Anda di halaman 1dari 5

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK SRI TEBRAU Kod Sekolah: JBA 1054

1. Nama Guru Adi Sofan bin Md Yusof

2. Judul Kejurulatihan dan Sains Sukan 3. Bidang: Pendidikan Sukan

4. Tarikh Pembentangan 22 April 2019 5. Masa: 1.00 petang

6. Tempat Pembentangan Bilik Guru SK Sri Tebrau

7. Sinopsis

Buku ini mengulas pelbagai kaedah dan persoalan dalam bidang sukan mahupun sains sukan.
Ianya merangkumi aspek teori, latihan fizikal dan mental serta pengaplikasiannya dalam
mempertingkatkan prestasi sukan.
    Antara lain, pengkhususan kepada jurulatih sukan yang serius sewaktu merancang dan
melaksanakan latihan untuk meningkatkan prestasi atlet. Kandungannya juga dapat
meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang kejurulatihan. Manakala aspek lain pula
dikhususkan untuk guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan peminat Sains Sukan dalam
bidang pedagogi dan perancangan yang berkesan dalam sukan.
   Permulaan buku ini memberi peluang kepada pembaca mengenali aspek yan berkaitan dengan
asas kejurulatihan sukan. Penulis cuba menonjolkan pendekatan saintifik dalam asas
kejurulatihan. Di sampin itu, ianya menjadi sumber rujukan yang baik kepada jurulatih yang giat
melatih dan mencari ilmu kejurulatihan.
   Pendekatan buku ini berasaskan teori kejurulatiha sukan yang membahagikan latihan kepada
empat bidan iaitu fizikal dan fisiologikal, teknkal, psikolgikal dan taktikal. Bidang fizikal dan
fisiologikal menyentuh aspek suaian anatomi dan fisilogi asas, teori kecergasan serta prinsip dan
kaedah latihan sukan. Semua aspek ini terdapat dalam buku ini.
    Bidang teknkal meliputi aspek kemahiran sukan seperti kemahiran asas, kemahiran lanjutan,
kemahiran individu dan berpasukan. Bidang mental atau psikologikal menyentuh aspek seperti
motivasi, imej kendiri, penetapan matlamat, ketenangan dan komunikasi dalam sukan. Manakala
bidang taktikal pula meliputi aspek sistem pertandingan, kekuatan dan kelemahan lawan, seta
set-pieces.
  Pengarang juga berniat untuk menyebarkan ilmu kejurulatihan dengan harapan ramai jurulatih
baru muncul di samping meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang kecergasan fizikal dan
kesihatan masyarakat.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini menerangkan ilmu kejurulatihan sukan amat luas dan dalam skopnya. Oleh itu,
pembelajaran dan kajian secara sainstifik serta usaha-usaha yang lain perlu dilakukan untuk
membantu jurulatih sukan memperkayakan ilmu pengetahuan, memurnikan kaedah dan cara
serta pedekatan dalam membimbing atlet untuk mencapai kecemerlangan.
    Buku ini jga memberi kefahaman tentang pengertian sukan dan menghuraikan konsep-konsep
latihan sebagai ilmu asas keperluan melatih. Beberapa huraian mengenai kejurulatihan dan siste
tubuh badan manusia turut membantu pembacanya mengenali aspek-aspek asas mengenai
falsafah serta pembinaan fizikal manusia.
    Menelusuri buku ini mengingatkan kita bahawa jurulatih sukan harus sentiasa menimba ilmu
supaya kaedah, pendekatan dan taktikal mereka sentiasa releva dan kemas kini.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk melatih
atlet awal remaja. Idea yang dikemukakan membantu guru mengenal bakat, mengembangkan
bakat dan menajamkan bakat pelajar di sekolah. Di samping itu, terdapat juga idea bagaimana
untuk mengekalkan minat atlet terhadap sukan yang mereka ceburi.
   Asas yang penting ialah corak latihan yang baik untuk mengembangkan bakat seseorang atlet.
Setiap atlet perlu diasuh kemahiran asas kepada pemahiran spesifik. Atlet yang ramai perlu
diorganisasikan secara baik. Aspek yang sering dilupai ialah pemakanan atlet. Atlet perlukan
pemakanan yang baik dan lengkap. Ilmu ini penting untuk guru yang melatih pasukan sekolah
untuk memacu pasukannya menempa kejayaan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

......................................... ........................................................
(ADI SOFAN BIN MD YUSOF) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK SRI TEBRAU Kod Sekolah: JBA1054

1. Nama Guru Adi Sofan bin Md Yusof


Mengurus Kanak-kanak Susah 3. Bidang: Pengurusan Kanak-
2. Judul
Belajar kanak
4. Tarikh Pembentangan 26 Jun 2019 5. Masa: 2.00 petang

6. Tempat Pembentangan War Room, SK Sri Tebrau

7. Sinopsis

Buku ini memuatkan semua maklumat yang diperlukan oleh guru-guru terutama guru-guru
pendidikan khas. Juga dijutukan khusus kepada ibu bapa yang memiliki kanak-kanak yang
istimewa ini. Hampir setiap permasalahan yang sering dihadapi guru-guru dan ibu bapa
terjawab dalam buku ini kerana ianya merangkumi teknik yang sesuai untuk membantu guru
dan ibu bapa memahami anak-anak yang sukar belajar. Oleh itu, pelbagai cara disarankan di
dalam buku ini untuk diguna pakai oleh guru dan ibu bapa.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Setiap kanak-kanak memiliki personaliti yang berbeza. Oleh itu, pendekatan yang berbeza
diperlukan untuk memahami dan mengurus kanak-kanak.
2. Pembelajaran kadang-kala membosankan. Guru-guru dan ibu bapa perlu menjadi lebih kreatif
dan berinovasi untuk menyuntik minat ingin belajar dalam diri kanak-kanak.
3. Fitrah kanak-kanak ialah bermain dan ingin tahu. Buku ini mengubah persepsi pembaca
tentang permainan dan pembelajaran. Kedua-duanya perlulah seiring dan saling melengkapi
supaya kanak-kanak dapat membesar dengan baik dan gembira.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Teknik bermain sambil belajar melalui permainan dalam bilik darjah diaplikasikan di dalam
kelas. Murid-murid nampak lebih berminat dengan subjek Bahasa Inggeris sekiranya guru
mewujudkan kuiz dan permainan yang lebih kreatif di dalam kelas seperti yang disarankan di
dalam buku ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................... ........................................................
(ADI SOFAN BIN MD YUSOF ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: : SK SRI TEBRAU Kod Sekolah: JBA 1054

1. Nama Guru Adi Sofan bin Md Yusof

2. Judul Kurang Berdisplin? Anda Boleh 3. Bidang : Amalan Dan Nilai


Mengubahnya Profesionalisme

4. Tarikh Pembentangan 08 September 2019 5. Masa : 1.30 Petang


6. Tempat Pembentangan War Room, SK Sri Tebrau

7. Sinopsis
Buku ini bertujuan membantu pelajar memperkukuh dan memperkasakan diri sendiri. Setiap pelajar
harus sedar tentang pentingnya belajar mendisplinkan diri agar segala manfaat itu dapat diterokai,
dikembangkan dan diamalkan dengan teratur.displin diri yang baik dan sempurna telah diberi
penekanan oleh pihak kerjaan, ibu bapa dan guru-guru. Pelbagai peristiwa yang berlaku di dalam luar
sekolah dijadikan contoh oleh penulis agar setiap pelajar boleh menjadikannya sebagai pedomen dan
pengajaran. Secara ringkasnya, buku ini menerangkan tentang displin diri dalam pelajar, displin diri
dalam penampilan, displin dalam mendengar, bertutur dan bertindak.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Aspek yang dibincangkan dalam buku ini membolehkan pembentukan displin yang baik
dalam diri setiap pelajar.
2. Displin yang baik dapat merealisasikan FPN dalam pembentukan modal insan.
3. Displin pelajar menjadi asas dalam pembelajaran dan pengajaran yang efektif.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Pengurusan bilik darjah menjadi lebih mantap dengan adanya displin pelajar yang
terkawal.
2. Guru dapat menjalankan p&p dengan lebih berkesan sekiranya displin pelajar baik.
3. Guru dapat mengetahui teknik mengurus displin pelajar dengan lebih baik.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

..................................................... ..........................................
(ADI SOFAN BIN MD YUSOF) ( )

Anda mungkin juga menyukai