Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK PANDAN INDAH Kod Sekolah:

1. Nama Guru
THAMINESH BARATH A/L SUKUMARAN
2. Judul 3. Bidang: Profesionalisme Guru
Murid Dan Alam Belajar
4. Tarikh Pembentangan 21 Jun 2018 5. Masa: 2.30 Petang

6. Tempat Pembentangan
Bilik Mesyuarat
7. Sinopsis

Buku ini membincangkan konsep dan teori alam belajar dalam kehidupan kanak-kanak. Bermain
merupakan eleman penting dalam proses pembesaran kanak-kanak. Sehubungan itu, bukuini
mendedahkan tentang komsep main dan menerangkan cara main berperanan dalam
mengembangkan konsep dan teori pengajaran dan pembelajaran, pendekatan dan strategik
pengajaran, perbezaan individu serta cara perbezaan individu mempengaruhi gaya berfikir dajn
gaya belajar seseorang kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kecerdasan. Turut dibincangkan
ilah, perkara-perkara yang berkaitan dengan motivasi bagi memastikan guru mengetahui perkara-
perkara berhubung motivasi dan mampu memotivasikan muridnya. Selain itu, buku ini juga
memeparkan pelan tindakan bilik darjah yang kondusif setelah mengambil kira kesemua aspek
berhubung alam belajar kanak-kanak.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Seseorang guru dan bakal guru perlu mengathui prinsip-prinsip pembelajarab, teori-teori
pembalajaran, serta model, pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran. Selain itu, buku
ini juga dapat membantu guru mengetahui perbezaan individi dan pembelajaran yang meliputi
kecerdasan, gaya berfikir, gaya pembelajaran dan jua implikasi perbezaan individu terhadap
pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu menggunakan pelbagai pendekatan seperti
pendekatan behaviorosme, pendekatan humanistik, pendekatan kognitif, dan pendekatan
sosiobudaya dalam mendalami diri murid serta membantu peningkatan diri murid. Guru juga perlu
membentuk persekiatan pembelajaran yang kondusif dalam membina motivasi diri murid-murid.
Sesunggunya, guru perlu memastikan murid bukan sahaja melalui proses belajar yang berkesan
malah memastikan murid mempunyai ciri insaniah yang sempurna serta dapat menyempurnakan
kehidupannya dan kehidupan pihak lain. Guru juga perlu pintar mentaksir dan menilai
pengetahuan dan kemahiran murid. Selain itu, guru juga perlu sedar bahawa kemahiran sosial
dan emosi murid perlu dipupuk bagi melahirkan insan yang seimbang.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Segala nilai dan pengajaran yang diperoleh dari buku ini sememangnya akan dapat diaplikasikan
atau dicurahkan dalam proses menjadi guru yang kompeten dan berwibawa. Misalnya, guru boleh
mengaplikasikan model, pendekatan, strategik, kedah dan teknik pengajaran yang sesuai bagi
mereka laksanakan di bilik darjag masing-masing seperti yang diterangkan dalam buku ini. Model-
model pengajaran seperti model pengajaran behaviorisme, pembelajaran masteri, model
pemprosesan maklumat dan pengajaran ekspositori boleh diaplikasikan dalam proses pdp. Selain
itu, pendekatan seperti pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan ekleltidan juga
pendekatan temati boleh digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah. Misalnya, strategi pemusatan guru yang diterangkan dalam buku ini juga boleh
diaplikasikan oleh guru dalam pdp mereka. Antaranya seperti aspek komunikasi sehala, guru
mengarah dan mengawal pembelajaran, kepimpinan bercorak autokratik guru berperanan utama
dalam proses pdp dan sebagainya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai