Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

HARI ANUGERAH CEMERLANG SEK. KEB. PAMOL 2017

TARIKH:

21 Oktober 2017

TEMPAT:

Dewan Terbuka Sek. Keb. Pamol

ANJURAN:

Sek. Keb. Pamol Beluran


1.0 Pengenalan
Hari Anugerah Cemerlang (HAC) 2017 Sekolah Kebangsaan Pamol ini diadakan dengan tujuan
untuk memberi penghargaan dan semangat serta motivasi kepada murid-murid yang berjaya dalam
bidang akademik dan Ko-kurikulum. Ia juga sebagai wadah untuk membina dan mencungkil bakat
serta potensi murid-murid selain sebagai pengisian dalam kalender/ takwim sekolah, dan seterusnya
menjadi kayu pengukur didalam membuat penilaian pencapaian atau prestasi, kemampuan dan
kebolehan murid-murid.

2.0 Matlamat
Melahiran insan cemerlang dalam bidang pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial.

3.0 Objektif

Memberi penghargaan kepada murid-murid yang berjaya didalam bidang Kurikulum dan Ko-
kurikulum.

Memotivasikan murid-murid untuk berjaya didalam pelajaran.

Membina potensi dan mencungkil bakat serta kebolehan murid-murid.

4.0 Rasional
Sebagai menghargai segala penat lelah dan sumbangan murid-murid dalam meningkatkan
prestasi sekolah sama ada didalam bidang akademik mahupun Ko-kurikulum.
Memberi peluang kepada murid-murid untuk mengasah kemahiran, bakat dan potensi mereka.
Mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan murid, guru dan warga kerja sekolah.

5.0 Tarikh
21 Oktober 2017

6.0 Tempat

Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Pamol


7.0 Perasmi
Perasmian oleh ____________

8.0 Kelolaan
Unit Kurikulum Sekolah

9.0 Struktur organisasi

Jawatankuasa Induk
Penasihat : Tuan Hj. Soje Abdul Hassan (PPD Beluran)
Pengerusi : En. Gabriel Sundang ( Guru Besar Sk Pamol)
Tim. Pengerusi I : En. Abdul Kadir Hj. Sarunah (Penolong Kanan Pentadbiran)
Tim. Pengerusi II : En. Mahmud Ahmad (Penolong Kanan HEM)
Tim. Pengerusi II : En. Daus Sultan (Penolong Kanan Kokurikulum)
Setiausaha : Cik Jessyca Jiding
Pen. Setiausaha :
Bendahari :
Ahli : Semua guru dan AKS

Jawatankuasa Kerja

Protokol :
En. Berry T. Marcos

Teknikal : En. Osman Hj. Saat


Peralatan&PA Sistem :

Pengacara Majlis : Cik Siti Nornajwa Ghazali

Hadiah & Cenderahati : Pn Umah A/P Sankaran


Cik Hailin Freedie

Persembahan : Cik Siti Nornajwa Ghazali


Pn Nelly Jimmy
En. Mohd Yatim Mat Husin
Cik Hailin Freedie
Encik Daus Sultan

Tentatif Program & Jemputan : Cik Jessyca Jiding

Pentas/Backdrop/Susun atur dewan :


1. Pn. Haslindawati Mustapa

Jamuan : Pn. Nelly Jimmy


Pn Selasiah Inlone

Bacaan Doa : En. Berry T. Marcos

Disiplin/ Kebersihan/ :
Keselamatan En Felix Laipat
Unit Keselamatan
Unit Pembersihan

Penyediaan Sijil : En. Berry T. Marcos

Pengurus Peserta : Pn. Haslindawati Mustapa

Publisiti & Siaraya : Pn. Nelly Jimmy


En. Daus Sultan
En. Baharimsah Saat
10.0 Kategori Anugerah dan Bilangan Penerima
Sijil
1. Pengawas Sekolah ( orang)
2. Pengawas Pusat Sumber 2017 ( orang)
3. Ketua & Penolong Ketua Kelas Tahun 6 2017 ( orang)
4. Peserta Program Pasca UPSR 2017 ( orang)
5. Pembaca Terbanyak Tahap I & II ( orang)
6. Nilam Tahun 6 2017 ( orang)
7. J-QAF Tahun 6 ( orang)
8. Pengawas SPBT ( orang)
Piala dan Sijil
1. Murid Cemerlang Matapelajaran ( Rujuk Lampiran 1)
2. Tokoh Nilam 2017 ( orang)
3. Kedudukan Terbaik dalam kelas ( orang)

11.0 Anggaran Perbelanjaan

( Rujuk Lampiran 2)

12.0 Sumber Kewangan

Semua peruntukan kewangan bagi perjalanan projek ini diambil daripada bajet sekolah dan
sumbangan daripada PIBG.

13.0 Penutup

Semoga pelaksanaan Hari Anugerah Cemerlang 2017 ini akan dapat memberi semangat dan
dorongan kepada murid-murid untuk meningkatkan lagi kecemerlangan mereka dalam bidang
akademik dan ko-kurikulum serta mengeratkan hubungan baik antara murid-murid, guru-guru
dan seluruh warga sekolah. Selain ianya dapat mengasah dan memperkembangkan lagi
potensi dan bakat murid-murid untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi demi
mengharumkan nama sekolah ke arah kecemerlangan.
Disediakan oleh:

..............

(JESSYCA JIDING)
Setiausaha,
Hari Anugerah Cemerlang 2017
Sek. Keb. Pamol Beluran

Disemak oleh:

................

(EN. ABDUL KADIR HJ. SARUNAH)


Timbalan pengerusi,
Hari Anugerah Cemerlang 2017
Sek. Keb. Pamol Beluran

Disahkan oleh:

................

(EN. GABRIEL SUNDANG)


Pengerusi,
Hari Anugerah Cemerlang 2017
Sek. Keb. Pamol Beluran
Lampiran 1
Senarai Murid Cemerlang Matapelajaran

Bil. Matapelajaran Penerima


1 BM Penulisan (1 hingga 6) orang
2 BM Pemahaman (1 hingga 6) orang
3 Matematik ( 1 hingga 6) orang
4 Bahasa Inggeris ( 1 hingga 6) orang
5 Sains ( 1 hingga 6) orang
6 Pendidikan Agama Islam ( 1 hingga 6) orang
7 Pendidikan moral ( 1 hingga 6) orang
8 Kajian Tempatan ( 6 ) orang
9 Kemahiran Hidup ( 6 ) orang
10 Pendidikan Sivik & Kenegaraan (6) orang
11 Jawi ( 1 hingga 6) orang
12 Bahasa Arab ( 1 hingga 6) orang
13 Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ( 1 hingga 6) orang
14 Pendidikan Muzik ( 1 hingga 6) orang
15 Pendidikan Seni Visual ( 1 hingga 6) orang
16 Bahasa Kadazan Dusun ( 1 hingga 5) orang
17 Teknologi Maklumat & Komunikasi ( 4,5) orang
18 Reka Bentuk Teknologi ( 4,5) orang
19 Sejarah (4,5) orang
20 Anugerah Murid Contoh Tahap 1 (Lelaki&Perempuan) orang
21 Anugerah Murid Contoh Tahap 2 (Lelaki&Perempuan) orang
22 Anugerah Murid Contoh Ko-kurikulum Tahap 1 orang
(Lelaki&Perempuan)
23 Anugerah Murid Contoh Ko-kurikulum Tahap 2 orang
(Lelaki&Perempuan)
24 Murid Lulus Penuh UPSR 2017 orang
25 Murid Contoh J-Qaf ( Lelaki dan perempuan) orang
26 Kedudukan dalam Kelas 1, 2, 3 orang
27 Anugerah Sempena Hari Guru orang
28 Ibu Bapa Contoh orang
Jumlah keseluruhan orang
Lampiran 2

Anggaran belanjawan

Bil. Item Harga seunit Kuantiti Jumlah


1 Kertas warna 160 gsm RM 29.90 1 rim RM 29.90
2 Sijil Rm 50.00 3 rim RM 150.00
3 Ink Catridge Epson 220 RM 100.00 1 set 100
4 Makanan murid RM 3.00 220 tapau RM 660.00
5 Span bunga manggar RM 2.50 2 biji RM 5.00
6 Bunga rozette RM 2.00 30 biji RM 60.00
7 Bunga manggar RM 10.00 4 paket RM 40.00
8 Bunga telur RM 1.40 60 biji RM 84.00
9 Telur gred C RM 12.00 2 tray RM 24.00
10 Reben besar RM 4.00 2 gulung RM 8.00
11 Kain RM 100 2 gulung Rm 200.00
12 Bunga dinding RM 20.00 5 jambak RM 100.00
13 Bunga/pasu/span/daun/dawai RM 100 3 jambak RM 300.00
14 Pagar (16 X 4m) RM 10.00 5 buah RM 50.00
15 Gam UHU (besar) RM 7.00 1 biji RM 7.00
16 Kain net RM 4.00 20 meter RM 80.00
17 Kain lace Rm 30.00 1 gulung RM 30.00
18 Reben RM 4.00 7 gulung RM 28.00
19 Benang RM 2.50 1 paket RM 2.50
20 Jarum RM 2.50 1 paket RM 2.50
21
22

JUMLAH KESELURUHAN

Anda mungkin juga menyukai