Anda di halaman 1dari 11

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK PUCHONG JAYA 2 Kod Sekolah: BBA 8274

1. Nama Guru YUS FAIZ AMNI BIN ZULKIPLI

Judul Pengurusan Bilik Darjah dan 3. Bidang:


Tingkah Laku Edisi Kedua Pengetahuan Profesional
2.
Pengarang Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel

4. Tarikh Pembentangan -tiada- 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan -tiada-


7. Sinopsis
Secara dasarnya, buku ini mengupas konsep pengurusan bilik darjah di sekolah serta peranan
guru dalam pengurusan tersebut bagi membentuk persekitaran yang sesuai dan kondusif untuk
pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, buku ini membincangkan hubungan guru
dengan murid serta mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan hubungan yang positif
dengan murid. Buku ini mengandungi beberapa model pengurusan bilik darjah yang dapat
membantu murid dan guru untuk mensintesis model yang sesuai untuk situasi mereka sendiri.
Topik yang turut dibincangkan ialah jenis masalah disiplin dan tingkah laku yang boleh dijadikan
panduan kepada guru untuk menganalisis masalah-masalah disiplin dan tingkah laku yang
terdapat di dalam bilik darjah. Fokusnya ialah bentuk-bentuk intervensi dan tindakan guru dalam
menguruskan masalah disiplin di dalam bilik darjah. Buku ini juga memaparkan cadangan-
cadangan untuk menyediakan pelan perancangan pengurusan yang berkesan di dalam bilik
darjah.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru tentang pentingnya mengurus bilik darjah
dengan berkesan. Setiap guru mempunyai cara mengurus yang tersendiri tetapi melalui buku ini,
guru didedahkan dengan pelbagai intervensi yang seterusnya akan membantu dalam
menyampaikan pengajaran dengan lebih efektif.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Buku ini memberi kemahiran kepada para guru dalam mengurus tingkah laku murid di dalam bilik
darjah. Dengan pelbagai model yang boleh diaplikasi, P&P dapat dijalankan dengan lebih teratur
dan lancar. Tambahan pula, sebagai guru, kita lebih mengetahui model apa yang lebih berkesan
untuk murid kita. Contohnya, susunan meja berbentuk U sangat sesuai ketika murid hendak
membuat persembahan atau pembentangan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

...................................................... ......................................
(YUS FAIZ AMNI BIN ZULKIPLI) (MAZNAH BINTI ZAINI)
GURU BESAR
SK PUCHONG JAYA 2
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK PUCHONG JAYA 2 Kod Sekolah: BBA 8274

1. Nama Guru YUS FAIZ AMNI BIN ZULKIPLI


Murid dan Pembelajaran 3. Bidang:
Judul
2. Pengetahuan Profesional
Pengarang Noriati A. Rashid

4. Tarikh Pembentangan -tiada- 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan -tiada-


7. Sinopsis
Secara keseluruhannya, buku ini membincangkan konsep dan teori pembelajaran dalam
kehidupan kanak-kanak. Bermain merupakan elemen penting dalam proses pembesaran kanak-
kanak. Sehubungan itu, buku ini mendedahkan pelajar dengan strategi bermain sebagai salah satu
strategi penting dalam pengajaran dan pembelajaran murid di sekolah. Pelajar juga didedahkan
dengan konsep serta teori pengajaran dan pembelajaran; pendekatan dan strategi pengajaran
serta pedagogi masa kini; perbezaan individu serta cara perbezaan individu mempengaruhi gaya
berfikir dan gaya belajar seseorang kanak-kanak yang mempunyai kepelbagaian kecerdasan.
Turut dibincangkan ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan motivasi bagi memastikan guru
mengetahui perkara-perkara yang berhubung dengan motivasi dan mampu memotivasikan
muridnya.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru tentang elemen penting dalam proses
pembesaran kanak-kanak. Hal ini sangat sinonim dengan persekitaran guru terutamanya guru
sekolah rendah di mana murid-murid berada dalam proses tumbesaran. Dengan mengetahui gaya
belajar murid-murid, guru dapat mengenal pasti strategi apa yang harus digunakan bagi
membantu setiap murid berjaya di dalam pembelajarannya.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Buku ini memberi kemahiran kepada para guru dalam mengaplikasi motivasi di dalam pengajaran
dan pembelajaran. Contohnya, guru boleh memberi hadiah kepada murid yang berkelakuan baik
di dalam kelas. Hal ini dapat meningkatkan motivasi murid tersebut untuk terus menunjukkan
sikap yang baik untuk kelas-kelas yang berikutnya. Selain itu, jika terdapat murid yang menjawab
soalan dengan salah, sebagai guru, kita hendaklah memberitahu ‘Cubaan yang baik’ atau ‘Cuba
lagi’ dan jangan terus menghukum agar mereka terus yakin mencuba melibatkan diri di dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


...................................................... ......................................
(YUS FAIZ AMNI BIN ZULKIPLI) (MAZNAH BINTI ZAINI)
GURU BESAR
SK PUCHONG JAYA 2
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK PUCHONG JAYA 2 Kod Sekolah: BBA 8274

1. Nama Guru YUS FAIZ AMNI BIN ZULKIPLI

Judul Teknologi Komunikasi & Informasi 3. Bidang:


Pembelajaran Pengetahuan Profesional
2.
Prof. Dr. H. Hamzah B. Uno. M. Pd
Pengarang
Hj. Nina Lamatenggo, S. E. , M. Pd
4. Tarikh Pembentangan -tiada- 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan -tiada-


7. Sinopsis
Secara umumnya, Informasi di sini lebih mengarah pada informasi pendidikan atau pembelajaran.
Sehingga, teknologi komunikasi dan informasi pembelajaran merupakan salah satu bidang ilmu
terapan dari komunikasi dipadukan dengan pendidikan. Buku yang ditulis oleh Prof. Dr. H. Hamzah
B. Uno. M. Pd dan Nina Lamatenggo, S. E, M. Pd ini berisi tentang pandangan keduanya terhadap
perkembangan teknologi dimasa mendatang. Di dalam buku ini juga digambarkan secara terperinci
mengenai teknologi komunikasi dengan menggunakan teori ilmiah yang mampu difahami oleh
pembacanya. Selain itu, di dalam buku ini juga dituliskan sejarah mengenai perkembangan
teknologi dimasa lalu, teknologi pendidikan sebagai konstruksi teori, penggunaan teknologi
informasi dan komunikasi dalam pendidikan, perkembangan industri teknologi komunikasi
pembelajaran, dan juga hasil penelitian yang berkaitan dengan teknologi komunikasi dan informasi
pembelajaran.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Buku ini memberi pengetahuan mengenai masalah-masalah penelitian yang berkisarkan teknologi
komunikasi dan informasi pembelajaran. Di buku ini juga terdapat hasil penelitian yang relevan
mengenai teknologi informasi dan komunikasi pembelajaran. Dengan maklumat yang berguna
berkaitan teknologi, para guru akan mendapat manfaat dalam meningkatkan pengajaran dengan
menggunakan teknologi.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Buku ini mengajar para guru dalam menggunakan teknologi untuk pengajaran di dalam bilik darjah.
Selaras dengan Pendidikan Abad Ke-21, teknologi memainkan peranan penting bagi
mempelbagaikan cara pengajaran disamping menjadikan pengajaran lebih menarik dan interaktif.
Sebagai contoh, penggunaan video dalam pengajaran dapat membantu murid untuk lebih
memahami topik yang dipelajari terutama berkaitan bencana alam.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


...................................................... ......................................
(YUS FAIZ AMNI BIN ZULKIPLI) (MAZNAH BINTI ZAINI)
GURU BESAR
SK PUCHONG JAYA 2
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK PUCHONG JAYA 2 Kod Sekolah: BBA 8274

1. Nama Guru YUS FAIZ AMNI BIN ZULKIPLI

Judul Bimbingan & Kaunseling Kanak- 3. Bidang:


Kanak Pengetahuan Profesional
2.
Pengarang Mok Soon Sang

4. Tarikh Pembentangan -tiada- 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan -tiada-


7. Sinopsis
Buku ini mengandungi 12 bab, dimulai dengan Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia dan diikuti
dengan teori-teori kaunseling. Pembaca akan mengetahui bagaimana untuk menjalankan
Kaunseling Individu dan Kelompok serta Penyediaan Inventori dan Rekod. Masalah disiplin berlaku
kerana berlaku konflik dan tekanan dalam diri pelajar. Pengurusan konflik secara berkesan
dijangka dapat mengubah tingkah laku pelajar ke arah yang lebih baik berdasarkan norma-norma
yang diterima masyarakat. Bimbingan secara berkesan dapat melahirkan pemimpin yang
berkesan.Ia juga boleh mewujudkan komunikasi berkesan ke arah Budaya Cemerlang di sekolah.
Pengurusan stress secara berkesan pula dapat mewujudkan iklim pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan kerana pelajar dan guru dapat melaksanakan tanggung jawab masing-masing
tanpa tekanan dan melaksanakan kerja dengan berwibawa.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru meningkatkan ilmu dalam bidang psikologi
pendidikan. Buku ini menerangkan faktor mempengaruhi disiplin pelajar seperti cara asuhan dan
didikan di rumah, sikap negatif ibu bapa terhadap pembelajaran, persekitaran tempat tinggal juga
banyak membentuk perilaku pelajar, sikap guru yang tiada ketulenan sewaktu mengajar dan
ketiadaan motivasi dalaman dalam diri pelajar berkenaan.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Buku ini memberi kemahiran kepada para guru mengurus masalah pengajaran dan pembelajaran
para pelajar dan juga masalah peribadi serta peluang melanjutkan pelajaran. Buku ini banyak
menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai dapat mengubah tabiat pelajar
kepada sikap yang lebih positif. Tugas guru sering berhadapan dengan pelajar yang banyak
menimbulkan karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali
menimbulkan provokasi kepada guru. Hal ini akan dapat diatasi dengan cara yang betul melalui
kaedah-kaedah yang diperkenal di dalam buku ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


.................................................... ......................................
(YUS FAIZ AMNI BIN ZULKIPLI) (MAZNAH BINTI ZAINI)
GURU BESAR
SK PUCHONG JAYA 2
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK PUCHONG JAYA 2 Kod Sekolah: BBA 8274

1. Nama Guru YUS FAIZ AMNI BIN ZULKIPLI

Judul 3. Bidang:
Teach Cricket
Pengetahuan Profesional
2.
Pengarang International Cricket Council

4. Tarikh Pembentangan -tiada- 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan -tiada-


7. Sinopsis
Buku ini adalah sebuah buku yang memberi panduan praktikal untuk guru, jurulatih dan ibu bapa
berkaitan sukan kriket. Bermula dengan pengenalan secara ringkas berkenaan kriket, sesi
pemanas badan dan peralatan serta peraturan yang perlu dipatuhi di dalam permainan. Regangan
juga diajar di dalam buku ini di mana ianya merupakan elemen yang sangat penting sebelum
bermulanya sesuatu perlawanan. Penerangan dan pendekatan yang digunakan di dalam buku ini
amatlah mydah difahami dan juga sangat berkesan untuk diikuti memandangkan buku ini
dikeluarkan oleh pihak kaunsil kriket sendiri. Bagi yang sudah mahir dengan perkara asas berkaitan
kriket, buku ini juga mendedahkan tentang drilling yang boleh dilakukan bagi meningkatkan lagi
keupayaan seseorang pemain.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru tentang kriket dan perkara asas yang penting
untuk sukan ini. Sebagai seorang guru, kokurikulum juga penting untuk diajar kepada murid dan
melalui sukan kriket, guru boleh memperkenalkan sukan ini di sekolah. Pendekatan yang mudah
di dalam buku ini mampu membantu guru mengajar kriket dengan lebih berkesan seterusnya
membantu melonjakkan sukan ini di sekolah.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Buku ini memberi kemahiran kepada para guru untuk menvariasikan teknik-teknik di dalam sukan
kriket. Hal ini dapat meningkatkan keupayaan sesorang pemain dan pada masa yang sama
menjadikan pasukan sekolah lebih kuat dan cergas. Contohnya, teknik lontaran yang pelbagai
dapat membantu pasukan untuk mengutip mata seterusnya membantu pasukan untuk beraksi
dengan lebih cemerlang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................................... ......................................
(YUS FAIZ AMNI BIN ZULKIPLI) (MAZNAH BINTI ZAINI)
GURU BESAR
SK PUCHONG JAYA 2

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK PUCHONG JAYA 2 Kod Sekolah: BBA 8274

1. Nama Guru YUS FAIZ AMNI BIN ZULKIPLI


3. Bidang:
Judul Budaya Kerja Cemerlang
Pengetahuan Profesional
2.
Pengarang Noraini Ahmad

4. Tarikh Pembentangan -tiada- 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan -tiada-


7. Sinopsis
Buku ini mengandungi 5 bab. Bab 1 menerangkan tentang konsep dan keadaan kerja. Bab 2 pula
menerangkan tentang pembentukan peribadi positif di tempat kerja. Bab ini menyentuh tentang
rahsia ’A-B-C’ dalam kerja iaitu A untuk adab, B untuk bantu dan C untuk Ceria. Tidak kira sama
ada kita adalah pengurus, pentadbir mahupun pekerja sokongan, kita perlu ”beradab” sesama
sendiri. Kadangkala kita tidak perlu terlalu berhati-hati dalam mempamerkan sikap sopan santun
mahupun hormat-menghormati kerana ia lebih berkesan apabila dilaksanakan secara spontan.
Ketika melaksanakan tugasan harian, kita boleh mempraktikkan cara seperti berikut:
a.Nyatakan hasrat dan permintaan dengan memulakan ungkapan, ”Tolong”.
b.Maklum balaskan setiap jawapan walaupun berbentuk negatif dengan ucapan, ”Terima kasih”.
c.Terima sebarang kegagalan atau kecuaian secara ikhlas dengan menyatakan, ”Saya minta maaf”

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru tentang
a. ikhlas
b. prihatin
c. bertimbang rasa
d. bekerjasama
e. mementingkan masa
f. boleh dipercayai
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Buku ini mengemukakan pelbagai pendekatan untuk menjadi pekerja yang bermotivasi dalam apa
sahaja bidang yang diceburi. Ini boleh diaplikasikan dalam suasana sekolah dan dalam bidang
pendidikan serta boleh membawa faedah kepada guru, murid serta sekolah sebagai sebuah
organisasi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


.................................................... ......................................
(YUS FAIZ AMNI BIN ZULKIPLI) (MAZNAH BINTI ZAINI)
GURU BESAR
SK PUCHONG JAYA 2
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK PUCHONG JAYA 2 Kod Sekolah: BBA 8274

1. Nama Guru YUS FAIZ AMNI BIN ZULKIPLI

Judul Mengurus Pembangunan 3. Bidang:


Profesional di Sekolah Pengetahuan Profesional
2.
Pengarang Sonia Blandford

4. Tarikh Pembentangan -tiada- 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan -tiada-


7. Sinopsis
Buku ini memberi panduan tentang cara mengurus kerjaya guru di sekolah, siapa yang perlu
terlibat serta faktor dan prinsip yang dapat membantu mencapai matlmat tersebut. Antara isu yand
dibicarakan adalah hubungan pembangunan profesional dengan peengurusan sumber manusia,
perancangan pembangunan sekolah, latihan wal pengurusan, kemahiran memimpin dan kualiti
pentadbiran guru. Buku in perlu dibaca oleh semua penyelaras pembanguan profesional di
sekolah, pentadbir pendidikan serta mereka yand menjadi sebahagian daripada pasukan kanan
sekolah.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
a. ikhlas
b. prihatin
c. bertimbang rasa
d. bekerja sama
e. mementingkan masa
f. boleh dipercayai
g. bertanggungjawab
h. berdisiplin diri
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Buku ini menekankan mengurus program membangunkan kerjaya di sekolah-sekolah di mana
guru-guru dapat membangunkan diri dan kerjaya mereka. Dengan itu, guru-guru dapat memberi
sumbangan bagi membangunkan pusat pendidikan yang mengutamakan kualiti dan proses
belajar. Buku ini mrnyentuh pelbagai isu yang memberi kesan kepada semua peringkat kerjaya
mengajar.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


.................................................... ......................................
(YUS FAIZ AMNI BIN ZULKIPLI) (MAZNAH BINTI ZAINI)
GURU BESAR
SK PUCHONG JAYA 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK PUCHONG JAYA 2 Kod Sekolah: BBA 8274

1. Nama Guru YUS FAIZ AMNI BIN ZULKIPLI

Judul 3. Bidang:
Mengurus Kewangan Sekolah
Pengetahuan Profesional
2.
Pengarang Shahril Marzuki

4. Tarikh Pembentangan -tiada- 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan -tiada-


7. Sinopsis
Buku ini membincangkan secara terperinci setiap aspek berkaitan ddengan pengurusan
kewangan sekolah. Setiap perkara yang dibincangkan berdasarkan kajian yang dijalankan ke
atas beberapa sekolah. Rumusan dan cadangan diberikan bagi menyelesaikan masalah
kewangan yang ditimbul. Buku ini membincangkan struktur dan sistem pengurusan kewangan
sekolah, dan bagaimana sekolah memdapat peruntukaan. Ia menganalisis organisasi ddan
pengurusan kewangan sekolah, serta tugas pengetua dalam mengurus kewangan sekolah,
peranan AJK kewangan sekolah dan pematuhan pekeliling kewangan dan arahan
perbendahraan yang perly dipatuhi.Bab terakhir buku membincangkan isu-isu pengurusan
kewangan sekolah pada masa kini dan cara mengatasi masalah pengurusan kewangan sekolah.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


a. ikhlas
b. prihatin
c. bertimbang rasa
d. bekerjasama
e. mementingkan masa
f. boleh dipercayai
g. bertanggungjawab
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Buku ini sesuai digunakan sebagai bahan rujukan kepada pegawai-pegawai pendidikan, pengetua
dan guru besar sekolah yang ingin mempelajari dan mendapat pengetahuan lanjut berkenaan
pengurusan dan pentadbiran kewangan sekolah menengah atau sekolah rendah di Malaysia.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


.................................................... ......................................
(YUS FAIZ AMNI BIN ZULKIPLI) (MAZNAH BINTI ZAINI)
GURU BESAR
SK PUCHONG JAYA 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK PUCHONG JAYA 2 Kod Sekolah: BBA 8274

1. Nama Guru YUS FAIZ AMNI BIN ZULKIPLI

Judul Pedagogi untuk Pengajaran dan 3. Bidang:


Pembelajaran Pengetahuan Profesional
2. Shahabuddin Hashim
Pengarang Rohizani Yaakub
Mohd. Zohir Ahmad
4. Tarikh Pembentangan -tiada- 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan -tiada-


7. Sinopsis
Buku ini mengandungi bahan rujukan yang lengkap dalam bidang model dan proses pengajaran,
stragtegi pengajaran dan pembelajaran, kaedah dan teknik mengajar, perancangan pelajaran,
penilaian pendidikan serta pengurusan bilih darjah. Pedagogi merupakan suatu bidang ilmu
pendidikan yang terpenting untuk dikaji dan dipelajari oleh guru-guru supaya dapat menguasai
kemahiran-kemahiran dan teknik-teknik yang berlandaskan teori pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah. Penguasan kemahiran mengajar ini merupakan syarat yang mutlak untuk
membantu guru menjalankan tugasnya dengan berkesan serta kecekapan secara profesional.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


a. ikhlas
b. prihatin
c. bertimbang rasa
d. bekerjasama
e. mementingkan masa
f. boleh dipercayai
g. bertanggungjawab
h. berdisiplin diri
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Kebanyakan kandungan buku ini sesuai digunakan sebagai bahan rujukan. Dengan bahan-bahan
komprehensif yang terkandung dalam buku ini, para pendidik dapat menggunakannya sebagai
buku rujukan utama untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran pengurusan bidangnya
dengan mencapai tahap kecemerlangan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


................................................... ......................................
(YUS FAIZ AMNI BIN ZULKIPLI) (MAZNAH BINTI ZAINI)
GURU BESAR
SK PUCHONG JAYA 2
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK PUCHONG JAYA 2 Kod Sekolah: BBA 8274

1. Nama Guru YUS FAIZ AMNI BIN ZULKIPLI

Judul Mengurus Konflik Gaya 3. Bidang:


Streetsmart Pengetahuan Profesional
2. Zamri Mohamad
Pengarang Mohd Yahya
Fadzli Jusoh
4. Tarikh Pembentangan -tiada- 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan -tiada-


7. Sinopsis
Buku ini ditulis bagi santapan jiwa pembaca berkaitan konflik yang berlaku setiap hari dalam
dunia serba moden dan canggih ini. Jika tiada konflik dengan rakan sekerja, orang atan ataupun
orang di persekitaran, kita sebenarnya masih berkonflik dengan diri kita sendiri. Walaupun buku
inii mengkhususkan pada konflik di tempat kerja, tetapi cara mengurus konflik kini sesuai dan
dapat digunakan dalam kehidupan seharian bagi masyarakat di persekitaran kita. Tambahan lagi,
buku ini mendedahkan bagaimana kita dapat mengatasi sesuatu konflik tanpa mengutamakan
emosi terlebih dahulu sebaliknya mengutamakan akal pemikiran.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
a. ikhlas
b. prihatin
c. bertimbang rasa
d. bekerja sama
e. mementingkan masa
f. boleh dipercayai
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Melalui buku ini, kita dapat mengenal pasti proses dan langkah-langkah yang perlu diambil dalam
menangani konflik dan yang paling penting dalam mengatasi segala jenis konflik adalah sifat sabar.
Apabila kita bersabar, kita dapat berfikir dengan lebih rasional dalam membuat sesuatu keputusan.
Selain itu, tindakan yang akan kita ambil juga tidak terburu-buru dan lebih terancang untuk
dilaksanakan. Sebagai seorang guru, sifat sabar sangat penting dalam mendidik murid-murid untuk
menjadi insan yang bukan sahaja celik akal fikiran malah celik hati dan juga sikap. Ini selaras
dengan seruan KPM untuk melahirkan individu yang holistik berdasarkan 5 elemen: Jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


................................................... ......................................
(YUS FAIZ AMNI BIN ZULKIPLI) (MAZNAH BINTI ZAINI)
GURU BESAR
SK PUCHONG JAYA 2

Anda mungkin juga menyukai