara kumpulan

Aktiviti 8 : pertandingan barzanji antara ahli kelab

Aktiviti 9 : Majlis penganugerahan kelab barzanji dan jamuan akhir tahun

50
 Sesi taaruf (pengenalan)

Huraian

Aktiviti taaruf merupakan aktiviti yang kebiasaannya dilaksanakan di awal


perjumpaan kelab. Ia adalah bertujuan untuk mengenali antara ahli kelab dan tenaga
pengajar yang terlibat. Di samping itu ahli kelab akan didedahkan mengenai pengenalan
barzanji iaitu mengenai maksud barzanji, sejarah barzanji dan tujuan barzanji [wikipedia,
2010]. Ini adalah supaya pelajar dapat didedahkan mengenai isi kandungan kitab barzanji
yang akan dipelajarinya secara umum.

Selain itu, sesi pengorganisasian kelab juga dilaksanakan bagi melantik ahli
jawatankuasa tertinggi untuk kelab tersebut yang terdiri daripada ahli kelab itu sendiri.
Sebuah organisasi dapat ditakrifkan sebagai sekumpulan manusia yang berkerja untuk
mencapai matlamat-matlamat yang tertentu dan dalam suasana yang tertentu. Zainal
Ariffin Ahmad dalam bukunya ‘Perlakuan Organisasi’ (1998) telah mendefinisikan organisasi
sebagai satu kumpulan manusia yang kerja bersama untuk mencapai matlamat umum.
Sementara Campbell et al. (1988), pula mentakrifkan organisasi sebagai sekumpulan
manusia yang bekerja untuk mencapai matlamat-matlamat tertentu dalam sesuatu suasana
yang tertentu (Mozais, 2010).

Rasional

Kajian menunjukkan 55% komunikasi letaknya pada fisiologi iaitu gaya, gerak badan
dan mimik muka, 38% kesan komunikasi letaknya pada nada suara dan hanya 7% sahaja
bergantung kepada fakta [Tengku Asmadi, 2003]. Oleh itu, bagaimana seseorang itu
menyampaikan sesuatu itu adalah lebih penting daripada apa yang disampaikan. Sewaktu
diperingkat awal berkenalan, seseorang itu akan sering berfikir terlebih dahulu apa yang
mahu dikatakan agar tidak disalah faham, tidak dianggap kasar dan tidak mengguris
perasaan orang lain. Jadi, perkara ini seharusnya berterusan supaya hubungan antara ahli
kelab yang cuba dibina oleh tenaga pengajar akan berterusan malahan bertambah erat lagi.

51
Pengetahuan asas mengenai barzanji ini didedahkan supaya ahli kelab mengetahui
terlebih dahulu mengetahui apa yang dimaksudkan dengan barzanji, kegunaan bacaan
berzanji, dan sejarah asal barzanji diperkenalkan di Tanah Melayu. Ini adalah kerana di
dalam masyarakat Islam Malaysia hari ini ramai yang tidak mengetahui apakah berzanji dan
marhaban [Sulma, 2005]. Walaupun ianya popular dalam masyarakat Johor, namun
pendedahan yang meluas diperlukan ke atas masyarakat luar supaya warisan seni barzanji
ini tidak akan luput ditelan zaman. Berzanji dan marhaban menjadi satu tradisi adat dan
warisan Melayu yang tidak dapat dipisahkan dari majlis-majlis seperti perkahwinan, khatam
al-Quran dan majlis cukur jambul bayi.

Pengorganisasian kelab dilaksanakan supaya jawatankuasa-jawatankuasa yang


dilantik dapat bekerjasama dan berhubung antara satu dengan lain bagi menyiapkan
sesuatu tugasan. Tujuan atau misi sesebuah organisasi boleh dikatakan pewajaran kepada
kewujudan organisasi tersebut. la memaksa organisasi menyoal ‘Apakah sebenarnya
matlamat kita?’ Penetapan matlamat ini akan membantu sesebuah organisasi untuk
menterjemahkan misinya kepada sasaran prestasi yang spesifik dan supaya boleh diukur.

 Mentor mentee

Huraian

Mentor biasanya ditujukan kepada orang yang berpengetahuan dan mempunyai


pengalaman di dalam sesuatu bidang. Manakala mentee pula bermaksud individu yang di
pandu dan yang di pimpin [Ismail,2007].

Program mentor mentee ini dijalankan semasa minggu pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan. Dengan adanya program mentor mentee ini, ia membolehkan guru untuk
memimpin atau memandu pelajar baru dalam mendapatkan nasihat dan juga bantuan yang
diperlukan.

52
Rasional

Syed Naguib (1978) dalam Islam and Secularism menggunakan “Muaddib”


sebagai Mentor. Perkataan Muaddib berasal dari perkataan “adab” dalam bahasa Arab.
Proses muaddib ini sebenarnya ialah proses membentuk protege atau mentee agar dapat
melaksanakan pekerjaan atau tanggungjawab yang perlu dipikul oleh mereka [Syed Naguib,
1978]. Program mentor mentee ini juga dapat membantu, membimbing, menasihati dan
menunjuk ajar pelajar (mentee) dalam setiap aspek pembelajaran mereka agar pelajar dapat
belajar dengan berkesan. Ini adalah kerana, ahli kelab lebih mudah untuk berinteraksi secara
terus dengan guru pengajar jika terdapat kekeliruan dalam mempelajari bacaan barzanji.
Secara tidak langsung, perhubungan mesra di antara pelajar dan guru dapat diwujudkan.

Ia juga dilaksanakan bagi memudahkan kerja tenaga pengajar di samping dapat


memperbetulkan bacaan ahli kelab secara lebih dekat kerana dengan konsep mentor
mentee ini, jumlah penumpuan terhadap ahli kelab menjadi lebih tertumpu disebabkan
bilangan ahli kelab berbentuk kumpulan adalah lebih sedikit jika dibandingkan dengan
pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh dilakukan. Jadi, pembelajaran akan
menjadi lebih berkesan dan teratur.

 Kuiz

Kuiz merupakan salah satu cara untuk menilai tahap pencapaian ahli kelab terhadap
isi pengajaran dan pembelajaran yang telah dipelajarinya. Ia juga bertujuan menilai tahap
penguasaan pelajar mengenai isi kandungan yang telah dipelajarinya semasa minggu
pertama, minggu kedua dan minggu ketiga. Kuiz dijalankan dalam bentuk penulisan iaitu ahli
kelab perlu menjawab soalan-soalan yang tertulis di dalam kertas soalan yang diedarkan.

Selain itu juga, mentor perlu menilai tahap pemahaman ahli kumpulannya iaitu
dengan mengadakan sesi soal jawab . Soal jawab ini merupakan teknik yang paling lama dan
paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini bukan kerana ia
mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru
dengan murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan
soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi

53
tindakbalas yang sewajarnya. Di samping itu, ahli kelab juga dikehendaki membaca bacaan
barzanji serba sedikit supaya mentor dapat membantu dalam memperbaiki lagi bacaan ahli
kumpulannya.

Rasional

Kuiz diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British
(B.B.C). Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran
Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu
[Nurushams, 2011]. Kuiz sebagai aktiviti pertandingan yang meliputi pertandingan antara
pelajar. Di sini dapat dilihat sejauh mana kefahaman ahli kelab terhadap isi kandungan kelab
barzanji dilaksanakan. Ini adalah bagi mengukuhkan pengajaran dan memantapkan
pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu.

 Majlis sambutan maulidurrasul di peringkat sekolah

Huraian

Majlis sambutan maulidurrasul ini diadakan pada hari peristiwa di mana ahli kelab
dapat mengaplikasikan bacaan barzanji di peringkat sekolah. Sambutan Maulidurrasul
merupakan natijah atau kesan akan adanya perasaan kecintaan terhadap Rasulullah (s.a.w),
perasaan taat kepada baginda, sentiasa mengingati baginda, mencontohi baginda dan
berbangga dengan baginda sebagaimana Allah bangga terhadap baginda kerana Allah
memuji akan baginda didalam Al-Quran, "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang
mulia" (al-Qalam:4) [Sufyan, 2010]. Jadi, dengan adanya majlis sambutan maulidurrasul ini,
para pelajar dapat mengaplikasikan bacaan mereka secara sebenarnya di dalam sesuatu
majlis di samping dapat memuji Nabi Muhammad S.A.W.

Majlis ini dikendalikan oleh para pelajar itu sendiri di mana mereka perlu
menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan majlis sambutan maulidurrasul yang
merangkumi peringkat sebelum, semasa dan selepas majlis. Guru kelab akan membimbing
ahli kelab yang dilantik dalam melaksanakan majlis ini secara keseluruhannya.

54
Rasional

Rasional majlis ini dilaksanakan adalah untuk memberi gambaran sebenar iaitu
bagaimana bacaan barzanji ini dilaksanakan di luar iaitu semasa aktiviti kemasyarakatan.
Dengan ini, ahli kelab akan lebih memahami penggunaan barzanji yang mereka pelajari
selama menjadi ahli kelab tersebut.
Perancangan majlis yang dirancang dan dilaksanakan oleh ahli kelab adalah bertujuan
memberi pengetahuan dan pendedahan kepada ahli kelab bagaimana sesuatu majlis itu
dirancang dan kemudiannya dilaksanakan. Ini adalah supaya, di dalam kelab barzanji ini,
bukan sahaja ahli kelabnya dapat mempelajari keindahan barzanji, malahan ilmu mengenai
mengendalikan sesuatu majlis juga diperolehi secara tidak langsung. Jadi, serba sedikit
pengetahuan ahli kelab akan bertambah dengan menyertai kelab barzanji ini yang bukan
sahaja berkaitan dengan ilmu ukhrawi malahan jua duniawi.

 Majlis keramaian di peringkat masyarakat

Huraian

Majlis keramaian atau lebih dikenali sebagai kenduri merupakan majlis yang
memerlukan penyertaan dari masyarakat setempat yang meliputi kawan-kawan, sanak
saudara dan juga jiran tetangga [Hilalazmi, 2010]. Penglibatan ahli kelab barzanji terhadap
majlis keramaian yang diraikan turut dapat memeriahkan lagi majlis tersebut.

Penggunaan barzanji di peringkat masyarakat merangkumi skop yang agak luas di


mana ia boleh dipraktikkan semasa majlis kenduri kahwin, majlis khatam al-Quran dan majlis
cukur jambul bayi. Penglibatan ahli kelab amatlah digalakkan ketika ini supaya selain
daripada mereka memperolehi pengalaman sebenar bacaan barzanji dilaksanakan di
peringkat masyarakat, ianya secara tidak langsung juga dapat mengeratkan silaturrahim
antara para pelajar dengan masyarakat sekeliling.

55
Rasional

Secara rasional, pelajar dapat didedahkan dengan pengaplikasian bacaan barzanji di


dalam masyarakat di mana situasi sebenar dilaksanakan ketika majlis tersebut. Dengan ini,
secara tidak langsung, warisan barzanji yang diajar di peringkat sekolah akan berkembang ke
peringkat masyarakat dan seterusnya dapat mengekalkan warisan berzanji supaya tidak
luput ditelan zaman.

 LDK (latihan dalam kumpulan)

Huraian

Latihan dalam kumpulan melibatkan aktiviti melatih bacaan barzanji sebelum tibanya
waktu kemuncak pertandingan. Perlaksanaan LDK dilakukan bagi persediaan mengahadapi
pertandingan yang akan dijalankan iaitu di penghujung proses pengajaran dan pembelajaran.
Ia dijalankan supaya setiap kumpulan dapat memantapkan lagi persembahan yang akan
mereka laksanakan ketika hari pertandingan berlangsung.

Kehidupan ini tidak akan memberikan sebarang makna sekiranya kita tidak
mempunyai kekuatan untuk mencuba sesuatu.” Kesukarelaan dan jatidiri yang kukuh dan
padu perlu dijanakan dalam diri setiap individu untuk menyuburkan kekuatan serta
keyakinan diri [Wikipedia, 2011]. Jadi, dalam menjalankan latihan, mentor akan memilih ahli
kumpulan yang terbaik dalam bacaannya supaya dapat dipertandingkan pada peringkat
individu. Tanpa tahap keyakinan yang tinggi dalam ahli kumpulan, ini akan menyukarkan
proses pemilihan ahli kumpulan terbaik untuk dipertandingkan kelak.

Rasional

LDK ini bertujuan memberi persediaan awal kepada ahli kelab untuk memantapkan
lagi bacaan masing-masing sebelum tibanya waktu kemuncak persembahan bakat yang
terpendam dalam diri ahli kelab barzanji. Dengan adanya LDK, guru pengajar juga dapat
menilai tahap mana ahlinya dapat memperlagukan bacaan barzanji di samping
memperbetulkan dan memantapkan lagi bacaan ahli kumpulan masing-masing.

56
 Pertandingan barzanji antara kumpulan

Huraian

Pertandingan berzanji dijalankan setelah ahli kelab mahir dalam bacaan masing-
masing. Pertandingan membawa maksud perihal bersaing untuk mencapai kejayaan
[Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009]. Sebagai langkah mengekalkan dan mengembangkan
lagi seni warisan barzanji, pertandingan barzanji ini dijalankan. Pertandingan secara
kumpulan ini dijalankan adalah bertujuan menilai kumpulan yang lebih bersemangat, di
samping menilai tahap penguasaan mereka terhadap bacaan barzanji yang dipelajari.

Rasional
Rasionalnya adalah supaya timbulnya semangat kerjasama antara ahli kumpulan bagi
menjayakan kumpulan mereka di dalam pertandingan tersebut. Melalui pertandingan yang
dijalankan juga, nilai daya saing dapat dipupuk di dalam diri ahli kelab supaya memperbaiki
bacaan dengan lebih baik. Selain itu juga nilai kreativiti juga dapat dipupuk di kalangan ahli
kelab bagi menceriakan suasana pada hari pertandingan tersebut sama ada dari segi
pemakaian mahupun seni suara.

 Pertandingan antara ahli kelab

Huraian

Pertandingan antara ahli kelab diadakan setelah mentor memilih bacaan ahli
kumpulan yang terbaik untuk dipertandingkan. Pertandingan ini merupakan salah satu
usaha mengembangkan dan mempopularkannya dan sebagai alternatif dalam usaha
memperbanyakkan seni budaya Islam yang bermutu di negara ini supaya dapat
menyedarkan dan meningkatkan kembali sejarah perkembangan Islam serta dapat diambil
iktibar dan teladan sifat-sifat terpuji Nabi s.a.w. yang terkandung di dalamnya [Sulma,
2005].
Bacaan secara individu ini membolehkan ahli yang terlibat mengasah bakat mereka
yang terpendam. Dengan cara ini, pelajar terpilih akan lebih bersemangat lagi untuk
menjuarai pertandingan yang diadakan di samping dapat memupuk semangat daya saing
dalam diri pelajar yang terlibat.

57
Rasional
Pertandingan antara ahli kelab terbaik dilakukan bagi mencungkil bakat yang
terpendam di dalam diri ahli kelab yang meminati kelab barzanji. Usaha ini juga bertujuan
meneruskan kesinambungan seni ini supaya tidak luput dan merupakan salah satu cara
penghayatan Islam melalui aktiviti seni yang mulia ini. Selain itu, pelajar akan merasa
dihargai lalu meningkatkan lagi semangat mereka dalam mengembangkan ilmu barzanji ini
kepada masyarakat sekeliling amnya.

 Majlis penganugerahan dan jamuan akhir tahun

Huraian

Majlis penganugerahan diadakan bagi menghargai penglibatan ahli kelab dalam


menjayakan kelab berzanji ini. Selain itu, penghargaan juga dilakukan terhadap tenaga
pengajar yang juga bertungkus lumus dalam menjayakan sesuatu aktiviti yang dilaksanakan.
Segala bentuk sokongan, bantuan, kerjasama, cadangan, penyertaan, kehadiran, dan
sumbangan bagi melaksanakan dan menjayakan kelab barzanji amatlah dihargai.
Jamuan akhir tahun juga dilaksanakan bagi mengeratkan lagi hubungan antara ahli
kelab dan semoga ianya tidak terputus setakat itu sahaja. Sebagai penutup, majlis makan
bersama-sama ini akan menjadi memori terindah bagi setiap individu yang menyertai kelab
barzanji ini.

Rasional
Pelajar akan berasa dihargai dengan penganugerahan yang diberikan dan secara
tidak langsung meningkatkan lagi minat mereka untuk meneruskan warisan barzanji itu
kepada masyarakat sekeliling.
Jamuan yang diadakan adalah bagi meraikan ahli-ahli kelab yang selama ini telah
bertungkus-lumus dalam menjayakan setiap aktiviti yang dijalankan. Dengan adanya
jamuan itu, perjumpaan ahli kelab dapat diakhiri dengan cara yang baik dan semoga
hubungan antara ahli kelab berkekalan dan dapat mengembangkan lagi warisan barzanji itu
sendiri secara tidak langsung.

58
ORGANISASI PENGALAMAN PEMBELAJARAN
Minggu Topik Aktiviti Catatan
1 Pengenalan kelab dan • Sesi taaruf ( Tak • Semua guru kelab
kitab barzanji Kenal Maka Tak barzanji perlu
• Maksud barzanji Cinta ) menghadirkan diri
• Sejarah barzanji • Tayangan video • Penyediaan video
• Tujuan barzanji ringkas barzanji
• Pengorganisasian • Setiausaha perlu
ahli Kelab mencatat nama AJK yang
dilantik semasa
pengorganisasian kelab.
2 Pengenalan asas • Mentor mentee • Setiap mentor berada
barzanji - perbincangan dalam kumpulan masing-
• Intisari barzanji mengenai masing
rawi 1 intisari barzanji • Mentor menyemak cara
• Bacaan barzanji rawi 1 bacaan mentee.
rawi 1 - bacaan barzanji
rawi 1
3 Pengenalan asas • Mentor mentee • Setiap mentor berada
barzanji - perbincangan dalam kumpulan masing-
• Intisari barzanji mengenai masing
rawi 2 intisari barzanji • Mentor menyemak cara
• Bacaan barzanji rawi 2 bacaan mentee
rawi 2 - bacaan barzanji
rawi 2
4 Perbincangan mengenai • Mentor mentee • Mentor pastikan mentee
tahap kefahaman - Sesi soal jawab dapat menguasai cara
pelajar - Baiki cara bacaan barzanji bagi rawi
• rawi 1 bacaan 1 dan rawi 2.
• rawi 2 • Kuiz • Mentor perlu mengambil
set soalan kuiz ringkas.

59
5 Pengenalan asas • Mentor mentee • Setiap mentor berada
barzanji - perbincangan dalam kumpulan masing-
• Intisari barzanji mengenai masing
rawi 3 intisari barzanji • Mentor menyemak cara
• Bacaan barzanji rawi 3 bacaan mentee
rawi 3 - bacaan barzanji
rawi 3
6 Pengenalan asas • Mentor mentee • Setiap mentor berada
barzanji - perbincangan dalam kumpulan masing-
• Intisari barzanji mengenai masing
rawi 4 intisari barzanji
• Mentor menyemak cara
• Bacaan barzanji rawi 4
bacaan mentee
rawi 4 - bacaan barzanji
• Perlantikan AJK untuk
rawi 4
Majlis Sambutan
• Perlantikan AJK
Maulidurrasul pada
minggu berikutnya
7 Pengaplikasian barzanji • Majlis Sambutan • Diadakan sewaktu hari
di peringkat sekolah Maulidurrasul di peristiwa
peringkat sekolah • Pelajar mengorganisasi
- Bacaan secara majlis tersebut
beramai-ramai • Guru membimbing ahli
kelab dalam
mengorganisasikan majlis
8 Penglibatan aktiviti • Majlis keramaian di • Penglibatan majlis
kemasyarakatan peringkat berdasarkan kesesuaian
masyarakat masa, tempat dan
- Majlis bilangan pelajar yang
perkahwinan terlibat.
- Majlis khatam
al-Quran atau
- Majlis cukur

60
jambul
9 Praktikal alunan barzanji • LDK (latihan dalam • Latihan dijalankan
• Berkumpulan kumpulan) mengikut kumpulan
• individu - Praktikal alunan masing-masing
barzanji secara • Mentor perlu memilih
berkumpulan ahli kumpulan yang
- Memperdengar terbaik untuk
kan alunan dipertandingkan bagi
barzanji secara peringkat individu.
individu dalam
kumpulan
10 Pertandingan antara Pertandingan antara • Guru penilai perlu
kumpulan kumpulan mengambil tempat
masing-masing.
• Keputusan diserahkan
kepada pengadil.
11 Pertandingan antara Pertandingan antara ahli • Guru penilai perlu
individu kumpulan yang terbaik mengambil tempat
masing-masing.
• Keputusan diserahkan
kepada pengadil.
12 Majlis penganugerahan • Majlis • Majlis ini dikendalikan
dan jamuan akhir tahun penganugerahan oleh ahli kelab melalui
- Pertandingan AJK sedia ada.
antara • Sesi bersalam-salaman
kumpulan dan selepas tamat majlis.
individu
• Jamuan Akhir
Tahun

61
Organisasi Pengalaman Pembelajaran

Huraian

Dalam proses pengorganisasian pengalaman pembelajaran, aspek dimensi kurikulum


perlu diambil kira iaitu dari segi skop, penyepaduan, urutan, kesinambungan dan
keseimbangan. Ini adalah bagi mengaitkan antara aktiviti pengalaman pembelajaran secara
keseluruhan dengan mengambil kira aspek kesesuaian terhadap sesuatu pelaksanaan
program yang akan dijalankan semasa mereka bentuk kurikulum Kelab Barzanji.

 Skop

Aspek skop dapat dilihat melalui isi kandungan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran itu sendiri di mana ia menekankan aspek pengenalan asas barzanji. Proses
pengajaran dan pembelajaran ini hanya melibatkan empat rawi yang pertama yang
merupakan asas dalam mempelajari ilmu barzanji. Namun, ini bukanlah bermakna skop yang
dibawa di dalam kelab kami hanya terhad kepada empat rawi ini sahaja, tetapi ianya boleh
diteruskan dengan rawi yang seterusnya jika pelajar ingin lebih mendalami isi kandungan
dalam kitab barzanji. Ruang lingkup kelab barzanji ini menekankan pengajaran dan
pembelajaran secara teori dan praktikal di mana ia melibatkan empat rawi yang pertama
dalam kitab barzanji. Ini bermaksud, segala keluasan, kepelbagaian dan pengalaman
pembelajaran yang berlaku sama ada di dalam atau di luar kelas adalah terhad kepada isi
kandungan yang dipelajari sewaktu perjumpaan kelab berlangsung.

 Penyepaduan

Dalam menyepadukan isi kandungan barzanji, aktiviti pengalaman pembelajaran


disusun melalui penglibatan para pelajar dengan masyarakat sekitar. Aspek penyepaduan ini
dapat dilihat melalui penglibatan ahli kelab terhadap majlis keramaian di mana para pelajar
dapat mengaplikasikan bacaan barzanji di dalam situasi sebenar. Ahli kelab yang terpilih
akan mengalunkan bacaan barzanji yang telah dipelajarinya di samping dapat
mengembangkan lagi seni barzanji itu kepada masyarakat yang terlibat. Selain itu,
penyepaduan juga dapat disepadukan dengan pertandingan yang akan dilaksanakan iaitu
pertandingan barzanji secara kumpulan dan individu. Pertandingan ini dapat menanam
minat para pelajar supaya lebih mendalami dan memahami ilmu barzanji yang dipelajarinya.

62
Jadi di sini, dapat dilihat bagaimana isi kandungan kelab barzanji ini dapat disepadukan
melalui aktiviti kemasyarakatan dan juga pertandingan yang akan dilaksanakan.

 Urutan

Organisasi pengalaman pembelajaran ini disusun mengikut rawi iaitu daripada rawi
pertama kepada rawi kedua, seterusnya rawi ketiga dan akhir sekali rawi keempat. Ahli kelab
terlebih dahulu ditekankan mengenai intisari rawi kemudian barulah masuk kepada cara
bacaan ayat barzanji tersebut. Konsep yang dibawa ini adalah lebih kurang sepertimana yang
dipelajari semasa seseorang itu mempelajari Al-Quran yang bermula dengan kitab Muqadam
dan setelah fasih barulah pindah kepada Al-Quran. Aspek urutan juga melibatkan cara
penglibatan ahli kelab pada peringkat sekolah terlebih dahulu kemudian dibawa kepada
penglibatan di peringkat masyarakat di mana para pelajar telah didedahkan terlebih dahulu
dengan suasana cara bacaan barzanji itu dipraktikkan sekali dengan salawat kepada nabi
junjungan Nabi Muhammad S.A.W. yang dilaksanakan di dalam sekolah. Setelah itu, barulah
para pelajar dibawa keluar untuk menyertai aktiviti keramaian pada peringkat masyarakat di
mana pelajar didedahkan mengenai situasi sebenar sesuatu majlis yang melibatkan bacaan
barzanji dan alunan salawat.

 Kesinambungan

Bagi mengelakkan bacaan seni barzanji ini dilupakan oleh para pelajar, pertandingan
barzanji antara kumpulan dan pertandingan antara individu dilaksanakan bagi menekankan
aspek kesinambungan. Ini adalah supaya ahli kelab dapat mengalunkan semula bacaan
dalam bentuk pertandingan. Aspek kesinambungan ini dapat dilihat bermula daripada
praktikal alunan secara individu dan berkumpulan di mana berlakunya pengulangan
terhadap bacaan barzanji. Perkaitan secara vertical ini dilaksanakan bagi memperbaiki dan
memantapkan cara bacaan barzanji sebelum tibanya saat kemuncak pertandingan pada
minggu berikutnya. Selain itu, aspek kesinambungan juga dapat diperolehi melalui
perlaksanaan aktiviti bersama masyarakat di mana masyarakat yang terdedah dengan
bacaan barzanji ini diharapkan dapat meneruskannya pada peringkat masyarakat pula.
Dengan adanya pendedahan ini kepada masyarakat, bacaan barzanji ini dapat dilaksanakan
secara meluas yang bukan hanya terhad kepada ahli kelab barzanji dan secara tidak langsung
aspek kesinambungan ini dapat diteruskan pada masyarakat sekitar umumnya.

63
 Keseimbangan

Dimensi keseimbangan dapat diterapkan dalam diri para pelajar iaitu melalui proses
pengajaran dan pembelajaran yang mana melibatkan aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Aspek jasmani dapat dilihat dengan adanya penglibatan ahli kelab terhadap aktiviti
yang dijalankan seperti aktiviti kemasyarakatan yang mana serba sedikit melibatkan
perlakuan aktif ahli kelab tersebut. Aspek emosi juga dapat dilihat sewaktu latihan
pertandingan barzanji dijalankan di mana para pelajar perlu mengawal emosi semasa latihan
dan sewaktu pertandingan dijalankan. Aspek emosi ini juga dapat dilihat secara keseluruhan
iaitu bagaimana emosi ahli kelab semasa penglibatan mereka di dalam aktiviti kelab yang
dijalankan. Aspek intelek pula jelas kelihatan semasa kuiz dijalankan di mana tahap
pencapaian ahli kelab dapat diukur melalui pemarkahan yang diperolehi. Aspek ini juga
dapat dilihat melalui pengendalian sesuatu majlis yang perlu diuruskan sendiri oleh para
pelajar di mana tenaga pengajar hanya perlu membimbing sahaja dalam proses persediaan,
perlaksanaan dan selepas majlis tersebut dilaksanakan. Secara keseluruhan, aspek yang
terbesar yang dapat dilihat adalah dari segi rohani kerana pengisian proses pengajaran dan
pembelajaran itu sendiri melibatkan tanda peringatan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
selain daripada penerapan nilai yang baik dalam diri ahli kelab barzanji.

64
KAEDAH PENILAIAN

Penilaian adalah satu proses atau kumpulan proses yang penilainya mengumpul
data untuk membuat keputusan. Penilaian kurikulum yang dilakukan terhadap ahli kelab
adalah melalui dua cara iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif [Tyler, 1949.].

Penilaian formatif merangkumi penilaian terhadap aktiviti-aktiviti dan bertujuan


untuk memperbaiki program yang dijalankan. Ia dilakukan serentak dengan pembangunan
program dan pelaksanaan program. Dalam fasa pembangunan kurikulum, penilaian formatif
memberikan bukti yang akan mengarahkan keputusan yang boleh dibuat tentang bagaimana
untuk menyemak program semasa ketika ia sedang dibangunkan. Penilaian formatif berlaku
di beberapa tempat yang dinyatakan dalam proses pembangunan kurikulum. Ia
menyediakan peluang penilai untuk mengubah suai, menolak atau menerima program ini
kerana ia berkembang. Dengan kata lain, penilaian secara formatif merupakan penilaian
secara berterusan sepanjang program dijalankan atau sewaktu kurikulum dibangunkan.

Penilaian sumatif pula bertujuan untuk mendapatkan gambaran keseluruhan kualiti


yang dikemukakan dan kurikulum yang diajar. Apabila digunakan kepada kurikulum yang
baru dibangunkan, penilaian sumatif biasanya dilakukan selepas projek telah dibangunkan
sepenuhnya dan selepas ia telah dilaksanakan di seluruh sekolah atau daerah yang luas yang
mana secara ringkasnya, penilaian sumatif bermaksud penilaian di akhir sepanjang
kurikulum dijalankan. Ia merupakan gambaran keseluruhan tentang kualitiyang dihasilkan
serta kurikulum yang dilaksanakan.

Huraian

Penilaian terhadap ahli kelab ini dikategorikan kepada beberapa bahagian yang mana
20 % mewakili kehadiran ahli kelab sewaktu perjumpaan. Penilaian sebanyak 20 % ini
bertujuan untuk menggalakkan ahli kelab suapaya sentiasa menyertai setiap perjumpaan
dan peka denagn perkembangannya.

30 % daripada keseluruhan penilaian diberikan melalui penglibatan ahli kelab dalam


setiap aktiviti mingguan kelab dan aktiviti sekolah. Sebanyak 15 % penglibatan dilakukan
65
sewaktu dalam kelas manakala 15 % lagi melalui aktiviti luar kelas. Penialaian dari segi
penglibatan adalah tinggi dan boleh mempengaruhi keseluruhan markah kerana penyertaan
ahli kelab boleh meningkatkan keinginan ahli kelab untuk melakukan sesuatu aktiviti yang
baru dan boleh memperkembangkan pemikiran mereka selain memberi pengalaman yang
berkesan kepada ahli kelab.

Kelab ini juga menilai ahli kelabnya melalui pertandingan antara kumpulan sebanyak
30 %. Pertandingan yang melibatkan antara ahli-ahli kelab boleh merangsang minda ahli
kelab melalui aktiviti dalam kumpulan selain melahirkan modal insane yang memiliki
kemahiran insaniah seperti kemahiran keppmimpinan.

Manakala, 20 % hasil keseluruhan penilaian ahli kelab ini dikira melalui kuiz yang
dijalankan sewaktu perjumpaan diadakan. Kuiz ini bertujuan bagi menguji tahap
pemahaman ahli kelab terhadap intisari barzanji yang menjadi asas kepada matlamat asal
kelab.

66
LAMPIRAN

Lampiran 1

Analisis Keperluan 1

SOAL SELIDIK BERKENAAN PANDANGAN MAHASISWA KE ATAS PENUBUHAN

KELAB BERZANJI

A) Latar Belakang Responden.

Nama : _______________________________ Jantina : L P

Umur : ___________________ Negeri Asal :_____________________

B) Pengetahuan Responden Mengenai Berzanji.

1. Adakah anda tahu tentang berzanji ?

Ya Jika ya, sambung soalan di bawah

Tidak Jika tidak, sambung soalan di bahagian C.

2. Adakah anda pernah mendengar bagaimana berzanji dilagukan ?

Ya

Tidak Jika tidak sambung soalan di bahagian C.

3. Di manakah anda pernah mendengar berzanji dilagukan ?

A : di dalam majlis khatam Al-Quran.

B : di dalam majlis pernikahan.

C : di dalam majlis ‘aqiqah dan potong jambul bayi.

Lain-lain : ___________________________________________

67
4. Pernahkah anda menyertai bacaan berzanji ?

Ya

Tidak

5. Berdasarkan pengetahuan anda, apakah tujuan berzanji dibacakan atau


dilagukan?

_____________________________________________________________

_________________________________________________________________

6. Adakah anda mengetahui isi kandungan berzanji ?

Ya

Tidak

7. Adakah masyarakat di tempat kelahiran anda mengamalkan bacaan berzanji di


dalam majlis atau hari-hari tertentu ?

Ya

Tidak

C) Pandangan tentang penubuhan kelab berzanji.

1. Pada pandangan anda, adakah kelab berzanji releven untuk ditubuhkan di


sekolah ?

Ya

Tidak

68
2. Mengapakah anda berpandangan seperti di C) 1. ?

3. Mengikut citarasa anda, bagaimanakah sesuatu kelab dapat menarik perhatian


diri anda untuk menyertai kelab tersebut?

Latihan dalam kumpulan

Melalui permainan

Melalui penceritaan

Melalui nyanyian

Lain-lain : __________________________________________________________

Terima kasih di atas kesudian anda dalam menjawab soal selidik ini. Kerjasama anda amatlah

dihargai.

69
RUJUKAN

1. Terjemahan Al Quran. No. Surah:33. Al Ahzab. Ayat 21 dan Ayat 32.


2. Sahih Bukhari(52), Muslim(1599). Saidatun Noraini: (2010). Kumpulan Juzuk 28, 29,
30 hadis Arba’in disertakan AlMa’thurat. M/S 219-220.Tempat:Penerbit~Al-Hidayah
House Of Quran Sdn.Bhd
3. Ralph W. Tyler. (1949). “Basic Principles of Curiculum and Instruction”. Chicago:
zuniversity of Chicago. Kamarudin,Hazil: (1990). Prinsip Asas Kurikulum dan
Pengajaran. Hulu Kelang: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Mohd Zawawi Yusoh, Amira Hariyati Ruzaidi. (2007). Akrab Dengan Tuhan. Selangor:
PTS Millenia Sdn.Bhd.
5. Ornstein dan Hunkins. (1988:171). Dr. Norhayati Hj Alwi. Pembangunan Kurikulum.
Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM.
6. Mohammad Shatar Sabran, Samir Muhazzab Amin, Paramasivam Muthusamy, Aidy
Ali, Zulhamri Abdullah, Azali Mohamed. (2009). 7 Kemahiran Insaniah Pelajar Huraian
dan Pengukuran. Kuala Lumpur: ZH Publishing House.
7. Kamus Dewan Edisi ke-4. (2005). Hulu Kelang: Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka.
8. Fatimah Syarha Mohd Noordin.(2009).Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul. Shah
Alam: Dasar Cetak (M) Sdn. Bhd.
9. Muhammad Abu Ayyash.Keajaiban Solat Istikharah. Selangor: Nightingale Printing
Sdn. Bhd.
10. http://dinulislam.saifulbahri.net/index.php/Log-Laman/Menu-Hadith-Nabawi-
Himpunan-artikel-berkaitan-dengan-hadith.html
11. http://eprints.utm.my/11859/1/Penyalahgunaan_Dadah_Di_Kalangan_Pelajar.pdf
12. http://pembinamelaka.com/v1/2010/01/02/hedonisme-dan-belia-di-malaysia-satu-
renungan-seribu-tindakan/
13. http://www.harunyahya.com/malaysian/keajaiban01.php
14. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kemahiran
15. http://www.mypendidik.net/portal/modules.php?name=News&file=article&sid=320
16. http://www.scribd.com/doc/50493025/TEKNIK-KUIZ
17. http://pmi.eng.usm.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=241:sa
mbutan-maulidur-rasul&catid=23:kisah-kisah-nabi&Itemid=135

70
18. http://www.google.com.my/#hl=en&cp=24&gs_id=3s&xhr=t&q=maksud+mentor+da
n+mee&pf=p&sclient=psyab&source=hp&pbx=1&oq=maksud+mentor+dan+mentee
&aq=f&aqi=&aql=&gs_sm=&gs_upl=&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.,cf.osb&fp=c63a4cfccba
e29c0&biw=1280&bih=498
19. http://www.hilalazmi.com/2010/12/majlis-keramaian.html
20. http://ms.wikipedia.org/wiki/Program_Latihan_Khidmat_Negara
21. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bersaing&d=10
22. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0901&pub=Utusan_Malays
ia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm

71

Anda mungkin juga menyukai