Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

NAMA SEKOLAH : SMK AYER HITAM

KOD SEKOLAH : KEE4041

1. Nama Guru Mohamad Ashmuni bin Mansor

2. Judul Budaya Kerja Cemerlang 3. Bidang : Amalan dan Nilai


Profesionalisme
4. Tarikh Pembacaan 20.6.2021 5. Masa :

6. Tempat Pembentangna

7. Sinopsis

Buku ini mengandungi 5 bab. Bab 1 menerangkan tentang konsep dan keadaan kerja. Bab 2 pula
menerangkan tentang pembentukan peribadi positif di tempat kerja. Bab ini menyentuh tentang rahsia
’A-B-C’ dalam kerja iaitu A untuk adab, B untuk bantu dan C untuk Ceria. Tidak kira sama ada kita
adalah pengurus, pentadbir mahupun pekerja sokongan, kita perlu ”beradab” sesama sendiri.
Kadangkala kita tidak perlu terlalu berhati-hati dalam mempamerkan sikap sopan santun mahupun
hormat-menghormati kerana ia lebih berkesan apabila dilaksanakan secara spontan. Ketika
melaksanakan tugasan harian, kita boleh mempraktikkan cara seperti berikut: a. Nyatakan hasrat dan
permintaan dengan memulakan ungkapan, ”Tolong”. b. Maklum balaskan setiap jawapan walaupun
berbentuk negatif dengan ucapan, ”Terima kasih”. c. Terima sebarang kegagalan atau kecuaian secara
ikhlas dengan menyatakan, ”Saya minta maaf” Dalam pengurusan, setiap pekerja perlu bantu-
membantu antara satu sama lain dan bekerja dalam satu kumpulan. Setiap pekerja tidak mungkin
bersemangat untuk melaksanakan tugasan sekiranya tiada suasana yang ceria. Justeru, kita perlu
belajar untuk membberi senyuman dan apresiasi kepada orang lain, atas apa yang telah mereka
lakukan
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

a. ikhlas
b. prihatin
c. bertimbang rasa
d. bekerja sama
e. mementingkan masa
f. boleh dipercayai
g. bertanggungjawab
h. berdisiplin diri
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini mengemukakan pelbagai pendekatan untuk menjadi pekerja yang bermotivasi dalam apa
sahaja bidang yang diceburi. Ini boleh diaplikasikan dalam suasana sekolah dan dalam bidang
pendidikan serta boleh membawa faedah kepada guru, murid serta sekolah sebagai sebuah organisasi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................................... .............................................
(MOHAMAD ASHMUNI BIN MANSOR)

Anda mungkin juga menyukai