Anda di halaman 1dari 6

Muka depan kulit

buku

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : Nur Khairina binti Halim


(b) Sektor / Unit/ Organisasi : U6
(c) Kumpulan Perkhidmatan : PELAJAR IPG KAMPUS IPOH
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : -
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan


Nabi Adam a.s Habil dengan Qabil
1. Tajuk Buku:
Norul Azila Arifin
2. Pengarang:

3. Tahun
diterbitkan:
Kualiti Books Sdn Bhd
4. Diterbitkan oleh:

5. Sinopsis Buku
Yang Dibaca:

SINOPSIS BUKU
Budaya membaca sewajarnya diterapkan dalam diri setiap
insan di negara kita, Malaysia. Hal ini bersesuaian dengan
pepatah melayu, membaca jambatan ilmu yang sememangnya
menekankan kepentingan budaya membaca dalam sesebuah
masyarakat. Budaya membaca ini sewajarnya dibentuk seawal
usia kanak- kanak lagi. Hal ini kerana kanak- kanak akan
cenderung untuk menerima sesuatu proses baharu dalam
kehidupan dengan lebih mudah yang bersesuaian dengan
pepatah Melayu iaitu hendak membentuk buluh biarlah dari
rebungnya. Oleh sebab itu, terdapat banyak buku kanak- kanak
yang dapat memberi tauladan dalam hidup mereka. Buku yang
saya pilih untuk dibuat resensi ialah buku yang berjudul Nabi
Adam a.s Habil Dengan Qabil karya Norul Azila Arifin. Buku ini
telah diterbitkan oleh Kualiti Books Sdn. Bhd. dan buku ini tampil
dengan bahasa Melayu dan Jawi. Selain itu, buku ini turut
mengandungi sebanyak 15 halaman bercetak yang amat
besesuaian untuk pembacaan kanak- kanak.
Intisari buku ini adalah untuk memberi moral serta
pengajaran yang dapat diambil daripada kisah anak- anak Nabi
Adam sebagaimana Nabi Adam yang merupakan insan pertama
yang turun ke bumi ini untuk menjadi contoh khalifah atau
pemimpin daripada kalangan manusia yang pertama. Buku ini
menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami oleh kanak-
kanak tetapi tidak pula terlalu ringkas sehingga tidak
melambangkan keunikan bahasa Melayu itu sendiri. Bagi kanak-
kanak yang baru mahu mengenal dan membaca buku, buku ini
amat sesuai kerana turut disertakan dengan tulisan Jawi. Oleh hal
yang demikian, kanak- kanak akan didedahkan dengan tulisan
Jawi yang sememangnya berkait rapat dengan tulisan rumi dan
bahasa Melayu. Buku ini turut memberi ilmu tentang suku kata
kepada kanak- kanak kerana ia menggunakan perbezaan warna
terhadap tulisan untuk membezakan setiap suku kata dalam
penulisannya. Kesimpulannya, kanak- kanak secara tidak
langsung boleh mengenal serta mempelajari suku kata yang
membantu mereka menguasai bahasa Melayu.
Secara keseluruhannya, buku ini menceritakan tentang
persengketaan yang berlaku di antara anak- anak Nabi Adam.
Selain menerapkan nilai- nilai murni serta memberi pengajaran,
buku ini turut memberi ilmu pengetahuan kepada kanak- kanak
tentang sejarah Islam. Buku ini menceritakan tentang pergaduhan
yang berlaku di antara anak- anak Nabi Adam iaitu Habil dan Qabil
yang melibatkan perkahwinan yang bakal mereka tempuh. Qabil
bertindak membunuh Habil kerana tidak berpuas hati apabila Habil
berjaya untuk mengahwini wanita yang diidamkannya. Sebagai
pendidik, gurulah yang mempunyai tugas untuk membentuk
karakter positif anak didik, seperti berakhlak mulia, optimis, idealis,
pantang menyerah, mempunyai komitmen yang baik, peduli
kepada orang lain, dan lain-lain. Tugas ini mengharuskan guru
menjadi teladan yang baik sehingga dapat melakukan internalisasi
nilai-nilai positif dalam jiwa anak didik untuk mengubah mentaliti
mereka agar sesuai dengan norma agama dan budaya luhur
bangsa.
Sebagaimana tugas seorang guru itu untuk membentuk
peribadi anak didiknya, para pendidik perlulah mempunyai sikap
guru karismatik. Salah satu ciri guru karismatik ialah yakin
terhadap dirinya sendiri. Mereka perlulah mempunyai keyakinan
diri yang sepenuhnya terhadap penilaian yang dibuat serta
keupayaan diri mereka sendiri. Selain itu, mereka perlulah komited
kepada visi dan sanggup mengambil risiko demi mencapai visi
tersebut. Ini merupakan satu objektif yang ideal yang bertujuan
untuk memperbaiki keadaan di masa hadapan berbanding
keadaan semasa. Mereka juga diharapkan agar boleh
menjelaskan serta menyampaikan visi mereka dalam bentuk yang
mudah difahami oleh orang lain. Kaedah penyampaian ini
menunjukkan bahawa para pendidik tersebut sedar akan
keperluan para pelajar. Selanjutnya, para guru yang mempunyai
ciri- ciri guru karismatik juga dianggap sebagai agen perubahan
kepada murid- murid yang mempunyai pelbagai latar belakang.
Oleh sebab itu, melalui buku ini, para guru boleh
memberi tauladan dan pengajaran yang tersirat dalamnya kepada
anak- anak didik. Salah satu pengajaran yang boleh diterapkan
oleh para guru kepada para pelajarnya ialah sebagai ahli keluarga,
kita perlulah menyemai sifat kasih- sayang terhadap ahli keluarga
yang lain. Contohnya, dalam buku tersebut, anak- anak Nabi
Adam akhirnya berbunuh sesama sendiri kerana sikap
mementingkan diri di antara mereka. Oleh sebab itu, bersesuaian
dengan pendirian sebagai seorang guru yang mengamalkan
identiti guru karismatik, para pendidik perlulah menggalakkan
anak didik mereka untuk menyayangi ahli keluarga dan ahli
masyarakat di sekitar mereka. Ini bersesuaian dengan salah satu
ciri guru karismatik itu sendiri iaitu bertindak sebagai agen
perubahan yang mampu mengubah pemikiran para pelajarnya.
Justeru itu, para guru perlulah berganding bahu dalam
memastikan objektif untuk menyampaikan dan menyebarkan sifat-
sifat positif dalam kalangan pelajar tercapai dengan jayanya.
Selain itu, melalui buku ini juga, para guru boleh
menerapkan nilai kepatuhan ke dalam diri anak- anak didiknya.
Contohnya, dalam buku tersebut, Qabil bertindak untuk tidak
mematuhi arahan yang diberikan oleh ayahnya iaitu Nabi Adam.
Qabil bertindak mengingkari arahan ayahnya dengan menolak
untuk mengahwini Labuda. Bersesuaian dengan ciri- ciri yang
terkandung dalam identiti guru karismatik iaitu untuk membentuk
anak didik yang berdisiplin dan patuh kepada setiap arahan, para
guru boleh mengambil iktibar daripada cerita ini. Sikap kepatuhan
amat penting dalam diri setiap pelajar kerana setiap insan yang
menuntut ilmu diwajibkan menghormati dan mematuhi setiap
arahan gurunya. Oleh sebab itu, ia tergalas di bahu para pendidik
untuk memastikan para pelajar dapat menghayati kisah yang
terkandung dalam buku tersebut demi menjamin para pelajar yang
berminda positif dan taat kepada gurunya. Justeru itu, jelaslah
bahawa ketaatan dan kepatuhan terhadap guru merupakan
tonggak utama kejayaan seorang pelajar.
Konklusinya, buku ini mengandungi banyak nilai murni
serta pengajaran yang boleh djadikan iktibar buat anak didik
dengan bantuan oleh para guru untuk menjelaskan lagi
kefahaman para pelajar tentang nilai- nilai yang terdapat di dalam
buku ini. Selain itu, pengarang buku cerita kanak- kanak ini juga
telah berjaya merealisasikan buku cerita yang lengkap bersama
visual yang jelas untuk menarik minat para pelajar yang masih
mentah dalam dunia pembacaan. Justeru itu, para pengarang
yang terdapat sama ada di dalam negara ataupun di luar negara
perlulah bijak dalam menghasilkan karya- karya yang mampu
menyentuh jiwa anak- anak yang masih kecil. Hal ini kerana
budaya membaca perlulah diterapkan sejak usia anak- anak
masih setahun jagung kerana kalau hendak melentur buluh biarlah
dari rebungnya agar budaya membaca ini tidak menjadi sesuatu
yang janggal bagi mereka malah boleh dianggap sebagai suatu
budaya yang wajib di negara ini. Kesimpulannya, masyarakat
yang membaca adalah masyarakat yang berjaya.
6. Manfaat/ Mengajar saya untuk lebih bersyukur
pengajaran yang
diperoleh
daripada buku
yang dibaca:

7. Tandatangan:

Anda mungkin juga menyukai