Anda di halaman 1dari 12

Pengenalan

Seperti yang kita sedia maklum, permainan tradisional merupakan sejenis permainan warisan nenek moyang kita dahulu. Terdapat pelbagai jenis permainan tradisional yang popular di negara kita, dan setiap permainan mempunyai nama dan corak permainan yang berbeza. Permainan tradisional mengandungi banyak nilai, falsafah, dan unsur Pendidikan yang tersirat dan perlu dihayati serta dipraktikan. Permainan tradisional juga dapat menerapkan kemahiran sosial kapada setiap pemainnya. Ini dapat dipraktikan melalui cara permainanya yang melibatkan dua orang dan lebih.Ini secara tidak langsung dapat menggalakkan interaksi sosial, toleransi serta semangat kerjasama di antara pemainnya. Permainan tradisional juga di kenali sebagai permainan rakyat. Ada diantara permainan ini yang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Akan tetapi, terdapat juga jenis permainan tradisional yang masih kekal dimainkan oleh anak-anak kita pada hari ini. Tidak lain dan tidak bukan, ialah congkak.

Latar belakang permainan congkak. Congkak merupakan permainan rakyat yang sudah lama berkembang di kawasan perkampungan melayu dan dipanggil dengan sebutan yang berbezabeza. Di Malaysia dan beberapa daerah di Kepulauan Riau, permainan congkak masih di kenali sebangai congkak, di Filipina di kenali sebagai sungka, di Srilanka disebut cangka, manakala di daerah-daerah kepulauan jawa menamakan permainan congkak ini dengan gelaran congklak. Terdapat perbezaan nama dari segi tempat, namun corak dan konsep permainan masih menggunakan tunjang dan prinsip yang sama. Sebagai makluman, permainan congkak berasal dari Timur Tengah dan tersebar di Asia Tenggara terutamanya kerajaan melayu Melaka. Ini terjadi ekoran daripada dunia perdangan yang pesat membangun ketika itu. Permainan ini berkembang pada masa kesultanan Melaka pada abad ke-15, di mana permainan congkak ini hanya dimainkan di kalangan keluarga istana sahaja. Dalam sejarahnya, permainan congkak ini mula terkenal di daerah Tanjung Pinang pada awal abad ke-17 sampai 18 Masihi. Pada awalnya, permainan congkak hanya dimainkan di kalangan kerabat istana dan bangsawan. Selain kerabat istana, congkak juga dimainkan oleh rakyat biasa juga tetapi terbatas kepada kepada kelompok sosial tertentu sahaja seperti kelompok nelayan dan petani sahaja. Permaina congkak ini merupakan permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu yang berlobang atau lubang yang dibuat di atas tanah. Manakala buahnya pula yang biasanya menggunakan biji getah, dan biji guli sebagai bahan utama yang dipanggil sebagai biji congkak. Peralatan yang

digunakan untuk bermain congkak juga biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. Disebelah hujungnya diukir bentuk kapala pelbagai haiwan seperti burung manakala di bahagian badan papannya pula diukir dengan pelbagai ukiran melayu. Lubang congkak adalah sebesar 9sm, manakala kedalamannya pula adalah sedalam 7sm. Sekiranya permainan congkak di mainkan di atas tanah, lubang haruslah digali dan kemudian tempurung kelapa diletakkan supaya tangan tidak kotor terkena tanah. Harus diingatkan, lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain dan disebut sebagai kampung. Pada penghujung kampung tersebut, terdapat sebuah lubang besar yang dalam dan dinamakan sebagai rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak yang sering digunakan adalah lima, tujuh, atau sembilan sebaris. Manakala kampungkampung ini haruslah diisi dengan buah congkak mengikut jumlah bilangan yang sama banyak.

lubang kecil(kampung)

lubang besar(rumah)

Gambar 1 : congkak

Cara Bermain Congkak. Permainan congkak bertujuan menguji kecekapan pemain untuk

mendapatkan seberapa

banyak buah yang dimiliki oleh

pihak lawan.

Kebiasaannya, permainan congkak boleh dibahagikan kepada dua acara iaitu secara perseorangan dan berpasukan. Jumlah maksimum pemain bagi permainan secara perseorangan adalah tidak terhad tetapi genap. Manakala jumlah minimum mestilah dua orang. Berikut adalah peraturan dan cara bermain congkak secara terperinci: 1. Congkak dimainkan di papan congkak yang berukuran panjang dan lebar 50x20 cm dengan ketebalan 8 cm. Ada juga jenis yang lain, seperti bentuk papan yang mirip perahu kecil atau jenis-jenis lain yang tidak mengikut ukurannya. Akan tetapi, ianya masih menggunakan peraturan permainan yang sama terutamanya jumlah lubang congkak. 2. Lubang congkak sebanyak 16 buah, iaitu 2 buah lubang rumah / induk dan 14 buah lubang kampung. Manakala, buah congkak berjumlah 49 buah untuk setiap pemain. 3. Setiap pemain memiliki 7 buah lubang kampung dan 1 buah lubang rumah/ induk yang terletak di sebelah kiri pemain. Lubang yang boleh diisi dengan buah congkak adalah lubang kampung dan masing-masing diisi sebanyak 7 buah. 4. Pemain terdiri daripada dua orang. Mereka akn duduk bertentengan menghadap papan congkak. 5. Permainan dimulakan dengan mengambil semua buah dari mana-mana lubang yang di hadapannya secara serentak. 6. Mereka akan memasukkan satu buah ke dalam setiap lubang kecuali rumah pemain lawan. 7. Pergerakan pemain mengikut pusingan jam. 8. Buah yang diambil akan diisikan ke dalam sebuah rumah yag dilalui termasuk ibu rumah sendiri.

9. Pemain tidak boleh meneruskan permainan apabila buah terakhir di dalam tangan jatuh di dalam rumah kosong. 10. Jika pemain berhenti di rumah kosong sendiri, pemain layak mengambil isi rumah yang setentang dengannya dan dimasukkan ke dalam ibu rumah sendiri sebagai ganjaran. Proses ini dinamakan menembak. 11. Menembak hanya boleh dilakukan sekiranya pemain selesai membuat satu pusingan pertama ataupun lebih. Sekiranya berhenti di rumah kosong lawan pemain tidak berhak menembak. 12. Pemain yang mempunyai bilangan anak buah yang banyak dalam ibu rumah dikira sebagai pemenang. 13. Bagi pusingan yang kedua pula, buah yang terkumpul dalam ibu rumah diagihkan semula ke dalam rumah sendiri. itu. 14. Pemain akan menutup lubang yang tidak dapat diisi dengan 7 buah. Pemain akan memasukkan semula lebihan buah ke dalam ibu rumah. 15. Pemain yang tidak mempunyai rumah terbakar akan memulakan permainan pusingan itu. Rumah yang tidak cukup buahnya dikira terbakar dan tidak boleh digunakan lagi dalam pusingan

Gambar 2 : Pertandingan congkak sedang berlangsung.

Faedah Pembelajaran dan Teori. Belajar melalui bermain merupakan jalan alternatif kepada pendekatan pengajaran di peringkat sekolah terutamanya peringkat sekolah rendah dan kanak-kanak. Bermain dapat menyumbang kepada pelbagai aspek perkembangan seseorang murid itu terutamanya dalam aspek pengembangan daya kreatif, fizikal, bahasa, sosioemosi dan moral. Ini bertepatan dengan konsep JERI iaitu perkembangan berkaitan Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek seseorang kanak-kanak itu. Permainan congkak merupakan salah satu permainan tradisional yang mampu menggalakkan perkembangan JERI seseorang kanak-kanak itu. Ini dapat diaplikasikan melalui perkembangan kognitif mereka, iaitu kesungguhan mereka berfikir bagaimana untuk memenangi permainan dalam menewaskan pihak lawan melalui pelbagai percubaan. Belajar melalui pengalaman sebelumnya secara langsung dan menggunakan kaedah cuba jaya, kanak-kanak akan sedaya upayanya merancang strategi baru untuk memenangi perlawanan itu. Perihal ini sangat berkaitan dengan teori pembelajaran Thorndike, di mana Thorndike menyatakan pembelajaran merupakan proses cuba ralat melalui hukum latihan. Ini dimana, kanak-kanak semasa bermain secara tidak langsung akan menghubungkaitkan antara rangsangan dan gerak balas. Proses ini akan bertambah kukuh lagi jika latihan dan pengukuhan diaplikasikan bersama sekerap yang mungkin. Melalui permainan congkak ini juga, kanak-kanak dapat mengembangkan lagi daya kreatif dan memberi peluang daya cipta tanpa had kepada mereka. Ini jelas dapat dihubungkaitkan melalui bermain seseorang kanak-kanak itu akan berfikir sekaligus mangaktifkan sel-sel neuron dalam otak mereka. Proses ini akan menggalakkan lagi perkembangan jasmani seseorang kanak-kanak itu.

Permainan congkak ini juga turut membantu dari segi perkembangan emosi kanak-kanak itu. Emosi akan terbentuk apabila belajar sambil bermain. Mereka akan sentiasa mengawal emosi mereka semasa mereka bermain. Selain itu, mereka juga akan mencapai kepuasan mereka dan dapat melepaskan tekanan yang dihadapi mereka semasa bermain. Selain dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang santai tanpa paksaan, mereka juga berpeluang meningkatkan keyakinan mereka. Ini dapat memberi dorongan dan motivasi kepada diri mereka. Aspek pembelajaran ini dapat diaplikasikan dengan hukum kesediaan oleh Thorndike, di mana beliau berpendapat Apabila seseorang pelajar bersedia untuk belajar, maka pembelajarannya akan menghasilkan kepuasan. Selain itu, dengan bermain kanak-kanak dapat menghasilkan emosi negatif dan positif. Emosi positif terhasil apabila perasaan gembira dan terhibur mereka tercipta apabila mereka bertemu dengan rakan-rakan sepermainan mereka. Komunikasi dan pergaulan sudah tentu menyumbang kepada penghasilan emosi itu tadi. Kesan yang berlaku dalam proses belajar sambil bermain ini juga turut mendatangkan perasaan sedih kepada mereka. Ini terjadi apabila mereka dikalahkan oleh pihak lawan semasa perlawanan atau permainan mereka berlangsung. Perasaan kecewa ini akan mencetuskan emosi negatif. Dalam kedua-dua situasi ini, impak yang diberikan adalah sama iaitu mereka dapat mendidik diri mereka dengan cara mengawal segala tekanan yang dihadapi mereka dalam memupuk keyakinan diri. Hal ini amtlah berkait dengan teori pelaziman Thorndike, di mana ikatan rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh sekiranya individu memperoleh kesan yang memuaskan selepas gerak balas dihasilkan. Sebaliknya, gerak balas yang tidak mendatangkan hasil yang berkesan akan menjadi lemah khasnya gerak balas yang membawa kesan yang menyakitkan atau kurang seronok. Dalam prinsip JERI, perkembangan intelek tidak harus dilupakan. Aspek intelek dapat diaplikasikan melalui permainan congkak ini dengan melibatkan proses pengiraan. Semasa bermain, kanak-kanak akan megira guli yang akan dimasukkan ke dalam kampung dan mengira guli yang berada di dalam rumah.

Hal ini sudah pasti dapat meningkatkan lagi penguasaan khususnya dalam subjek matematik di kalangan kanak-kanak semasa mereka bermain. Sebelum memulakan permainan, pemain congkak akan mengira terlebih dahulu biji guli iaitu sebanyak 49 biji guli bagi setiap pemain. Semasa proses mengira guli ini dilakukan secara tidak langsung pelajar akan mendapat kemahiran mengira. Ini secara tidak langsung dapat mengembangkan lagi pemikiran logikal maematik seseorang kanak-kanak itu. Perkembangan dari segi intelek ini amatlah bersangkutan dengan teori pembelajaran Bruner. Di dalam teori ini, Bruner menyatakan yang pembelajaran berlaku dalam tiga peringkat iaitu enaktif, ikonik, dan simbolik. Bagi memudahkan pemahaman murid, amat penting bagi mereka menimba pengalaman secara memegang dan memanipulasi objek maujud dan menyentuh objek yang hidup. Kanak-kanak juga berkebolehan mengunakan bahan secara grafik atau mental seperti membuat pengiraan mental. Oleh itu, amatlah terbukti bermain sambil belajar ini dapat meningkatkan perkembangan intelek kanakkanak itu. Teknik permainan congkak juga turut dapat diaplikasikan dalam pelajaran dalam pelajaran Pendidikan Jasmani. Pemain congkak memerlukan kekuatan otot tangan semasa memainkan permainan ini. Pelajar akan memasukkan biji guli ke dalam lubang kecil dan lubang besar secara berulang kali.Melalui proses berulang kali memasukkan biji guli ini secara tidak langsung akan dapat menguatkan otot jari dan otot lengan iaitu bisep dan trisep. Permainan congkak ini memerlukan pemainnya duduk secara bersimpuh ataupun bersila. Duduk secara bersila dan bersimpuh ini sememangnya dapat meregangkan otot kaki dan pinggang bersesuaian dengan pengajaran Pendidikan jasmani yang memerlukan regangan otot-otot untuk kesihatan tubuh badan manusia.

Penutup Kesimpulannya, belajar sambil bermain bukan sahaja menceriakan suasana alam belajar bagi kanak-kanak bahkan dapat membentuk sikap peribadi pelajar tersebut. Kanak-kanak yang terdedah dalam permainan semasa kecil biasanya mempunyai kekuatan , keyakinan diri dalam pembentukan emosi mereka. Kanak-kanak perlu diberi kebebasan sepenuhnya secara terkawal dalam memilih permainan yang bersesuaian dengan peringkat umur mereka agar mereka dapat berinteraksi dengan alam, rakan sebaya dan menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi.

Rujukan

Mok Song Sang (2008): Psikologi Pendidikan dan Pedagogi:Murid dan Alam Belajar. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. : Puchong, Selangor.

Nani Menon (2008). Permainan, Lagu dan Puisi Kanak-kanak. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. :Kuala Lumpur.

www.pts.com.my http://library.thinkquest.org/coo1252F/aesthetics/games/congkak/htm http://www. information.gov.bn/bdnewsletter/index.php http://malaysiana.pnm.my/03/0305congkak.htm

MAKTAB PERGURUAN ILMU KHAS JALAN YAACOB LATIF, 93000 CHERAS, KUALA LUMPUR

KERJA KURSUS PENDEK

BELAJAR SAMBIL BERMAIN


PERMAINAN TRADISIONAL, LATAR BELAKANG DAN CARA PERMAINAN, FAEDAH SERTA KAITANNYA DENGAN (JERI) DAN KAITANNYA DENGAN TEORI PEMBELAJARAN

FATIMAH BINTI ABD HADI ( 700831- 10 -5418 ) KUMPULAN / UNIT : 1.2 MASALAH PENGLIHATAN MATA PELAJARAN : EDU 3103 : MURID DAN ALAM BELAJAR NAMA PENSYARAH : EN. CHIN MEI KEONG

Anda mungkin juga menyukai