Anda di halaman 1dari 3

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK Dato’ Ahmad Arshad Kod Sekolah: JEE7035

1. Nama Guru Tengku Maslina binti Tengku Mohd

2. Judul Teknologi Pendidikan 3. Bidang: Ilmiah

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:-

6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis
Buku ini menceritakan tentang perkembangan dunia pendidikan dan pembelajaran dewasa ini
semakin pesat seiring dengan perkembangan budaya manusia dalam menghasilkan cipta, rasa,
daya dan penerapan unsur-unsur ilmu, budaya dan lain-lain. Hasil dari perkembangan tersebut,
akan lahir model produk-produk terbaharu sebagaimana dalam dunia pendidikan dan
pembelajaran atau lebih dikenali dengan istilah inovasi pendidikan. Semua inovasi yang berlaku
dalam dunia pendidikan asasnya adalah kemampuan seseorang dalam menerapkan tahap
berfikir sebagai teknologi dalam dunia pendidikan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


 Guru adalah satu-satunya sumber belajar bagi para pelajar dan dibantu oleh sumber yang
lain iaitu media pembelajaran.
 Dalam pola ini, guru masih tetap memegang peranan mengawal kegiatan pengajaran di
kelas namun tidak mutlak lagi kerana sudah disokong oleh sumber belajar yang lain.
 Corak pengajaran tidak berdasarkan interaksi guru dengan pelajar sahaja tetapi juga ada
interaksi dengan media. Guru dan media pada hakikatnya adalah kumpulan yang terdiri
daripada ahli bidang pendidikan, ahli perancang bahan dan sistem pengajaran
 Peranan guru akan berubah tidak lagi sebagai penyampai pelajaran, tidak membuat
bahan pelajaran dan tidak lagi menentukan nilai kemajuan belajar para pelajar. Kewajipan
utamanya ialah memberikan arahan, teladan dan membangkitkan motivasi belajar kepada
para pelajarnya.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


 Boleh digunakan sesuai dengan keinginan pelajar di samping menurut cara seperti yang
dirancang.
 Pembelajaran dipusatkan dan diorganisasikan menurut pengetahuan kognitif dan
pengetahuan terbentuk ketika digunakan.
 Mengembangkan pembelajaran sehingga dapat bekerja dengan lebih baik pada masa
yang seterusnya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK Dato’ Ahmad Arshad Kod Sekolah: JEE7035

1. Nama Guru Tengku Maslina binti Tengku Mohd

Rasulullah Pendidik Terulung – 40


2. Judul 3. Bidang: Ilmiah
Teknik Rasulullah Mengajar

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:-

6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis
Buku ini mengenengahkan cara Rasulullah mengaplikasikan pendidikan kepada keluarga dan
sahabat-sahabat baginda. Dalam tempoh yang singkat, tanpa prasarana pendidikan yang
kondusif, Rasulullah s.a.w berjaya membangunkan suatu rupabentuk kelompok baru masyarakat
yang berpegang teguh dengan ajaran Islam sekaligus dapat merangkumi kehidupan, jalan
pemikiran, asas pertimbangan, sikap dan kelakuan malah budaya hidup keseluruhannyaberubah
kepada kebaikan, keadilan dan kasih saying.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Buku ini menerangkan tentang strategi-strategi dalam penyampaian PdP sekaligus memberi
cadangan kepada guru-guru dalam memperbaiki teknik PdP mengikut kesesuaian. Selain itu,
buku ini juga memberi kefahaman berkaitan cara-cara penyampaian yang lebih sistematik dan
tersusun. Beberapa huraian yang disampaikan memberi gambaran jelas berkaitan teknik
pendidikan cara Rasulullah dan kesesuaiannya untuk diaplikasikan dalam PdP sekaarang.
Menelusuri buku ini mengingatkan kita bahawa Rasulullah s.a.w merupakan contoh teladan yang
baik dalam menyampaikan sesuatu. Oleh itu kita seharusnya sentiasa menimba ilmu supaya
kaedah, pendekatan dan taktikal masa zaman Rasulullah s.a.w sentiasa relevan dan kemas kini

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Hasil dari pemahaman dan penelitian saya, perkara utama yang perlu dimasukkan ke dalam PdP
adalah teknik atau cara penyampaian yang berkesan dan sistematik. Buku ini banyak
menyalurkan idea kepada saya kaedah dan penggunaan idea dalam perealisasikan PdP yang
terbaik meengikut situasi pelajar dan suasana pembelajaran yang berkesan.

]
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK Dato’ Ahmad Arshad Kod Sekolah: JEE7035

1. Nama Guru Tengku Maslina binti Tengku Mohd

Kompilasi Panduan Pelaksanaan


2. Judul 3. Bidang: Ilmiah
Pdpc PAK21

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:-

6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar agar
Malaysia mampu bersaing bersama negara-negara maju di seluruh dunia. Semua elemen dalam
pembelajaran abad ke-21 ini terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Keberkesanan Pendidikan Abad Ke-21 ini bukan sekadar tertumpu pada prasarana dan
susun atur bilik darjah tetapi penentu utama kejayaan adalah aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berpusatkan murid bukan berpusatkan guru. Guru perlu menjadi pemudahcara
kepada murid dalam sesuatu aktiviti di dalam kelas. Warga pendidikan perlu mempersiapkan diri
dengan Kemahiran Terkini dalam Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 kerana mereka adalah
jentera pelaksana untuk segala dasar-dasar yang dirancang oleh Kerajaan.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
 Murid boleh bekomunikasi dengan berkesan, tidak kekok dan mampu membiasakan diri
bercakap dengan individu yang lain.
 Murid boleh membuat keputusan dalam merancang gerak perbincangan atau aktiviti,
bertukar-tukar idea dengan rakan-rakan untuk mencapai kata putus sebulat suara.
 Murid mahir mencari jalan penyelesaian serta membuat keputusan serta bersedia untuk
merungkai langkah-langkah ke arah hasil atau keputusan yang dibuat.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
 Aktiviti berpusatkan pelajar di mana guru hanya sebagai pembimbing, meletakkan minat
pelajar sebagai keutamaan.
 Penglibatan yang lebih aktif sama ada melalui perbincangan bersama rakan, ataupun
penggunaan komputer.
 Pembelajaran dirancang dengan lebih teliti dan tersusun, peraturan kelas, prosedur dan
notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan pelajar sentiasa berada dalam landasan
yang betul.
 Guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan
sesuatu bentuk ujian sahaja.
 Pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam
pembelajaran.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai