Anda di halaman 1dari 3

SETIAP BORANG PELANCONGAN 1957 MESTI DISAHKAN OLEH PENGETUA /GURU BESAR ATAU PENOLONG

KANAN DAN COP

KERTAS KERJA PROGRAM

Tajuk : Kertas Kerja Program Pembelajaran di Luar Kelas Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Pandan
Indah, Ampang ,Selangor 2019 ke Petrosains dan Skybridge KLCC Kuala Lumpur.

1.0 PENDAHULUAN
Murid-murid tahun 4 yang juga merupakan golongan pertengahan kanak-kanak akan berpeluang menjalani kehidupan
berdikari dan memahami dunia golongan dewasa. Program pembelajaran di luar kelas ini membolehkan murid-murid memahami
dan menjalani ‘dunia sebenar’ di sekitar mereka. Program yang dianjurkan oleh Panitia Sains SK Pandan Indah ini secara tidak
langsung dapat memberi pendedahan awal kepada murid-murid berdasarkan tajuk Sifat Bahan, Sistem Suria dan Teknologi dalam
silibus Sains Tahun 4 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kertas kerja ini di buat untuk pertimbangan bagi
perlaksanaan serta kelulusan perbelanjaan yang dinyatakan di bawah.

2.0 RASIONAL

Seramai 80 orang murid tahun 4 yang akan mengikuti lprogram ini terdiri dari latar belakang yang berbeza-beza dan tidak
berpeluang melawat tempat-tempat yang dinyatakan kerana faktor kekangan masa ibu bapa atau penjaga masing-masing.
Dengan adanya program seperti ini akan memberi peluang kepada mereka pelbagai aktiviti di dalam replika dalam keadaan yang
selamat dan interaktif.
Murid-murid bukan sekadar terhibur di sepanjang kunjungan, malah mengalami pengalaman yang hebat dengan kunjungan
kedua-dua tempat ini di dalam satu bangunan yang menjadi kebanggaan negara iaitu Menara Berkembar Petronas
(KLCC).Dengan lawatan ini kelak diharap impian ini akan menjadi kenyataan kepada mereka nanti.

3.0 MATLAMAT

Matlamat program ini diadakan adalah untuk :


1. Menambah lagi bilangan penyertaan murid dan guru ke arah masyarakat yang celik sains dan persekitaran.
2. Membina budaya dan gaya hidup sihat serta mengamalkan pemikiran secara saintifik.
3. Memperkembangkan kemahiran dan perwatakan murid-murid dalam memahami keadaan dunia sebenar menerusi aktiviti di
setiap premis yang berkait rapat dengan subjek sains yang dipelajari di sekolah.

4.0 OBJEKTIF

Objektif program ini diadakan adalah untuk :


(a) Memberi pendedahan untuk murid-murid bermain sambil berhibur dengan replika sains dan model seperti di dunia sebenar.
(b) Merangsang tumbesaran fizikal dan intelektual murid-murid melalui pelbagai pendedahan tentang sains, geografi, sejarah
dan sosial kepada murid.
(c) Merangsang keyakinan diri sambil membentuk identiti murid-murid sendiri.
(d) Menyedarkan mereka mengenai fungsi dan peranan aspek-aspek di dalam golongan dewasa.
(e) Menyemai nilai-nilai persamaan hak dan saling menghormati di kalangan murid-murid serta bekerjasama.

5.0 PELAKSANAAN

5.1 Tarikh lawatan/program dan Hari


Tarikh : 05 September 2019 (Khamis)
Masa : 7.30 pagi – 2.30 petang
5.2 Tempat
Petrosains dan Skybridge, KLCC, Kuala Lumpur
5.3 Bilangan Peserta
80 orang murid
5.4 Bilangan Guru
8 orang guru

6.0 KUMPULAN SARASAN


Kumpulan sasaran adalah murid-murid Tahun 4 dan guru-guru.

7.0 JAWATANKUASA INDUK


Pengerusi : Puan Rohaya binti Md Said (Guru Besar)
Tim. Pengerusi : Encik Azede bin Kabiran (Penolong Kanan Kokurikulum)
Naib Pengerusi : Encik Asman bin Harun (Penolong Kanan Pentadbiran)
Tuan Syed Nizam bin Syed Osman (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) Encik
Hasri bin Harun ( Penyelia Petang)
Penyelaras : Puan Nur Shafawati binti Mohd Nor
Setiausaha : Puan Hasmila binti Hassan Bendahari
: Puan Tarriskili a/p Chelliah
Ahli Jawatankuasa : 1. Puan Nor Ashikin binti Haros
2 Puan Syuhada binti Abdul Aziz
3. Puan Hatifah binti Mohd Nor
4. Puan Nazariyah binti Saad

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengerusi : Puan Rohaya binti Md Said (Guru Besar)
Tim. Pengerusi : Encik Azede bin Kabiran (Penolong Kanan Kokurikulum)
Naib Pengerusi : Encik Asman bin Harun (Penolong Kanan Pentadbiran)
Tuan Syed Nizam bin Syed Osman (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) Encik
Hasri bin Harun ( Penyelia Petang)
Penyelaras : Puan Nur Shafawati binti Mohd Nor
Setiausaha : Puan Hasmila binti Hassan Bendahari
: Puan Tarriskili a/p Chelliah
Ahli Jawatankuasa : 1. Puan Nor Ashikin binti Haros
2 Puan Syuhada binti Abdul Aziz
3. Puan Hatifah binti Mohd Nor
4. Puan Nazariyah binti Saad
9.0 PENGISIAN PROGRAM

9.1 05 SEPTEMBER 2019 (KHAMIS)

7.30 pagi : Berkumpul di sekolah.


Sarapan pagi di sekolah.
8.30 pagi : Bertolak ke Petrosains & Skybridge, KLCC, Kuala Lumpur
9.00 pagi Tiba di Petrosains & Skybridge, KLCC, Kuala Lumpur.
9.30 pagi : Murid masuk ke Petrosains dan diberi taklimat. Sesi soal jawab, kuiz dan
lembaran aktiviti bersama dengan murid.
12.00 tgh : Murid makan tengahari
12.30 tgh : Murid masuk ke Skybridge, KLCC dan diberi taklimat serta sesi soal jawab dan kuiz
bersama dengan murid.
2.00 petang : Bergerak pulang ke sekolah.
2.30 petang : Sampai di SK Pandan Indah

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

10.1 Tambang 80 orang murid X RM 10.00 = RM 800.00

10.2 Penginapan - orang murid X RM. - -

10.3 Makan 80 orang murid X RM 13.00 = RM 1040.00

10.4 Lain-lain bayaran 80 orang murid X RM 27.00 = RM 2160.00


(Tiket masuk Petrosains & Skybridge, gambar,cenderahati, tag,
Kecemasan & perubatan, dokumentasi, dan tag SKPI)

JUMLAH BESAR RM 4000.00

11.0 PENUTUP

Saya sebagai Setiausaha program ini mewakili guru-guru Tahun 4 SK Pandan Indah amat berharap agar program yang
dirancangkan ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan bantuan semua yang terlibat. Adalah di harapkan kertas kerja
ini di semak, di bincangkan serta di beri kelulusan untuk pelaksanaan. Semoga lawatan ini dapat di laksanakan dengan jayanya
dan mencapai objektif yang di nyatakan.

Disediakan oleh Disahkan oleh

…………………………………. ………………………………………
(Puan Hasmila binti Hassan) (Puan Rohaya binti Md Said)
Setiausaha Program Pembelajaran di Luar Kelas Tahun 4 Guru Besar SK Pandan Indah,Ampang, Selangor SK
Pandan Indah,Ampang,Selangor

Nota: Cetakan komputer ini tidak memerlukan tandatangan.

Anda mungkin juga menyukai