Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SEKOLAH KEBANGSAAN SERI GEMILANG


Kod Sekolah : PBA 2037

1. Nama Guru Arikah binti Sadon

2. Judul Screeming-Free Parenting 3. Bidang: Kekeluargaan

4. Tarikh Pembentangan 12 Jun 2023 5. Masa: 09.40 pagi

6. Tempat Pembentangan Bilik mesyuarat guru


7. Sinopsis

Buku ini telah dialih Bahasa dari Bahasa Indonesia ke Bahasa Melayu dari TEGUH IMAN
PERDANA dan mempunyai 114 mukasurat.
Buku ini memberi panduan kepada ibu bapa bagaimana untuk berkongsi ilmu dalam mendidik
dan mencorak anak-anak ke arah keperibadian yang berkualiti, positif dan kreatif. Ia juga
menceritakan pengalaman penulis dalam mendidik anak-anak tanpa jeritan, “Tidak” dan “Jangan”
mahupun ancaman.

Beberapa kaedah untuk meraih hati anak-anak iaitu dengan mengucapkan rasa cinta dan penuh
kasih sayang, memberi penuh perhatian, memuliakan anak, sering memberi pujian, berkongsi
ekspresi semasa bercerita dan memberi peluang kepada anak-anak untuk menyampaikan
perasaan tidak puas hati. Ibu bapa juga perlu memiliki sikap dan emosi yang positif, kreatif, tegas,
mampu menimbul suasana keseronokan semasa berinteraksi serta menjadi sahabat terbaik
kepada anak-anak yang meningkat dewasa dan berupaya menyakinkan anak-anak melalui
penjelasan yang logik.

Ibu bapa perlu mengubah paradigma lama kepada baru iaitu menuju ke arah kebaikan seiring
dengan pembesaran anak-anak. Paradigma lama, iaitu berpendapat zaman kanak-kanak adalah
zaman remeh dan tidak penting perlulah diubah.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Kestabilan emosi
2. Psikologi dan fisiologi kanak-kanak
3. Peranan penting ibu ayah sebagai orang yang lebih dewasa menunjuk cara yang betul
mengawal emosi.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Guru boleh mengaplikasikan cara-cara menangani tingkahlaku murid-murid yang masih


kanak-kanak dalam masa yang sama perlu menyampaikan ilmu isi pembelajaran.
2. Persediaan awal sebelum sesi pengajaran bagi memastikan teknik yang betul ketika
memasuki kelas supaya tahap pemahaman selaras dengan kemampuan murid yang
masih kanak-kanak.
3. Tidak meletakkan matlamat yang terlalu tinggi dan perlu meraikan emosi murid-murid di
dalam kelas.
4. Guru perlu positif dan sentiasa membantu murid-murid untuk mencapai tahap yang lebih
baik dari yang sedia ada.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................... ..............................................
( ARIKAH BINTI SADON ) ( )

Anda mungkin juga menyukai