Anda di halaman 1dari 3

Permainan Lari Dalam Guni

Cara Bermain

1. Semua peserta beratur dalam kumpulan masing-masing


2. Setelah wisel ditiup,peserta pertama dalam setiap kumpulan akan
memulakan larian sampai ke kon untuk mengambil guni, masuk ke dalam
guni, lari ke garisan 2 untuk melekat stiker, seterusnya lari balik ke kon untuk
meletakkan guni, akhir sekali lari sampai ke garisan penamat secara
berganti-ganti.
3. Setelah sampai ke garisan penamat, peserta pertama mestilah menepuk
tangan peserta yang seterusnya.
4. Permainan diteruskan sehingga masa 5 minit.

Syarat-syarat/Peraturan:

1. Pertandingan ini terdiri dari 5 orang peserta dalam satu kumpulan(Opsyen).


2. Setelah wisel ditiup,peserta pertama dalam setiap kumpulan akan
memulakan larian sampai ke kon untuk mengambil guni, masuk ke
dalam guni, lari ke garisan 2 untuk melekat stiker, seterusnya lari balik
ke kon untuk meletakkan guni, akhir sekali lari sampai ke garisan
penamat secara berganti-ganti.
3. Setelah sampai ke garisan penamat, peserta pertama mestilah menepuk
tangan peserta yang seterusnya.
4. Peserta yang seterusnya tidak boleh menunggu di kon pertama untuk
mendapatkan guni dan mendapat tepukan oleh peserta yang pertama (demi
giliran yang seterusnya) malah perlulah menunggu gilirannya di garisan
permulaan.
5. Sepanjang pertandingan ini, peserta boleh menggunakan apa-apa cara
(kecuali bergulung) untuk sampai ke garisan penamat dengan lebih cepat
asalkan tidak mengganggu pergerakan kumpulan lain.
6. Semasa sesi berlari dengan guni pastikan peserta berada dalam guni untuk
sampai ke kon yang seterusnya.
7. Peserta elakkan melakukan perkara yang akan mengganggu kumpulan
lain. Contohnya, tolak-menolak, memotong lorong kumpulan lain semasa
bertanding.
8. Sesiapa peserta dalam kumpulan melanggar peraturan selama 2 kali akan
membatalkan penyertaannya.
9. Setiap peserta yang telah habis bertanding akan mendapat 2 stiker.
Keselamatan

1. Pastikan kawasan atau tempat bermain selamat iaitu di atas rumput atau
padang.
2. Pemain mesti memakai kasut jika bermain di padang untuk mengelak
sebarang kecederaan.
3. Pemain hendaklah berlari dalam guni mengikut landasan masing-masing bagi
mengelak perlagaan semasa sedang berlari.
4. Pemain mestilah berdiri ke belakang sedikit daripada pemain yang akan
berlari.
5. Semasa berlari pemain hendaklah memegang guni bagi mengelakkan
pemain tersadung dan mengalami kecederaan.

Pemarkahan

1. Kumpulan peserta yang paling cepat menghabiskan pertandingan akan


mendapat 100 markah, kumpulan peserta yang kedua cepat akan mendapat
90 markah, kumpulan yang ketiga akan mendapat 80 markah dan
seterusnya….kumpulan yang terakhir akan mendapat 10 markah sahaja.
2. Sesiapa peserta dalam kumpulan melanggar peraturan selama 2 kali akan
membatalkan penyertaannya.

Borang Pemarkahan

Kumpulan Kedudukan Markah

Gambar Rajah Permainan Lari Dalam Guni


Petanda:

Garisan 1:Permulaan dan Penamat (stesen stiker kedua)

Kon yang terdapat guni

Garisan 2:stesen stiker pertama

Arah larian peserta

Anda mungkin juga menyukai