Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PENUTUPAN MUKHAYYAM 1.0


TAHFIZ MUTMAINNAH LILBANAT 2022

KATA ALU-ALUAN

Bismillahirrahmanirrahim,

Yang Berbahagia, Tuan Haji Fadlan B. Mohd Nor, Pengerusi Koperasi AUFI Pulau
Pinang Berhad, Yang Berbahagia, Puan Noor Azlina Shariff, pegawai Suruhanjaya
Koperasi Malaysia, Ahli Lembaga Pengarah, seterusnya para peserta sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya bagi pihak koperasi mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke


Kursus Pemantapan Jati Diri Koperasi. Alhamdulillah, dengan limpah kurniaNya
yang telah memberikan kekuatan dan kemudahan dapat juga kita berkumpul
dalam program ini.

Untuk makluman hadirin sekalian, kursus ini dijalankan dengan matlamat untuk
memberi pendedahan kepada ahli koperasi untuk meningkatkan motivasi dan juga
kemahiran ahli koperasi bagi melicinkan lagi pentadbiran dan pengoperasian
koperasi.

BACAAN AL-FATIHAH

Penat berkayak laut ke darat,


Merentas bakau dan juga kawad,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Hadirin dan hadirat, bagi memberkati majlis pada pagi ini, majlis menjemput Ustaz
Ahmad Faris untuk memimpin bacaan doa, dipersilakan.

Amin, ya rabbal a’lamin.


Hadirin sekalian, tanpa melengahkan masa majlis dengan segala hormatnya
menjemput penceramah kita pada pagi ini, Puan Noor Azlina Shariff untuk
meneruskan majlis. Dipersilakan.
UCAPAN VIP

Indahnya Jerai terbias cahaya,


Di Teluk Bayu memori tercipta,
Ucapan aluan pembuka bicara,
Sudilah tuan menyampai kata.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati sekalian, majlis diteruskan dengan menjemput
Tuan Abd Rahman Binti Abdullah untuk menyampaikan amanat dan nasihat buat
para pelajar. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*UCAPAN TUAN ABD RAHMAN*

Majlis merakamkan sekalung penghargaan atas ucapan yang disampaikan oleh


Tuan Abd Rahman itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput yang berusaha, Ustazah Mariam Jamilah
Binti Yusof untuk menyampaikan sepatah dua kata. Majlis mempersilakan.

*UCAPAN USTAZAH*

Sekalung apresiasi buat Ustazah Mariam Jamilah atas ucapan beliau sebentar
tadi.

PENYAMPAIAN HADIAH

Hadirin dan hadirat, kini tibalah saat yang ditunggu-tunggu oleh puteri-puteri
sekalian, iaitu penyampaian hadiah buat para perserta yang telah bertungkus
lumus menyertai segala aktiviti dan program yang telah dijalankan sepanjang
perkhemahan kita selama 3 hari 2 malam ini.
Untuk itu, majlis menjemput yang berbahagia Tuan Abd Rahman untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Kumpulan:
Perserta Terbaik:

Sejambak apresiasi buat Tuan Abd Rahman di atas penyampaian hadiah sebentar
tadi.

Seterusnya, majlis menjemput Ustazah Nor Amera untuk menyampaikan


cenderahati program buat para pelajar sebagai tanda penghargaan atas usaha
dan semangat mereka. Untuk makluman, hadiah cenderahati ini ditaja oleh Puan
Zurain, iaitu Bendahari bagi PIBG Tahfiz Mutmainnah Lilbanat. Tanpa
melengahkan masa, dijemput Ketua Kumpulan 1, Ketua Kumpulan 2, Ketua
Kumpulan 3, dan akhir sekali, Ketua Kumpulan 4.

Terima kasih diucapkan buat Ustazah Nor Amera atas penyampaian cenderahati
sebentar tadi.

Hadirin sekalian, pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit
tanda kenangan buat para jurulatih atas bantuan dan tunjuk ajar yang telah diberi
baik kepada para pelajar mahupun para guru sepanjang program ini berlangsung.
Untuk itu, majlis menjemput Ustazah Mariam Jamilah untuk menyampaikan
hadiah, dipersilakan.

Dijemput:
Tuan Abd Rahman
Tuan Zakaria
Puan Shila

Sekalung penghargaan buat Ustazah Mariam atas penyampaian hadiah itu tadi.
Sudilah kiranya pihak jurulatih menerima hadiah yang tidak seberapa dari kami.
Untuk segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberi, jazakumullah khairan kathira
diucapkan. Semoga segala ilmu yang dicurah di sini dapat menjadi bekalan
berguna buat para pelajar di kemudian hari.

TAYANGAN MONTAJ

Hadirin sekalian, sebelum berakhirnya majlis kita pada pagi ini, marilah kita
bersama-sama menonton sedikit tayangan montaj sebagai penutup acara kita.
Para pelajar diminta untuk berpusing ke belakang.

*TAYANGAN*

Dengan berakhirnya tayangan video itu, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian Tuan Abd Rahman serta
para jurulatih atas kesudian untuk meluangkan masa menghadiri majlis pada hari
ini.

Pihak kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua individu yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program
perkhemahan tahun ini.

Mendayung kayak pergi ke muara,


Merenung indah alam sang pencipta,
Andai tersilap tutur bicara,
Jemari disusun, maaf dipinta.

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualakum warahmatullahi


wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai