Anda di halaman 1dari 5

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK BANDAR BUKIT KAYU HITAM Kod Sekolah: KEA 4035

1. Nama Guru MARZUAN EDZRIN BINTI MARZUKI

2. Judul SINERGI DALAM PENGURUSAN SEKOLAH

3. Bidang:
Penulis HAMEDAH WORK AWANG, NORMAH TEH PENDIDIKAN
MUKA SURAT 144

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:-

6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis

Buku ini mengandungi panduan praktis dalam mewujudkan pasukan pengurus sekolah cemerlang. Buku ini
juga menceritakan tentang peranan sekolah sebagai institusi social yang penting pada Negara. Ia
menyediakan modal insan dari segi tenaga kerja berkemahiran, separa mahir dan staf biasa. Bukan itu
sahaja, kandungan buku ini juga banyak membincangkan peranan pegetua, pentadbiran, guru-guru, pelajar,
kakitangan sokongan, dan ibu bapa sebagai satu pasukan dalam mewujudkan sekolah cemerlang. Buku yang
bertajuk sinergi dalam pengurusan sekolah ini juga menyentuh dengan lebih mendalam mengenai tajuk-
tajuk utama seperti pengetua sebagai peneraju kecemerlangan, pasukan mengurus kecemerlangan,guru
pendukung kecemerlangan, pelajar sebagai penunjuk aras kecemerlangan, dan ibu bapa sebagai rakan
kongsi.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Nilai pengetahuan yang saya perolehi melalui buku ini ialah mengenai peranan seorang guru dalam
mewujudkan sekolah yang cemerlang. Namun nilai yang paling saya sukai dalam buku ini ialah nilai kerja
secara berpasukan dalam sekolah bagi membentuk satu pasukan yang efisien dalam melaksanakan tugas dan
peranan masing-masing. Selain itu,buku yang bertajuk sinergi dalam pengurusan sekolah ini juga banyak
memberikan pengetahuan baharu dalam pengurusan sekolah sama ada sebagai pengetua,pentadbiran,guru-
guru,kakitangan sokongan, ibu bapa dan pelajar.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Dapat menambahkan pengetahuan sedia ada tentang skop peranan guru yang sangat penting dalam
organisasi skolah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MARZUAN EDZRIN BINTI MARZUKI) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK BANDAR BUKIT KAYU HITAM Kod Sekolah: KEA 4035

1. Nama Guru MARZUAN EDZRIN BINTI MARZUKI

2. Judul MENGURUS KANAK-KANAK 3. Bidang: PENDIDIKAN

YANG SUSAH BELAJAR
Penulis MOHD SHARANI AHMAD
Muka surat 208
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:-

6. Tempat Pembentangan -
7. Sinopsis

Buku ini membicarakan beberapa perkara yang berkaitan dengan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Dalam
buku ini juga ianya meneroka mengenai topic pembelajaran serta berkenanaan masalah-masalah yang menghalang
proses pembelajaran. Bukan itu sahaja, buku ini juga membincangkan cara menangani masalah pembelajaran serta
meneroka kehendak-kehendak yang perlu dimiliki oleh kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran. Secara
keseluruhannya, buku ini memberikan semua maklumat yang diperlukan oleh guru-guru terutama guru pendidikan
khas. Pelbagai ilmu pengetahuan yang dapat diperolehi daripada buku ini kerana banyak tip-tip yang relevan bagi
menangani masalah kanak-kanak seperti kanak-kanak disleksia,lemah keseluruhan pembelajaran, lambat
mengingat semula, sukar mengikut arahan, lemah kemahiran kognitif dan sebagainya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Melalui pembacaan daripada buku ini saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai pelbagai masalah
pembelajaran yang dihidapi oleh kanak-kanak. Selain itu juga, saya dapat mengetahui tip-tip yang sesuai yang
boleh di amalkan bagi menghadapi kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Aplikasi dalam p&p yang boleh diguna pakai melalui pembacaan saya daripada buku ini ialah saya dapat
mengetahui cara-cara untuk menangani masalah kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran.
Buku ini memuatkan semua maklumat yang diperlukan oleh guru-guru terutama guru-guru pendidikan khas. Juga
dijutukan khusus kepada ibu bapa yang memiliki kanak-kanak yang istimewa ini.

2. Judul Kejurulatihan dan Sains Sukan 3. Bidang: PENDIDIKAN

Penulis Haji Gapor Ahmad

Muka surat 151
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:-

6. Tempat Pembentangan -
7. Sinopsis

Buku ini mengulas pelbagai kaedah dan persoalan dalam bidang sukan mahupun sains sukan. Ianya merangkumi
aspek teori, latihan fizikal dan mental serta pengaplikasiannya dalam mempertingkatkan prestasi sukan.
Antara lain, pengkhususan kepada jurulatih sukan yang serius sewaktu merancang dan melaksanakan latihan
untuk meningkatkan prestasi atlet. Kandungannya juga dapat meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang
kejurulatihan. Manakala aspek lain pula dikhususkan untuk guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan peminat
Sains Sukan dalam bidang pedagogi dan perancangan yang berkesan dalam sukan.
Permulaan buku ini memberi peluang kepada pembaca mengenali aspek yan berkaitan dengan asas kejurulatihan
sukan. Penulis cuba menonjolkan pendekatan saintifik dalam asas kejurulatihan. Di sampin itu, ianya menjadi
sumber rujukan yang baik kepada jurulatih yang giat melatih dan mencari ilmu kejurulatihan.
Pendekatan buku ini berasaskan teori kejurulatiha sukan yang membahagikan latihan kepada empat bidan iaitu
fizikal dan fisiologikal, teknkal, psikolgikal dan taktikal. Bidang fizikal dan fisiologikal menyentuh aspek suaian
anatomi dan fisilogi asas, teori kecergasan serta prinsip dan kaedah latihan sukan. Semua aspek ini terdapat dalam
buku ini.
Bidang teknkal meliputi aspek kemahiran sukan seperti kemahiran asas, kemahiran lanjutan, kemahiran individu
dan berpasukan. Bidang mental atau psikologikal menyentuh aspek seperti motivasi, imej kendiri, penetapan
matlamat, ketenangan dan komunikasi dalam sukan. Manakala bidang taktikal pula meliputi aspek sistem
pertandingan, kekuatan dan kelemahan lawan, seta set-pieces.
Pengarang juga berniat untuk menyebarkan ilmu kejurulatihan dengan harapan ramai jurulatih baru muncul di
samping meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang kecergasan fizikal dan kesihatan masyarakat.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini menerangkan ilmu kejurulatihan sukan amat luas dan dalam skopnya. Oleh itu, pembelajaran dan
kajian secara sainstifik serta usaha-usaha yang lain perlu dilakukan untuk membantu jurulatih sukan
memperkayakan ilmu pengetahuan, memurnikan kaedah dan cara serta pedekatan dalam membimbing atlet untuk
mencapai kecemerlangan.
Buku ini jga memberi kefahaman tentang pengertian sukan dan menghuraikan konsep-konsep latihan sebagai
ilmu asas keperluan melatih. Beberapa huraian mengenai kejurulatihan dan siste tubuh badan manusia turut
membantu pembacanya mengenali aspek-aspek asas mengenai falsafah serta pembinaan fizikal manusia.
Menelusuri buku ini mengingatkan kita bahawa jurulatih sukan harus sentiasa menimba ilmu supaya kaedah,
pendekatan dan taktikal mereka sentiasa releva dan kemas kini.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk melatih atlet awal
remaja. Idea yang dikemukakan membantu guru mengenal bakat, mengembangkan bakat dan menajamkan bakat
pelajar di sekolah. Di samping itu, terdapat juga idea bagaimana untuk mengekalkan minat atlet terhadap sukan
yang mereka ceburi.
Asas yang penting ialah corak latihan yang baik untuk mengembangkan bakat seseorang atlet. Setiap atlet perlu
diasuh kemahiran asas kepada pemahiran spesifik. Atlet yang ramai perlu diorganisasikan secara baik. Aspek yang
sering dilupai ialah pemakanan atlet. Atlet perlukan pemakanan yang baik dan lengkap. Ilmu ini penting untuk guru
yang melatih pasukan sekolah untuk memacu pasukannya menempa kejayaan.
10. Kesimpulan
Konklusinya, kejurulatihan sukan mempunyai talian yang rapat dengan sains. Asas-asas sains dalam
latihan sukan pastinya dapat membantu jurulatih meningkatkan kualiti latihan. Bibit-bibit kecemerlangan
sukan pasti dapat dirasakan apabila jurulatih mengaplikasikan teori-teori sains dalam latihan sukan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MARZUAN EDZRIN BINTI MARZUKI) ( )

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK BANDAR BUKIT KAYU HITAM Kod Sekolah: KEA 4035

1. Nama Guru MARZUAN EDZRIN BINTI MARZUKI

2. Judul MENGURUS KANAK-KANAK 3. Bidang: PENDIDIKAN

YANG SUSAH BELAJAR
Penulis MOHD SHARANI AHMAD
Muka surat 208
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:-

6. Tempat Pembentangan -
7. Sinopsis

Buku ini membicarakan beberapa perkara yang berkaitan dengan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Dalam
buku ini juga ianya meneroka mengenai topic pembelajaran serta berkenanaan masalah-masalah yang menghalang
proses pembelajaran. Bukan itu sahaja, buku ini juga membincangkan cara menangani masalah pembelajaran serta
meneroka kehendak-kehendak yang perlu dimiliki oleh kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran. Secara
keseluruhannya, buku ini memberikan semua maklumat yang diperlukan oleh guru-guru terutama guru pendidikan
khas. Pelbagai ilmu pengetahuan yang dapat diperolehi daripada buku ini kerana banyak tip-tip yang relevan bagi
menangani masalah kanak-kanak seperti kanak-kanak disleksia,lemah keseluruhan pembelajaran, lambat
mengingat semula, sukar mengikut arahan, lemah kemahiran kognitif dan sebagainya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Melalui pembacaan daripada buku ini saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai pelbagai masalah
pembelajaran yang dihidapi oleh kanak-kanak. Selain itu juga, saya dapat mengetahui tip-tip yang sesuai yang
boleh di amalkan bagi menghadapi kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Aplikasi dalam p&p yang boleh diguna pakai melalui pembacaan saya daripada buku ini ialah saya dapat
mengetahui cara-cara untuk menangani masalah kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran.
Buku ini memuatkan semua maklumat yang diperlukan oleh guru-guru terutama guru-guru pendidikan khas. Juga
dijutukan khusus kepada ibu bapa yang memiliki kanak-kanak yang istimewa ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MARZUAN EDZRIN BINTI MARZUKI) ( )

Anda mungkin juga menyukai