Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail Kod Sekolah: NRA3001

1. Nama Guru HAZWAN BIN ZAKARIA

2. Judul The Leader In Me 3. Bidang: Motivasi

4. Tarikh Pembentangan 14 Oktober 2022 5. Masa: 10.00 Pagi

6. Tempat Pembentangan Bilik Pengetua


7. Sinopsis

Dunia ini sudah memasuki era yang mencabar, tetapi kebanyakan anak-anak kita masih
belum bersedia untuk menghadapinya. Ibu bapa sedar yang anak mereka perlu pandai berfikir
sendiri, berdikari, mengambil inisiatif dan bekerjasama.
The Leader In Me yang ditulis oleh Stephen R. Covey ini adalah himpunan kisah di
sekolah, ibu bapa dan orang bisnes yang mempersiapkan generasi baharu ini supaya dapat
menghadapi cabaran yang kompleks.
Berpandukan contoh dan teknik yang berjaya diguna pakai di serata dunia, The Leader In
Me menunjukkan bagaimana cara yang lebih mudah bagi menerapkan kemahiran-kemahiran yang
diperlukan ini ke dalam kehidupan seharian kita.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Menerapkan sifat kepimpinan kepada anak-anak mestilah mempunyai perancangan yang


jelas.
2. Ibu bapa mestilah mengetahui bahawa cabaran yang dihadapi oleh generasi masa kini
adalah berbeza dengan zaman yang dilalui oleh ibu bapa. Oleh itu, anak-anak haruslah
dilengkapkan dengan skil kepimpinan yang relevan dengan zamannya.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Guru haruslah memberi peluang kepada murid menjadi pemimpin.


2. Guru, ibu bapa, sekolah dan masyarakat perlulah mewujudkan budaya kepimpinan dan
menjadi tauladan yang baik kepada murid-murid di sekolah.
3. Sekolah haruslah memperkukuh nilai-nilai yang dipegang oleh sekolah seperti ‘berkhidmat
kepada masyarakat’.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

......................................... .......................................................
( HAZWAN BIN ZAKARIA) ( )

Anda mungkin juga menyukai