Anda di halaman 1dari 13

IWANA MPU3052 MEI 2016

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNYA saya mampu menyiapkan kerja
kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), MPU3052 dengan jayanya. Sekalung
perghargaan dititipkan buat pensyarah saya, Dr. Abdullah Bin Mohamad kerana telah
banyak membantu saya dalam memberi penerangan yang jelas mengenai kehendak soalan.
Selain itu, terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang memberi sokongan moral
sepanjang menyiapkan kerja ini. Tidak lupa juga buat rakan-rakan yang sentiasa berkongsi
idea dan bermurah hati untuk berkongsi bahan-bahan bacaan dan kajian bagi menyokong
dapatan untuk dipersembahkan dalam kerja kursus ini. Budi baik dan jasa kalian
sememangnya tidak mampu saya balas tetapi Allah SWT tetap ada untuk memberi ganjaran
terbaik buat hamba-hambaNYA. Terima kasih.

1
IWANA MPU3052 MEI 2016

TUGASAN 1 : PENULISAN ILMIAH

PENGENALAN

Sebagaimana yang diketahui, Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang


mempunyai masyarakat majmuk daripada segi kaum, agama, bahasa dan budaya.
Kepelbagaian yang wujud ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik kerana rakyat
yang berbilang bangsa, agama dan budaya boleh hidup dengan aman dan harmoni di
bawah satu bumbung pemerintahan. Penulisan ilmiah ini akan membentangkan
perbandingan antara tiga tamadun yang wujud di Malaysia iaitu tamadun Melayu, Cina dan
India. Perbandingan tersebut akan dipecahkan kepada tiga aspek utama iaitu dari aspek
ekonomi, pendidikan dan sosiobudaya.

2
IWANA MPU3052 MEI 2016

1.1 ASPEK EKONOMI

Aspek pertama yang akan dibincangkan adalah aspek ekonomi. Perbezaan latar
belakang ekonomi bagi setiap tamadun di Malaysia wujud sejak semasa kerajaan Melayu
mula-mula ingin bertapak. Secara asasnya, dasar ekonomi penjajah menghasilkan dua jenis
ekonomi yang terdiri daripada dua orientasi dan tumpuan kegiatan yang berlainan. Pertama,
sektor ekonomi perindustrian moden yang menumpukan perhatian kepada perdagangan
moden, ekonomi eksport , pengeluaran getah (Barlow,1978) dan melombong bijih (Yip Yat
Hoong,1969). Kedua, sektor ekonomi pertanian tradisional yang mengutamakan penanaman
padi sungguhpun terdapat tanaman getah dan kopi secara kecil-kecilan (Lim Teck
Ghee,1977). Sehubungan itu, seiiring dengan perkembangan sektor ekonomi, insfrastruktur
seperti sistem pengangkutan, komunikasi dan kerja raya juga dimajukan. Masalah guna
tenaga untuk memajukan sektor ekonomi tersebut pula diatasi dengan membawa masuk
pekerja dari India melalui sistem kangany dan sistem indentur (indentured system)
(Arasaratnam,1970), dan dari Cina melalui sistem kangchu (Purcell,1967). Pekerja
pendatang ini ditempatkan di lombong-lombong (pekerja Cina) dan di ladang-ladang
(pekerja India) (Mohamed Salleh Lamry, Hasan Mat Nor, 1993).

1.1.1 EKONOMI DALAM TAMADUN CINA

Sejarah mencatatkan bahawa kepulauan Nusantara kita terutamanya di


Semenanjung Malaysia adalah tempat pertemuan, perniagaan dan tempat berhijrah oleh
pelbagai etnik, budaya dan agama dari pelbagai kepulauan di rantau ini dan dunia China,
India, Arab dan lain-lain (Noor,2010). Menurut tokoh sejarawan iaitu I-Tsing, masyarakat
Cina telah mempunyai hubungan perdagangan dan diplomatik dengan raja-raja Tanah
Melayu semenjak abad ke 7. Penubuhan Melaka telah memulakan pembinaan hubungan
perdagangan dan diplomatik ini. Pada zaman kerajaan Melayu wujud, penempatan komuniti
Cina adalah kecil. Walau bagaimanapun, selepas tahun 1870, peluang perniagaan di Asia
Tenggara, Australia dan Amerika terbuka luas dengan perluasan penjajahan ke kawasan ini
dan pembangunan setempat yang semakin berkembang. Tambahan pula, pada masa itu,
bahagian selatan tanah besar Cina berhadapan dengan ketidakstabilan politik dan
malapetaka dan kebuluran. Oleh hal yang demikian, kebanyakan komuniti Cina yang
berhijrah ke Tanah Melayu datang dari bahagian selatan tanah besar Cina. Mereka adalah
golongan peniaga dan kawasan asal mereka sebenarnya telah lama mempunyai rantaian
perdagangan dengan Tanah Melayu. Apabila penjajah Inggeris bertapak di Tanah Melayu,
semakin ramai masyarakat Cina datang untuk mencari pekerjaan dan kekayaan di tempat
kita. Ada di kalangan mereka ini yang datang untuk mengumpul harta dan balik kembali ke

3
IWANA MPU3052 MEI 2016

China tetapi menjelang Perang Dunia Kedua dan China menjadi sebuah negara komunis,
ramai pula yang membuat keputusan untuk tinggal di sini (Noor,2010).

1.1.2 EKONOMI DALAM TAMADUN INDIA

Sejak dari pembukaan Selat Melaka, kaum India mula datang ke Tanah Melayu
untuk berdagang terutamanya sebagai pedagang kain dan peminjam wang. Pada akhir
abad ke-19 dan permulaan abad ke-20, penjajah British mendapati India sebagai sumber
untuk mendapatkan buruh untuk bekerja di ladang-ladang getah milik mereka kerana
mereka mahu mendapatkan buruh-buruh yang murah, patuh dan senang dikawal. Selepas
tahun 1900, setelah pihak British menanam biji-biji getah secara besar-besaran terutamanya
di bahagian barat Tanah Melayu, mereka membawa masuk buruh-buruh Tamil dari India
secara besar-besaran untuk bekerja di ladang-ladang getah tersebut. Selain itu, penjajah
British juga memerlukan kaum India yang berkebolehan dalam bahasa Inggeris untuk
menjalankan tugas-tugas pentadbiran. Setelah pembukaan negeri-negeri Melayu, mereka
memerlukan lebih ramai pekerja dalam pentadbiran negara, maka orang-orang India dan
Tamil Ceylon telah diambil bekerja di peringkat bawahan. Mereka yang berpendidikan
Inggeris juga diambil untuk berkhidmat sebagai pegawai-pegawai perubatan dan juruukur
dalam bidang-bidang teknikal dan profesional. Keadaan ini berterusan sehinggalah pada
tahun 1921, pendudukan kaum India di Tanah Melayu adalah 14.2 peratus daripada jumlah
penduduk Tanah Melayu (Drabble,1973).

1.1.3 EKONOMI TAMADUN MELAYU

Semasa zaman pra-kolonial Semenanjung Tanah Melayu, masyarakat Melayu


mendominasi populasi penduduk (Uqbah Iqbal, Nordin Hussin, Ahamad Ali Seman, 2015).
Kebanyakan daripada mereka menetap di sekitar kawasan pedalaman dengan kelompok
yang lebih besar menetap di kawasan yang berhampiran dengan laut atau pinggir sungai
(Awang,2002). Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu pada masa itu adalah bersifat jenis
sara hidup yang mudah iaitu berasaskan pada penanaman padi dan aktiviti perikanan.
Terdapat dua teknik penanaman padi iaitu padi ditanam kering melalui kaedah ladang
(pertanian pindah) dan teknik penanaman padi basah. Penangkapan ikan pula dilakukan
untuk tujuan sara diri. Masyarakat Melayu ketika itu juga biasa menjalankan aktiviti
pertukaran barang bagi mendapatkan sumber makanan yang lengkap. Contohnya,
masyarakat Melayu menukar ikan dengan beras dari kampung-kampung yang

4
IWANA MPU3052 MEI 2016

mengusahakan padi di kawasan pedalaman. Tambahan lagi, Mereka juga menjalankan


aktiviti aktiviti memungut hasil hutan seperti akar kayu, kayu barus, rotan, kayu
cendana,damar, lilin serta buah-buahan. Apabila hasil-hasil hutan ini berlebihan maka
mereka turut menukarnya dengan orang lain bagi mendapatkan pakaian atau makanan
seperti beras (Awang,2002). Mereka juga telah menternak ayam, itik, menanam buah-
buahan secara dusun seperti pisang, tebu, ubi kayu, kelapa dan pinang. Di samping itu,
aktiviti memburu juga turut dilakukan seperti memburu kancil, rusa, seladang dan ayam
hutam. Aktiviti penternakan dijalankan seperti menternak lembu dan kerbau untuk
membantu urusan pekerjaan iaitu membajak sawah dan menarik kayu. Masyarakat Melayu
berjaya menyesuaikan diri dan alam persekitarannya menyebabkan ada kalangan mereka
yang mahir dalam ilmu pelayaran dan mewujudkan tamadun Melayu yang tertumpu di
kawasan persisiran. Hal ini telah mewujudkan hubungan perdagangan di kawasan Asia
Tenggara, khususnya di Kepulauan Melayu. Mereka mampuberhubung dengan negara luar
dalam urusan perdagangan kerana orang melayu adalah ahli pelayaran yang mahir.

Namun pada hari ini, kita dapat melihat tidak kira bangsa Melayu, Cina mahu pun
India berada di banyak sektor iaitu sama ada sektor perladangan, perlombongan,
perniagaan atau pentadbiran. Tiada lagi penetapan bangsa tertentu terhadap sektor-sektor
tertentu. perbezaan ekonomi yang ketara di antara masyarakat luar bandar yang majoriti
penduduknya terdiri daripada orang Melayu yang menjalankan aktiviti ekonomi sara diri,
dengan masyarakat bandar yang terdiri daripada kaum Cina yang menjalankan aktiviti
ekonomi komersial (Ab Rahman, bin Daud & binti Ahmad,2009). Semua bangsa bebas
untuk menceburi mana-mana sektor demi memajukan ekonomi negara kita.

5
IWANA MPU3052 MEI 2016

1.2 ASPEK PENDIDIKAN

Seterusnya, mengenai aspek pendidikan, kita dapat melihat kewujudan sekolah


kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil yang
wujud sejak zaman penjajahan lagi.

1.2.1 PELAJARAN AGAMA ISLAM SEBAGAI LANDASAN SISTEM PENDIDIKAN


ORANG MELAYU

Sebelum kedatangan pihak British ke Tanah Melayu, sistem pendidikan orang


Melayu adalah berlandaskan kepada pelajaran agama Islam, iaitu menjadikan kitab suci Al-
Quran sebagai panduan dan rujukan utama. Mereka telah menjadikan surau dan masjid
sebagai tempat untuk menuntut ilmu dengan mengkaji ayat-ayat kitab Al-Quran. Pelajaran
yang diperolehi oleh anak-anak Malayu ketika itu adalah hafalan ayat-ayat Al-Quran, doa,
dan mempelajari ajaran Islam. Mereka merujuk kepada imam dan para guru agama demi
mempelajari ilmu-ilmu tersebut. Pendidikan yang penting pada ketika itu ialah pendidikan
Islam di mana pendidikan ini mula berkembang dengan kewujudan sekolah-sekolah pondok
dan madrasah sebagai tempat mendapat pendidikan tersebut. Menurut Wilkinson, murid di
pondok mula belajar perkataan-perkataan Arab dan selepas menguasainya, mereka akan
terus menghafal huruf abjad Arab supaya boleh dijadikan panduan membaca doa dan teks
Arab (dalam Mok Soon Sang, 2000).

1.2.2 SISTEM PENDIDIKAN BERTERASKAN BAHASA INGGERIS DIMULAKAN

Walau bagaimanapun, apabila zaman penjajahan British bermula, sistem pendidikan


yang berteraskan pendidikan Inggeris dimulakan. Perkara ini bermaksud, sekolah-sekolah
aliran Inggeris mula mengajar mata pelajaran dalam bahasa Inggeris. Oleh hal yang
demikian, bangsa Melayu pada ketika itu tercabar dan terasa sukar untuk belajar kerana
majoriti masyarakat Melayu tidak mahir untuk menggunakan bahasa Inggeris dengan baik.
Tambahan pula, British menyekat kemasukan pelajar-pelajar Melayu untuk belajar di
sekolah Inggeris. Hal ini disebabkan, mereka bimbang jika orang-orang Melayu belajar
dengan pandai, kedudukan Inggeris akan tergugat (Sufean Hussin,2002). Peluang untuk
belajar di sekolah Inggeris hanya diberikan kepada pelajar-pelajar Melayu yang terdiri dari
kelas atasan sahaja. Pada zaman penjajahan ini, dasar pendidikan terutamanya sistem
persekolahan tidak memberikan kesan yang positif. Antara kesan positif yang diharapkan
adalah mewujudkan perpaduan dan pelaksanaan dasar pendidikan pada ketika itu

6
IWANA MPU3052 MEI 2016

mempunyai banyak kelemahan kerana British hanya mementingkan keuntungan ekonomi


dan kedudukan sendiri sahaja (Ibrahim Saad, 1986). Di samping itu, pihak Inggeris telah
mewujudkan sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, dan sekolah vernakular
Tamil (Shahril @ Charil Marzuki & Habib Mat Som, 1999) dan sekolar-sekolah tersebut
wujud sehingga ke hari ini dengan jenama baru.

1.2.3 SEKOLAH VERNAKULAR MENGGUGAT PERPADUAN NASIONAL

Kewujudan sekolah vernakular telah menyebabkan masyarakat Melayu, Cina, dan


India dipisahkan mengikut sistem persekolahan. Kesan signifikan yang timbul adalah
hubungan antara masyarakat semakin renggang. Tambahan pula, Sekolah vernakular
Melayu, Cina, dan India mempunyai kepentingan tersendiri iaitu untuk memelihara identiti
kaum tertentu. Sekolah Melayu untuk kepentingan orang Melayu, sekolah Cina untuk
kepentingan orang Cina, dan sekolah Tamil untuk kepentingan orang India. British pula
tidak adil dari segi layanan yang setaraf kepada semua bangsa. Contohnya, sekolah
vernakular Melayu dan Tamil hanya terhad untuk menawarkan pendidikan di peringkat
sekolah rendah sahaja, manakala sekolah vernakular Cina menawarkan keistimewaan
melalui sekolah rendah (6 tahun), junior middle (3 tahun), dan senior middle (3 tahun).
Lulusan untuk sekolah Melayu hanya setakat memenuhi keperluan tenaga manusia yang
paling rendah.

Penggerak perubahan kedudukan pendidikan orang Melayu adalah melalui Laporan


Barnes 1950. Hal ini disebabkan, kesedaran semangat nasionalisme telah muncul selepas
Perang Dunia II tamat pada tahun 1946 (Shahril @ Charil Marzuki & Habib Mat Som,
1999:9). Laporan Barnes 1950 menyatakan bahawa kewujudan sekolah vernakular tidak
menyumbang ke arah perpaduan kaum, di mana antara syor Jawatankuasa Barnes adalah
sekolah-sekolah vernakular Melayu, Cina, dan Tamil hendaklah dibubarkan dan digantikan
dengan satu jenis sekolah sahaja, iaitu sekolah kebangsaan. Walau bagaimanapun,
masyarakat Cina merasa kedudukan mereka tergugat kerana pembubaran sekolah
vernakular Cina dilihat akan menghapuskan identiti kecinaan mereka. Pengawai kolonial
British memandang sekolah Cina sebagai halangan besar dalam mengintegrasikan orang
Cina dengan orang Melayu. Sekolah Cina dikatakan telah melambatkan proses hegemoni di
Malaya sebelum merdeka. Orang Cina, terutamanya yang terdidik di sekolah Cina melihat
perjuangan mereka untuk mengekalkan Mandarin sebagai bahasa ibunda itu penting untuk
mengekalkan identiti dan kebudayaan Cina. Mereka melihat muyu, bahasa ibunda, sebagai
roh kepada identiti, budaya dan ras orang Cina (Lee Yok Fee,2004). Sejurus selepas

7
IWANA MPU3052 MEI 2016

desakan kaum mereka, Laporan Fenn-Wu 1951 dihasilkan. Laporan ini berusaha dan
bertujuan untuk mempertahankan kedudukan pendidikan masyarakat Cina.

Perkembangan pendidikan di Malaysia ternyata mengalami banyak perubahan,


terutama sejak zaman penjajahan hinggalah zaman selepas merdeka. Perubahan
pendidikan yang sentiasa berlaku ketika itu adalah kerana kehendak rakyat perlu dipenuhi
bagi menjamin perpaduan dan kesejahteraan negara.

8
IWANA MPU3052 MEI 2016

1.3 ASPEK SOSIOBUDAYA

Aspek terakhir yang akan dibincangkan adalah aspek sosiobudaya. Memandangkan


Malaysia merupakan negara yang dihuni oleh pelbagai kaum, maka negara ini turut kaya
dengan pelbagai sosiobudaya. Budaya penting sebagai alat kemajuan atau pembangunan
bangsa dan negara. Proses pembangunan negara yang pesat sekarang pasti akan
membawa kepada perubahan kepada sistem nilai, perlakuan dan institusi masyarakat
Malaysia (Nasir & Zaliza,2008). Berdasarkan sorotan sejarah dalam kurun ke 14,Tanah
Melayu amat dipengaruhi oleh ideologi Hindu dan Buddha yang diterapkan oleh pemerintah
(Noor,2008). Sistem pemerintahan pada ketika itu menekankan kepada nilai-nilai yang
selektif seperti kekuasaan dan kewibawaan raja tetapi mengabaikan nilai-nilai berkaitan
rakyat seperti hak peribadi dan pembangunan diri. Simbolik Raja sebagai Dewa dalam
Hindu dan Buddha menjadikan raja dan kerajaan satu badan yang berkuasa secara mutlak.

1.3.1 AGAMA ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP

Ketibaan Islam telah membawa perubahan besar kepada sistem nilai tersebut
dengan membawa nilai-nilai baru seperti kebebasan berfikir (ijtihad), tiada yang abadi dan
sempurna (dunia), dan setiap manusia adalah setaraf. Di samping itu, Islam menyatakan
bahawa setiap manusia, tidak kira pangkat atau jantina, berhak dan mampu membangunkan
diri sendiri mencapai kesempurnaan (al-Insan’ul kamil) dan setiap manusia adalah khalifah
(khalifatu’llah). Bangsa Melayu yang beragama Islam telah menjadikan agama tersebut
sebagai cara hidup mereka. Konsep-konsep umum yang lahir dari budaya masyarakat
Melayu tradisional telah disesuaikan dengan amal kebaikan (makruf) dalam ajaran Islam.
Nilai-nilai Islam boleh diringkaskan kepada prinsip umum, iaitu mengamalkan segala
kebaikan dan mencegah dari melakukan kejahatan. Nilai Islam juga boleh difahami
menerusi penjelasan konsep-konsep seperti amalan baik dan perbuatan jahat, pahala dan
dosa, syurga dan neraka (Nasir & Zaliza,2008).

1.3.2 ROMBAKAN NILAI SEDIA ADA

Namun begitu, ketibaan penjajah dengan ideologi kapitalisme telah merombak


sistem nilai di Tanah Melayu secara mendadak. Nilai-nilai yang membolehkan aktiviti
penjajahan telah diperkenalkan seperti pengiktirafan kuasa kepada penjajah dan kewajaran

9
IWANA MPU3052 MEI 2016

eksploitasi sumber alam untuk tujuan kekayaan dan kemakmuran. Tambahan pula,
kemasukan orang Cina dan India ke negara ini dalam jumlah yang tinggi secara mendadak
menimbulkan kecelaruan dalam sistem nilai sedia ada. Walaupun sebelum ini, tamadun
negara China dan India (Buddha dan Hindu) diterapkan dalam proses kehidupan seharian,
kemasukan penduduk kedua-dua buah negara tersebut dalam jumlah yang ramai sebaliknya
menimbulkan konfrantasi. Polisi penjajah pecah dan perintah menambahkan
ketidaksefahaman dan jurang di antara kaum (Noor, 2008).

1.3.3 PERBANDINGAN NILAI INGIN MAJU ANTARA TAMADUN

Dalam satu kajian lain di Malaysia, Abdul Rahman (1988) telah menganalisa nilai
keinginan untuk maju secara spesifik ke atas masyarakat Melayu, Cina dan India. Ketiga-
tiga kumpulan etnik ini masih mengekalkan budaya masing-masing walaupun hidup dalam
persekitaran yang sama. Kajian beliau mendapati masyarakat Cina mempamerkan nilai
tersebut lebih tinggi berbanding masyarakat Melayu dan India. Dapatan ini selari dengan
dapatan kajian McClelland (1961) yang mendapati keutamaan kerajaan dalam
membangunkan taraf hidup masyarakat Melayu menimbulkan tekanan kepada masyarakat
Cina yang seterusnya berusaha lebih gigih untuk mencapai kemajuan yang lebih baik
berbanding golongan bumiputera. Perbandingan di antara etnik yang sama di bandar dan
desa mendapati masyarakat Melayu di bandar lebih mempamerkan nilai ingin maju
berbanding masyarakat Melayu di desa. Bagi masyarakat Cina dan India, tiada perbezaan
tahap nilai ingin maju tersebut di antara masyarakat bandar dan desa. Kesimpulan kajian ini
adalah, etnik yang mempamerkan nilai ingin maju secara signifikan mampu meningkatkan
taraf hidup secara lebih berkesan berbanding yang tidak. Oleh hal yang demikian, kita dapat
melihat dari aspek sosiobudaya, pendirian dalam diri setiap bangsa itu sebenarnya
dipengaruhi oleh cara hidup mereka sejak zaman penjajahan lagi.

10
IWANA MPU3052 MEI 2016

1.4 PENUTUP

Kesimpulannya, perbezaan mahupun persamaan antara tamadun di Malaysia mesti


difahami dan dihormati bersama demi kemakmuran dan keharmonian tanah air. Semua
bidang baik bidang pentadbiran negara, bidang pendidikan mahupun institusi kekeluargaan
di rumah perlu memainkan peranan masing-masing demi mengelakkan ketidaksefahaman
antara kaum. Bidang pendidikan negara mungkin boleh menjadikan pendidikan pelbagai
budaya sebagai salah satu cara untuk untuk membentuk cara hidup yang menghormati dan
bertoleransi terhadap kepelbagaian budaya yang hidup di tengah-tengah masyarakat yang
berbilang kaum. Perkara ini adalah amat perlu memandangkan pelajar-pelajar di Malaysia
terdiri daripada pelbagai etnik. Pendidikan pelbagai budaya diharapkan boleh memecahkan
pandangan yang telah sebati di dalam pemikiran bagi menghadapi konflik sosial sehingga
membentuk kesatuan bangsa yang tidak mudah patah dan retak. Pendidikan pelbagai
budaya bukanlah untuk menghilangkan perbezaan tapi meraikannya, menghilangkan
prasangka, menimbulkan dialog, mengenal perbezaan sehingga timbulnya rasa saling
menghargai. Sudah 59 tahun kita merdeka. Semoga Malaysia mampu mengekalkan
kemerdekaan buat tahun-tahun seterusnya.

11
IWANA MPU3052 MEI 2016

Rujukan

Abdullah, M. R. T. (2010). Cabaran integrasi antara kaum di Malaysia: perspektif sejarah,


keluarga dan pendidikan. Jurnal Hadhari Bil, 3, 61-84.

Abdul Rahman,W.R. 1988. The role of achievement motivation in economic development in


Malaysia, in Sinha, D&Kao, S.H.R. (Eds), Social values and development: Asian
Perspectives. pp. 210-226. India: Sage Publications.

Ab Rahman, H., bin Daud, M., & binti Ahmad, N. (2009). Pembangunan ekonomi dalam
hubungan Etnik. Hubungan Etnik di Malaysia: Perspektif Teori dan Praktik, 185-198.

Arasaratnam,S. 1970. Indians in Malaysia and Singapore. Kuala Lumpur : Oxford University
Press

Awang, S. (2002). Dasar-Dasar Ekonomi British Di Tanah Melayu Sejak 1819-1957. Tesis
Sarjana Muda Sejarah, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm 1.

Barlow,C. 1978. The National Rubber Industry : Its Development, Technology and Economy
in Malaysia. Kuala Lumpur : OUP.

Drabble,J.H.1973. Rubber in Malaya, 1986-1922 : The Genesis of the industry . Kuala


Lumpur : Oxford University Press. pp. 216

Faaland, J. (2005). Dasar Ekonomi Baru: Pertumbuhan negara dan pencapaian ekonomi
orang Melayu. Utusan Publications.

Ibrahim Saad. (1986). Pendidikan dan Politik di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lee, Yok Fee (2004) Kedinamikan kecinaan dan identiti orang Cina di Malaysia. SARI:
Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 22 . pp. 167-181. ISSN 0127-2721

Lim Teck Ghee 1977. Peasants and Their Agricultural Economy in Colonial Malaya 1874-
1941. Kuala Lumpur : OUP.

McClelland, D.C.1961. The achieving society.NewYork:Van Nostrand.

Mohamed Salleh Lamry, Hasan Mat Nor. (1993). Masyarakat dan Perubahan. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

12
IWANA MPU3052 MEI 2016

Mok Soon Sang. (2000). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd., edisi ketujuh.

Nasir, Z. M., & Ahmad, N. (2008). Pembangunan sosial dalam hubungan etnik.

Noor, M. M. (2010). Hubungan Melayu dan Cina di Malaysia masa kini: buta dengan
perubahan realiti sosial Negara. Jurnal Demokrasi, 9(2).

Purcell, V. 1967. The Chinese in Malaya. Kuala Lumpur : OUP.

Shahril @ Charil Marzuki & Habib Mat Som. (1999). Isu Pendidikan di Malaysia: Sorotan
dan Cabaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Sufean Hussin. (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia: Teori dan Analisis. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Uqbah Iqbal, and Nordin Hussin, and Ahmad Ali Seman, (2015) Sejarah perkembangan
ekonomi Semenanjung Tanah Melayu dan sifat ekonomi masyarakat Melayu era pra-
kolonial. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 3 (2). pp. 95-119.

Yip Yat Hoong 1969. The Development of the Tin Mining Industry of Malaya. Kuala Lumpur :
University Malaya Press.

13

Anda mungkin juga menyukai