Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU/WEBINAR

Nama Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN GITA, KUCHING


Kod Sekolah: YBA1321

1. Nama NILAM BINTI SALLEH

Majlis Pelancaran Sekolahku


2. Judul Sejahtera 3. Bidang: PROFESIONAL

4. Tarikh 21 FEBRUARI 2022 5. Masa: 9 PAGI

6. Tempat Pembentangan LIVE FACEBOOK


7. Sinopsis
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin menyempurnakan Majlis Pelancaran
Sekolahku Sejahtera di Dewan Perdana Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Dalam ucapan beliau menekankan tentang Nilai-nilai murni tidak berbuah dengan hanya
mempelajari secara teori. Kerjasama di antara ibu bapa dan guru adalah penting. Jika ibu
bapa tidak menghormati guru, maka anak-anaknya juga tidak akan menghormati guru.
Keseronokan guru perlu diutamakan juga dengan tidak dibebani dengan kerja-kerja sekolah
yang dipendua sebanyak 4 kali. Diharap semua bahagian kementerian pendidikan
bekerjasama dan memberi tugasan hanya sekali serta bukan bahagian-bahagian berlainan
jabatan memberi kerja masing-masing untuk guru melaksanakannya. Bila guru gembira,
maka pelajar-pelajar juga seronok ke sekolah. Selain itu, mata pelajaran yang terlampau
banyak tidak dapat membantu pelajar-pelajar lemah untuk fokus dalam pelajaran. Mereka
mewujudkan masalah disiplin di sekolah kerana mereka tidak dapat mengikuti pelajaran di
sekolah. Tetapi mereka adalah pelajar yang lebih bermoral apabila disayangi dan dididik
dengan baik. Saya mengesyorkan mulai Tingkatan 1, pelajar-pelajar yang lemah dalam
pelajaran diberi pilihan untuk menyambung ke sekolah yang lebih fokus kepada praktikal
bukan sehingga Tingkatan 3. Hasilnya ramai tercicir. Sekolah-sekolah lebih memberi markah
moral berdasarkan peperiksaan sahaja. Begitu juga SPM.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Terdapat 14 elemen yang diterapkan bagi pelaksanaan inisiatif Sekolahku SEJAHTERA


yang merangkumi aspek Selamat, Seronok, Sihat, Etika, Empati, Jati Diri, Adab Sopan,
Harmoni, Tekun, Teliti, Terampil, Eksplorasi, Rasional dan yang terakhir Artikulasi.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Semoga segala nilai yg positif dan bermanfaat dapat diterapkan di dalam jiwa anak2 didik yg
bakal menjadi pemimpin dan memimpin negara di masa hadapan.
#SekolahkuSejahtera
#KPMKomited
#KeluargaMalaysia

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( NILAM BINTI SALLEH ) ( )

Anda mungkin juga menyukai