Anda di halaman 1dari 13

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: SK FELCRA NASARUDDIN Kod Sekolah: ABA8252

1. Nama 2. NO K/P

2. Judul Bahan Kimia 3.Nama Penulis Jamal Khair Hashim 4.Bil. 172
Dalam Makanan Noraini Dato’ Mohd m/s:
Kita Othman
4. Sinopsis

Buku ini memberikan maklumat tentang bahan kimia atau aditif


makanan dalam Bahasa yang mudah. Oleh itu, orang awam dapat memahami
tentang bahan yang diluluskan dalam makanan ini tanpa sebarang prasangka
atau berat sebelah. Maklumat di dalam buku ini juga diharap dapat membantu
orang yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mengawal
penggunaan aditif makanan.Tumpuan yang mendalam diberikan hanya bahan
awet makanan. Ini disebabkan bahan awet makanan banyak diperkatakan oleh
orang ramai.
Buku ini ditulis dalam bentuk soal jawab kerana pendekatan ini
kerana pendekatan ini dirasakan dapat memudahkan pemahaman lagi tentang
aditif makanan. Oleh yang demikian, diharap masyarakat akan menjadi
masyarakat bermaklumat, kritis dan terbuka serta bertindak berpandukan fakta
dan bukannya emosi.
5. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini maklumat fungsi, penghasilan, penggunaan dan keselamatan tentang


aditif makanan dan kesan terhadap tubuh badan manusia.
6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini boleh digunakan dalam mata pelajaran RBT, ERT, Pendidikan
Kesihatan dan pengetahuan am di sekolah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………….. ……………………………………...
( ) ( )

Tarikh Pengesahan :

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: SK FELCRA NASARUDDIN Kod Sekolah: ABA8252

1. Nama 2. NO K/P

2. Judul Soal Jawab 3.Nama Penulis Mohammad Nidzam 4.Bil. 203


Remeh-temeh Abdul Kadir m/s:
Tentang Zakat
4. Sinopsis

Buku ini lain dari yang lain. Ia menangani masalah remeh-temeh


tentang zakat yang ramai orang tidak tahu tapi malu untuk bertanya. Soalan
yang pelik-pelik juga ditangani. Antaranya : Boleh tak guna duit zakat untuk
kahwin? Perusahaan madu lebah kena zakat atau tidak? Boleh ke anak minta
duit zakat dari bapa yang kaya? Orang lelaki yang pakai emas kena zakat atau
tidak?
Buku ini juga menghuraikan tentang sedekah. Pelbagai persoalan
yang dijawab. Antaranya : Apakah derma darah darah dikira sedekah? Sahkah
sedekahkan seluar pendek? Betulkan air dan garam juga boleh disedekahkan?
Yang penting zakat membersihkan harta anda. Allah s.w.t memberi limpah
kurnia yang bertimbun-timbun supaya rezeki anda lebih murah.
5. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini memberikan pengetahuan penting dalam kehidupan bagi umat Islam
tentang jenis-jenis zakat dan pengurusan yang betul mengikut hukum syarak.
6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Ilmu di dalam buku ini boleh diaplikasikan dalam mata pelajaran Pendidikan
Islam, Matematik dan pelbagai lagi kerana berkait rapat dengan kehidupan
manusia.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


……………………………………….. ……………………………………...

( ) ( )

Tarikh Pengesahan :

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: SK FELCRA NASARUDDIN Kod Sekolah: ABA8252

1. Nama 2. NO K/P

2. Judul Mendorong 3.Nama Penulis Abdullah Hassan & 4.Bil. 103


Kreativiti Kanak- Ainon Mohd. m/s:
kanak
4. Sinopsis

Merupakan buku panduan guru untuk melatih murid-murid supaya


mahir berfikir secara logical, kritikal dan kreatif. Kandungan buku ini
disesuaikan dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia
memperkenalkan kemahiran berfikir dan daya kreativiti kepada murid sekolah.
Kaedah-kaedah yang digunakan di dalam buku ini sudah diuji dan digunakan
dengan meluas di negara-negara seperti Australia, Britian dan Amerika.
Bahan-bahan latihan di dalam buku ini dibina untuk keperluan pelajar
tahun 4-6 sekolah rendah, ppki dan juga kelas peralihan di sekolah menengah.
Contoh-contoh latihan yang terdapat di dalam buku ini mudah diubahsuai untuk
melatih kanak-kanak tersebut. Buku ini juga boleh digunakan oleh guru-guru
tadika bagi mengajar kanak-kanak berfikir sebelum mereka tahu membaca dan
menulis.
5. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini memberi idea kepada guru-guru mengenai aktiviti yang boleh
dilakukan di dalam kelas bagi mendorong kreativiti murid-murid. Contoh aktiviti
juga jelas dengan ilustrasi yang mudah difahami.
6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Aktiviti di dalam buku ini boleh digunakan di dalam kelas prasekolah, kelas
pemulihan, ppki, sekolah rendah dan kelas peralihan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………….. ……………………………………...

( ) ( )

Tarikh Pengesahan :

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: SK FELCRA NASARUDDIN Kod Sekolah: ABA8252

1. Nama 2. NO K/P

2. Judul Teknik dan 3.Nama Penulis Robiah K. Hamzah 4.Bil. 172


Strategi m/s:
Membimbing
Remaja :
Pengurusan Diri
4. Sinopsis

Remaja mahu tampil unggul. Remaja unggul dapat dinilai, dilihat dan
dirasai sebaik sahaja mereka berada di kalangan orang lain. Mereka bersopan
santun, berbudi bahasa, mempunyai penampilan diri yang baik dan
menyenangkan orang yang berada di sekeliling mereka. Kemahiran mengurus
diri di dalam pelbagai situasi sosial dan kemasyarakatan adalah kunci kepada
keunggulan ini. Buku ini adalah panduan asas untuk membimbing remaja
supaya mahir mengurus diri ketika bersama keluarga, rakan-rakan, di dalam
persatuan dan ketika berada di dalam sebarang majlis.
Kemahiran mengurus diri perlu diasuh dari rumah, dimantapkan di
sekolah seterusnya diamalkan di dalam kehidupan. Remaja yang menguasai
kemahiran pengurusan diri yang baik lebih menonjol berbanding rakan-rakan
mereka.
5. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini memberi pengetahuan kepada guru-guru serta staf sokongan


mengenai cara membimbing remaja sama ada murid-murid di sekolah ataupun
anak remaja sendiri di rumah masing-masing.

6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Ilmu di dalam buku ini boleh diaplikasikan bagi murid-murid tahap 2 dan pelajar
sekolah menengah kerana terdapat nilai-nilai yang baik boleh diselitkan
semasa proses pdpc di dalam kelas.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………….. ……………………………………...

( ) ( )

Tarikh Pengesahan :
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: SK FELCRA NASARUDDIN Kod Sekolah: ABA8252

1. Nama 2. NO K/P

2. Judul Amalan Hidup 3.Nama Penulis Sam Rachmat 4.Bil. 100


Sihat m/s:
4. Sinopsis

Kunci utama kehidupan manusia adalah kesihatan yang baik.


Kebanyakan daripada kita mungkin terlalu sibuk dengan tugas harian sehingga
tidak sempat untuk memikirkan soal kesihatan. Kita tidak seharusnya
bergantung semata-mata pada doktor untuk menjaga kesihatan kita. Kita
hendaklah mengambil langkah yang sewajarnya untuk mempertahankan tubuh
badan supaya berada dalam keadaan yang sihat.
Kesejahteraan setiap anggota masyarakat dari segala segi pasti
akan menjadikan sesebuah negara itu sejahtera, aman dan makmur.
Perbincangan tentang kesihatan di dalam buku ini adalah secara umum, mudah
difahami dan senang diikuti. Buku ini amat sesuai untuk semua lapisan
masyarakat.
5. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini memberikan ilmu tentang kesihatan manusia, memilih doktor,


makanan, air, diet, gemuk, riadah, tidur, stress, bahan yang menagihkan,
penyakit akibat gaya hidup dan ubat-ubatan.

6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Maklumat di dalam buku ini boleh diaplikasikan dalam mata pelajaran bahasa,
pendidikan kesihatan dan sebagainya kerana cukup dekat dengan kehidupan
seorang manusia.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………….. ……………………………………...

( ) ( )

Tarikh Pengesahan :

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: SK FELCRA NASARUDDIN Kod Sekolah: ABA8252

1. Nama 2. NO K/P

2. Judul Peribadi Wanita- 3.Nama Penulis S. Mahadzir 4.Bil. 144


wanita Solehah m/s:
4. Sinopsis

Sejarah Islam telah mencatatkan ribuan malah jutaan insan tersohor


yang sewaktu kebangkitannya mempelopori pelbagai bidang dan jurusan.
Selain dari para anbiya dan sahabat junjungan Rasulullah S.A.W, terdapat juga
tokoh-tokoh ilmuan, mujahid, pelopor gerakan tasawuf, mujaddid dan
sebagainya yang wajar dikenali oleh generasi sekarang dan akan dating.
Sesunguhnya, jasa dan pengorbanan luhur mereka telah
meninggikan syiar agama ke martabat yang gemilang sehingga ke hari ini.
5. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Amat sesuai dibaca, dihayati serta diambil iktibar oleh murid sekolah rendah
mahupun sekolah menengah. Ia mampu menginsafkan kita betapa besar
pengorbanan mereka , unggul dan wajar dikenang sentiasa.

6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Ia wajar dijadikan rujukan oleh guru-guru kerana di dalam terselit fakta dan
kejituan sejarah Islam.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………….. ……………………………………...

( ) ( )

Tarikh Pengesahan :

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: SK FELCRA NASARUDDIN Kod Sekolah: ABA8252

1. Nama 2. NO K/P

2. Judul Menjalani 3.Nama Penulis Elaine St. James 4.Bil. 165


Kehidupan m/s:
Sederhana
4. Sinopsis

Apakah anda merasa hidup anda saat ini terasa ‘kosong’, tidak
mempunyai tujuan yang pasti, padahal kehidupan lahiriah anda begitu berjaya,
sehingga anda tidak lagi memahami erti hidup ini sesungguhnya bagi diri anda?
Jika demikian, kini sudah tiba saatnya anda berupaya memperoleh
kembali kedamaian dan memperkaya jiwa, agar kehidupan lahir dan batin anda
seimbang. Buku ini mengemukakan langkah-langkah yang membimbing anda
secara bertahap untuk mencapai keseimbangan lahir batin tersebut.
Tentukan apa yang tidak anda inginkan di dalam hidup anda,
luangkanlah waktu untuk membaca, lakukanlah muhasabah diri di akhir bulan
di rumah, lepaskan keterikatan pada harta benda, hentikan kebiasaan
menghakimi orang lain, banyakkanlah menangis, berzikir, belajar mendengar
suara batin dan belajarlah menikmati kesendirian.
5 Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Mensederhanakan hidup bukanlah ubat yang mujarab. Ia tidak akan


menyelesaikan semua masalah kita atau masalah dunia. Namun, ia merupakan
langkah awal yang baik.

6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Ilmu di dalam bahan bacaan ini boleh diaplikasikan di dalam kelas dengan
nasihat-nasihat yang berguna dan dalam kehidupan guru dan staf di kalangan
warga pendidikan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………….. ……………………………………...

( ) ( )

Tarikh Pengesahan :

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: SK FELCRA NASARUDDIN Kod Sekolah: ABA8252

1. Nama 2. NO K/P

2. Judul Fahami Bacaan 3.Nama Penulis Dr Ibrahim Hashim, 4.Bil. 179


Dalam Solatmu Prof. Emeritus Dato’ m/s:
Dr Isahak Haron et. al
4. Sinopsis

Solat adalah wahana komunikasi seorang hamba dengan Tuhan


seharusnya terjadi dengan suasana penuh mesra dan intim. Solat yang benar
menghasilkan ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup seseorang hamba. Ia
melahirkan natijah kejayaan hidup di dunia dan di akhirat seperti yang dijanjikan
di dalam Al Quran.
Hal ini terjadi apabila seorang hamba menunaikan solat dengan
penuh rasa khusyuk dengan memahami dan menghayati setiap patah
perkataan yang diucapkan. Dengan demikian, proses komunikasi antara
seorang hamba dan penciptanya akan lebih bermakna dan memberikan impak
yang maksimum.
5. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini menyediakan panduan bergambar cara betul menunaikan solat,


terjemahan lengkap dan secara perkataan bagi setiap ayat yang digunakan di
dalam solat.

6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini boleh diaplikasikan di dalam kelas Pendidikan Islam dan pengetahuan
untuk guru, staf dan warga sekolah yang beragama Islam.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………….. ……………………………………...

( ) ( )

Tarikh Pengesahan :

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: SK FELCRA NASARUDDIN Kod Sekolah: ABA8252

1. Nama 2. NO K/P

2. Judul Waktu dan Kejayaan : 3.Nama Alan Lakein 4.Bil. 231


Bagaimana Penulis m/s:
Memanfaatkan Waktu
Secara Efektif
4. Sinopsis
Buku terjemahan Zul Yazid ini menekankan soal kepentingan waktu
dalam kehidupan. Waktu juga adalah sebuah kehidupan. Tiadanya waktu,
bererti tiadanya hidup. Ertinya hidup tanpa banyak faedah dan manfaat.
Antara yang diungkapkan di dalam buku ini ialah mengapa anda
harus memerhatikan waktu, pengawalan dimulai dengan perencanaan,
mulailah sekarang juga, bagaimana mendapatkan waktu yang tidak pernah
anda ketahui sebelumnya, bagaimana menciptakan waktu tenang, jangan
membiarkan rasa takut menghambat anda dan bagaimana melakukan lebih
baik pada waktu berikutnya.
5. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini memberikan panduan pengurusan waktu secara berkesan dan diisi
dengan perkara-perkara yang bermanfaat untuk diri sendiri dan masyarakat
sekeliling.

6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini boleh digunakan di dalam pelbagai mata pelajaran di sekolah kerana
pengurusan waktu amat penting dalam kehidupan seseorang manusia.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………….. ……………………………………...

( ) ( )

Tarikh Pengesahan :

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: SK FELCRA NASARUDDIN Kod Sekolah: ABA8252

1. Nama 2. NO K/P

2. Judul Mendorong Anak Suka 3.Nama Fazeila Isa, 4.Bil. 240


Membaca Penulis Zamri Mohamad m/s:
4. Sinopsis

Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak. Dibeli pelbagai alatan,

permainan, dan buku semata-mata mahukan anaknya menguasai ilmu-ilmu penting

untuk berjaya di dalam dunia. Sedangkan, setiap anak-anak itu unik dan berbeza cara

mereka belajar. Oleh itu, keperluan mereka adalah berbeza-beza. Meskipun berlainan,

terdapat satu persamaan yang boleh kita titik beratkan; iaitu mendidik mereka dalam

keadaan yang lebih semula jadi dan menyihatkan.


Aktiviti membaca yang menyihatkan adalah apabila ibu bapa dan anak

sama-sama teruja dan seronok sepanjang proses membaca. Membaca yang

menyihatkan juga diukur melalui sejauh mana ibu bapa dan anak saling suka dan

meraikan kehadiran masing-masing dalam aktiviti tersebut. Terdapat satu perkara

penting yang perlu kita titik beratkan semasa mahu memulakan program membaca

dengan anak.

5. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Pastikan setiap yang kita lakukan itu membawa makna dan meninggalkan saat-saat
menyeronokkan dalam kehidupan anak kita. Apabila anak kita tidak sabar mahu
dibacakan cerita atau bertanyakan apa yang tertulis di papan tanda dan label
makanan, itu tandanya dia mula melihat membaca itu menyeronokkan dan ada
kegunaannya.

6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini boleh diaplikasikan di dalam kelas bagi memupuk minat membaca di kalangan
murid-murid terutama bagi murid yang kurang lancar membaca.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………….. ……………………………………...

( ) ( )

Tarikh Pengesahan :
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: SK FELCRA NASARUDDIN Kod Sekolah: ABA8252
1. Nama 2. NO K/P

2. Judul Kecerdasan Pelbagai 3.Nama Zainun Ishak, 4.Bil. 207


dalam Pengajaran dan Penulis Che Zainon Omar m/s:
Pembelajaran
4. Sinopsis

Buku Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran


merupakan sebuah buku panduan lengkap tentang kecerdasan pelbagai yang
telah dianugerahi Tuhan kepada setiap manusia. Buku ini amat sesuai untuk
ibu bapa, guru pendidikan awal kanak-kanak, guru sekolah rendah dan
menengah, serta institut pengajian tinggi. Ia juga boleh dijadikan teks rujukan
oleh guru pelatih yang mengikuti kursus pendidikan sama ada yang menuntut di
universiti atau Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Buku Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran ini
menghuraikan tentang kecerdasan pelbagai yang wujud pada diri dan dimiliki
manusia. Buku ini mengandungi 10 bab.

5. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Saya mendapat ilmu mengenai teori dan kepentingan kecerdasan pelbagai,


memaparkan kaedah mengajar serta implikasi dua jenis model kepada guru di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Ilmu yang terdapat di dalam buku ini amat berguna bagi guru dan PPM kerana
setiap murid tidak sama tahap penguasaan masing-masing. Aktiviti yang
dicadangkan boleh dipratikkan di dalam kelas.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………….. ……………………………………...

( ) ( )

Tarikh Pengesahan :

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU
Nama Sekolah: SK FELCRA NASARUDDIN Kod Sekolah: ABA8252

1. Nama 2. NO K/P

2. Judul Psikologi Si Kecil 3.Nama Penulis Dr Rozanizam 4.Bil. 288


Zakaria m/s:
4. Sinopsis

Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan 2019 mendapati 9.5% kanak-


kanak berusia 5-15 tahun mengalami masalah berkait dengan kesihatan
mental. Kajian yang sama pada 2017 pula mendapat 2 daripada 3 remaja
melaporkan ibu bapa mereka tidak memahami mereka.
Mendidik anak-anak zaman ini tidak semudah seperti mengulang
kitaran cara ibu bapa kita mendidik kita. Anak-anak generasi ini lebih
mencabar dengan pelbagai isu yang rumit.
Oleh kerana itu, ibu bapa hari ini perlu mempersiapkan diri dengan ilmu
asas tentang psikologi anak-anak supaya pendekatan kita kepada mereka
bukan lagi berdasarkan percubaan, tetapi berdasarkan ilmu dan pengalaman.
5. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini wajib dihayati, tidak kira yang baru menapak atau sudah berusia.
Mereka yang ada anak sedang membesar atau sudah mencecah remaja. Ia
juga sesuai untuk mereka yang bakal berumahtangga untuk dijadikan
sebahagian daripada panduan pra-perkahwinan. Juga sesuai buat guru-guru
dan semua profesyen yang terlibat secara langsung dengan kanak-kanak.

6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Maklumat yang diperolehi dari buku ini boleh digunakan di dalam kelas
sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Cadangan aktiviti
yang diberikan juga boleh diguna pakai di sekolah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………….. ……………………………………...

( ) ( )

Tarikh Pengesahan :

Anda mungkin juga menyukai