Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SK TAMAN SUNGAI BESI INDAH Kod Sekolah : BBA 8280

1. Nama Guru SALAHUDDIN BIN MD JAHI


2. Judul Berfikir Dalam Bilik 3. Bidang Pedagogi
Darjah
4. Tarikh 5. Masa
Pembentangan
6. Tempat
Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini merupakan hasil penyelidikan, ujian dan pengalaman pengarang


sewaktu mengajar kanak-kanak berfikir. Isunya ialah pelajar sering dikatakan
“budak bodoh’, “budak lembam” dan yang seumpamanya. Dapatan pengarang,
terdapat pelajar yang dianggap kurang cerdik sewaktu dibangku sekolah akhirnya
membesar sebagai “taukeh”, tuan punya syarikat ataupun majikan kepada pelajar
yang pintar sewaktu dibangku sekolah. Pengarang juga menjustifikasikan
kepintaran itu kepada kepintaran belajar dan kepintaran berfikir. Ramai individu
yang berjaya pada hari ini merupakan individu yang mahir berfikir.
     Pengarang juga mencadangkan cara-cara mengajar kemahiran berfikir
dalam bilik darjah seperti menghidupkan suasana kelas, mengaplikasi pemikiran
konvergen dan divergen, memuji murid, memberi ganjaran,  guru menjadi
pembimbing, mendorong kreativiti, jangan menjadi diktaktor,  toleransi pada
ambiguiti, berpersonaliti menarik, mempelbagai rangsangan dan mempelbagai
teknik menyoal.
      Pengarang juga turut memperkenalkan teknik mengajar kemahiran berfikir
menggunakan kaedah infusi iaitu kaedah yang dianjurkan oleh pihak kementerian.
Setiap teknik-teknik yang dianjurkan disertakan contoh-contohnya sekali supaya
para guru dapat memahami dan menggunakan teknik tersebut sewaktu mengajar.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran :

      Buku ini perlu dimiliki oleh para guru sebagai bacaan tambahan yang mana
kandungannya akan dapat membantu guru ketika berada dalam bilik darjah.
Menerusinya kita akan faham tentang kepelbagaian kepintaran pelajar. Sebagai
contoh terdapat pelajar yang pintar IQ, pintar matematik, kepintaran akademik,
kepintaran praktikal, dan kepintaran EQ. Melalui pengetahuan ini kita boleh
mengesan kepintaran para pelajar di dalam kelas. Oleh itu, potensi diri mereka
akan dapat diketengahkan.
      Pengarang juga mencadangkan aktiviti yang perlu dilakukan oleh guru di
dalam kelas. Guru kurang digalakkan mengeluarkan arahan seperti :
    
“ Saya mahu..
     “Kamu perlu...
Soalan seperti itu terlalu berbentuk arahan yang mana akhirnya akan
menenggelamkan kreativiti pelajar. Para guru digalakkan menyoal pelajar dengan
soalan yang mencabar minda seperti:
      “ Bagaimana sekiranya..
      “Apa yang perlu kita.....
       “ Sekiranya.....

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang
sesuai untuk guru gunakan di dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi menarik. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang
berbagai-bagai ragam dan karenah.
Guru juga perlu tahu tahap dan jenis kepintaran pelajarnya. Ini akan dapat
membantu para guru menentukan kaedah paling sesuai yang akan digunakan
sewaktu mengajar. Oleh itu pendekatan kreatif perlu untuk mengekang
permasaalahan ini.
      Kita boleh menghayati cara Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya.
Lukman mengajak anaknya turun ke lapangan dengan menderai seekor keldai. Di
akhir kembara mereka, Lukman menerangkan tentang sifat manusia yang akan
sentiasa mencari kesalahan orang lain walau dalam apa jua situasinya..
     Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya
mudah dan perlu ditangani dengan bersabar dan kreatif.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

……………………………........ .....…………………………..........
(SALAHUDDIN BIN MD JAHI) (NAZMIN BINTI MOHD NOOR)
Guru Besar
SK Taman Sungai Besi Indah

Anda mungkin juga menyukai