Anda di halaman 1dari 3

Teori Keperibadian Mulia

Definisi: kualiti terbaik atau istimewa (excellence).


Menitikberatkan : perwatakan manusia dari segi falsafah moral
o Bagi Aristotle, virtues atau keperibadian mulia adalah sekumpulan konsep
seperti keadilan, kemurahan hati, keberanian, kejujuran, kesabaran dan
kebijaksanaan yang memainkan peranan penting dalam kehidupan bermoral
masa kini.
Jenis keperibadian mulia iaitu
keperibadian mulia intelektual
keperibadian mulia moral.

1. keperibadian mulia intelektual
Aristotle berpendapat keperibadian mulia intelektual adalah kebaikan atau
keistimewaan akal seperti kebolehan memahami dan membuat taakulan yang baik.
Aristotle menganggap bahawa sifat intelektual ini boleh dipelajari daripada seorang
guru.
2. keperibadian mulia moral.
Aristotle juga menganggap, keperibadian mulia moral tidak terhasil dalam seorang
individu secara semula jadi, iaitu seseorang itu tidak dilahirkan dengan sifat baik dan
jahat. Mengikut Aristotle, keperibadian mulia mewajibkan kita bertingkah laku baik.
Sifat-sfat ini tidak dipelajari melalui ajaran seorang guru tetapi menerusi latihan,
tindakan-tindakan yang kerap diulang sehingga menjadi satu kebiasaan, menyenangkan
serta menyeronokkan.

Seseorang dianggap berkeperibadian mulia sekiranya mempunyai ciri-ciri berikut:
Menyedari moral adalah satu kewajipan yang tidak boleh dipersoalkan
Mempunyai keikhlasan dan kejujuran dari segi nilai
Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh melakukan kebaikan dan mengelakkan
keburukan
Berpegang kepada prinsip
Tidak mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan
Sedia menerima dengan tenang sesuatu yang dianggap kesusahan dan
kesengsaraan

Teori yang dianjurkan oleh Aristotle (384 BC 322 BC) ini telah meletakkan moral
sebagai sesuatu yang sederhana. Ini bermakna sesuatu yang bermoral adalah sesuatu
yang tidak keterlaluan dan mengambil jalan tengah.
Bagi pandangan Aristotle, melakukan sesuatu dengan berlebihan atau berkurangan
adalah jahat dan tercela. Islam dalam pada masa yang sama juga telah menegaskan
bahawa umat Islam yang baik adalah umat Islam yang sederhana.
http://nas-pgsrbahasamelayu.blogspot.com/2010/08/teori-keperibadian-mulia.html
CONTOH : dalam permainan bola sepak. Keperibadian yang mulia yang ada pada setiap
pemain dapat memastikan kelebihan pasukan itu. Kemahiran adalah kebolehan
seseorang itu melakukan tendangan yang bagus dan baik. Sebelum menjadi tendangan
yang bagus, setiap pemain perlu melakukan latihan yang banyak dan betul. Jadi, sikap
pemain perlulah positif dan berdisiplin. Pemain juga perlu bersikap sederhana dan tidak
berlagak. Jika berlagak selepas memenangi sesuatu perlawanan, ia akan memberikan
kesan yang buruk.
http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/05/teori-keperibadian-mulia.html
Kritikan terhadap Teori Keperibadian Mulia
i.Kebaikan
mewujudkan insan yang mempunyai sifat-sifat baik dan terpuji seperti kejujuran,
baik hati, amanah dan sifat-sifat terpuji yang lain
o Teori Virtue Aristotle yang menyatakan keperibadian mulia yang
mewujudkan insan seperti ini adalah hasil daripada pemerhatian dan
pergaulan antara mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia.
o Wallace (1978) berpendapat bahawa keperibadian mulia memainkan
pelbagai peranan yang tidak boleh diketepikan untuk kesejahteraan hidup
manusia.
o Philip Foot (1978) pula menyatakan bahawa manusia tidak boleh hidup
dengan baik tanpa keberanian,kesederhanaan dan kebijaksanaan kerana
masyarakat tidak ada keadilan.
dapat menyatukan taakulan dan emosi serta mengelakan berlakunya gejala sosial
yang tidak sihat.
o Contohnya seseorang itu hanya akan meniru dan mencontohi sesuatu
tingkah laku yang apabila difikirkan akan mendatangkan kesan baik kepada
dirinya. Sebelum meniru dan mengaplikasikan sesuatu tingkah laku, beliau
akan memikirkan kesan baik dan buruknya terlebih dahulu.
ii. Kelemahan
mendapat kritikan kerana kurang pasti sama ada sifat-sifat mulia wujud secara
semulajadi atau diperolehi melalui pengamalan dan pengalaman.
Teori Virtue Aristotle yang menyatakan keperibadian mulia bukan sesuatu yang
natural itu telah mendapat tentangan daripada golongan yang percaya kepada
Tuhan
Mereka percaya bahawa insan seperti nabi dan rasul memiliki keperibadian mulia
secara semulajadi kerana dianugerahkan Ilahi kepada mereka. Keperibadian mulia
seseorang itu tidak semestinya melalui kecenderungan atau latihan kerana manusia
mempunyai sifat naluri ingin tahu dan sifat meniru.
Oleh itu, peribadi individu ini boleh dipengaruhi oleh social masyarakat,
perkembangan ekonomi dan rakan sebayanya. Jelasnya, keperibadian mulia boleh
diperolehi dengan memerhati dan bergaul rapat dengan mereka yang mempunyai
sifat-sifat mulia dan berbudi pekerti yang baik.
kelemahan teori ini juga ialah kita tidak dapat mengetahui dengan lebih jelas
siapakah yang sebenarnya mempunyai keperibadian mulia.
Barnes (1979) pula mengkritik doktrin jalan tengah Aristotle kerana doktrin itu
tidak mempunyai tenaga nasihat atau kekuatan untuk membuat sesuatu.
http://cikguskskr.blogspot.com/2012/08/teori-keperibadian-mulia.html

Anda mungkin juga menyukai