Anda di halaman 1dari 28

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK KELIBANG Kod Sekolah: KBE 6005

Mohd Faisal Bin Mamat


1. Nama Guru
Guru Sebagai Pendorong Dalam
2. Judul 3. Tarikh :
Darjah
Abdullah Hassan, Ainon Mohd, 
4. Penulis Buku 5. Bahasa : Melayu

6. Bil Muka Surat


310
7. Sinopsis

Buku ini adalah bacaan wajib bagi guru-guru yang mengajar murid-murid yang malas belajar.

Setiap guru mengetahui mereka perlu mendorong murid-murid mereka supaya rajin belajar dan
menjadi individu-individu yang baik peribadinya apabila dewasa nanti. Mereka juga sudah
berusaha bagi menjalankan tugas itu dengan niat yang baik dan penuh semangat. Tetapi apabila
sekolah perlu mengadakan program motivasi oleh pakar luar, menandakan guru-guru di sekolah
itu tidak menjalankan tugas mendorong murid-murid mereka dengan cara yang berkesan.

Pakar-pakar motivasi dari luar datang sekali bagi menyampaikan sesinya, kemudian mereka tidak
datang lagi, oleh yang demikian mereka tidak mungkin dapat mendorong murid dengan berkesan
disebabkan proses mendorong murid tidak dapat dilakukan sekali, sebaliknya ia adalah proses
yang perlu dilakukan sepanjang masa bagi setiap murid.

Program motivasi bukan hanya tidak berkesan malah ia adalah mahal, terutamanya bagi ibu bapa
yang kurang berada, khususnya ibu bapa di kawasan luar bandar. Program-program motivasi
bagi murid-murid sekolah adalah fenomena baru di negara ini di mana ia bermula sejak lewat
tahun 70-an dan menjadi popular pada tahun 90-an. Selepas itu, seperti cendawan tumbuh pada
musim hujan, negara menyaksikan begitu ramai individu-individu yang digelar pakar-pakar
motivasi dan syarikat-syarikat swasta yang mengendalikan program-program motivasi.

Perkataan motivasi disukai oleh guru-guru dan ibu bapa tetapi ia sering kali ditakuti oleh murid-
murid sekolah. Mereka mengalami perasaan takut apabila guru memberitahu pihak sekolah
mengadakan program motivasi bagi murid-murid. Mereka juga takut apabila ibu bapa mereka
memberitahu mereka dihantar mengikuti kem motivasi.

Murid-murid sekolah mengaitkan sesi motivasi dengan pelbagai pengalaman negatif dan
menyakitkan jiwa. Mereka mengaitkannya dengan pengalaman dikritik, di marah, dinasi-hati,
dipaksa dan seumpamanya oleh motivator-motivator yang mengendalikan program itu.

Tanggapan negatif murid-murid sekolah pada perkataan motivasi itu bukanlah tanpa asasnya.
Tidak dapat dinafikan majoriti sesi motivasi yang dijalankan bagi murid-murid sekolah
menggunakan teknik-teknik yang salah sehingga menimbulkan kesan psikologi yang negatif
kepada murid-murid itu.

Majoriti mereka yang digelar pakar motivasi itu tidak mempunyai latar belakang ilmu pengetahuan
yang berkaitan dengan sains motivasi bagi melayakkan mereka menggunakan gelaran itu, oleh
sebab yang demikian mereka tidak berupaya menggunakan sebarang teori motivasi dalam aktiviti
mereka. Inilah punca utama mengapa aktiviti memotivasikan murid-murid sekolah dipenuhi
dengan isi kandungan yang menimbulkan kesan-kesan negatif pada jiwa murid-murid yang
mengikutinya.

Masyarakat sendiri tidak mengetahui sains motivasi adalah sains yang sudah lama diterokai oleh
pakar-pakar psikologi, iaitu semenjak tahun 40-an lagi. Daripada sudut yang lain, pakar-pakar
psikologi negara ini, yang berada di universiti-universiti tempatan, tidak muncul ke depan dan
menerangkan kepada masyarakat apa yang dikatakan teori-teori dan teknik-teknik motivasi.
Akhirnya kekosongan ini diisi oleh individu-individu yang pandai bercakap tetapi tidak mempunyai
pengetahuan dalam bidang sains motivasi itu sendiri.

Buku ini ditulis bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pakar-pakar psikologi tempatan
supaya kandungan ini dapat dijadikan panduan kepada tiga kumpulan utama:

1. Guru-guru sekolah supaya mereka menjadi lebih berkesan dalam menjalankan tugas
mendorong dan mengajar.
2. Individu-individu yang bergiat dalam sektor motivasi supaya program mereka menjadi lebih
berkesan.
3. Ibu bapa supaya mereka lebih memahami faktor-faktor yang diperlukan oleh anak-anak
menjadi manusia yang berjaya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


1.      Menerangkan bagaimana murid dapat membina konsep diri yang positif.
2.      Melatih murid menggunakan gaya bahasa yang positif.
3.      Faktor persekitaran bukan penghalang murid untuk Berjaya.
4.      Melatih murid bersikap optimis.
5.      Melatih murid tangguhkan kepuasan iaitu jangan bersikap puas pada kejayaan.
6.      Melatih murid berani melakukan kesilapan. IQ tinggi bukan penentu kejayaan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


1.      Membangkit semangat murid yang malas supaya rajin belajar.
2.      Memberi dorongan kepada murid yang malas untuk belajar.
3.      Menerangkan teori-teori dan strategi motivasi yang mudah untuk diamalkan didalam bilik
darjah.
4.      Menerangkan prinsip-prinsip meningkatkan daya kreativiti dan melatih bagaimana murid
dapat mengingat dengan mudah.
5.      Memahami ilmu padagogi dan gunakan strategi motivasi mendorong murid.
6.      Meransang murid membina konsep diri yang positif.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

Mohd Faisal Bin Mamat


1. Nama Guru

2. Judul Mengajar Secara Efekif 3. Tarikh :


Bryan Coombs
4. Penulis Buku 5. Bahasa: Melayu
100
6. Bil Muka Surat
7. Sinopsis
Buku ini membincang tentang aspek kemahiran asas pengajaran dan panduan tentang
keperluan pengajaran di bilik darjah. Guru perlu berusaha merangsangkan motivasi pada awal
proses pengajaran dan mengekalkan motivasi pelajar untuk belajar sepanjang proses
pengajarannya
Perancangan yang teratur ialah satu faktor yang menentukan keberkesan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu memahami matlamat kursus setiap pengajaran yang
dirancangnya. Ini dapat membantu pelajar menghadapi peperiksaan atau membawa pelajar
melalui program penilaian berterusan yang melayakkan pelajar menerima sijil kelulusan.
Persekitaran bilik darjah adalah suasana yang penting bagi mewujudkan kerja berkualiti.
Oleh itu, guru perlu berusaha untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang boleh
memberangsangkan pembelajaran. Guru boleh mengubah keadaan fizikal atau menambah
baikan suasana bilik darjah supaya ia menjadi proses pengajaran dan pembelajarn lebih efektif.
Segala bahan yang digunakan dalam proses pengajaran perlu disediakan dan
dikumpulkan secukupnya sebelum sesi pengajaran dimulakan. Guru perlu menyediakan bahan
selain daripada bahan dalam buku teks. Bahan-bahan tambahan itu digunakan supaya dapat
merangsang pembelajaran, mengekalkan minat, menambahkan kepelbagaian dalam pelajaran
dan menggambarkan hubug kait antara subjek.
Sumber pengajaran yang disediakan dapat digunakan secara optimum apabila kelas
diajarsebagai satu unit. Walaupun begitu, guru selalunya berhadapan dengan kelas pelbagai
peringkat kebolehan. Guru boleh pisahkan kelas kepada beberapa kelompok berdasarkan
peringkat kebolehan mereka. Walaupun semasa mengajar keals dibahagikan kepada beberapa
kelompok. Guru hendaklah berusaha sekali-sekala menyatukan kelas sebagai satu unit. Guru
boleh mulakan dengan idea umum yang diketahui semua kelompok, seterusnya diikuti dengan
aktiviti tambahan mengikut pelbagai peringkat kebolehan kelompok.
Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan apabila pelajar merasakan dirinya terlibat
dalam hal yang berlaku di dalam bilik darjah. Semua pelajar akan berasa gembira apabila diberi
peluang menyumbangkan kepada aktivit bilik darjah dan dianggap sebagai salah seorang
daripada ahli pasukan. Sesi soal dan jawab di dalam kelas perlu dikendalikan dengan sistematik
dan teratur agar semua pelajar terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Bagi memastikan pengajaran telah berlaku dan pelajar telah belajar sesuatu ilmu yang
disampaikan. Maka guru perlu memberi kerja rumah atau latihan untuk menguji kefahaman
pelajar tentang ilmu yang disampaikannya. Kerja rumah atau latihan yang diberi adalah sama
dengan aktiviti dalam kelas. Perbezaannya ialah semasa di rumah, pelajar membuat kerja rumah
atau latihan itu sendiri. Oleh itu, guru perlu berhati-hati memilih jenis dan tahap kerja rumah
supaya mereka berupaya menyempurnakannya.

Pada masa kini, prestasi pengajaran masih lagi diukur berdasarkan keputusan peperiksaan
pelajar yang dicapai. Maka, guru perlu sentiasa membuat persediaan untuk membantu pelajar
mendapat kejayaan dalam peperiksaan. Guru perlu mendapat maklumat peperiksaan, skema
jawapan dan kertas peperiksaan yang lepas bagi menydiakan para pelajar untuk menduduki
peperiksaan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Sebenarnya tiada satu cara yang ‘betul’ dalam kaedah pengajaran. Mungkin ini suatu
rahmat. Tugas mengajar adalah usaha yang membosankan apabila hanya satu kaedah yang
boleh diikuti.Mengajar adalah cabaran. Para guru sentiasa mencari dan berjuang bagi menjadikan
pembelajaran lebih berkesan. Para guru perlu sentiasa berusaha untuk memperbaik diri

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Perancangan yang teratur ini dapat menambahkan keyakinan guru untuk menyampaikan proses
pengajarannya kepada pelajar. Pelajar juga dapat melakukan pembelajaran dengan sistematik
dan berkesan. Ini seterusnya akan memberi kepuasan mengajar kepada guru.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK KELIBANG Kod Sekolah: KBE 6005

Mohd Faisal Bin Mamat


1. Nama Guru

2. Judul Maaf Cakap 3. Tarikh :

4. Penulis Buku Norden Mohamed 5. Bahasa: Melayu

6. Bil Muka Surat


376
7. Menegur kesilapan orang itu mesti kena dengan caranya. Jika tersilap gaya, orang yang ditegur
itu bukan sahaja akan menolak saranan kita, malah kita mungkin akan kehilangan seorang
saudara.‘Maaf Cakap’ merupakan kritikan penulis terhadap kesilapan cara berfikir. Setiap kali
merenung kesilapan dan mencatatnya, nota-nota itu dikongsi kerana kesilapan-kesilapan itu
jugalah adalah kesilapan yang sama dilakukan oleh orang ramai. 
Isu-isunya termasuklah bisnes, motivasi, politik, sosial dan sumber manusia. Disampaikan secara
berlapik namun ada juga yang intinya menusuk ke dalam jiwa.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


- Memperbaiki teknik menegur kesilapan manusia
- Sabar
- Memahami situasi di tempat kerja
- Mengawal emosi ketika menegur
- Menggunakan Bahasa yang mudah difahami
- Mengawal tingkah laku ketika amarah
- Tidak ego/ buang ego

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


1. Menepati situasi seorang guru untuk menegur kesilapan anak-anak didiknya.
2. Menggunakan Bahasa yang sesuai dengan keadaan dan situasi semasa.
3. Mengawal emosi ketika guru marah supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
4. Menjadikan suasana bilik darjah/ makmal/ bengkel sentiasa kondusif dan ceria untuk
anak-anak mendapatkan/ mempelajari ilmu.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: SK KELIBANG Kod Sekolah: KBE 6005

Mohd Faisal Bin Mamat


1. Nama Guru
Pengurusan Keselamatan Kebakaran
2. Judul Di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan 3. Tarikh :
Swasta
Bahagian Pencegah dan Keselamatan
4. Penulis Buku 5. Bahasa: Melayu
Kebakaran
36
6. Bil Muka Surat
7. Sinopsis
Buku ini memberi pendedahan yang sangat berguna kepada pentadbir, pegawai, kakitangan dan
anggota mana-mana organisasi, termasuk di sekolah. Isi kandungannya lebih mudah difahami
justeru persembahan yang lebih berbentuk senaraian, carta dan ilustrasi.
Pengetahuan asas dan berciri saintifik tentang api ditunjukkan menerusi segi tiga sains
kebakaran, iaitu bahan api, haba dan oksigen. Pepatah “mencegah lebih baik daripada
mengubati” akan hanya berkesan jika disokong oleh pengetahuan tentang punca penyalaan,
tindak balas kimia dan reaksi berantai yang berlaku. Alat pemadam api yang disediakan pula
hendaklah bersesuaian dengan risiko kebakaran seperti persekitaran, kemalangan, atau
perbuatan khianat. Pengetahuan tentang cara api marak dan merebak boleh membantu
pengawalan kebakaran, dan langkah bagi mengelakkan kecederaan atau kehilangan nyawa
penghuni bangunan. Segala tatacara pengungsian bangunan (sehelai sepinggang) hendaklah
dipatuhi supaya tiada sesiapa yang terperangkap. Asap tebal boleh membunuh dalam beberapa
saat, manakala api boleh marak dalam beberapa minit sahaja.
Buku ini juga menunjukkan kaedah pemadaman dengan memutuskan segi tiga kebakaran, iaitu
dengan cara melaparkan, melemaskan dan menyejukkan bahan api. Bahagian akhir buku
menampilkan audit kebakaran, pengurusan keselamatan bangunan, dan peruntukan undang-
undang yang berkenaan.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
1. Asertif / tegas diri (menjaga hak diri sendiri, dan menjaga hak orang lain)
2. Autentik (ilmu pengetahuan menjadi asas kepada proses membuat keputusan)
3. Akauntabiti (bertanggungjawab terhadap elemen keselamatan)
4. Kepatuhan (mendahulukan kepentingan organisasi daripada kepentingan peribadi

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


1. Membangkitkan kesedaran tentang keselamatan sepanjang masa
2. Membimbing murid menangani risiko kebakaran ketika berada dalam bangunan
3. Memberi jalan kepada murid untuk memperoleh pengetahuan yang sah dalam sains
kebakaran

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK KELIBANG Kod Sekolah: KBE 6005


Mohd Faisal Bin Mamat
1. Nama Guru

2. Judul Bersyukur Saat Diuji 3. Tarikh :

4. Penulis Buku Syamsuddin Noor 5. Bahasa: Melayu


209
6. Bil Muka Surat
7. Sinopsis

Mengandungi kisah-kisah insan yang diuji dengan pelbagai jenis ujian dalam kehidupan. Buku ini
juga menceritakan kisah suka duka manusia dalam kehidupan. Manusia sentiasa diuji dan
seharusnya manusia mesti redha dan menerima ketentuan Allah. Setiap yang berlaku pasti ada
hikmahnya. Segalanya bergantung kepada tahap kesabaran manusia itu sendiri.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Sentiasa redha dan bersyukur dengan setiap ujian Allah

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Menerapkan rasa syukur dan redha dalam setiap ujian dalam hidup. Miskin juga satu ujian.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK KELIBANG Kod Sekolah: KBE 6005


Mohd Faisal Bin Mamat
1. Nama Guru

2. Judul Dahsyatnya Doa Ibu 3. Tarikh :

4. Penulis Buku Syamsuddin Noor 5. Bahasa: Melayu


209
6. Bil Muka Surat
7. Sinopsis

Mengandungi kisah-kisah insan yang diuji dengan pelbagai jenis ujian dalam kehidupan. Buku ini
juga menceritakan kisah suka duka manusia dalam kehidupan. Manusia sentiasa diuji dan
seharusnya manusia mesti redha dan menerima ketentuan Allah. Setiap yang berlaku pasti ada
hikmahnya. Segalanya bergantung kepada tahap kesabaran manusia itu sendiri.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Sentiasa redha dan bersyukur dengan setiap ujian Allah

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Menerapkan rasa syukur dan redha dalam setiap ujian dalam hidup. Miskin juga satu ujian.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK KELIBANG Kod Sekolah: KBE 6005


Mohd Faisal Bin Mamat
1. Nama Guru
Kisah Ringkas Kehidupan Rasuullah
2. Judul 3. Tarikh :
S.A.W.
4. Penulis Buku Nawawi Dusuki 5. Bahasa: Melayu
271
6. Bil Muka Surat
7. Sinopsis

Bertepatan dengan zaman yang berada dalam keadaan tandus mengenai modul keperibadian
dan kepimpinan di dalam lapangan kehidupan manusia, maka amat sesuailah kita menganggap
kisah-kisah penting pada riwayat Rasulullah s.a.w.

Apa dan bagaimana seorang muslim menjalani hidupnya boleh diteroka dan dihayati sirah Rasul
s.a.w dalam tulisan yang ringan, mudah dan jelas untuk dihayati bersama.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Memahami dengan lebih jelas kehidupan Rasulullah s.a.w yang sepatutnya menjadi panduan dan
pedoman semua umat islam.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Menerapkan nilai – nilai murni yang terdapat dalam kehidupan Rasulullah s.a.w dalam pdp.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK KELIBANG Kod Sekolah: KBE 6005


Mohd Faisal Bin Mamat
1. Nama Guru
Teaching And Learning In Diverse
2. Judul 3. Tarikh :
Contexts: Issues And Approaches
Ambigapathy Pandian, Shaik Abdul
4. Penulis Buku Malik Mohamed Ismail, Toh Chwee 5. Bahasa: Inggeris
Hiang
285
6. Bil Muka Surat
7. Sinopsis

TEACHING AND LEARNING IN DIVERSE CONTEXTS: ISSUES AND APPROACHES, has


covers the wealth of diversity and multimodality in the approaches to methodology and pedagogy
for the 21st century calssroom and beyond in the face of the multifaceted challenges posed by a
rapidly advancing and intimately networked world. The bookaddresses the full gamut of critical
issues in literacy studies today, including questions of cultural and linguistics diversity, the
implications for literacy learning of the rise of new information and communications technologies,
workplace and community literacies, and literacy-acrodd-the curriculum.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Very useful for the class teaching and learning activities.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Suitable to practice the 21st century classroom

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK KELIBANG Kod Sekolah: KBE 6005


Mohd Faisal Bin Mamat
1. Nama Guru

2. Judul Children Learning English 3. Tarikh :

4. Penulis Buku Jayne Moon 5. Bahasa: Inggeris


181
6. Bil Muka Surat
7. Sinopsis

TEACHING AND LEARNING IN DIVERSE CONTEXTS: ISSUES AND APPROACHES, has


covers the wealth of diversity and multimodality in the approaches to methodology and pedagogy
for the 21st century calssroom and beyond in the face of the multifaceted challenges posed by a
rapidly advancing and intimately networked world. The bookaddresses the full gamut of critical
issues in literacy studies today, including questions of cultural and linguistics diversity, the
implications for literacy learning of the rise of new information and communications technologies,
workplace and community literacies, and literacy-acrodd-the curriculum.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Very useful for the class teaching and learning activities.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Suitable to practice the 21st century classroom

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK KELIBANG Kod Sekolah: KBE 6005


Mohd Faisal Bin Mamat
1. Nama Guru
Petua Mendidik Anak Menjadi Insan
2. Judul Positif 3. Tarikh :

Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah,Hj


4. Penulis Buku 5. Bahasa: Melayu
Muhammad Zakaria dan Husna Hassan
104
6. Bil Muka Surat
7. Sinopsis
Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk mendidik anak-
anaknya menjadi insan positif. Insan positif yang dicadangkan adalah mengikut kerangka Islam
iaitu cemerlang di dunia dan akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa kerana anak-
anak mereka tidak menjadi orang yang diharap-harapkan. Ahli motivasi ada berkata “Mendidik
anak-anak bermula 20 tahun sebelum ibu dan ayahnya berkahwin”. Ini menunjukkan faktor
keturunan amat penting dalam menentukan sifat generasi akan datang.
Justeru, siapa yang harus memulakan kecemerlangan generasi akan datang. Apakah datuk,
nenek, ibu, bapa atau masyarakat?
Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk menjadikan anak-anak
positif. Ianya bermula dengan latihan lahiriah yang merangkumi kognitif, psikomotor, dan
kerohanian yang dinamakan “latih anak kemahiran diri” dan aspek kedua pula merupakan aplikasi
sosiologi yang dinamakan” latih anak kemahiran bermasyarakat”.
Menerusi “latih anak kemahiran diri” ianya harus dimulai dengan penghayatan keagamaan seperti
bersyahadah, solat, membaca al Quran, berzikir, dan amalan-amalan yang lainnya. Anak-anak
perlu ditunjangi dengan aspek kerohanian jika ingin dilihat positif. Di samping itu, anak-anak perlu
dilengkapkan dengan kemahiran ICT, kemahiran seni & budaya, kemahiran fotografi, aktiviti
lasak, kemahiran berfikir, kemahiran dalam pasukan, public speaking, dan mencintai haiwan dan
alam sekitar.
Melalui “latih anak kemahiran bermasyarakat” anak-anak perlu didedahkan dengan aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan seperti bergotong-royong, mengikuti kem dan seminar, membantu masyarakat
dan rakan sebaya, semangat berpasukan dalam permainan, latihan komunikasi, kerja sosial &
sukarela, membantu kerjaya ibu bapa, beraktiviti besama-sama keluarga dan menanamkan minat
komitmen sosial yang baik.
Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al
Quran dan al Hadis yang menjadi dalil untuk mendidik anak-anak menjadi positif. Terdapat juga
doa-doa yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga supaya dapat diperkenankan oleh
Allah SWT agar cita-cita menjadikan anak-anak positif berjaya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi insan positif. Nilai
positif merupakan nilai dalam diri individu yang dimiliki oleh semua manusia sejagat tanpa
mengira agama, bangsa, dan keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat menguasai dirinya
dengan sifat-sifat positif boleh mencapai kecemerlangan luar biasa. Manusia mampu mencapai
cita-cita sekiranya cita-citanya itu mampu dicapai oleh minda. Di samping itu, manusia yang
berpegang teguh pada tali agama akan mampu menempa kecemerlangan. Allah amat bersikap
adil untuk memberikan pembahagian rezeki kepada hamba-hamba yang terikat kepadaNya.

Selain itu, buku ini berupaya menjadi petunjuk dan panduan kepada ibu bapa untuk melahirkan
anak-anak yang cemerlang dan berjiwa positif. Saranan didikan anak-anak adalah berpaksikan
Islam kerana jiwa positif akan memacu kejayaan di dunia dan akhirat. Sebelum anak-anak itu
cemerlang, ibu bapanya haruslah cemerlang dahulu kerana “ bagaimana acuan begitulah
kuihnya”.
“Setiap anak itu dilahirkan mengikut fitrah (suci bersih), maka ibu bapanyalah yang
menjadikannya sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi” maksud Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar
yang juga masih di usia anak-anak. Apatah lagi guru-guru merupakan ibu ba
pa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi
tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai keagamaan dan moral.
Kita boleh meniru pendekatan yang diamalkan oleh Lukman Hakim dalam mendidik anak-
anaknya. Pertamanya anak-anak perlu diajar takut dan mentaati Allah, diikuti Rasul dan
menghormati ibu bapa. Inilah kunci jiwa positif. Pelajar yang tertanam sifat mentaati Allah
pastinya akan mentaai semua perintah Allah dan makhluk-makhluk ciptaanNya.
Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah seperti
menyediakan makanan malam. Ianya proses berterusan yang memakan masa yang agak lama.
Kadang-kadang hasilnya dapat dilihat setelah pelajar ini menamatkan bangku persekolahannya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK KELIBANG Kod Sekolah: KBE 6005

Mohd Faisal Bin Mamat


1. Nama Guru
2. Judul Menangani Sifat Marah 3. Tarikh :
:Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah,
4. Penulis Buku 5. Bahasa: Melayu
Mumtazah Tumian dan Mahfuzah Omar
104
6. Bil Muka Surat
7. Sinopsis
Buku ini membincangkan panduan untuk individu menangani sifat marah yang ada dalam diri.
Sifat marah ini ditamsilkan seperti seekor singa yang berada dalam diri manusia. Seekor singa
yang lepas bebas boleh membahayakan ramai orang. Dia akan menjadi anti sosial, ego, dan
garang. Ianya digelar raja binatang.

     Namun sebaliknya, seekor singa yang telah dijinakkan mampu menjadi penghibur seperti
singa sarkas. Ia juga mampu menjadi hero dalam filem, pergerakannya lemah lembut sehingga
kanak-kanak pun mampu terpikat kepadanya,

     Begitulah sifat marah dalam jiwa manusia, jika tidak terkawal mampu mengundang musibah.
Marah harus dikawal seperti penjaga zoo melatih singa. Makanannya tetap daging mentah tetapi
tidak menyerang sesuka hati seperti singa di hutan ketika mencari makanan.

    Sifat marah yang terkawal akan mengubah manusia menjadi makhluk “super” seperti yang
terjadi kepada Khalifah Umar Al Khatab. Sebelum Islam dia umpama singa setelah Islam juga dia
tetap singa. Malah singanya Umar setelah Islam telah menjadikan Islam itu bertambah kuat serta
menjadi dalil sejarah yang menjadi contoh mukmin sejati sehingga ke hari ini.

   Antara cadangan buku ini untuk mengawal sifat marah ialah mengamalkan sift-sifat terpuji,
mencintai Allah dan Rasul,dan hidup berkeluarga dengan mewujudkan suasana tenteram dan
harmonis.

       Selain  itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al Quran
dan al Hadis yang menjadi panduan untuk mengawal sifat marah. Terdapat juga doa-doa yang
disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga.

8. Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mengawal sifat marah. Marah yang tidak
terkawal akan mengundang natijah negatif terhadap individu dan masyarakat di sekelilingnya.
Marah yang tidak terkawal juga akan mencetuskan pergaduhan, mengundang kemurungan,
menjadikan diri dibenci, mengganggu kesihatan minda, menjejaskan kesihatan.

Di samping itu, pembaca dicadangkan kaedah-kaedah untuk mengawal kemarahan seperti


beristighfar, kurang menimbulkan provokasi, jangan menambahkan kemarahan orang lain yang
sedang marah, benarkan atau iakan hujah orang yang sedang marah, segera mengingati diri
bahawa marah bukan penyelesaian masalah, segera ingat marah bukan tindakan manusia
bertamadun, memperlahankan intonasi suara ketika di khalayak, jangan memandang muka orang
yang sedang marah, lepaskan kemarahan dengan menjerit di tempat sunyi dan segera berwuduk.
“Firman Allah SWT “Sesungguhnya solat itu akan mencegah daripada perbuatan keji dan
mungkar”. (Al Ankabut : 45).
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat manusia yang sering marah kepada sikap yang positif. Tugas guru berhadapan
dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak yang banyak karenah. Pelajar sekolah
seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu,
guru perlulah bijak mengawal emosi supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan
berkhemah dan bijaksana. Guru perlu mengawal kemarahan kerana marah yang tidak terkawal
akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti melempang dan memukul di luar batasan
manusia. Guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping
menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya
dengan nilai-nilai yang baik. Berikanlah contoh yang baik kepada mereka.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK KELIBANG Kod Sekolah: KBE 6005

Mohd Faisal Bin Mamat


1. Nama Guru
2. Judul Berfikir Dalam Bilik Darjah 3. Tarikh :

4. Penulis Buku Ainon Mohd &Abdullah Hassan 5. Bahasa: Melayu


163
6. Bil Muka Surat
7. Sinopsis
Buku ini merupakan hasil penyelidikan, ujian dan pengalaman pengarang sewaktu mengajar
kanak-kanak berfikir. Isunya ialah pelajar sering dikatakan “budak bodoh’, “budak lembam” dan
yang seumpamanya. Dapatan pengarang, terdapat pelajar yang dianggap kurang cerdik sewaktu
dibangku sekolah akhirnya membesar sebagai “taukeh”, tuan punya syarikat ataupun majikan
kepada pelajar yang pintar sewaktu dibangku sekolah. Pengarang juga menjustifikasikan
kepintaran itu kepada kepintaran belajar dan kepintaran berfikir. Ramai individu yang berjaya
pada hari ini merupakan individu yang mahir berfikir.

       Pengarang juga mencadangkan cara-cara mengajar kemahiran berfikir dalam bilik darjah
seperti menghidupkan suasana kelas, mengaplikasi pemikiran konvergen dan divergen, memuji
murid, memberi ganjaran,  guru menjadi pembimbing, mendorong kreativiti, jangan menjadi
diktaktor,  toleransi pada ambiguiti, berpersonaliti menarik, mempelbagai rangsangan dan
mempelbagai teknik menyoal.

     Pengarang juga turut memperkenalkan teknik mengajar kemahiran berfikir menggunakan


kaedah infusi iaitu kaedah yang dianjurkan oleh pihak kementerian. Setiap teknik-teknik yang
dianjurkan disertakan contoh-contohnya sekali supaya para guru dapat memahami dan
menggunakan teknik tersebut sewaktu mengajar.  

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Buku ini perlu dimiliki oleh para guru sebagai bacaan tambahan yang mana kandungannya akan
dapat membantu guru ketika berada dalam bilik darjah. Menerusinya kita akan faham tentang
kepelbagaian kepintaran pelajar. Sebagai contoh terdapat pelajar yang pintar IQ, pintar
matematik, kepintaran akademik, kepintaran praktikal, dan kepintaran EQ. Melalui pengetahuan
ini kita boleh mengesan kepintaran para pelajar di dalam kelas. Oleh itu, potensi diri mereka akan
dapat diketengahkan.
Pengarang juga mencadangkan aktiviti yang perlu dilakukan oleh guru di dalam kelas. Guru
kurang digalakkan mengeluarkan arahan seperti :
    “ Saya mahu..

    “Kamu perlu...
Soalan seperti itu terlalu berbentuk arahan yang mana akhirnya akan menenggelamkan kreativiti
pelajar. Para guru digalakkan menyoal pelajar dengan soalan yang mencabar minda seperti:
 “ Bagaimana sekiranya..

     “Apa yang perlu kita.....

      “ Sekiranya.....
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk guru
gunakan di dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik.
Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang berbagai-bagai ragam dan karenah. Guru juga perlu
tahu tahap dan jenis kepintaran pelajarnya. Ini akan dapat membantu para guru menentukan
kaedah paling sesuai yang akan digunakan sewaktu mengajar. Oleh itu pendekatan kreatif perlu
untuk mengekang permasaalahan ini.

     Kita boleh menghayati cara Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya. Lukman mengajak
anaknya turun ke lapangan dengan menderai seekor keldai. Di akhir kembara mereka, Lukman
menerangkan tentang sifat manusia yang akan sentiasa mencari kesalahan orang lain walau
dalam apa jua situasinya..

    Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah dan perlu
ditangani dengan bersabar dan kreatif.  .

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK KELIBANG Kod Sekolah: KBE 6005

1. Nama Guru Mohd Faisal Bin Mamat


2. Judul Mengurus Disiplin Pelajar 3. Tarikh :

4. Penulis Buku Abdullah Sani Yahaya 5. Bahasa: Melayu


246
6. Bil Muka Surat
7. Sinopsis

Buku ini membincangkan tentang disiplin pelajar dan panduan untuk menanganinya.
Kandungannya merujuk Laporan Kabinet 1979 apabila sebahagian besar syor itu, banyak
tertumpu kepada persoalan disiplin pelajar. Selain itu, masalah disiplin dalam kalangan pelajar
tidak akan berhenti dan selesai begitu sahaja, tetapi berkehendakkan kepada usaha berterusan
bagi menjamin keutuhan individu remaja yang kental dan memacu negara ini ke era yang lebih
gemilang.
Disiplin bukan suatu sekatan, tetapi satu cara teratur dalam melaksanakan satu warisan
budaya bangsa yang dapat dilanjutkan dengan pembaikan di sana sini. Apa yang
membimbangkan ialah pengaruh mendatang yang tidak berjaya dijaring dan dijala oleh generasi
muda hari ini.Gejala ini dikhutiri akan memberikan kesempatan kepada orang luar untuk
menguasai minda anak watan kita.
Buku ini menjelaskan tentang disiplin pelajar, pelbagai masalah disiplin, mengenal sahsiah
individu, kesan-kesan sahsiah pelajar yang tidak formal, kepentingan interaksi pelajar, pelbagai
salah laku pelajar, cara pembangunan generasi mendatang, disiplin dalam bilik darjah, sekolah
kondusif, hubungan antara disiplin dengan sosio emosi, tingkah laku Devian, peranan bimbingan
& kaunseling dan pembimbing rakan sebaya dalam menangani disiplin pelajar.
Oleh itu, harapan dan impian semua pihak  agar generasi pelajar ini dapat membesar
menjadi orang yang baik, mempunyai imej bermoral tinggi, bersikap waja diri dan tidak melihat
institusi sekolah sebagai tempat tahanan dan kongkongan.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini menerangkan faktor mempengaruhi disiplin pelajar seperti cara asuhan dan didikan di
rumah, sikap negatif ibu bapa terhadap pembelajaran, persekitaran tempat tinggal juga banyak
membentuk perilaku pelajar, sikap guru yang tiada ketulenan sewaktu mengajar dan ketiadaan
motivasi. d
Selain itu, permasalahan disiplin yang menjadi isu negara juga dibentangkan seperti ponteng
sekolah, ponteng kelas, datang lewat, pakaian berfesyen dan selekeh, rambut tidak diurus
dengan baik, merokok dan dadah. Permasalah ini berpunca dari diri pelajar itu sendiri, pengaruh
rakan, pengaruh media, kurang kawalan ibu bapa, kurang kawalan pihak sekolah dan
masyarakat.
 Di samping itu, terdapat saranan untuk membaiki masalah ini seperti penerapan nilai dalam
bilik darjah, pemupukan nilai di rumah, pemupukan nilai dalam kalangan rakan, pemupukan  nilai
di sekolah dan membudayai ilmu. Terdapat juga cadangan untuk memantapkan program
Pembimbing Rakan Sebaya. Hanya rakan sebaya yang lebih arif dan dekat dengan rakan
mereka.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat pelajar kepada sikap yang positif. Tugas guru sering berhadapan dengan pelajar
yang banyak menimbulkan karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap
kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, kandungan buku ini amat sesuai supaya
permasalahan pelajar ini ditangani dengan berkhemah serta bijaksana. Guru perlu mengawal
disiplin dengan bijak supaya tidak akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti
melempang dan memukul pelajar. Para pelajar yang baik boleh digunakan untuk membimbing
pelajar yang bermasalah ini dan walau apapun tindakan ingatlah guru-guru merupakan ibu bapa
kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi
tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya supaya dapat mengamalkan nilai-nilai
yang baik.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK KELIBANG Kod Sekolah: KBE 6005


Mohd Faisal Bin Mamat
1. Nama Guru

2. Judul Komunikasi Untuk Pemimpin 3. Tarikh :

4. Penulis Buku Abdullah Hassan & Ainon Mohd 5. Bahasa: Melayu

6. Bil Muka Surat 121


7. Sinopsis
Apabila seseorang itu mempunyai kuasa menyuruh ataupun mengarah seseorang individu yang
lain untuk melakukan sesuatu maka dia sudah terlibat di dalam proses kepimpinan. Keupayaan
menyuruh dan mengarah amat ditentukan oleh kemahiran komunikasi. Teknik-teknik komunikasi
yang berkesan bagi insan bergelar pemimpin amat penting supaya arahan yang diberikan jelas
dan senang difahami oleh orang bawahan.Hal ini menyebabkan pretasi akan meningkat.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Komunikasi yang berkesan amat penting supaya apa yang ingin disampaikan diterima dengan
mudah dan berkesan supaya obejektif akan tercapai.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Guru merupakan pemimpin kepada rakan sejawat dan juga pemimpin kepada pelajar dalam
melahirkan insan yang cemerlang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) (

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK KELIBANG Kod Sekolah: KBE 6005

1. Nama Guru Mohd Faisal Bin Mamat


2. Judul Petua Menangani Stress 3. Tarikh :
Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah
4. Penulis Buku 5. Bahasa: Melayu
Hj Muhammad Zakaria
6. Bil Muka Surat
200
7. Sinopsis

Buku ini banyak memberi panduan kepada saya tentang bagaimana untuk menangani stres
dengan cara yang mudah . Stres boleh berlaku pada sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat
umur. Stres ialahtekanan atau desakan. Sebagai seorang guru, saya memena gbanyak
mengalami tekanan dan stressterutamanya tekanan dari para pelajar. Apabila seseorang itu stres,
dia akan memberi reaksi dari segi mentaldan fizikal.
Terdapat banyak punca-punca yang menyebabkan stres berlaku, antara yang disebut
dalam bukuini ialah faktor semulajadi seseorang itu, di mana mereka selalu ingin kemenangan
dan tidak sukamenghadapi kekalahan. Bersikap terlalu teliti atau perfectionist juga boleh
menyebabkan stres. Sesetengahorang mereka terlalu mendesak dan menekan orang lain. Sebab
paling sering berlaku ialah tidak boleh melihat orang lain senang atau lebih daripada apa yang
dimilikinya. Tidak redha dan tidak cukup dengan apayang dimiliki mengakibatkan seseorang itu
mudah tertekan. Kajian-kajian pakar psikologi mendapati 90%perkara yang dirisaukan tidak
terjadi sama sekali.
Faktor kedua ialah faktor suasana dan tempat. Faktor inisangat member kesan kepada
penampilan, reaksi dan tindakan kita. Apabila persekitaran tempat dan suasanayang dilalui
berada dalam keadaan yang soleh atau baik, maka hidup kita menjadi lebih tenang dan harmoni.
Faktor ketiga ialah faktor ilmu dan pendidikan. Faktor paling utama sekali bagi saya ialah
faktor tanggungjawab dan kerjaya. Adakalanya disebabkan tanggungjawab yang terlalu banyak
dan sedikit sertapekerjaan yang kurang sesuai dengan kemampuan dan kebolehan . Seterusnya,
rangsangan tekanan terhasilapabila pelbagai persoalan dating kepada kita secara serentak dan
menggesa kita agar segera membuatkeputusan. Dalam situasi seperti ini , ketenangan sangat
diperlukan agar kita dapat bertindak secara rasionaldan matang.
Buku ini juga ada menyatakan tentang stres yang dihadapi apabila pengharapan yang
terlalutinggi daripada orang ramai, stres ini sering dihadapi oleh para pelajar. Bagi individu yang
bekerja pula,faktor kerja yang membosankan menjadi salah satu penyebab stres. Selain itu,
jawatan yang statik danterbatas, tidak dapat menguruskan tanggungjawab dan kerjaya dengan
sempurna. Diantara tanda-tanda stressialah mudah marah, bersedih hati, menangis, kecewa,
mengamuk , sukar menyelesaikan masalah, prestasidiri mulai merosot, idea mulai kurang,
masalah cepat lupa, kesakitan bahagian fizikal,sukar tidur, danbanyak lagi. Walaubagaimanapun,
stres boleh membawa kepada kesan positif seperti meningkatkanmotivasi diri, meningkatkan
amalan dan usaha, merangsang individu mempertahan dan melindungi diri danmeningkatkan
potensi diri. Diantara petua untuk menangani stres ialah kenal pasti tahap tekanan dan
mengkoreksi diri dan muhasabah.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Membuka minda dan penjelasan bekenaan cara yang betul untuk menangani stress.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Membantu dalam menghadapi situasi dan kerenah pelajar yang berbeza-beza.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) (

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK KELIBANG Kod Sekolah: KBE 6005

1. Nama Guru Mohd Faisal Bin Mamat


2. Judul Judul Ke mana wang anda? 3. Tarikh :

4. Penulis Buku Hjh Rohani Hj Mohd Shahir 5. Bahasa: Melayu

6. Bil Muka Surat 214


7. Sinopsis

Buku ini berkenaan pengurusan kewangan yang efektif dan praktikal, selain menerangkan cara
pengurusan kewangan yang berlandaskan ciri-ciri Islam sebagai panduan setiap masyarakat. Di
antara topik yang terdapat dalam buku ini ialah menambah pendapatan diri dan keluarga,
mencapai matlamat kewangan dari mula bekerja hingga bersara dan pelbagai topik dan isu yang
menarik

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Memberi pendedahan berguna berkenaan pengurusan kewangan yang sistematik

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


P&P Membantu setiap guru dalam membahagikan atau menggunakan sumber peruntukan yang
disediakan dalam menjalankan aktiviti untuk pelajar atau pun untuk diri sendiri

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) (

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK KELIBANG Kod Sekolah: KBE 6005

Mohd Faisal Bin Mamat


1. Nama Guru
2. Judul The 360 Degree Leader 3. Tarikh :

4. Penulis Buku John Maxwell 5. Bahasa: Melayu

6. Bil Muka Surat


450
7. Sinopsis
Dalam ‘risalah’ terkini tentang kepimpinan oleh mega-guru Maxwell, beliau mengetengahkan isu
tentang kebimbangan oleh syarikat korporat mengenai permasalah yang dihadapi oleh pengurus
pertengahan yang dibebani dengan pelbagai tanggungjawab tetapi kurang kuasa sebenar dalam
mengurus. Ini ditambah lagi dengan konflik tugasan dan dilema pengurusan masa serta ‘gelora’
perasaan apabila hasrat tidak kesampaian. Maxwell memberi kaunseling kepada para pengurus
pertengahan melalui buku ini dengan mengajak mereka menerima keterbatasan. Menurut
Maxwell, pengurus pertengahan harus bekerja tekun dengan subordinatnya dan menyokong visi
ketuanya, mencari kebaikan (kekuatan) dalam ketidakcekapan atau kekurangan pemimpinnya.
Pemimpin pertengahan harus bersedia memimpin apabila perlu. Mereka boleh menggunakan
‘pengaruh’ mereka ke atas kakitangan bawahan yang lain dan menyuburkan potensi diri mereka
dalam kalangan rakan sekerja tanpa bersikap mementingkan diri sendiri. Namun, nasihat Maxwell
ini dikaburi dengan kenyataan ‘apabila kita bertemu dengan masalah, hendaklah kita
membekalkan juga penyelesaiannya’.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Buku ‘360 Degree Leader’ oleh John C. Maxwell membantu para pembaca untuk menjadi
pemimpin yang mampu ‘memimpin dari atas ke bawah’, ‘dari bawah ke atas’ dan secara
‘mendatar. Isu utamanya ialah memperbetulkan kepercayaan kononnnya seseorang itu mesti
berada di kemuncak atau pada tahap teratas organisasi atau berjawatan tinggi untuk menjadi
pemimpin. Menurut Maxwell, kepercayaan ini hanyalah dongeng semata kerana disebabkan
dongeng ini, ramai yang hanya menunggu jawatan untuk tampil menjadi pemimpin

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Setiap guru pada peringkat yang paling rendah sekali pun menjadi pemimpin kepada pelajarnya.
Justeru, mereka perlu memiliki kemahiran memimpin yang betul agar segala arahan, dan
tindakan semasa p&p mencapai matlamatnya. Para guru juga harus sedar bahawa walaupun
mereka tidak memegang jawatan sebagai Ketua Panitia, Guru Kanan, Penolong Kanan atau
Pengetua, mereka harus ada kemahiran menguruskan kerja dalam kalangan rakan sejawat
kerana memimpin berkaitrapat dengan kebolehan dan keupayaan “mempengaruhi” orang lain
untuk melakukan sesuatu atas permintaan atau kehendak kita

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK KELIBANG Kod Sekolah: KBE 6005

Mohd Faisal Bin Mamat


1. Nama Guru
Kesihatan Mental : Cara mengenali
2. Judul 3. Tarikh :
dan menanganinya
4. Penulis Buku Pn Aminah Hj Noor 5. Bahasa: Melayu

6. Bil Muka Surat


208
7. Sinopsis
Buku ini berkaitan dengan kesihatan mental. Pembaca didedahkan kepada jenis-jenis penyakit
mental, cara menanganinya dan bagaimana cara untuk mendapatkan mental yang sihat.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Memberi pengetahuan bagaimana cara mengendalikan stress dan bagaimana cara menjaga
mental dengan baik

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Kawalan emosi dan mental dalam menghadapi karenah murid yang makin mencabar.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK KELIBANG Kod Sekolah: KBE 6005

Mohd Faisal Bin Mamat


1. Nama Guru
2. Judul Sedekah Agar Hidup Lebih Berkat 3. Tarikh :

4. Penulis Buku Abu Ahmad Abdul Fattah 5. Bahasa: Melayu

6. Bil Muka Surat


255
7. Sinopsis
Buku ini dikarang dengan menyatakan ayat suci Al-Quran dan Hadis yang Sahih sebagai
pendorong kepada pembaca untuk terus beramal tanpa rasa ragu. Di samping itu, buku ini
banyak mengupas tentang ganjaran yang akan diterima bagi mereka yang bersedekah dan
teguran bagi mereka yang tidak bersedekah. Dalam pada itu, pembaca juga dapat menghayati
maksud dan pengertian sebuah nilai kehidupan yang lebih baik dalam rumpun manusia yang
pelbagai taraf dan pangkat untuk dikongsikan bersama rezeki yang diperolehi agar lebih diberkati.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Saya mendapati buku ini dengan jelas mencoretkan antologi ayat-ayat Al-Quran tentang zakat,
infaq dan sedekah yang amat penting diketahui bagi mereka yang bekerja samada penjawat
awam atau swasta. Sepertimana yang dinyatakan dalam Surah Ali' Imran ayat ke 134 maknanya
"(iaitu) orang yang menafkahkan (hartanya) samada di waktu lapang mahupun sempit, dan orang
yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang yang
berbuat kebajikan".

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Selaku pendidik dan penjawat awam di sekolah, banyak tugas dan perkara yang dilaksanakan
samada melibatkan rakan setugas dan juga klien iaitu murid dan para ibu bapa mendorong
seseorang guru untuk lebih bersedia mencurahkan tenaga, masa dan harta sekalipun. Melalui
buku ini, banyak mendorong saya selaku guru untuk lebih bermotivasi dalam menghalalkan
segala yang diberi dan lebih sikap terbuka untuk siap sedia memohon maaf mahupun memaafkan
pihak lain. Di samping itu, menyedarkan saya bahawa setiap tugas hendaklah dilaksanakan
dengan kesungguhan dan berkongsi hasil titik peluh bersama insan lain terutama pihak yang
lebih memerlukan dalam masa yang mendesak mahupun lapang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) (

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK KELIBANG Kod Sekolah: KBE 6005

Mohd Faisal Bin Mamat


1. Nama Guru
2. Judul Sedekah Agar Hidup Lebih Berkat 3. Tarikh :

4. Penulis Buku Abu Ahmad Abdul Fattah 5. Bahasa: Melayu

6. Bil Muka Surat


255
7. Sinopsis
Buku ini dikarang dengan menyatakan ayat suci Al-Quran dan Hadis yang Sahih sebagai
pendorong kepada pembaca untuk terus beramal tanpa rasa ragu. Di samping itu, buku ini
banyak mengupas tentang ganjaran yang akan diterima bagi mereka yang bersedekah dan
teguran bagi mereka yang tidak bersedekah. Dalam pada itu, pembaca juga dapat menghayati
maksud dan pengertian sebuah nilai kehidupan yang lebih baik dalam rumpun manusia yang
pelbagai taraf dan pangkat untuk dikongsikan bersama rezeki yang diperolehi agar lebih diberkati.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Saya mendapati buku ini dengan jelas mencoretkan antologi ayat-ayat Al-Quran tentang zakat,
infaq dan sedekah yang amat penting diketahui bagi mereka yang bekerja samada penjawat
awam atau swasta. Sepertimana yang dinyatakan dalam Surah Ali' Imran ayat ke 134 maknanya
"(iaitu) orang yang menafkahkan (hartanya) samada di waktu lapang mahupun sempit, dan orang
yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang yang
berbuat kebajikan".

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Selaku pendidik dan penjawat awam di sekolah, banyak tugas dan perkara yang dilaksanakan
samada melibatkan rakan setugas dan juga klien iaitu murid dan para ibu bapa mendorong
seseorang guru untuk lebih bersedia mencurahkan tenaga, masa dan harta sekalipun. Melalui
buku ini, banyak mendorong saya selaku guru untuk lebih bermotivasi dalam menghalalkan
segala yang diberi dan lebih sikap terbuka untuk siap sedia memohon maaf mahupun memaafkan
pihak lain. Di samping itu, menyedarkan saya bahawa setiap tugas hendaklah dilaksanakan
dengan kesungguhan dan berkongsi hasil titik peluh bersama insan lain terutama pihak yang
lebih memerlukan dalam masa yang mendesak mahupun lapang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai