Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SK TAMAN SUNGAI BESI INDAH Kod Sekolah : BBA 8280

1. Nama Guru SALAHUDDIN BIN MD JAHI


2. Judul Menangani Sifat Marah 3. Bidang Motivasi
4. Tarikh 5. Masa
Pembentangan
6. Tempat
Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini membincangkan panduan untuk individu menangani sifat marah yang ada
dalam diri. Sifat marah ini ditamsilkan seperti seekor singa yang berada dalam diri
manusia. Seekor singa yang lepas bebas boleh membahayakan ramai orang. Dia
akan menjadi anti sosial, ego, dan garang. Ianya digelar raja binatang. Namun
sebaliknya, seekor singa yang telah dijinakkan mampu menjadi penghibur seperti
singa sarkas. Ia juga mampu menjadi hero dalam filem, pergerakannya lemah
lembut sehingga kanak-kanak pun mampu terpikat kepadanya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran :

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mengawal sifat marah. Amarah
yang tidak terkawal akan mengundang natijah negatif terhadap individu dan
masyarakat di sekelilingnya. Marah yang tidak terkawal akan mencetuskan
pergaduhan, mengundang kemurungan, menjadikan diri dibenci, mengganggu
kesihatan minda, menjejaskan kesihatan seperti cepat tua, sakit jantung, darah
tinggi dan jangkitan kuman. Di samping itu, pembaca dicadangkan kaedah-kaedah
untuk mengawal kemarahan seperti beristighfar, kurang menimbulkan provokasi,
jangan menambahkan kemarahan orang lain yang sedang marah, benarkan atau
iakan hujah orang yang sedang marah, segera mengingati diri bahawa marah
bukan penyelesaian masalah, segera ingat marah bukan tindakan manusia
bertamadun, memperlahankan intonasi suara ketika di khalayak, jangan
memandang muka orang yang sedang marah, lepaskan kemarahan dengan
menjerit di tempat sunyi dan segera berwuduk dan bersembahyang sunat.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang
sesuai untuk mengubah tabiat manusia yang sering marah kepada sikap yang
positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak
yang banyak karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap
kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, guru perlulah bijak mengawal
emosi supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan berkhemah dan
bijaksana. Guru perlu mengawal kemarahan kerana marah yang tidak terkawal
akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti melempang dan memukul
di luar batasan manusia. Guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini
di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang
guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai-nilai yang baik. Berikanlah contoh
yang baik kepada mereka.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

……………………………........ .....…………………………..........
(SALAHUDDIN BIN MD JAHI) (NAZMIN BINTI MOHD NOOR)
Guru Besar
SK Taman Sungai Besi Indah

Anda mungkin juga menyukai