Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK SAMA GAGAH Kod Sekolah: PEA0006

1. Nama Guru Siti Hazwani Nor Binti Zakaria

2. Judul Sahabat Dunia Akhirat 3. Bidang: Agama

4. Pengarang Ustazah Asma’ Harun 5. Terbitan : Galeri Ilmu Sdn Bhd

4. Tarikh Pembentangan 12 September 2021 5. Bil. Muka Surat: 178

6. Tempat Pembentangan SMK Sama Gagah 7. Masa : 9.00- 10.00 pagi


8. Sinopsis

Kupasan mengenai pelbagai ilmu syariat isam dalam membantu untuk mendekatkan diri kita kepada
pencipta. Usaha membawa diri dan orang lain kepada Allah itulah tugas yang paling asas dan teras.
Idsi kandungannya tersusun dengan padat dan disertakan dengan ayat-ayat suci al-Quran dan
hadis Rasulullah. Terdapat juga doa-doa yang disarankan untuk menjadi amalam seharian.Topik-
topik yang dipaparkan dapat memberi manfaat dalam mengubat diri yang diuji dengan ujian lalu
bertambah iman dan amal kepada Allah SWT.

9. Nilai pengetahuan / pengajaran

Buku komprehensif ini cukup mudah difahami dan sesuai dijadikan rujukan umat Islam terutamanya
bagi individu yang bekerjaya. Pelbagai ilmu dan penjelasan berharga yang dipaparkan antaranya
kemuliaan akhlak, tujuan hidup, tindakan kecil membawa prerubahan, ubah hidupmu dengan solat,
syukur dan sabar, balas keburukan dengan kebaikan dan pelbagai lagi topik yang bermanfaat agar
kita semua dapat memperoleh keredaan dan keberkatan Ilahi.

10. Aplikasi ilmu dalam organisasi / p&p

Buku ini mengandungi pelbagai ilmu yang boleh diaplikasikan dalam profesion perguruan. Guru
perlu menjadi suri teladan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya. Justeru guru
perlulah memiliki akhlak yang terpuji dan sentiasa melakukan perubahan dan transformasi diri ke
arah perkara-perkara positif. Dunia pendidikan dalam era globalisasi penuh dengan liku dan
cabaran. Kekuatan mental dan emosi perlu dititikberatkan dalam setiap insan yang bergerlar guru.
Mengadu dan mengharaplah pada Allah agar tugasan mendidik dipermudahkan. Jika kita jatuh
kerana manusia maka bangkitlah kerana-Nya. Jika kita tidak mampu bersihkan hati dengan amal
soleh dan zikrullah, Allah bersihkan hati kita dengan ujian-NYa

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( SITI HAZWANI NOR BINTI ZAKARIA ) (MA’WAN RASHIDAH BINTI MOHAMED ISMAIL)

Anda mungkin juga menyukai