Anda di halaman 1dari 4

ANALISIS FILEM LION KING

2.1 STRUKTUR MEMPENGARUHI AGENSI

i. Teori Strukturalisme

Teori strukturalisme wujud dalam aliran arus perkembangan teori-teori


sosial dan kemudian berkembang berasaskan andaian bahawa terdapat
persamaan antara struktur Bahasa, fikiran dan masyarakat (Hashim.
1985). Levi-Strauss menyatakan bahawa strukturalisme sebagai suatu
struktur yang sama yang mendasar semua bahasa yang akhirnya
mencipta budaya seperti contoh pelakuan. Bahasa memberikan kita
pengetahuan tentang apa yang kita tahu dan tentang apa yang berlaku di
sekitar kita. Ianya juga adalah tentang realiti sosial. Peranan bahasa
(sistem bahasa) dalam kehidupan sosial amat penting dan perlu difahami.
Kehidupan sosial bergantung kepada bahasa, bahasa tentukan kehidupan
sosial. Apa yang ditekankan oleh Levi-Strauss adalah untuk memahami
pola-pola sosial dan budaya dari segi memahami proses-proses mental
yang universal yang terpendam dalam minda manusia.

Di dalam filem Lion King, jika dilihat sifat sebenar seekor singa adalah
sebagai haiwan ganas dan merupakan pemangsa dengan memakan
haiwan-haiwan lain. Walau bagaimanapun, pelakuan Simba yang
membesar bersama Pumba (babi hutan) dan Timon (Meerkat) telah
mengubah sifat sebenar seekor singa dari segi pemakanan iaitu Simba
tidak lagi makan daging seperti kebiasaan seekor singa tetapi hanya
makan serangga seperti dua binatang tersebut. Ini menunjukkan bahawa
keadaan Simba yang bercampur dengan masyarakat baru telah
mengubah tingkah laku sosialnya dan boleh bercampur dengan haiwan-
haiwan lain.

ii. Teori Struktural Fungsional

Menurut Raho (2007), terdapat empat syarat fungsional dalam sistem


sosial yang dikembangkan oleh Talcot Parsons seperti berikut;

i. Adaptation, menunjukan kepada keperluan bagi sistem-sistem


sosial untuk menghadapi lingkungannya yang bersifat
transformasi aktif dari situasi yang pada umumnya segi-segi
situasi yang dapat dimanipulasi sebagai alat untuk mencapai
tujuan suatu kondisi yang tidak dapat ataupun yang sukar diubah.
ii. Goal Attainment, sebuah sistem harus mampu menentukan
tujuannya dan berusaha mencapai tujuan-tujuannya.
iii. Integration, masyarakat harus mengatur hubungan di antara
komponen-komponennya supaya boleh berfunsi secara
maksimum
iv. Laten, setiap masyarakat harus mempertahankan, memperbaiki,
memperbaharui motivasi individu-individu mahupun pola-pola
budaya yang menciptakan dan mempertahankan motivasi-
motivasi itu.

Selain itu juga, terdapat 4 jenis sistem tindakan untuk melaksanakan


fungsi-fungsi AGIL iaitu;

i. Sistem Behavioral Organisme


ii. Sistem Personaliti
iii. Sistem Sosial
iv. Sistem Budaya

Talcott Parsons berteori dengan mengandaikan perkara yang baik sahaja


tentang masyarakat. Setiap masyarakat menjalankan fungsi dengan baik
mengikut struktur yang telah ditetapkan. Teori ini menekankan
kepentingan persefahaman anggota masyarakat demi keharmonian dan
kestabilan masyarakat berkenaan.

Dalam konteks filem Lion King ini, terdapat struktur dalam kelompok
masyarakat Pride Lands di mana wujud sistem pemerintahan yang
diketuai oleh Singa (Mufasa) sebagai ketua kepada kelompok haiwan-
haiwan tersebut. Semasa hari pertabalan Simba sebagai pewaris takhta,
semua haiwan di Pride Land hadir untuk meraikan pewaris takhta
tersebut dan mengiktiraf Simba merupakan ketua mereka yang akan
menggantikan mereka Mufasa pada masa akan datang. Jika dilihat pada
akhir cerita juga ada babak yang menunjukkan anak Simba turut
diperkenalkan kepada semua warga Pride Land sebagai pewaris takhta.
Ini menunjukkan bahawa telah wujud satu struktur dalam amalan
memperkenalkan pewaris takhta oleh pemerintah dan ianya diterima
pakai oleh semua penduduk di Pride Land.

Robert Merton pula mengatakan struktur dalam masyarakat moden tidak


semestinya berfungsi dengan baik untuk seluruh masyarakat atau
individu. Menurut Raho (2007), struktur-struktur dalam masyarakat
moden tidak semestinya berfungsi dengan baiknya untuk seluruh
masyarakat atau semua individu dalam masyarakat – ada struktur yang
fungsinya tidak semestinya baik dan menyebabkan kesepaduan dalam
masyarakat (no functional unity). Masyarakat tidak selalunya
berintegrasi – semua bahagian dalam masyarakat tidak semestinya
berintegrasi (dengan baik) sesama sendiri. Merton telah membezakan
antara apa yang dikenali sebagai fungsi ketara (manifest function) dan
fungsi tersembunyi (latent function). Fungsi ketara adalah sesuatu yang
diketahui dan dikehendaki dalam aktiviti sosial tertentu. Fungsi
tersembunyi pula merupakan sesuatu yang tidak disedari atau tidak
dijangkakan.

Dalam konteks filem Lion King, semua haiwan telah hadir ke majlis
memperkenalkan Simba sebagai pewaris takhta di Pride Land. Walau
bagaimanapun, tindakan Scar yang merupakan pakcik kepada Simba dan
kumpulan haiwan dubuk yang diketuai oleh Hyenas yang tidak hadir ke
upacara tersebut selolah-olah tidak mengiktiraf Simba sebagai pewaris
takhta. Situasi ini menunjukkan bahawa Scar dan Hyenas dan rakan-
rakanya tidak berfungsi dengan baik terhadap struktur pemerintahan
yang telah diterima pakai oleh penduduk di Pride Land.

iii. Teori Konflik

Menurut Raho (2007), teori konflik adalah satu persepktif di dalam


sosiologi yang memandang masyarakat sebagai satu komponen sosial
yang terdiri daripada bahagian-bahagian atau komponen-komponen yang
mempunyai kepentingan yang berbeza di mana setiap komponen
berusaha untuk menakluki komponen yang lain. Situasi ini berlaku
disebabkan matlamat untuk memenuhi dan memperoleh kepentingan
yang maksimum. Sebelum itu, konflik sosial merujuk kepada
pertentangan secara langsung dan sedar di antara individu atau kumpulan
untuk mencapai matlamat yang sama. Ia menekankan konflik sebagai
satu unsur utama dalam kehidupan sosial di mana ia dianggap sebagai
suatu perkara yang normal dan tidak dapat dielakkan. Ia diyakini
berfungsi dan akan terbina dalam keadaan tertentu.

Dalam masa yang sama, teori konflik menekankan bahawa keuntungan


boleh diperolehi melalui cara paksaan dan penindasan. Meskipun
begitu, tidak semua keuntungan perlu diperolehi melalui penindasan. Hal
ini kerana kerjasama boleh diwujudkan dalam mencapai matlamat
masing-masing.

Karl Marx misalnya melihat punca konflik berasaskan hubungan sosial


dalam pengeluaran antara dua kelas iaitu “bourgeois” dan “proletarian”
akibat daripada hubungan yang berbeza terhadap sumber-sumber
pengeluaran. Golongan “proletarian” mengalamai alienasi dalam empat
kategori iaitu alienasi dari pekerjaan di mana mereka diperlakukan
sebagai sebahagian alat produksi yang bersifat mekanik, alienasi dari
hasil pekerjaannya kerana mereka tidak mendapatkan apa yang mereka
hasilkan melainkan upah semata, alienasi dari pekerja lainnya kernana
mereka terasing dan perlu bersaing dengan pekerja lain dan alienasi dari
kemampuan mereka kerasan terasing dari kemampuan manusiawi
mereka dan perlu tunduk kepada mesin.(Raho 2007). Maka, konflik
dikatakan boleh berlaku dalam mana-mana jenis masyarakat atau
struktur sosial akibat dari tuntutan dari individu atau kelompok yang
bertentangan dari semasa ke semasa. Konflis yang tercetus ini
seterusnya akan menimbulkan revolusi penentangan terhadap golongan
yang berkuasa.

Dalam konteks Joker, konflik wujud di antara Scar dan keluarga diraja
Mufasa. Tindakan protes yang dibuat oleh Scar akhirnya mendorong
beliau untuk melancarkan penentangan terhadap Mufasa bersama-sama
dengan kumpulan dubuk diketuai oleh Hyenas untuk menjadi pemerintah
di Pride Land. Tindakan tersebut telah berjaya menjadikan Scar sebagai
raja. Walau bagaimamapun, wujud juga konflik antara Scar dengan
singa-singa yang lain yang mana mereka tidak mengiktiraf Scar sebagai
raja mereka yang baru.
Bernard Raho. 2007. Teori sosiologi moden. Jakarta: Prestasi Pustaka.

Rohana Yusof. 2014. Asas sains sosial dari perspektif sosiologi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

Hashim Awang A.R. 1985. Strukturalisme Satu Tinjauan Multidisliplin. Dlm. Nik Safiah
Karim (pnyt.) Strukturalisme: Satu Tinjauan Dari Segi Teori dan Aplikasi , hlm. 80-
97. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Anda mungkin juga menyukai