Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK TELOK BAHANG Kod Sekolah: PBA3011

1. Nama Guru
MAHADZIR BIN MAHADI
21 Kaedah Mendidik Anak
2. Judul Cemerlang 3. Bidang: KAUNSELING

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Penulis buku ini mendedahkan kemahiran mendidik anak dengan cara yang betul mengikut
peringkat umur. Semua ibu bapa mempunyai impian yang sama iaitu ingin melihat anak-anak
menjadi orang yang berjaya dan cemerlang. Anak merupakan waris yang akan mewarisi diri kita,
harta, maruah serta nama kita. Anak yang berjaya dan cemerlang berkemungkinan besar akan
berjaya menangani tanggungjawab sebagai pewaris ini. Buku ini juga dapat membantu para
pendidik terutamanya mendalami kaedah mendidik anak murid di sekolah. Kaedah yang
ditekankan dalam buku ini ialah kaedah Pesanan dan arahan, bercerita, bersoal jawab, rujuk
pengalaman lalu, nasihat dan teguran, bermain, latihan berterusan, ibu bapa sebagai teladan,
galakan dan amaran, suruhan dan gesaan, ambil berat kebajikan anak-anak, guna firasat dan
gelombang minda, menjana keyakinan diri, kenal pasti kecenderungan dan bakat anak,
menasihati pada waktu yang sesuai, mendidik bertahap-tahap, patuh Allah dan teladani Rasul,
mengisi waktu lapang, berdialog, rangsang kecerdasan minda dan doa yang berterusan. Dengan
mengikuti kaedah yang disarankan ini, semoga anak-anak kita menuju ke arah kehidupan yang
cemerlang.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Mendidik anak bukan sekadar menjaga makan, minum dan pakaian semata-mata. Ibu bapa harus
peka dengan perubahan tingkah laku anak-anak agar dapat memenuhi keperluan mereka dalam
kehidupan. Emosi anak-anak sentiasa berubah mengikut keadaan, oleh itu, ibu bapa harus bijak
menyesuaikan kaedah yang perlu digunakan utuk mendidik anak-anak agar mental, emosi, rohani
dan jasmani mereka tidak rosak.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Guru perlu jelas dalam memberikan arahan kepada murid agar murid tidak terkeliru dan menjadi
tidak bersemangat untuk mengikuti pembelajaran. Galakan dan pujian amat penting bagi menarik
minat murid menyertai sesi pembelajaran dalam kelas. Guru juga tidak boleh membiarkan murid
melakukan tugasan hanya dengan memberikan arahan semata-mata, tetapi perlu membimbing
mereka kepada objektif yang hendak dicapai agar murid sentiasa berasa dihargai dan
bersemangat untuk mengikuti pembelajaran.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai