Anda di halaman 1dari 4

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK Baru Bintulu Kod Sekolah: YEA9102

1. Nama Guru Huong Pick Kong

2. Judul Hubungan Sesama Manusia 3. Bidang: Bahasa

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini memberi panduan kepada kita bagaimana menjalin hubungan dengan manusia lain. Sama ada
kita ketua besar atau ketua kecil, amalkan tutup mulut iaitu jika perkara yang akan menjejaskan imej
orang lain, adalah disarankan untuk tidak dihebohkan. Jangan ambil remeh perkara-perkara kecil. Jika
staff sakit, apabila dia hadir semula, tanya tentang kesihatannya dan keadaan keluarganya kerana
perkara yang kecil ini tentu memberi erti yang mendalam.
Seorang pemimpin amat disayangi orang yang dipimpin jika dia mengingati semua nama orang
yang dipimpinnya.
Spesifikasi kerja mesti jelas supaya setiap orang tahu tugas masing-masing.Jika pekerja melakukan
kesalahan, mula-mula carilah sesuatu yang boleh dipuji, orang akan lebih bersedia menerima kritikan
daripada seseorang yang menghargai kebaikan mereka, jika tidak mereka terus melenting.
Tempoh hidup sangat singkat, jadikan hidup ini suatu suasana yang indah dengan saling
menghormati antara satu sama lain.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru/pentadbir dalam melaksanakan tugas dan komunikasi
dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat berguna kerana setiap guru dan perlu berhubung dengan
manusia setiap masa selagi kita hidup di alam fana ini.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Buku ini memberi kemahiran kepada para guru / pentadbir sekolah menjadi pemimpin yang berkesan
sama ada di dalam kelas atau dalam organisasi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( HUONG PICK KONG ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK Baru Bintulu Kod Sekolah: YEA9102

1. Nama Guru Huong Pick Kong

2. Judul The Size of Your Dreams 3. Bidang: Bahasa

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis
This book advises people to never make a decision without taking a practical step to move forward. Life
is short so humans should keep moving forward and be brave to make a change. The most important
step to creating a change is getting started.

One important job of a teacher is to instil in students a glimpse of the greatness they have
within them and to provide tools to help them succeed in life: emotionally, physically, spiritually and
financially.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


This book imparts knowledge about helping students to succeed in their lives, regardless of their
backgrounds. Everyone is born to be talented so value everyone and try to bring out the best in their
lives.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


This book provides teachers an insight about effective teaching.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( HUONG PICK KONG ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK BARU BINTULU Kod Sekolah: YEA9102

1. Nama Guru HUONG PICK KONG


Manual Pembudayaan Kemahiran
2. Judul Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di 3. Bidang: Bahasa
Sekolah
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini adalah tentang KBAT, yang boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
Terdapat 7 elemen dalam melaksanakan KBAT, iaitu kurikulum, pedagogi, pentaksiran,
kokurikulum, sokongan komuniti & swasta, bina upaya dan sumber. Selepas pengajaran dan
pembelajaran, guru-guru perlu melaksanakan refleksi PdP, merekod PBD berdasarkan hasil kerja
murid, mengenal pasti tindakan susulan untuk penambahbaikan PdP serta merancang dan
melaksanakan intervensi kepada murid yang memerlukan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru tentang pembudayaan KBAT dalam pedagogi
dan pentaksiran. Berfikir aras tinggi perlu menjadi amalan dalam kalangan murid terutamanya
semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini meningkatkan kefahaman guru tentang pembudayaan KBAT dalam pedagogi dan
pentaksiran, hal ehwal murid (HEM) dan kokurikulum.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( HUONG PICK KONG ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK BARU BINTULU Kod Sekolah: YEA9102

1. Nama Guru HUONG PICK KONG

2. Judul Elemen KBAT dalam Pedagogi 3. Bidang: Bahasa

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini adalah tentang pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) KBAT yang berkesan.
Menurut buku ini, pendekatan pengajaran dan pembelajaran KBAT yang berkesan perlu
berpusatkan murid dengan melibatkan mereka secara aktif dalam PdP melalui tugasan dan
soalan yang mencabar pemikiran. Justeru, guru perlu mewujudkan suasana bilik darjah yang
kondusif bagi merangsang murid berfikir.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini menambahkan pengetahuan guru terhadap konstruktivisme, iaitu satu fahaman bahawa
murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada. Guru perlu mengemukakan soalan aras tinggi supaya murid dapat berfikir
dan menggunakan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina
pengetahuan baru. Selain itu, buku ini juga meningkatkan kefahaman terhadap pembelajaran
berasakan kontekstual, iaitu kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan
pengalaman harian individu, masyarakat dan pekerjaan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Terdapat contoh soalan untuk setiap tahap pemikiran dalam buku ini (6 tahap pemikiran –
mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilia dan mencipta). Contoh-contoh
soalan membolehkan guru-guru lebih memahami tentang soalan-soalan jenis KBAT untuk pelajar
yang boleh ditanya dalam kelas.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( HUONG PICK KONG ) ( )

Anda mungkin juga menyukai