Anda di halaman 1dari 5

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

MURID-MURID PPKI KE
CAMERON HIGHLANDS
TARIKH:
-

belum ditentukan -

(PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI)


SEKOLAH KEBANGSAAN BATU BERENDAM,
MELAKA

1. NAMA PROGRAM
Lawatan sambil belajar ke Cameron Highland, Pahang bagi murid-murid
Pendidikan Khas SKBB

2. PENGANJUR/URUSETIA
Lawatan ini dianjurkan oleh Program Pendidikan Khas Integrasi
(Pembelajaran) SK Batu Berendam, Melaka. Ianya dirancang untuk muridmurid pendidikan khas.
3. TARIKH
- Belum ditentukan
4. TEMPAT CADANGAN
i.
Ladang Tea Boh.
ii.
Big Red Farm Strawberry
iii.
KIA Farm
iv.
MARDI
5. RASIONAL
Program ini dapat memberi pengetahuan dan pengalaman baru kepada
murid-murid pendidikan khas. Disamping itu ianya dapat membina
perhubungan sosial dengan masyarakat laur. Selain itu, program ini juga
diharap dapat membentuk satu pasukan kerjasama yang utuh dan
mengeratkan silaturahim di kalangan guru-guru dengan ibubapa/penjaga
yang terlibat dalam program lawatan ini.

6. MAKLUMAT
Program ini perlu dilaksanakan kerana ia adalah penting dan merupakan
satu aktiviti pembelajaran secara tidak langsung yang dapat menambah
ilmu pengetahuan murid berkaitan perkara di luar bilik darjah.
Daripada kajian yang dilakukan secara pemerhatian dan perbualan
terdapat beberapa kekuatan dalam melaksanakan sesuatu program ini.
Justeru itu, AJK Program Lawatan ini telah mengenal pasti beberapa
kekuatan dan kelemahan dalam melaksanakan aktiviti ini seperti yang
diterangkan dalam jadual berikut.

KEKUATAN
1. Majoriti murid berminat untuk
meneroka dunia luar daripada
linkungan mereka.
2. Program ini membuka peluang
kepada murid-murid untuk melihat
dan berinteraksi dengan dunia luar.
3. Guru-guru & PPM mempunyai
kemahuan dan minat untuk
melakukan aktiviti luar seperti ini.

PELUANG
1. Ibubapa memberi kebenaran
kepada anak-anak mereka untuk
menyertai lawatan ini.
2. Memohon sokongan
tajaan/sumbangan kewangan bagi
menjayakan program lawatan ini.
3. Terdapat unsur kebaikan dalam
perlaksanaan program ini.

KELEMAHAN
1. Faktor kewangan menjadi
penghalang dalam melaksanakan
program ini bagi membayar
pengangkutan, penginapan,
makanan dan lain-lain.
2. Kesukaran membawa murid yang
pelbagai kekurangan/permasalahan.
3. Dikhuatiri guru-guru PPKI
mempunyai tugas lain pada waktu
program lawatan ini dilaksanakan.

ANCAMAN
1. Kebanyakan ibubapa/penjaga tidak
memberi kepercayaan sepenuhnya
kepada guru-guru dalam
menjalankan sesuatu aktiviti.
2. Ketidakpercayaan ibubapa/penjaga
terhadap kemampuan anak-anak
mereka untuk berdikari & menjaga
keselamatan diri sendiri.

Hasil dari analisa keadaan semasa melalui jadual di atas, AJK Lawatan PPKI
bersetuju melaksanakan program lawatan ini. Setelah perbincangan, maka
beberapa cadangan telah dibuat untuk penambahbaikan bagi kelancaran program
ini. Antaranya ialah:1. Perbincangan program dibuat secara teliti, teratur dan bersistematik.
2. Keselamatan murid-murid istimewa ini adalah menjadi keutamaan dalam
agenda ini.
3. Ibubapa/penjaga diberi penerangan terperinci tentang program ini sebelum
dilaksanakan. Ia bagi menghapuskan kebimbingan mereka terhadap
penjagaan anak-anak mereka.
7. OBJEKTIF

1. Meningkatkan kepercayaan di dalam diri murid istimewa bahawa mereka


mempunyai peluang yang sama untuk menikmati pengalaman baru
sperti murid-murid normal yang lain.
2. Dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman mereka tentang
kehidupan masyarakat luar.
3. Menerapkan nilai-nilai murni di dalam diri murid-murid seperti bantumenbantu, bekerjasama, bertolak ansur, rajin dan bertanggungjawab
kepada ahli kumpulan lain.
4. Dapat menanamkan kepercayaan kepada ibubapa bahawa anak-anak
mereka boleh berdikari dan tidak perlu dikongkong aktivitinya.
5. Murid-murid diberi pendedahan untuk mengutamakan keselamatan diri
sendiri semasa berada di tempat awam.
8. PROFIL PESERTA
BIL
1.
2.
3

ITEM
KUANTITI
Murid-murid PPKI SK Batu Berendam
29 orang
Guru-guru PPKI & GPI
7 orang
Pembantu PPKI (PPM)
3 orang
JUMLAH
39 orang
9. ANGGARAN PEMBELANJAAN
- Belum ditentukan 10. JAWATANKUASA
Penasihat
: Tn. Hj. Adam Bin Mohamad
(Guru Besar SK Batu Berendam)
Pengerusi
: En. Abu Bakar Bin Othman
(Guru Penolong Kanan PK)
Naib Pengerusi I
: En. Hezlie Noorshyam Bin Abu Samah
(Penyelaras PPKI SKBB)
Naib Pengerusi II
: Pn. Saliza@Sasha Binti Sabdin
Setiausaha
: Pn. Hjh. Hanisah Binti Bador
Bendahari
: Cik Anis Suhada Binti Nazri
AJK
: En. Sadab Ahmad Bin Qamruddin
: Pn. Rohaya Binti Zakariah
: Pn. Siti Syazana Binti Adnan
: Pn. Nor Zalina Binti Othman
: Pn. Nur Ilyana Binti Haris
: Pn. Nor Mimi Azura Binti Omar
11. AHLI JAWATANKUASA
Ketua Projek
: En. Hezlie Noorshyam Bin Abu Samah
Kewangan
: Cik Anis Suhada Binti Nazri
Pengangkutan
: En. Sadab Ahmad Bin Qamruddin
Makan/minum
: Pn. Hjh Hanisah Binti Bador

Penginapan
Sumbangan/Tajaan
Kawalan murid

: Pn. Nor Zalina Binti Othman


: Pn. Rohaya Binti Zakariah
: Pn. Nor Mimi Azura Binti Omar
: Semua Guru dan PPM
: Pn. Siti Syazana Binti Adnan
: Pn. Nur Ilyana Binti Haris
: Semua Guru & PPM

12. PENUTUP
Kami warga PPKI SK Batu Berendam berasa yakin bahawa aktiviti ini akan
dapat dilaksanakan dengan jaya sekiranya dana yang akan kami kumpul
mencukupi bagi program lawatan ini. Usahasama dan perhatian yang positif
dari pihak luar juga akan memberi keyakinan dalam usaha menjayakan
program untuk anak-anak istimewa ini. Ilmu pengetahuan tidak akan
mendatangi sebaliknya didatangi. Oleh yang demikian, atas prinsip itulah kami
sedaya upaya berusaha memberikan segala pendedahan kepada murid-murid
istimewa ini melalui pelbagai cara terutamanya tentang ilmu-ilmu akademik,
kokurikulum dan sosial. Kami yakin dan percaya dengan wujudnya program
seperti ini maka dapatlah kita melahirkan insan yang harmoni dan seimbang.

Disediakan oleh,

Diluluskan oleh,

.....................................

...................................

Anda mungkin juga menyukai