Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA LAWATAN BERMAKLUMAT

DAN SANTAI MINDA


PRASEKOLAH SK TAPAH 2017

Tarikh : 11 Oktober 2017 hingga 13 Oktober 2017


Hari : Rabu Jumaat
Tempat : Kuala Lumpur, Putrajaya dan Shah Alam

Pendahuluan
Lawatan Bermaklumat Murid Prasekolah adalah satu aktiviti tahunan yang diadakan
khas untuk murid meneroka dan menimba pengalaman baru di sekitar tempat lawatan. Tujuan
utamanya adalah memberi pendedahan kepada murid serta galakan untuk mereka mengenal
dan mempelajari sesuatu di luar skop kebiasaan mereka seharian khususnya di luar kelas
prasekolah.
Sehubungan dengan itu, warga prasekolah termasuk ibu bapa memberi kerjasama dan
sokongan penuh untuk menjayakan siri lawatan ini memandangkan hampir keseluruhan
penjaga yang menyertai lawatan belum merasai berpeluang mengikuti program-program
lawatan sebelum ini.
Menyedari akan hal ini, pihak pantadbir dan warga pasekolah bertungkus lumus
membuat persiapan agar aktiviti yang dirancangkan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Semoga Lawatan Bermaklumat dan Santai Minda Murid Prasekolah pada tahun ini mampu
menarik minat dan membuka mata para ibu bapa untuk terus menyokong usaha yang dilakukan
oleh warga kerja prasekolah ini pada tahun-tahun yang akan datang

Matlamat

Merangsang minda murid ke arah persekitaran yang menggalakkan mereka untuk menerokai
ilmu pengetahuan yang baru melalui pengalaman yang dikutip sepanjang lawatan. Di samping
itu, memberi galakan kepada mereka untuk mencuba dan mengenali dunia luar dari tempat
kebiasaan mereka.

Objektif

1. Memupuk rasa ingin tahu terhadap sesuatu perkara atau tempat yang dituju bagi tujuan
menambah pengetahuan.
2. Mewujudkan kemesraan dan semangat bekerjasama serta hubungan yang baik di
kalangan warga prasekolah.
3. Memberi pendedahan kepada murid terhadap sesuatu yang baru berdasarkan tempat
lawatan yang akan diikuti.
4. Memupuk semangat saling menghormati di antara satu sama lain sepanjang lawatan
berlangsung.
KERTAS KERJA LAWATAN BERMAKLUMAT DAN SANTAI MINDA
PRASEKOLAH SK TAPAH 2017

Tarikh : 11 Oktober 2017 hingga 13 Oktober 2017


Hari : Rabu Jumaat
Tempat : Kuala Lumpur, Putrajaya dan Shah Alam
Jumlah Peserta : Guru : 4 Orang
Murid : 19 Orang
Penjaga/Peserta : 24 Orang

JAWATANKUASA INDUK

Penasihat :Guru Besar SK Tapah


(En. Kamaruddin Bin Said)

Pengerusi : Penolong Kanan HEM


(En. Rushdi Bin Harun
N. Pengerusi 1 : Guru Penolong Kanan 1
(Pn Zaleha Binti Ahmad)
N. Pengerusi 2 : Guru Penolong Kanan KO
(En. Nazari Bin Md Rasyid)
Setiausaha :Guru Prasekolah
(Pn. Rozilah Bt Ibrahim)
Bendahari :Pembantu Tadbir
(Pn. Faimah Binti Hasyim )

AHLI JAWATANKUASA
1. Guru Penolong Kanan HEM
~ En. Rushdi Bin Harun

2. Pembantu Pengurusan Murid


~ Pn Wan Suria Binti Wan Ya

3. Wakil Guru
~ En Mahadi Bin Ibrahim

4. Wakil BIPG
~ En Mujahid Bin Abdullah

JAWATAN KUASA PENGELOLA


PENGANGKUTAN
1. Pn. Rozilah Ibrahim
2. Pn. Wan Suria Binti Wan Ya

KESELAMATAN
1. Pn. Rozilah Binti Ibrahim
2. Pn. Zaleha Binti Abdullah
3. En. Che Sufian Bin Che Salleh

MAKAN /MINUM
1. Pn Rozilah Binti Ibrahim
2. Pn. Wan Suria Binti Wan Ya
3. Pn. Shafinazai Nor Binti Sudin
4. Pn. Siti Rohana Binti Mat Rahim

PENGINAPAN

1. Pn Rozilah Binti Ibrahim


2. En. Mahadi Bin Ibrahim

TENTATIF PROGRAM
HARI
( RABU ) AKTIVITI
11 Oktober 2017
9.30 Malam Berkumpul di Dataran SK Tapah

10.00 Malam Bertolak ke Kuala Lumpur

5.00 Pagi Dijangka tiba di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur , berehat dan pengurusan
diri
HARI
( KHAMIS) AKTIVITI
12 Oktober 2017
7.30 Pagi Sarapan

8.30 Pagi Lawatan ke RTM, Angkasapuri

11.30 Pagi Lawatan ke Menara Kuala Lumpur

1.30 Petang Makan Tengahari dan Solat

2.30 Petang Lawatan Ke Pusat Sains Negara

5.00 Petang Pulang ke Penginapan

7.30 Malam Solat, Makan Malam, Pengurusan Diri

8.00 Malam Lawatan Ke I-City Shah Alam

11.00 Malam Bertolak Pulang ke Penginapan

HARI AKTIVITI
(JUMAAT)
13 Oktober 2017
8.00 Pagi Daftar Keluar dan Sarapan

9.00 Pagi Lawatan Ke Masjid Besi, Putrajaya dan sekitar

11.00 Pagi Aquaria KLCC

1.30 Petang Rehat dan Pengurusan Diri

2.30 Petang Melawat Ke Zoo Negara

5.00 Petang Lawatan sekitar Kuala Lumpur

8.00 Malam Makan Malam dan Pengurusan Diri

10.00 Malam Bertolak Pulang

ANGGARAN PERBELANJAAN DARI DANA KUTIPAN SUMBANGAN


IBUBAPA/PENJAGA DAN AGENSI-AGENSI LAIN.
PUNCA KEWANGAN

Bayaran Murid : RM50 x 19 Orang Murid RM950


Bayaran Penjaga : RM100 x 24 Orang Penjaga/Peserta RM2400

Bayaran Guru : RM100 x 4 Orang Guru RM400

Lain-lain/ Sumbangan: RM3805.00

JUMLAH RM7555.00

ANGGARAN PERBELANJAAN

Makan/ Minum
Sepanjang Lawatan : RM15 x 3 hari x 19 orang Murid = RM855.00

Pengangkutan
Bas : ii)RM1200.00/ hari x 3 hari = RM3600.00

Penginapan : RM250.00 x 4 x 1 malam = RM1000.00

Bayaran Masuk Tempar-Tempat Lawatan = RM2000.00

Rawatan/ Kecemasan : RM100.00

JUMLAH PERBELANJAAN : RM7555.00

PENUTUP
Program Lawatan Bermaklumat dan Santai Minda Murid Prasekolah SK Tapah 2017
ini sengaja diadakan ke luar negeri Terengganu bagi memberi peluang kepada murid untuk
menikmati suasana yang berbeza dan lebih menarik di samping mengutip pengalaman
sepanjang lawatan yang diadakan.
Semoga segala pengalaman yang dikutip sepanjang aktiviti lawatan dapat
dimanfaatkan dan menambahkan lagi pengetahuan mereka tentang kehidupan yang lebih
global sekaligus meningkatkan jati diri serta keberanian mereka untuk berinterakasi dengan
dunia di luar kebiasaan mereka.

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh

.
Pn Rozilah Binti Ibrahim Kamaruddin Bin Said
(Guru Prasekolah SK Tapah) ( Guru Besar, SK Tapah )

Anda mungkin juga menyukai