6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini menceritakan pengalaman seorang ibu menggunakan teknik ADHA ( Allah dalam hati
anakku) dalam membentuk peribadi Islam dan ketaatan kepada Allah S.W.T tanpa menggunakan
kekerasan. Bahkan memberi peluang kepada anak berfikir sendiri dan menjalani ibadah untuk
mendapat keredhaan Allah.
Memberi pendidikan kepada ibu bapa tentang teknik ADHA yang mempunyai 4 langkah iaitu :
a) Kaitkan perbuatan dengan Allah. b) Sebutkan sifat, kekuasaan dan / atau kebaikan Allah. c)
Kaitkan dengan apa yang anak suka lakukan atau apa yang anak perlu lakukan serta kesan jika
melakukannya. d) Doa kepada Allah.
Memberi pengajaran kepada ibu bapa mendidik dengan memberi contoh yang baik adalah lebih
baik dari sekadar memberi nasihat secara lisan.
Ilmu yang didapati daripada pembacaan buku ini dapat diamalkan ketika mendidik pelajar-pelajar.
Mengaitkan setiap perkara dengan ganjaran daripada Allah dan balasanNya secara hemah dan
bukan kekerasan supaya dapat menyentuh jiwa pelajar terutamanya yang sedang berada dalam
fasa remaja. Menyemai rasa adanya Allah yang mengetahui setiap tindak-tanduk meskipun tidak
diketahui manusia sekaligus dapat menanam nilai-nilai murni dalam diri mereka.
........................................................ ........................................................
(NORHIDAYAH BINTI MUZAKIR ) ( )