Anda di halaman 1dari 3

Khurafat: Perjanjian Syaitan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, cari Khurafat: Perjanjian Syaitan
Poster filem Khurafat Pengarah Syamsul Yusof Syarikat penerbitan Skop Production Penerbit Dato' Yusof Haslam Syamsul Yusof Liyana Jasmay Lakonan Sabrina Ali Ed Eyzendy Sinematografi Omar Ismail Mula tayangan 13 Januari 2011 Tempoh tayangan 80 minit Negara Malaysia Bahasa Bahasa Malaysia Perbelanjaan RM1.50 juta[1]

Khurafat: Perjanjian Syaitan (atau Khurafat) ialah sebuah filem seram arahan pemenang Pengarah Terbaik FFM 23 , Syamsul Yusof yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 13 Januari 2011. Filem yang dibintangi oleh Syamsul yusof, Liyana Jasmay dan Sabrina Ali ini merupakan filem pertama arahan Syamsul Yusof, yang mengangkat tema kekufuran masyarakat yang sanggup meminta bantuan selain dari Allah.

Isi kandungan
[sorokkan]

1 Sinopsis 2 Pelakon 3 Sambutan o 3.1 Jualan o 3.2 Ulasan 4 Rujukan 5 Pautan luar

[sunting] Sinopsis
PERHATIAN: Butiran jalan cerita yang nyata menyusul.

Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tetapi, manusia tanpa mengira akibat membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan. Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersikap pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini. Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi.[2]

[sunting] Pelakon

Syamsul Yusof sebagai Johan (Pelakon Utama) Liyana Jasmay sebagai Aishah (Pelakon Utama) Sabrina Ali sebagai Anna (Pelakon Utama) Md Eyzendy sebagai Rosman (Pelakon Pembantu)

[sunting] Sambutan
[sunting] Jualan
Pada empat hari pertamanya dalam tayangan, filem Khurafat: Perjanjian Syaitan meraih kutipan sebanyak RM2.5 juta[3], sekaligus diletakkan di tangga teratas carta kutipan pawagam Malaysia pada hujung minggu 1316 Januari 2011.[4] Filem ini masih mengungguli carta pawagam negara pada minggu kedua (2026 Januari 2011).[5] Selepas hampir tiga minggu bertayangan, dilaporkan bahawa filem Khurafat mencecah RM6.9 juta setakat 31 Januari, satu pencapaian besar untuk filem seram pertama terbitan Skop Productions.[6]

[sunting] Ulasan
Filem Khurafat: Perjanjian Syaitan menerima ulasan yang agak memuaskan pada keseluruhannya. Menurut tapak sesawang berita hiburan Oh! Artis, pengulasnya menceritakan bahawa "Satu panggung terkejut dengan babak-babak menarik yang ada memang kecoh satu panggung wayang lagi-lagi kaum wanita yang terjerit-jerit ketakutan." Pengulas Oh! Artis memuji kesan bunyi yang "sentiasa membawa debaran", dan penamat "di luar jangkaan" penonton, tetapi menyatakan plot cerita yang kurang tersusun tetapi masih mudah difahami dan

kepanjangan filem ini (1 jam 20 minit) sebagai kelemahan kecil.[2] Akhbar Internet mStar pula menyiarkan ulasan yang memuji Syamsul Yusof kerana lakonannya yang makin matang serta kerja arahannya yang cekap menyusun naratif filem ini.[7] Ulasan Reel Ayie untuk portal Murai.com.my meluahkan bahawa filem Khurafat "sangat menyeramkan" dan memuji kesan bunyinya yang "sangat mengerunkan serta boleh bikin gugur jantung". Jelasnya, "Khurafat berjaya menjelmakan elemen seram dan jalan cerita yang menarik daripada pengarah muda berbakat ini. Biarpun baru pertama kali mengarahkan filem genre seram, namun hasilnya sungguh memberangsangkan."[8]

Anda mungkin juga menyukai