Anda di halaman 1dari 3

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK JALAN BAHAGIA , TEMERLOH Kod Sekolah: CBB7066

1. Nama Guru
NOR SAZILA BINTI A KADIR
2. Judul 3. Bidang: KAUNSELING
PANDUAN MENJADI IBUBAPA
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini menekankan tentang panduan bagaimana menjadi ibu bapa yang cemerlang. Ia
mengupas lebih lanjut tentang tanggungjawab ibu bapa yang perlu dilaksanakan. Buku
ini juga menerangakan tentang beberapa kesalahan yang perlu dielakkan oleh ibu bapa
sebagai contoh mendedahkan aib pasangan di hadapan anak-anak, memungkir janji,
bercakap bohong, kurang memuji dan sebagainya. Selain itu buku ini juga menekankan
tentang bagaimana menjadi ibubapa yang islamik dalam semua aspek. Keistimewaan
buku ini ialah pengarang memberi beberapa idea dan amalan kepada ibi bapa
berdasarkan Al-Quran bagi melahirkan anak yang cemerlang.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Dapat memberi banyak panduan menjadi ibu bapa yang cemerlang

2. Melahirkan pelbagai kaedah dalam mendidik anak-anak yang cemerlang di dunia dan
di akhirat.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Dapat berkongsi dengan rakan-rakan lain.


2. Sebagai satu motivasi kepada pembaca yang boleh diselitkan dalam pdpc.
3. Dapat dijadikan bahan ceramah dan input dalam membimbing para pelajar.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................

( NOR SAZILA BINTI A KADIR ) ( )


Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK JALAN BAHAGIA , TEMERLOH Kod Sekolah: CBB7066

1. Nama Guru
NOR SAZILA BINTI A KADIR
2. Judul 3. Bidang: KEMAHIRAN
KOMUNIKASI BERKESAN
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini mengajar kita bagaimana untuk berkomunikasi berkesan, ciri-ciri komunikator, ciri-ciri
pendengar, langkah-langkah meningkatkan keberkesanan komunikasi. Sillars (1988) mengatakan
komunikasi adalah penghantaran, penerimaan atau pertukaran maklumat, pendapat atau idea
dengan tulisan, pecakapan atau imej visual atau mana-mana kombinasi ketiga-tiga unsur
tersebut. Aktiviti komunikasi melibatkan proses yang berterusan daripada sumber yang
mengeluarkan maklumat kepada penerima, dan penerima memberi maklumbalas. Kesediaan
sumber dan penerima untuk menerima sesuatu maklumat itu penting agar maklumat yang
disampaikan itu jelas. Dalam proses komunikasi berkesan terdapat gangguan yang sentiasa
menghalang. Ini merupakan segala jenis rintangan yang menghalang proses penyampaian
maklumat.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Sebagai guru, komunikasi berkesan amat penting dalam pembelajaran dan


pemudahcaraan dalam kelas serta di luar kelas. Bukan itu sahaja, malahan komunikasi
berkesan dapat diterapkan dalam kehidupan seharian. Penulis buku memberi kesedaran
kepada kita bahwa komunikasi berkesan bukan sahaja menyampaikan maklumat namun
lebih daripada itu.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Pembelajaran yang berkesan datangnya daripada komunikasi berkesan. Ilmu komunikasi


berkesan yang telah dipelajari dapat melonjak komunikasi antara guru serta klien ke
peringkat yang lebih tinggi. Dengan mempelajari kaedah-kaedah komunikasi berkesan,
guru dapat menyampaikan maklumat dengan lebih jelas serta teratur. Dengan
mempelajari komunikasi berkesan ini, guru dapat menggunakan kaedah yang sesuai
untuk berinteraksi dengan para klien di mana klien guru bukan sahaja pelajar, namun ibu
bapa dan penjaga, pelawat dari luar, pembersih kawasan, penjaga keselamatan dan
banyak lagi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( NOR SAZILA BINTI A KADIR ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK JALAN BAHAGIA , TEMERLOH Kod Sekolah: CBB7066

1. Nama Guru NOR SAZILA BINTI A KADIR


3. Bidang: AMALAN
2. Judul MAAF CAKAP
PROFESIONALISME
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Menegur kesilapan orang itu mesti kena dengan caranya. Jika tersilap gaya, orang yang ditegur itu
bukan sahaja akan menolak saranan kita, malah kita mungkin akan kehilangan seorang saudara.
‘Maaf Cakap’ merupakan kritikan penulis terhadap kesilapan cara berfikir. Setiap kali merenung
kesilapan dan mencatatnya, nota-nota itu dikongsi kerana kesilapan-kesilapan itu jugalah adalah
kesilapan yang sama dilakukan oleh orang ramai. 
Isu-isunya termasuklah bisnes, motivasi, politik, sosial dan sumber manusia. Disampaikan secara
berlapik namun ada juga yang intinya menusuk ke dalam jiwa.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Memperbaiki teknik menegur kesilapan manusia


2. Sabar
3. Memahami situasi di tempat kerja
4. Mengawal emosi ketika menegur
5. Menggunakan Bahasa yang mudah difahami
6. Mengawal tingkah laku ketika amarah
7. Tidak ego/ buang ego

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Menepati situasi seorang guru untuk menegur kesilapan anak-anak didiknya.


Menggunakan Bahasa yang sesuai dengan keadaan dan situasi semasa.
Mengawal emosi ketika guru marah supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
Menjadikan suasana bilik darjah/ makmal/ bengkel sentiasa kondusif dan ceria untuk anak-anak
mendapatkan/ mempelajari ilmu.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ............................................
............
( NOR SAZILA BINTI A KADIR ) (
)

Anda mungkin juga menyukai