Anda di halaman 1dari 10

YOK WEI LIANG

Perkembangan kanak-kanak
30.10.16

short note

3.0 Personaliti dan konsep kendiri


Konsep Personaliti
Personaliti berasal drp perkataan Latin, iaitu pesona yang
bermaksud topeng yang kita pakai.
Personaliti merupakan kesan yang kita tinggalkan kepada
org lain
Topeng yang kita pilih untuk dipersembahkan kpd khalayak
ramai.
Personaliti merupakan satu tret2 unik yang ada pada
manusia.
Personaliti
menggambarkan
keperibadian
manusia
merangkumi ciri2 seperti pola pemikiran, nilai, sikap dan
emosi.
Keunikan ini membezakan diri seseorang individu dengan
individu lain.
Teori-teori personality
Model klasik teori taipologi, teori tret
Model kontemporari teori psikodinamik, teori humanistik dan
teori sosiokognitif
Teori Taipologi
Ahli psikologi menggunakan istilah type (jenis) utk
menerangkan perbezaan2 yang terdapat dalam kalangan
manusia.
Hippocrates menyatakan bahawa manusia mempunyai
kecenderungan utk bertingkah laku (temperamen) dalam
cara tertentu berdasarkan empat aspek fisiologi yang
dimilikinya iaitu sanguine (berpersonaliti optimistik),
phlegmatic (pasif dan cermat), melancholic (cenderung

YOK WEI LIANG

Perkembangan kanak-kanak
30.10.16

short note

dalam keadaan sedih dan murung), choleric ( gelisah dan


cepat naik marah).
Sheldon menyatakan terdapatnya hubungan rapat antara
bentuk badan fizikal dengan temperamen dan tingkah laku
seseorang.
Dalam teori taipologi, Sheldon mengkategorikan personaliti
seseorang mengikut bentuk fizikalnya.
Endomorfik merupakan jenis individu yang mempunyai
bentuk badan bulat dan lembut. Mereka suka kesenangan,
bersosialisasi dan lebih relaks.
Mesomorfik merupakan jenis individu yang berbadan kuat,
berotot dan bertenaga. Mereka lebih aktif, bertenaga,
bermatlamat dan kadangkala bersifat agresif.
Individu ektomorfik berbadan kurus, tinggi dan lemah.
Mereka dianggap sebagai intelek tetapi memiliki pembawaan
yagn sensitif dan cenderung untuk mengelakkan diri
daripada persekitaran awam.

Teori Tret
Tret
merupakan
pembawaan
seseorang
yang
mendorongnya berkelakuan secara konsisten dalam
pelbagai situasi.
Seseorang akan menunjukkan tingkah laku yang sama
dalam situasi yang berlainan.
Personaliti berdasarkan teori tret adalah berlandaskan tiga
andaian asas iaitu
Tret personaliti merupakan sifat yang stabil dan boleh
diramal
Tingkah laku seseorang yang stabil merentas masa dan
situasi (ketekalan)
Setiap manusia memiliki tret2 personaliti yang berbeza, tiada
dua orang individu yang mempunyai tret2 personaliti yang
100% sama (keunikan)

YOK WEI LIANG

Perkembangan kanak-kanak
30.10.16

short note

Teori Tret Allport


Di bawah label tret terdapat tiga jenis tret yang berbeza
Tret Kardinal tingkah laku yang umum dan tekal
Tret pusat mewakili ciri2 tingkah laku yang normal dan
biasa kelihatan dalam diri individu
Tret Sekunder Ciri2 yang lebih spesifik dan tertakluk
kepada situasi tertentu (tidak suka tempat yang sesak)
Allport berpendapat tret2 merupakan unsur diwarisi yang
membina struktur asas personaliti seseorang.
Walaupun tret2 personaliti agak tekal, namun situasi boleh
mempengaruhi perubahan.
Contohnya, seseorang ekstrovert suka bercakap banyak
boleh berdiam apabila menghadiri majlis pengebumian
saudara.
Model Personaliti Big-Five (Allport)
Terdapat lima faktor asas dalam model personaliti dan
dinamakan sebagai The Big-Five Personality.
Model Personaliti Big-Five menganalisis personaliti
berdasarkan lima kluster tret2 hasil daripada analisis faktor:
Keterbukaan kpd pengalaman, sifat berhati2, extraversion,
senang mencapai persetujuan, dan bersifat neurotik.
Faktor
Keterbukaan
kepada
pengalaman : Dimensi tahap
kreativiti dan daya ingin tahu
Sifat berhati-hati : Dimensi ini
mewakili etika kerja seseorang
yang boleh dipercayai
Extraversion: Mengukur tahap
pergaulan sosial
Senang
mencapai

Tret
Imaginatif, sangsi, proses
pemikiran yang luar biasa
Efisien,
tersusun,
diharapkan

boleh

Aktif, pandai bergaul, suka


bercakap
Menghargai usaha orang lain,

YOK WEI LIANG

Perkembangan kanak-kanak
30.10.16

persetujuan:
Dimensi
ini
merujuk kepada kemesraan
dan baik hati seseorang
Bersifat neurotik: mengukur
tahap
ketenteraman
jiwa
dalam menghadapi tekanan
hidup

short note

pemaaf, pemurah, mesra

Emosi yang tidak stabil:


kerisauan, sensitif
Emosi positif : ketenangan,
keyakinan diri, rasa selamat

Teori Tret Biologikal


Eysenck menggunakan analisis faktor utk menjelaskan
struktur personaliti digelar supertraits yang terbahagi kepada
dua dimensi
Ekstrovert Introvert
Stabil Tidak stabil
Kedua2 dimensi ini mempunyai komponen biologikal yang
nyata dan dikatikan dengan fungsi sistem saraf tunjang
individu tersebut.
Seorang ekstrovert mempunyai sistem saraf yang kuat (aras
sensitiviti yang rendah terhadap tekanan) membolehkannya
bertoleransi dengan rangsangan yang kuat.
Dimensi supertraits pertama (Ekstrovert Introvert), seorang
ekstrovert merupakan individu yang suka menceburkan diri
dengan dunia luaran.
Seorang ekstrovert ialah orang yang aktif, suka bercampur
gaul, bergurau senda dan relaks.
Individu ekstrovert sering mencari kegembiraan, suka
kepada perubahan dan impulsif.
Individu ini tidak suka berseorangan dan tidak senang
dengan perkara2 yang menyedihkan.
Seorang introvert suka menjalajah dunia dalam dirinya.
Introvert seorang pendiam, suka bersendirian dan tidak
banyak memerlukan rangsangan dari dunia luaran.

YOK WEI LIANG

Perkembangan kanak-kanak
30.10.16

short note

Sesuatu
perasaan
yang
dialaminya
akan
lebih
berpanjangan, contohnya, mengekalkan persahabatan yang
lama, atau merancang sesuatu dari awal lagi.
Bagi dimensi supertraits yang kedua (Stabil Tak Stabil),
individu yang stabil dikenal pasti dengan sifatnya yang
tenang, relaks, temperamen yang seimbang dan terkawal.
Individu dimensi tidak stabil sering mempamerkan ciri
kebimbangan, mempunyai angin (moody) dan emosi yang
negatif.
Ekstrovert
Tret stabil
Gemar bercampur gaul
Gemar aktiviti luar
Relaks

Tret tidak stabil


sensitif
Gelisah
Cepat berubah

Introvert
Tret stabil
Pasif
Cermat
Tidak cepat marah

Tret tak stabil


Muram
cemas
Pendiam

Ekstrovert fokus kepada kehidupan sosial dan dunia luaran


Intovert lebih berfokus kepada pemikiran dan perasaan
sendiri.
Teori Psikodinamik (Sigmund Freud)
Freud menjelaskan perkembangan personaliti seseorang
dengan berfokuskan kuasa tenaga dalaman sebagai
penggerak kepad pembentukan personaliti.
Teori Personaliti Sigmund Freud
Terdapat tiga struktur personaliti, iaitu id, ego dan superego.

YOK WEI LIANG

Perkembangan kanak-kanak
30.10.16

short note

Terdapat tiga tahap kesedaran iaitu tahap sedar, prasedar


dan bawah sedar.
Bayi yang baru lahir hanya mempunyai personaliti id yang
beroperasi berdasarkan prinsip keseronokan dan tidak
rasional.
Id berada pada tahap tidak sedar dan bertindak untuk
memenuhi keperluan asas.
Ego muncul sekitar umur mencapai satu tahun, inginkan
kemajuan dan boleh menyesuaikan diri, menggunakan
pemikiran logik dan penuh dengan persepsi.
Ego beroperasi berasaskan prinsip realiti pada tiga tahap
kesedaran iaitu sedar, prasedar dan bawah sedar.
Personaliti superego mula kelihatan pada umur lima tahun.
Superego beroperasi mengikut prinsip kesempurnaan,
mengawal ego dan id dengan mempertimbangkan aspek
moral dan nilai.
Superego berkembang kerana pengaruh persekitaran.
Id sistem bawah sedar personaliti yang bertindak
berdasarkan naluri hidup dan mati menggunakan prinsip
keseronokan.
Ego- secara am bertindak pada sistem sedar personaliti dan
beroperasi mengikut prinsip realiti.
Superego sistem moral personaliti yang terdiri daripada
gerak hati dan ego ideal.
Tiga peringkat perkembangan psikoseksual Freud : mulut,
dubur, kubul.
Mengikut Freud, personaliti dewasa bergantung kepada
kejayaan atau kegagalan seseorang semasa berada pada
peringkat kanak-kanak dalam mengatasi konflik yang
dihadapinya.
Pengalaman buruk akan membawa kepada personaliti tak
stabil.

YOK WEI LIANG

Perkembangan kanak-kanak
30.10.16

short note

Akibat pengalaman ini, ketika umur dewasa, ia akan


mengalami personaliti tak stabil seperti pendiam, pasif,
bergantungan kepada orang lain, menghisap rokok dan
sebagainya.
Teori Introvert-Extrovert Carl Jung
Jung kurang bersetuju dengan idea Freud yang terlalu
mementingkan aspek seksualiti dalam kajian perkembangan
personaliti.
Beliau juga tidak setuju dengan idea Freud yang
menyatakan bahawa pembentukan personaliti seseorang
hampir selesai pada peringkat kanak2.
Seseorang ekstrovert memberikan fokus kepada kehidupan
sosialnya dan dunia luaran seperti hal2 berkaitan dengan org
lain.
Dalam kebanyakan situasi, dia adalah seorang yang aktif,
suka bercampur gaul, bersenda gurau dan relaks.
Seseorang ekstrovert sering mencari kegembiraan, suka
kepada perubahan dan cepat bertindak balas.
Dia tidak suka berseorangan dan tidak senang dengan
perkara2 yang menyedihkan.
Seseorang introvert pula lebih fokus kepada pemikiran dan
perasaan diri.
Introvert merupakan seorang pendiam, suka bersendirian
dan tidak banyak memerlukan rangsangan dari dunia luaran.
Sesuatu
perasaan
yang
dialaminya
akan
lebih
berpanjangan, contohnya, mengekalkan persahabatan yang
lama, menunjukkan kemarahan yang berpanjangan,
merancang sesuatu dari awal lagi.
Seseorang introvert suka kepada cara hidup yang teratur
dan kemas.
Konsep jung sama dengan konsep stabil tak stabil yang
diutarakan oleh Eysenck.

YOK WEI LIANG

Perkembangan kanak-kanak
30.10.16

short note

Jung telah mencipta empat fungsi personaliti yang


menjelaskan
cara2
manusia
berhubung
dengan
persekitarannya iaitu sensing, intuiting, pemikiran dan
perasaan.
Sensing dan intuisi merupakan fungsi tidak rasional, yakni
kedua2nya tidak menggunakan proses penaakulan, hanya
menerima pengalaman dan menilainya.
Pemikiran dan perasaan merupakan fungsi rasional yang
melibatkan penilaian dan penghakiman tentang pengalaman
kita.
Faktor2 yang mempengaruhi personaliti
Baka
Temperamen sama ada tenang ataupun agresif, sudah
kelihatan sejak peringkat bayi. Aspek fisiologi seperti
kecenderungan sanguine, phlegmatic, melancholic dan
choleric (Hippocrates) dipengaruhi temperamen yang
dimiliki.
Faktor fizikal seperti rupa paras, warna kulit, berat badan
mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang.
Kanak2 obes akan berasa rendah diri disebabkan ejekan
Ciri2 fizikal seperti rupa paras yg menarik, berbadan tegap
membolehkan seseorang individu berjaya sebagai atlet
dalam sukan seterusnya menyumbang kepada populariti.
Sistem saraf merupakan respons semula jadi yg
mempengaruhi keupayaan motor, kekuatan fizikal dan
keupayaan menyesuaikan diri terhadap perubahan
persekitaran.
Kecederaan kepada sistem saraf boleh mengehadkan
keupayaan pembelajaran dan respons seseorang. Hal ini
akan memberi kesan kepada personalitinya.

YOK WEI LIANG

Perkembangan kanak-kanak
30.10.16

short note

Eyesenck mengemukakan struktur personaliti intro-ekstro


vert dengan menjelaskan fungsi sistem saraf dalam
perbezaan aras sensitiviti seseorang terhadap rangsangan
persekitaran.
Contohnya, seorang ekstrovert memilik sistem saraf yg kuat
dapat bertoleransi dengan rangsangan yang lebih kuat
menyebabkan ekstrovert suka akan persekitaran yang aktif
dan mencabar.
Faktor persekitaran
Faktor persekitaran yang mendorong pembentukan personaliti
seseorang ialah asuhan keluarga dan faktor sosial.
Asuhan keluarga
Interaksi dan keakraban yang wujud antara bayi dengan ibu
memainkan peranan signifikan dalam pembentukan personaliti
anak2 mereka.
Terdapat tiga gaya kepimpinan ibu bapa iaitu autokratik,
demokratik, laissez-faire.
Ibu bapa yang demokratik memberi kebebesan kepada anak
untuk meneroka dan berkembang menghasilkan personaliti
berdikari, mudah berkawan dan suka bekerjasama, tinggi harga
diri.
Jika ibu bapa memberi perlindungan yang keterlaluan, ciri2
seperti kurang daya usaha, penarikan diri, mudah cemburu dan
rasa kurang selamat akan terbentuk dalam diri anak2 mereka.
Menurut Freud, pengalaman baik atau buruk ketika zaman
kanak2 sebahagian besarnya berkaitan asuhan keluarga
mempengaruhi personaliti stabil atau tak stabil pada umur
dewasa.

YOK WEI LIANG

Perkembangan kanak-kanak
30.10.16

short note

Faktor sosial
Faktor sosial terdiri daripada pengaruh rakan sebaya,
hubungan adik-beradik, pengaruh sekolah, budaya masyarakat
dan media massa mempengaruhi personaliti melalui proses
peniruan atau modeling.
Adik-beradik atau rakan sebaya yang rajin, bertolak ansur dan
saling bekerjasama akan menjadi ikutan dan melalui masa,
tret2 yang agak stabil akan terbentuk.
Media massa seperti televisyen, majalah dan internet dpt
mempengaruhi corak tingkah laku seseorang.
Sebagai contoh, kajian Bandura menunjukkan kanak-kanak
yang bersifat agresif biasanya dipengaruhi oleh filem yang
berunsur ganas.
Implikasi terhadap PDP

Anda mungkin juga menyukai