Anda di halaman 1dari 10

Latihan Ansur Maju

Latihan Membuat Servis

Latihan servis patut dilakukan pada permulaan,petengahan dan akhir sesi latihan
untuk menyesuaikan diri pemain dengan suasana permainan sebenar.

1. Servis dilakukan ke arah dinding melepasi garisan 7m.Latihan dimulakan


pada jarak 3m,6m dan seterusnya 9m.Latihan diadakan secara berseorangan
(Rajah 5.2)
2. Servis dilakukan secara berpasangan daripada garisan tepi
gelanggang.Pemain melakukan servis secara bergilir-gilir. (Rajah 5.3 )

3. Dalam latihan ini,servis dilakukan secara berpasangan dan bola dipukul


melepasi jaring.Servis bermula pada jarak 3m,6m dan 9m (Rajah 5.4 )
4. Untuk latihan ini,tali direntang 1 meter di atas jaring.Servis dilakukan secara
berpasangan dan bola mesti melepasi ruang antara paras atas jaring dan tali
1 meter tersebut (Rajah 5.5 )
5. Pemain melakukan servis dan menghantar bola ke gelanggang lawan yang
telah dipetakkan dan dinomborkan 1-6.Pemain melakukan servis sercara
berseorangan mengikut giliran dan menghantar bola ke petak-petak tersebut
mengikut turutan nombor dari 1 hingga 6 (Rajah 5.6 )
6. Servis dibuat melepasi jaring dan dihantar ke tempat yang ditetapkan ,iaitu di
tempat rakannya berdiri.Rakan pasangan ditugaskan mengutip bola dan
bertukar peranan setiap lima servis.Bola yang dikutip dileret ke arah pembuat
servis (Rajah 5.7)

7. Latihan servis ini dilakukan mengikut kumpulan dengan bilangan pemain


antara empat atau enam orang.Pemain melakukan servis secara serentak
tetapi mengikut giliran daripada seorang ke seorang pemain.Bola yang masuk
ke gelanggang pihak lawan termasuk bola yang menyentuh jaring adalah
dikira.Masa tiga minit diberi dan bilangan servis yang berjaya dikira.Ulang
latihan sebanyak dua kali.
8. Latihan ini dilakukan tanpa giliran ,pemain melakukan servis sebanyak
mungkin dalam tempoh tiga minit.Dua orang pemain ditugaskan untuk
mengira bilangan bola yang berjaya dihantar ke gelanggang pihak
lawan.Manakala dua orang pemain pula ditugaskan untuk mengutip bola.

Latihan Membuat Mengumpan


1. Perseorangan .Pemain melambung bola tinggi ke atas dengan postur
hantaran atas dan menangkap bola dengan postur yang sama.Ulang
sebanyak 10 kali (Rajah 5.8)

2. Perseorangan .Pemain melambung bola ke atas dengan postur hantaran


atas dan menyambut bola selepas ia melantun daripada lantai.Ulangi
sebanyak 10 kali (Rajah 5.9 ).
3. Berpasangan .Pemain A melambung bola lalu ditangkap oleh pemain B.
Pemain B akan terus melambung tinggi ke atas untuk ditangkap oleh
pemain A.Kedua-dua pemain membuat lambungan dan tangkapan secara
berglir-gilir dengan postur hantaran atas.Ulangi sebanyak 10 kali (Rajah
5.10).

4. Berpasangan .Perlakuan yang sama seperti latihan 3 tetapi bola dilambung


dan ditangkap oleh pemain B hanya selepas bola melantun daripada
lantai.Lakukan latihan tersebut secara bergilir-gilir sebanyak 10 kali (Rajah
5.11 ).

5. Berpasangan .Pemain A melambung bola kepada pemain B.Pemain B


membuat hantaran atas tanpa menangkapnya.Cuba perhatikan bahawa
bola tidak terjatuh.Perlakuan ini diulang sebanyak 10 kali sebelum kedua-
dua pemain bertukar peranan (Rajah 5.12 ).
6. Berpasangan .Latihan dimulakan dengan pemain A melambung
bola .Pemain B membuat hantaran terus kepada A dan hantaran dibuat
berulang-ulang dengan hantaran dipastikan tinggi.Teruskan latihan
sehingga diberi isyarat oleh jurulatih (Rajah 5.13 ).

7. Berpasangan .Pemain A melambung bola ke hadapan pemain B .Pemain


bergerak pantas ke bawah bola untuk menerimanya,tangkap dan tolak bola
kepada pemain A.Ulang sebanyak 10 kali dan tukar peranan antara kedua-
dua pemain.
8. Berpasangan.Ulang latihan 7 dengan menghantar bola ke kiri dan ke kanan
antara kedua-dua pemain (Rajah 5.14 ).
9. Berpasangan.Ulang latihan 7 dan 8 .Dalam latihan ini,penerima terus
menghantarkan bola tanpa menangkapkan terlebih dahulu.

Latihan Membuat Menyanga


1. Perseorangan.Dalam kedudukan berdiri,pemain melambungkan
bola ,kemudian membengkokkan lutut untuk menerima bola selepas ia
melantun dari lantai gelanggang .Pemain menggunakan kedua-dua belah
tangan untuk menerima bola dengan postur hantaran bawah yang betul
(Rajah 5.15 ).

2. Berpasangan .Pemain A bersedia dalam kedudukan melutut dan kedua-


dua tangan dalam kedudukan menerima bola ,terletak di antara dua
kaki.Pemain A mengayunkan tangan ke atas untuk memukul bola yang
dilepaskan oleh pemain B dari paras tertinggi.Titik sentuhan bola ialah
sebelum tangan selari dengan lantai (Rajah 5.16 ).

3. Berpasangan .Pemain A melambung bola tinggi supaya ia melantun kira-


kira satu meter di hadapan
pemain B.Pemain B
merendahkan
badan dalam postur
hantaran bawah dan
memukul bola kepada A.Ini diulang sebanyak 10 kali dan kemudian bertukar
peranan antara kedua-dua pemain (Rajah 5.17).

4. Berpasangan .Pemain A memulakan latihan dengan melambung bola


kepada pemain B .Pemain B membuat hantaran bawah selepas bola
melantun dari lantai.Pemain A juga berbuat demikian.Latihan ini boleh
diteruskan sehingga diberi isyarat oleh jurulatih (Rajah 5.18).
5. Berpasangan .Pemain A melambung bola kepada pemain B .Pemain B
bergerak untuk menyambut bola dengan membuat hantaran bawah semasa
bola masih di udara.Tukar peranan selepas 10 hantaran (Rajah 5.19).

6. Berpasangan.Pemain A dan B membuat hantaran bawah bertubi-tubi


supaya bola tidak terjatuh.Bilangan hantaran yang dapat dilakukan dikira
sebelum bola terjatuh (Rajah 5.20 )

7. Berpasangan .Dalam latihan ini,anda boleh gunakan bola tampar atau bola
jaring atau bola keranjang.Pemain akan menerima bola dengan kedua-dua
tangan,menghantarnya dengan hantaran bawah dan terus merendahkan
badan untuk menggulingkan bola.Perlakuan ini diulang sehingga isyarat
diberikan oleh jurulatih (Rajah 5.21).
8. Berpasangan .Pemain menerima bola dengan kedua-dua tangan ,diikuti
dengan tangan kanan,tangan kiri dan kemudian dengan dua belah tangan
sekali lagi.Ini diulang secara bergilir-gilir sehingga diberi isyarat untuk
berhenti oleh jurulatih.
9. Berpasangan. Pemain menerima bola dengan memukulnya ke atas di
hadapan diri sendiri,diikuti dengan pukulan ke arah rakan latihan,iaitu
pemain A.Ini diulang secara bergilir-gilir sehingga diberi isyarat untuk
berhenti oleh jurulatih.
10. Berpasangan.Pemain membuat hantaran bawah semasa bergerak ke
hadapan ,belakang,dan sisi.Pemain melambung bola secara bergilir-gilir.

Anda mungkin juga menyukai