Anda di halaman 1dari 39

Teori Deontologikal

- Deontologi berasal dari perkataan Yunani deon yang


bermaksud yang diharuskan atau diwajibkan
- Teori ini mempunyai dua aspek iaitu tindakan dan peraturan.
- Perbezaannya, teori deontologi peraturan menjelaskan bahawa
pertimbangan moral adalah ditentukan dengan merujuk kepada
perkara-perkara umum seperti peraturan masyarakat atau
prinsip-prinsip tertentu .
- Teori deontologi tindakan pula menyatakan bahawa tidak perlu
untuk membuat rujukan kepada prinsip-prinsip atau peraturan
tetapi menegaskan bahawa tindakan adalah satu persepsi yang
terus terang sama ada sesuatu tindakan itu betul atau salah.

Teori Deontologi boleh dibahagikan kepada dua prinsip utama, iaitu


Prinsip Kewajipan dan Prinsip Eksistensialisme.
Prinsip Kewajipan

Satu prinsip kemoralan dalam teori deontologikal peraturan yang


dikemukakan oleh Immanuel Kant (1724-1804) ialah prinsip
kewajipan

Tanggungjawab dianggap sebagai satu nilai utama menentukan sama


ada tindakan itu bermoral atau tidak. Bukan semua tanggungjawab
adalah tanggungjawab kemoralan.( Contohnya: tanggungjawab
ketepatan masa, sebagai ibu, suami, pemain dalam pertandingan,
walaupun kadang kala ia dianggap tanggungjawab etika).

Konsep tekad baik (goodwill) adalah sesuatu yang baik


tanpa syarat dalam melakukan sesuatu tindakan.

Menurut Kant, kita perlu mengambil kira niat, tujuan


seseorang dalam menentukan sama ada suatu tindakan
itu adalah baik atau betul.
Prinsip Perintah Mutlak bermaksud satu perintah
yang wujud tanpa sebarang pengecualiaan atau syaratsyarat.

Mengandungi tiga prinsip utama iaitu prinsip


tersebut mesti diterima secara umum, dapat
menghormati
manusia dan pihak yang bertanggungjawab

Kewajipan Prima Facie

ir William David Ross (18771940) bersetuju dengan Kant


bahawa kemoralan pada asasnya tidak patut berdasarkan
akibat tindakan kita tetapi beliau tidak bersetuju dengan
kemutlakan teori-teori Kant. Ross percaya bahawa
terdapat kewajipan prima facie tertentu yang patut kita
sentiasa patuhi kecuali apabila keadaan atau alasan yang
serius memerlukan kita buat yang berlainan.

Seperti Kant, Ross percaya terdapat peraturan yang patut


dipatuhi oleh manusia kerana ini adalah obligasi manusia
melakukannya. Ross menyusun sebuah daftar kewajipan
yang semuanya merupakan kewajipan prima facie:

Kewajipan kesetiaan: kita harus menepati janji yang


diadakan dengan bebas

Kewajipan ganti rugi: kita harus melunasi hutang moral dan


material

Kewajipan terima kasih: Kita harus berterima kasih kepada


orang yang berbuat baik kepada kita.

Kewajipan keadilan: kita harus membahagikan hal-hal yang


menyenangkan sesuai dengan khidmat orang berkaitan .

Kewajipan berbuat baik: kita harus membantu orang


lain yang memerlukan bantuan kita.

Kewajipan mengembangkan dirinya: Kita harus


mengembangkan dan meningkatkan bakat kita di
bidang keutamaan, inteligensi, dan sebagainya.

Kewajipan untuk tidak merugikan orang lain (satusatunya kewajipan yang dirumuskan Ross dalam
bentuk negatif)

TEORI DEONTOLOGIKAL
Berasal dari Yunani Deon (yang
diharuskan atau diwajibkan )
Greek: Kesudahan atau keputusan
Pengasas: Immanuel Kant (17241804)

JENIS-JENIS TEORI
DEONTOLOGIKAL
EKSISTENSIALISME
aliran atau gerakan falsafah moden
yang menegaskan pentingnya
pengalaman dan tanggungjawab
seseorang individu dan tekanantekanan yang terbit daripadanya ke
atas individu berkenaan yang
dianggap dapat bertindak dengan
bebas
(Kamus Dewan)

EKSISTENSIALISME
orang yang menganut falsafah
bahawa manusia adalah
bebas,bertanggungjawab
membentuk kehidupan serta
nilainya sendiri dan mesti
mengalami kehidupan
sepenuhnya pada setiap waktu
(Kamus Dewan).

SIAPA YANG MEMPERKENALKAN


TEORI ?
Soren Kierkegaard

Martin Heidegger

EKSISTENSIALIS
ME

Karl Jaspers

Gabriel Marcel

Jean Paul Sartre


10

tokoh Falsafah paling terkenal


Jean Paul Satre

melemahkan peraturan tradisional dan mutlak yang


berfungsi sebagai panduan moral
Memperkenalkan konsep
kemoralan berasaskan
andaian KEBEBASAN

KITA YANG MENENTUKAN


BAGAIMANA KITA HENDAK HIDUP

Beliau mengemukakan hujah


mengenai eksistensialisme
dalam bukunya
Being and Nothingness

Teori ini juga


dikenali sebagai
etika situasi

Jean Paul Satre

Etika situasi menilai sesuatu


perbuatan sama ada wajar
atau tidak wajar berdasarkan
situasi atau keadaan pada
waktu tersebut.

12

PANDANGAN LAIN
Heideggar
Perkenalkan konsep KEWUJUDAN SAH

Kewujudan ini merujuk kepada individu membuat


pilihan dan keputusan moral yang tulen dan tidak
membenarkan dirinya dipengaruhi oleh
pendapat dan pandangan orang lain dalam
membuat pilihan dan keputusan moral.

Menurut Van Scottes, Kraft


dan Haas(1979)
falsafah ini terlalu individualistik
kerana
bergantung atas faktor-faktor yang
subjektif iaitu merenung ke dalam,
penghayatan emosi dan perasaan
keseorangan
14

Menitikberatkan kebebasan memilih (freedom of


choice) dalam situasi yang mereka berada.
Terdapat tiga bentuk kebebasan:

Kebebasan
jasmani

Kebebasan
kehendak

Kebebasan
moral

15

n
a
s
a
b
e
b
Ke oral
mbermaksud kebebasan bertindak
tanpa amanah,paksaan dan larangan.
Mengikut eksistensialisme,seseorang itu merasakan
kewajipannya bukan suatu yang dipaksa dari luar,
tetapi sesuatu yang dikehendaki olehnya sendiri.
Dengan menjauhi semua prinsip dan peraturan moral,
individu mesti menggunakan kebebasannya untuk
mendapat fakta yang betul berhubung dengan situasi
yang dihadapinya, iaitu menilai secar teliti situasi
berkenaan, kemudian membuat pilihan dan keputusan
moralnya sendiri.

Pandangan Eksistensialisme dari sudut


Epistemologi ( ilmu )

Mereka
berpendapat
manusia
mengetahui
melalui
pengalaman.

Tidak ada
kriteria atau
objektif yang
boleh
menentukan
samada
pemahaman
seseorang itu
betul atau salah.

Kebenaran
sentiasa relatif
ikut
pertimbangan
seseorang.

CONTOH
TEORI
EKSISTENSIALISME

ASPEK PENDIDIKAN
Sistem sekolah atau guru tidak mempunyai hak
untuk menekankan matlamat pendidikan ke
atas murid.
Maka, matlamat pendidikan tidak digariskan.
Selain
hal
itu,
mazhab
ini
juga
tidak
menggariskan
subjek-subjek
yang
perlu
diajarkan di sekolah.
Walau
bagaimanapun,
subjek-subjek
yang
bersifat estetik dan berfalsafah seperti seni,
kesusasteraan, dan drama difikirkan relevan.

Dari aspek guru pula, guru berperanan


sebagai pemangkin yang menyediakan
peluang pendidikan bagi anak murid
meluahkan perasaan dan emosi.
Guru juga perlu menggunakan teknik atau
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan aktiviti serta berpusatkan
murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai