Anda di halaman 1dari 6

Contoh Ucapan Pengacara Majlis (MC) bagi Majlis Makan Malam

Majlis GATHERING DAY of Yusri Maju 2018

Raja Dagang Resort Cherang Ruku Tok Bali 12 November 2016

PERKARA TEKS UCAPAN

Awal Majlis Untuk makluman tuan-tuan dan puan-


puan serta hadirin sekalian, majlis akan
bermula sebentar lagi.

Dijemput semua hadirin


sekalian mengambil tempat duduk
masing-masing untuk menunggu ketibaan
Ketua Pegawai Eksekutif YMSB dan dif-dif
terhormat.

Mengumunkan ketibaan Ketua Pegawai


Eksekutif Yusri Maju Group, En
Muhammad Yusri bersama keluarga dan
dif-dif terhormat, para hadirin dijemput
berdiri untuk mengalu-alukan kedatangan
beliau, top management company dan dif-
dif jemputan.

UCAPAN PEMBUKAAN

UCAPAN ALU-ALUAN OLEH Hadirin yang dihormati,


CEO YMSB

Kalau dilipat sebesar kuku

Kalau dibentang seluas alam

Yang jauh diimbau


Yang dekat digamit

Seuntai salam sejambak kata

Degup bicara, merisik rasa.

Untuk tidak melengahkan masa marilah


kita sama-sama mendengar ucapan alu-
aluan daripada Ketua Pegawai Eksekutif
Yusri Maju Group, En Muhammad Yusri
bin Muhammad Nor naik ke pentas untuk
memberi sepatah dua kata sebagai kata-
kata semangat kepada semua kakitangan
syarikat sebelum perasmian majlis makan
malam pada malam ini.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

ACARA PERASMIAN MAJLIS Seterusnya, Majlis menjemput En Saupi,


merangkap sebagai Timbalan Ketua
Pegawai Eksekutif syarikat untuk
mengiringi En Muhammad Yusri naik ke
atas pentas untuk menyempurnakan
acara perasmian majlis makan malam.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih


kepada En. Muhammad Yusri di atas
kesudian merasmikan majlis makan
malam.
PENYAMPAIAN ANUGERAH Majlis diteruskan dengan acara
pengumuman anugerah-anugerah
khas bagi tahun 2016, bertujuan untuk
memberi semangat dan penghargaan
kepada kakitangan yang memberi
sumbangan kepada syarikat. Terdapat 8
anugerah yang disediakan pada kali ini
dan anugerah-anugerah tersebut ialah:

1. Anugerah Perkhidmatan Paling Lama

2. Anugerah Khas CEO 2016

3. Anugerah Perhargaan Bussines


Assioate dan Director

4. Anugerah Pekerja Cemerlang 2016

5. Anugerah Operator Terbaik

6. Anugerah Operator Muda Berbakat

7. Anugerah Pekerja Serba Boleh

8. Tokoh Yusri Maju 2016

Tanpa dilengahkan masa lagi, acara


diteruskan dengan acara pengumuman
bagi kategori anugerah – anugerah yang
dinyatakan sebentar tadi.

Kata orang tuah ayam nampak di kaki,

tuah orang siapa yang tahu…


Dipersilakan Ketua Pegawai Eksekutif
Yusri Maju Group, En. Muhammad
Yusri diiringi En. Mohd Saupi naik ke atas
pentas untuk menyampaikan hadiah bagi
anugerah-anugerah tersebut.
Dipersilakan.....

Nama
acara:_____________________________

Nama
pemenang:_________________________

Terima kasih kepada En. Muhammad


Yusri dan En. Saupi diatas kesudian
menyampaikan hadiah.

Pada minggu yang lalu, kita ada


mengadakan acara sukan di Kompleks
Belia dan Sukan Panji Kota Bharu. Pada
hari tersebut, terdapat beberapa kategori
suka dipertandingkan telah diadakan.

Majlis diteruskan dengan acara


penyampaian hadiah Hari Sukan kepada
para pemenang. Dipersilakan En. Sukri
bin Muhammad diiringi En. Wan Khairul
naik ke atas pentas untuk menyampaikan
hadiah Hari Sukan.
Nama
acara:_____________________________

Nama
pemenang:_________________________

Terima kasih kepada En. Sukri dan En.


Wan Khairul diatas kesudian
menyampaikan hadiah.

BERSURAI Dengan berakhirnya acara penyampaian


anugerah dan hadiah hari sukan itu tadi,
maka berakhirlah tugas saya sebagai MC
pada kali ini, tahun depan pastikan orang
lain pula bertugas nanti.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak


dalam menjayakan majlis penyampaian
anugerah dan hadiah itu tadi. Sebelum
kita menjamu selera, dengarkanlah dua
rangkap pantun daripada saya,

Pergi ke dusun memetik kelapa,

Kelapa muda si kelapa barli,

Jari disusun maaf dipinta,

Panjang usia berjumpa kembali.

Kiri jalan kanan pun jalan

Tengah-tengah pohon mengkudu


Selamat jalan belum kami nak ucapkan.

Silalah menjamu selera hidangan


sedang menunggu.

Dijemput para hadirin menjamu selera


dengan hidangan yang telah disediakan di
luar dewan. Di samping itu, majlis
diteruskan dengan aktiviti persembahan
dan pertandingan karaoke serta cabutan
bertuah. Saya serahkan acara majlis
seterusnya kepada En Arman dan Cik
Wahida. Dipersilakan.....

Anda mungkin juga menyukai