Anda di halaman 1dari 5

BOOK REVIEW 2022

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK ULU SEGAN, BINTULU Kod Sekolah: YBB9113

1. Nama Guru HILARY SAMAH TET


Makna BAHARU Perubahan 3. Bidang: Pengetahuan
2. Judul
Pendidikan Profesional
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa :
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini dimuatkan dengan informasi-informasi tentang perubahan dalam pendidikan. Terdapat
tiga bahagian dan setiap bahagian dihuraikan dengan jelas, langkah demi langkah. Antara contoh
bahagian yang dimuatkan oleh penulis adalah perubahan pendidikan pada peringkat tempatan
yang bermula dari guru sehinggalah kepada pentadbir daerah. Bagi setiap bahagian, penulis juga
memuatkan gambaran secara keseluruhan perubahan yang yang berlaku. Seterusnya proses
perubahan di peringkat wilayah negara turut disertakan bersama bagi memahami lebih jelas erti
BAHARU perubahan dalam dunia pendidikan negara.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Selepas membaca buku ini saya dapati bahawa terdapat perubahan yang berlaku dalam dunia
pendidikan. Oleh itu, saya perlu berusaha mengubah cara penyampaian pengajaran dan
pembelajaran yang difikirkan sesuai dengan perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan.
Beberapa budaya dan amalan yang dimuatkan dalam buku ini yang perlu perlu saya cuba di
dalam Pengajaran dan Pembelajaran saya.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Terdapat beberapa strategi yang boleh saya aplikasikan di dalam P&P. Antaranya yang paling
menarik bagi saya adalah bagaimana untuk menjadikan proses pembelajaran untuk pelajar
supaya lebih sesuai dengan memahami hakikat perubahan tersebut. Dalam strategi ini saya
dapat memperbaiki cara untuk membantu pelajar supaya menjadi lebih berani dalam bertanyakan
soalan. Selain daripada itu saya juga boleh menggalakkan pembelajaran secara demokratis.
Dalam strategi ini saya dapat menanam nilai bertanggungjawab dalam diri pelajar bagi
menentukan pembelajarannya kendiri murid-murid.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................. .......................................................
(HILARY SAMAH TET) ( )
BOOK REVIEW 2022

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK ULU SEGAN, BINTULU Kod Sekolah: YBB 9113

1. Nama Guru HILARY SAMAH TET


Budaya Kerja Cemerlang 3. Bidang: Amalan dan Nilai
2. Judul
Profesional
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa :
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini mengandungi 5 bab. Bab 1 menerangkan tentang konsep dan keadaan kerja. Bab 2 pula
menerangkan tentang pembentukan peribadi positif di tempat kerja. Bab ini menyentuh tentang
rahsia ’A-B-C’ dalam kerja iaitu A untuk adab, B untuk bantu dan C untuk Ceria. Tidak kira sama
ada kita adalah pengurus, pentadbir mahupun pekerja sokongan, kita perlu ”beradab” sesama
sendiri. Kadangkala kita tidak perlu terlalu berhati-hati dalam mempamerkan sikap sopan santun
mahupun hormat-menghormati kerana ia lebih berkesan apabila dilaksanakan secara spontan.
Ketika melaksanakan tugasan harian, kita boleh mempraktikkan cara seperti berikut:
a. Nyatakan hasrat dan permintaan dengan memulakan ungkapan, ”Tolong”.
b. Maklum balaskan setiap jawapan walaupun berbentuk negatif dengan ucapan, ”Terima
kasih”.
c. Terima sebarang kegagalan atau kecuaian secara ikhlas dengan menyatakan, ”Saya
minta maaf”
Dalam pengurusan, setiap pekerja perlu bantu-membantu antara satu sama lain dan bekerja
dalam satu kumpulan. Setiap pekerja tidak mungkin bersemangat untuk melaksanakan tugasan
sekiranya tiada suasana yang ceria. Justeru, kita perlu belajar untuk membberi senyuman dan
apresiasi kepada orang lain, atas apa yang telah mereka lakukan.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

a. ikhlas
b. prihatin
c. bertimbang rasa
d. bekerja sama
e. mementingkan masa
f. boleh dipercayai
g. bertanggungjawab
h. berdisiplin diri
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini mengemukakan pelbagai pendekatan untuk menjadi pekerja yang bermotivasi dalam apa
sahaja bidang yang diceburi. Ini boleh diaplikasikan dalam suasana sekolah dan dalam bidang
pendidikan serta boleh membawa faedah kepada guru, murid serta sekolah sebagai sebuah
organisasi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................. ........................................................
(HILARY SAMAH TET) ( )
BOOK REVIEW 2022

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK ULU SEGAN, BINTULU Kod Sekolah: YBB 9113

1. Nama Guru HO KIANG CHEON


Mengurus Pembangunan 3. Bidang: Kemahiran
2. Judul
Profesional Di Sekolah Profesional
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa :
Tempat
6.
Pembentangan
7. Sinopsis

Buku in memberi panduan tentang cara mengurus kerjaya guru di sekolah, siapa yang perlu
terlibat serta faktor dan prinsip yang dapat membantu mencapai matlmat tersebut. Antara isu
yand dibicarakan adalah hubungan pembangunan profesional dengan peengurusan sumber
manusia, perancangan pembangunan sekolah, latihan wal pengurusan, kemahiran memimpin
dan kualiti pentadbiran guru. Buku in perlu dibaca oleh semual penyelaras pembanguan
profesional di sekolah, pendadir pendidikan serta mereka yand menjaadi sebahagian daripada
pasukan kanan sekolah.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

a. ikhlas
b. prihatin
c. bertimbang rasa
d. bekerja sama
e. mementingkan masa
f. boleh dipercayai
g. bertanggungjawab
h. berdisiplin diri

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini menekankan mengurus program membangunkan kerjaya di sekolah-sekolah di mana


guru-guru dapat membangunkan diri dan kerjaya mereka. Dengan itu, guru-guru dapat memberi
sumbangan bagi membangunkan pusat pendidikan yang mengutamakan kualiti dan proses
belajar. Buku ini mrnyentuh pelbagai isu yand memberi kesan kepada semua peringkat kerjaya
mengajar.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................. ........................................................
(HO KIANG CHEON) ( )
BOOK REVIEW 2022

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK KAMPUNG JEPAK, BINTULU Kod Sekolah: YBA 9102

1. Nama Guru ZAIDAH BINTI RAZALI


Guru sebagai Mentor 3. Bidang: Amalan dan Nilai
2. Judul Profesionalisme
Perguruan
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa :
Tempat
6.
Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini dapat membimbing guru menjadi mentor kepada pelajar, guru permulaan, guru pelatih
dan rakan guru. Antara perkara menarik yang dibincangkan adalah aplikasi teori psikologi dalam
pementoran, kemahiran mengurus pementoran dan cara mengurus program.
Jelas semua orang perlukan mentor dan semua orang juga perlu menjadi mentee untuk
menjadi orang yang berjaya. Proses belajar dan mengajar adalah kesinambungan kepada hidup
yang bermakna. Mentor tidak semestinya daripada kalangan guru. Namun jika guru berperanan
sebagai mentor yang efektif, sudah tentu ia dapat mewarnakan kehidupan mentor sebagai
pembimbing, pendorong, kaunselor, penasihat dan jurulatih. Garapan idea bagi memupuk nilai-
nilai murni juga dikupas untuk rujukan mentor.
Buku ini dapat menghidupkan kembali budaya mendidik yang bukan hanya sekadar mengajar
menulis, membaca dan mengira (3M), malah ditambah dengan menerapkan nilai akhlak dan
moral. Unsur penerapan nilai merentasi kurikulum di sekolah lebih efektif dengan adanya proses
pementoran. Buku ini membawa pendekatan tradisional dan humanistik bagi menarik perhatian
guru kepada pementoran.. Buku ini juga menyediakan panduan merancang, mengurus
pelaksanaan program mentor mentee.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

 Guru dapat mengembangkan peranan selain mengajar malah mendidik dan menerpakan nilai
murni dan positif ke arah melahirkan insan yang berkualiti.
 Guru dapat meneruskan proses belajar dan mengajar bagi menjamin hidup yang lebih
bermakna.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

 Guru memainkan peranan penting mengajar, mendidik dan seterusnya membimbing dengan
menerapkan nilai dan ilmu yang diperolehi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
terutamanya di dalam kelas. Guru juga boleh mengunapakai teori psikologi yang terdapat
dalam buku untuk diaplikasikan dalam PdP.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................. ........................................................
(ZAIDAH BINTI RAZALI) ( )
BOOK REVIEW 2022

Anda mungkin juga menyukai