Anda di halaman 1dari 6

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL, JOHOR


Kod Sekolah: JEA 3051

1. Nama Guru NATASHA BINTI SHA’BAN

3. Bidang:
2. Judul Kemahiran Interpersonal Untuk Guru Pengetahuan / Pengurusan
Profesionalisme Guru
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini mengupas konsep teknik komunikasi interpersonal untuk kegunaan guru-guru di dalam
bilik darjah. Fungsi komunikasi adalah untuk menjalin hubungan, rangsangan, keyakinan diri, dan
perkongsian maklumat. Iklim komunikasi yang baik adalah apabila kedua-dua belah pihak berasa
dirinya dihormati, saling percaya-mempercayai dan harga-menghargai. Etika komunikasi adalah
bersikap jujur, tidak menuduh, tidak cenderung kepada kepentingan peribadi serta bersikap
positif. Kemahiran bertanya juga penting iaitu secara tertutup dan terbuka. Isi pertanyaan perlu
tidak menggunakan pertanyaan yang memalukan serta bertanya pada waktu yang tepat. Maklum
balas bagi guru boleh diberikan secara posiif dan negatif agar mmepunyai kesan ke atas motivasi
murid. Pengaruh penampilan, kuasa dan tingkah laku juga memainkan peranan dalam
komunikasi yang berkesan. Komunikasi bukan lisan juga penting bagi memberikan penekanan,
menambah maklumat, menafikan, mengawal aliran percakapan dan mengulang maksud
perkataan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Memastikan keberkesanan komunikasi antara guru dengan murid agar maklumat dapat
disampaikan dengan tepat. Guru perlu menjaga percakapan serta bahasa tubuh agar dapat
menjalinkan hubungan yang baik dengan murid. Hal ini dapat mewujudkan suasana yang
kondusif di dalam kelas yang mana ia dapat membantu dari segi kawalan kelas.

2. Maklum balas guru dapat memberikan kesan positif atau negatif pada motivasi diri murid sama
ada dalam bentuk perbuatan atau kata-kata. Oleh itu, guru perlu menggunakan teknik
menyampaikan pujian, mengkritik dan berkongsi empati dengan baik agar tidak menyinggung
perasaan murid justeru memberikan semangat kepada murid untuk terus cemerlang.

3. Guru perlu menjadi pendengar yang efektif supaya murid berasa selamat dan selesa untuk
berkongsi apa-apa bersama guru. Hal ini dapat menjalin hubungan baik dan kepercayaan antara
guru dan murid. Guru dapat menerima maklumat, memahami isi hati murid serta memberi
respons kepada persoalan murid.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Guru dapat melatih diri untuk mempunyai ciri-ciri guru yang efektif dari segi kualiti peribadi,
kompetensi pengajaran dan pembelajaran, penghayatan budaya penyayang agar menjadi
seorang guru yang disenangi oleh murid-murid. Hal ini akan mewujudkan hubungan yang baik
antara murid dan guru justeru proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar
tanpa adanya masalah tingkah laku murid.

2. Guru dapat mengaplikasikan pengetahuan teknik komunikasi yang berkesan agar tiada
halangan dalam menyampaikan ilmu atau maklumat. Cara penggunaan komunikasi lisan dan
bukan lisan yang betul dapat membantu guru menyampaikan maklumat dengan berkesan justeru
murid dapat memahami arahan, soalan dan nasihat guru kepada mereka.

3. Guru dapat menggunakan teknik penyoalan yang betul untuk mengetahui fakta, perasaan,
memperjelaskan maksud, mengembangkan perbincangan serta menguji murid sewaktu sesi
pembelajaran dan pemudahcaraan. Hal ini dapat merangsang murid untuk memberikan respons
bersesuaian dengan objektif yang ditetapkan oleh guru. Ia membantu murid mengembangkan
idea berkaitan topik yang dipelajari yang mana dapat membantu murid mencapai objektif
pembelajaran dengan berkesan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NATASHA BINTI SHA’BAN ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL, JOHOR


Kod Sekolah: JEA 3051

1. Nama Guru NATASHA BINTI SHA’BAN

3. Bidang:
2. Judul Mengurus Tingkah Laku Pelajar

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini menyediakan cara yang berhemah, efektif dan tiada unsur paksaan dalam mengawal
tingkah laku pelajar. Mengurus tingkah laku disiplin bermaksud latihan pemikiran dan kelakuan
supaya dapat mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib yang ditetapkan bagi melatih
seseorang supaya berkelakuan baik, kepatuhan kepada peraturan dan hukuman kerana
melanggar peraturan yang ditetapkan. Mengurus tingkah laku dari aspek kemanusiaan boleh
dilakukan oleh guru dengan menjadi suri teladan, menyelitkan unsur humor, melalui pemikiran
kritis dan menyeimbangkan penggunaan peraturan sedia ada. Teknik pemerhatian boleh
dilaksanakan bagi memantau tingkah laku murid seperti teknik frekuensi, kadar, pensampelan
masa dan rekod anekdot. Keperluan kesantunan bahasa guru juga dapat membentuk tingkah
laku pelajar yang baik. Hal ini dapat mewujudkan hubungan yang harmonis antara guru dan
murid. Antara sifat dan kualiti guru profesional yang perlu ada pada seorang guru ialah ingin tahu,
daya usaha, harga diri, mempengaruhi dan pengetahuan ikhtisas. Kesimpulannya, guru adalah
pemimpin yang berperanan sebagai agen perubahan, pembentuk sahsiah dan peribadi pelajar
serta agen penyokong dan penghubung kepada budaya hidup positif.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Terdapat 4 perkara asas dalam pengurusan tingkah laku iaitu :

(a) Peneguhan
Peneguhan merupakan satu bentuk objek, stimuli atau perbuatan. Ia diberikan kepada tingkah
laku tertentu dengan tujuan untuk meningkatkan kekuatan dan kekerapan tingkah laku tersebut. 

(b) Hukuman
Hukuman merupakan satu bentuk tingkah laku yang diberikan selepas melakukan sesuatu
tingkah laku yang salah. Hukuman boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama
adalah satu tingkah laku tertentu terjadi. Bahagian kedua pula menyatakan tentang satu
konsikuen semerta mengikuti tingkah laku tersebut dan bahagian ketiga adalah sebahagian hasil
daripada tingkah laku yang kemungkinan tidak berlaku lagi di masa akan datang.

(c) Prompts
Prompts adalah ransangan yang digunakan untuk meningkatkan penglibatan individu dalam
melaksanakan tingkah laku yang betul. Ia diberikan sebelum atau semasa tingkah laku itu
dilakukan. Terdapat dua jenis prompts iaitu respon dan stimulus.

(d) Kiu
Kiu adalah amalan yang membolehkan murid untuk membezakan objek atau konsep yang
relevan dengan objek atau konsep yang lain.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Guru dapat menggunakan cara yang berkesan dalam mengawal tingkah laku pelajar. Sebagai
contoh, guru boleh menunjukkan teladan yang baik dan sentiasa mengingatkan pelajar tentang
peraturan sekolah. Hal ini supaya ia menjadi ikutan oleh pelajar. Selain itu, guru juga boleh
menerapkan topik disiplin di dalam PdPc subjek Pendidikan Moral, Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris. Maka, secara tidak langsung pelajar akan mengingati dan memahami tingkah laku yang
patut ditunjukkan sebagai seorang pelajar.

2. Guru boleh melaksanakan tindakan yang sesuai mengikut kesalahan yang dilakukan oleh
pelajar. Hal ini bagi mengelakkan semua tindakan berakhir dengan hukuman seperti rotan dan
pukulan. Contohnya, guru boleh membuat pemerhatian serta rekod anekdot dan memberi amaran
pada kali pertama pelajar melakukan kesalahan. Maka, ia dapat menjadi justifikasi kepada
tindakan guru sewaktu menghukum murid jika masih tiada perubahan tingkah laku. Hal ini dapat
mengelakkan guru daripada dipersalahkan oleh ibu bapa kerana terdapat bukti kelakuan anak
mereka.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NATASHA BINTI SHA’BAN ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL, JOHOR


Kod Sekolah: JEA 3051

1. Nama Guru NATASHA BINTI SHA’BAN

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi 3. Bidang:


2. Judul
Aplikasi di Sekolah
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Bagi menghadapi persaingan global yang semakin sengit dalam persekitaran ekonomi yang
dipacu oleh inovasi, KPM telah memberi penekanan terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) dalam sistem persekolahan. Pelaksanaan KBAT dalam sistem persekolahan
menggunakan pendekatan yang menyeluruh dan sistemik yang merangkumi tujuh elemen yang
terdiri daripada tiga elemen utama iaitu kurikulum, pedagogi dan pentaksiran serta empat elemen
sokongan iaitu kokurikulum, sokongan komuniti dan swasta, sumber dan bina upaya. KBAT
diterapkan dalam sistem persekolahan supaya murid tidak hanya menghafal tetapi juga faham
dan tahu apa yang mereka pelajari dan menggunakan akal fikiran pada tahap yang tinggi dengan
menguasai kemahiran menilai, mengaplikasi, menganalisis dan mencipta. Empat kebolehan
dalam abad ke-21 iaitu pembelajaran sepanjang hayat, penyelesaian masalah, pengurusan diri
dan kerja sepasukan. Manakala Partnership for 21st Century Skills menyatakan hasil murid dan
sistem sokongan merangkumi kemahiran hidup dan kerjaya, kemahiran belajar dan inovasi
(pemikiran kritis, komunikasi, kolaborasi dan kreativiti) serta kemahiran informasi, media dan
teknologi. Persekitaran pembelajaran yang menyokong KBAT serta teknik penyoalan juga
ditekankan dalam kandungan buku ini.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. KBAT
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

2. Persekitaran Pembelajaran Yang Menyokong KBAT


- Ciri-ciri murid KBAT
 Sentiasa menyoal
 Boleh memberi cadangan penyelesaian berdasarkan pengetahuan sedia ada
- Ciri-ciri guru yang menggalakkan KBAT
 Berperanan sebagai pemudah cara
 Melibatkan murid secara aktif semasa PdPc
 Menggalakkan murid memberi pandangan dan membuat keputusan
- Bilik darjah KBAT
 Susun atur bilik darjah yang berpusatkan murid
 Aktiviti yang memerlukan murid membuat inkuiri, penyelidikan, pembelajaran berasaskan
projek dan pembelajaran kolaboratif
 Bahan sokongan bagi merangsang aktiviti berfikir

3. Teknik Penyoalan
- bermatlamat
- dinyatakan dnegan jelas
- ringkas
- memprovokasi pemikiran
- menyoal siasat
- skop terhad
- disesuaikan dengan tahap murid

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Guru dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid dengan mengimplimentasikan KBAT dalam
PdPc melalui kaedah pengajaran, teknik penyoalan, serta kandungan pelajaran. Hal ini dapat
menggalakkan murid berfikir dan menjana idea mereka sendiri berbanding hanya menghafal
kandungan pelajaran sahaja. Sebagai contoh, dalam subjek Sains, guru boleh menyuruh murid
merangka eksperimen/penyiasatan sendiri dengan bimbingan guru berdasarkan konsep yang
telah diajar berbanding guru memberikan langsung prosedur penyiasatan kepada murid. Maka,
murid akan lebih memahami kandungan di samping menjadikan pembelajaran itu lebih bermakna.

2. Guru boleh mengaplikasikan pembelajaran abad ke-21 dalam PdPc iaitu Komunikasi, Kreativiti,
Kolaborasi dan Pemikiran Kritis. Selain itu, guru juga boleh menerapkan kemahiran berfikir,
kemahiran hidup dan kerjaya serta nilai di dalam PdPc. Sebagai contoh, murid perlu berfikir
berdasarkan kepada nilai yang ada pada murid itu sendiri bagi menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan yang sewajarnya. Murid yang mengamalkan nilai secara mampan mampu
mempamerkan perwatakan yang mulia, berkeperibadian yang tinggi dan melaksanakan
tanggungjawab serta memberi sumbangan yang bermakna kepada keluarga, masyarakat dan
negara. Maka, murid dapat mengembangkan potensi dari segi akademik dan sahsiah.

3. Guru boleh mewujudkan suasana bilik darjah yang ceria dengan paparan hasil murid di dalam
bilik darjah dan aktif dalam pembelajaran. Susun atur bilik darjah berpusatkan murid di mana
murid duduk dalam kumpulan yang membolehkan murid mudah berinteraksi dan berkolaborasi.
Guru juga boleh menggunakan bahan sokongan yang dapat meningkatkan pemikiran murid.
Contohnya, penggunaan kad lampu trafik, exit ticket dan peta i-Think dapat menggalakkan
penerapan PdPc abad ke-21 di dalam kelas.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NATASHA BINTI SHA’BAN ) ( )

Anda mungkin juga menyukai