Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK.PERMATANG BINJAI Kod Sekolah: PBA2017

ZARINA HANIM BINTI MOHAMAD ZUBIR


1. Nama Guru

2. Judul 3. Bidang:KEAGAMAAN
11 AMALAN MEMILIKI KEKAYAAN
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis:

Ditulis oleh:
Ebit Lew
300 muka surat.

Isi kandungan buku ini dapat dijadikan panduan atau amalan-amalan yang dikongsikan oleh
Ustaz Ebit Lew dalam kehidupannya bagi menjadikannya sesorang insan yang memiliki
kekayaan kerana Allah SWT. Setiap kekayaannya dianggapnya anugerah dari Allah dan beliau
menggunakannya ke jalan Syurga dengan membantu insan-insan yang memerlukan pertolongan.

Setiap insan sudah pasti ingin memiliki kekayaan. Namun ramai juga yang kecundang kerana
amalan yang silap sehingga Allah SWT memberi taraf tidak layak untuk memperolehinya.

Buku ini mengupas urusan kehidupan seharian yang sedang kita jalani agar dapat disuntik
dengan amalan yang betul agar layak dan berhak untuk memiliki kekayaan di sisi Allah SWT
sama ada di dunia dan diakhirat. Setiapa insan perlu mengamalkan amalan yang betul untuk
mencapai kekayan di sisi Allah SWT.

Pembacaan buku ini juga dapat mendidik hati agar menjadi seorang insan sentiasa yakin
bahawa Allah sentiasa bersama kita . Nilai dunia bukan hanya kepada wang ringgit, jawatan,
kuasa dan pujian orang tetapi nilainya bagaimana kita bersyukur memiliki kehidupan dan
melihatnya sebagai amanah daripada Allah SWT. Dunia lansung tidak bernilai tanpa rasa syukur
kepada Allah SWT dan menghargai orang lain.

Terdapat juga perkongsian kisah benar yang dipaparkan dapat menghayati kehidupan seseorang
insan. Buku ini merupakan buku motivasi berbentuk islamik.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran:

Memberikan pendidikan kerohanian.


9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Mendidik setiap insan serta menitik beratkan nilai kesyukuran dalam kehidupan didunia dan
akhirat.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(ZARINA HANIM BINTI MOHAMAD ZUBIR) ( )

Anda mungkin juga menyukai