Anda di halaman 1dari 9

KETIBAAN TETAMU TEKS PENGACARA

KEJOHANAN SUKAN TAHFIZ MUTMAINNAH LILBANAT 2022


Mengumumkan ketibaan, Yang Dihormati Puan Zur’ain Binti Adnan, Puan Suria
Binti Ismail, dan Encik Rosdi Bin Mat Nor selaku wakil PIBG Tahfiz Mutmainnah
Lilbanat diiringi Ustazah Mariam Jamilah Binti Yusof, Mudirah, Tahfiz Mutmainnah
Lilbanat.

PERMULAAN MAJLIS

Assalamualaikum wbt, dan salam sejahtera


Yang Berusaha Ustazah Mariam Jamilah Binti Yusof, Mudirah, Tahfiz Mutmainnah
Lilbanat, Yang Dihormati Puan Zur’ain Binti Adnan, Puan Suria Binti Ismail, Encik
Rosdi Bin Mat Nor wakil PIBG Tahfiz Mutmainnah Lilbanat, guru-guru penolong
kanan, guru-guru, seterusnya para pelajar sekalian.

Selamat datang ke Majlis Penutupan Kejohanan Sukan buat kali yang pertama
Tahfiz Mutmainnah Lilbanat pada tahun 2022.

PERBARISAN

Hadirin dan hadirat sekalian, penutupan Kejohanan Sukan pada hari ini akan
dimulakan dengan perbarisan lintas hormat oleh kontinjen-kontinjen rumah sukan
Tahfiz Mutmainnah Lilbanat.

Perbarisan lintas hormat pada hari ini didahului oleh kontinjen Rumah Zinnirah,
yang diketuai oleh saudari Nurul Ain Mardhiah Binti Rozaidi.

Zinnirah tokoh wanita terbilang,


Biru semangat berjati diri,
Semangat kental terus berjuang,
Takkan mengalah menyerah diri.

Seterusnya, diikuti oleh kontinjen dari Rumah Safiyyah yang diketuai oleh saudari
Ain Najwa Binti Ismail Dzlan.
Merah waja semarak api,
Safiyyah namamu harum dijulang,
Merebut juara sudahlah pasti,
Biar sampai berputih tulang.

Dan kontinjen terakhir ialah kontinjen dari Rumah Khaulah Al-Azwar, diketuai oleh
saudari Nuri Binti Darmansa.

Hijau satria segak bergaya,


Khaulah gagah bak perwira,
Mengerah kudrat selagi terdaya,
Ingin menggenggam kilauan juara.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN BACAAN ASMAUL HUSNA

Demikianlah tadi perarakan masuk kontinjen-kontinjen rumah sukan ke majlis


penutupan. Tuan-tuan dan puan-puan, majlis akan diteruskan dengan bacaan
Asmaul Husna dan nyanyian lagu Negaraku. Semua hadirin diminta berdiri.
*BACAAN ASMAUL HUSNA & NYANYIAN LAGU NEGARAKU*

Semua hadirin dipersilakan untuk duduk.

BACAAN DOA

Raut-raut sebatang buluh,


Buluh disusun bertingkat-tingkat,
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa dibaca memohon berkat.

Hadirin sekalian, bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan saudari Nurul Ain Syuhada Binti Zamrei untuk
mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

BACAAN IKRAR KEJOHANAN

Tuan-tuan dan puan-puan, Kejohanan Sukan kali yang pertama ini akan
diteruskan dengan upacara pembacaan ikrar kejohanan. Untuk itu, majlis
menjemput saudari Siti NurZawani Binti Zulkifli selaku Ketua Kontinjen kejohanan
untuk menyempurnakan bacaan ikrar.

*BACAAN IKRAR*

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan ikrar sebentar tadi.

Para pelajar dibenarkan duduk.

UCAPAN PERASMIAN

Hadirin sekalian, majlis akan diteruskan dengan penyampaian amanat dan nasihat
daripada Ustazah Mariam Jamilah Binti Yusof, Mudirah, Tahfiz Mutmainnah
Lilbanat. Majlis, mempersilakan.

*UCAPAN USTAZAH MARIAM*

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat Ustazah Mariam Jamilah atas ucapan
sebentar tadi. Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Dihormati
Puan Zur’Ain Binti Adnan, Bendahari PIBG Tahfiz Mutmainnah Lilbanat bagi
merasmikan Penutupan Kejohanan Sukan Tahfiz Mutmainnah Lilbanat bagi tahun
2022. Dipersilakan.

*UCAPAN PUAN ZUR’AIN*

Dengan ucapan daripada Puan Zur’ain itu tadi maka rasmilah sudah Penutupan
Kejohanan Sukan Tahfiz Mutmainnah Lilbanat buat kali yang pertama. Majlis
merakamkan sekalung apresiasi buat Puan Zur’ain atas kesudian merasmikan
kejohanan.

PENYAMPAIAN HADIAH AL-QURAN

Untuk makluman hadirin sekalian, bersempena dengan Kejohanan Sukan ini juga
pihak sekolah berbesar hati turut sama meraikan kejayaan para pelajar dalam
hafazan mereka sepanjang bulan April dan Mei yang lalu. Justeru, majlis
menjemput Ustazah Mariam Jamilah Binti Yusof diiringi Ustazah Siti Rahmah
untuk menyampaikan hadiah.

*HADIAH AL-QURAN BULAN APRIL*


*HADIAH AL-QURAN BULAN MEI*

Sejambak penghargaan buat Ustazah Mariam Jamilah atas penyampaian hadiah


sebentar tadi.

Anugerah diberi tanda penghargaan,


Membaca kalamNya tuntutan agama,
Marilah kita berehat dan makan,
Sebelum beralih ke acara utama.

Hadirin dan hadirat, majlis akan ditangguhkan selama 30 minit bagi memberi
laluan kepada para tetamu jemputan dan pelajar untuk menikmati hidangan
makan pagi. Para pelajar diminta untuk berada semula di kawasan padang pada
jam _________.

PENYAMPAIAN HADIAH

Hadirin yang dihormati, bertemu kembali kita dalam acara yang dinanti-nantikan
iaitu penyampaian hadiah buat para pemenang bagi setiap acara sepanjang
kejohanan ini berlangsung.
Untuk itu, majlis menjemput Puan Suria Binti Ismail diiringi Ustazah Nur Dania
Aulya untuk menyampaikan hadiah bagi para pemenang kejohanan merentas
desa peringkat Tahfiz Mutmainnah Lilbanat.
Thanawi 2
JOHAN: Qurratu 'Aini Bt Mohd Ghazali Shafiee (Hijau)
NAIB JOHAN: Nur Syaidatulnisa Bt Mohd Rosdi (Merah)
KETIGA: Aisyah Bt Zamri (Hijau)

Thanawi 3
JOHAN: Nurul Ain Syuhada Bt Zamrei (Merah)
NAIB JOHAN: Nur Aisyah Bt Mohd Shah Shanmuga (Biru)
KETIGA: Nur Humaira Bt Jamil (Hijau)

Thanawi 4
JOHAN: Nurul Ain Mardhiah Bt Rozaidi (Biru)
NAIB JOHAN: Nuri Bt Darmansa (Hijau)
KETIGA: Nur Tasnim Bt Mohd Zabidi (Merah)

Terima kasih diucapkan buat Puan Suria atas penyampaian hadiah sebentar tadi.

Seterusnya, penyampaian hadiah bagi acara olahraga dan sukaneka, dijemput


Yang Dihormati Puan Zur’Ain Binti Adnan untuk menyampaikan hadiah:

LARI DALAM GUNI


MERAH:
- Nurina Amni
- Ain Najwa Bt Mohd Dzlan
HIJAU:
- Nur Syahmina
- Nuri Bt Darmansa

LARI IKAT KAKI


HIJAU:
- Nuri Bt Darmansa
- Ayuni Najiah
BIRU:
- Nurul Ain Mardhiah Bt Rozaidi
- Nur Aisyah Bt Mohd Shah Shanmuga

BAWA BOLA PINGPONG


MERAH:
- Nurina Amni
- Ain Najwa Bt Mohd Dzlan
- Rabiatul Adawiyah Bt Mohd Latfee
HIJAU:
- Nur Humaira Bt Mohd Jamil
- Afrina Liyana
- Nur Fatihah Amani

CARI COKLAT DALAM TEPUNG


MERAH:
- Ain Najwa Bt Mohd Dzlan
- Nur Syaidatulnisa Bt Mohd Rosdi
- Najibatul Huda
BIRU:
- Aimi Awathif Bt Mohd Dzlan
- Munirah Amirah
- Asiah Qaidah

ACARA OLAHRAGA

MARATHON 740M
Nur Syaidatulnisa Bt Mohd Rosdi (Merah)
Aisyah Bt Zamri (Hijau)
Nurul Firzanah (Biru)

4 X 50 METER
BIRU:
- Nur Aisyah Bt Mohd Shah Shanmuga
- Nur Alia Khalila
- Nurul Ain Mardhiah Bt Rozaidi
- Nur Jannah Nabilah

HIJAU:
- Nuri Bt Darmansa
- Nur Ayuni Najiah
- Qurratu 'Aini Bt Mohd Ghazali Shafiee
- Siti Nur Zawani

MERAH:
- Rabiatul Adawiyah Bt Mohd Latfee
- Najibatul Huda
- Nurul Ain Syuhada Bt Zamrei
- Nur Tasnim Bt Mohd Zabidi

50 METER INDIVIDU
Nurul Ain Mardhiah Bt Rozaidi (Biru)
Nurul Ain Syuhada Bt Zamrei (Merah)
Khaulah Binti Muhamad Ameir Razli Thava (Hijau)
Jutaan terima kasih diucapkan buat Puan Zur’ain atas penyampaian hadiah
sebentar tadi. Seterusnya, majlis menjemput Encik Mohamad Rosdi diiringi
Ustazah Ishmah Amrina untuk menyampaikan hadiah bagi para pemenang
perbarisan.

KETIGA: ____________________
NAIB JOHAN: ______________________
JOHAN: _______________________

Terima kasih diucapkan buat Encik Mohamad Rosdi Bin Mat Nor atas
penyampaian hadiah sebentar tadi.

Dijemput, Ustazah Mariam Jamilah Binti Yusof diiringi Ustazah Nurdina untuk
menyampaikan sedikit cenderahati daripada pihak sekolah kepada para wakil
PIBG atas kesudian Bersama kami pada pagi ini. Dijemput, Puan Zur’ain Binti
Adnan, Puan Suria Binti Ismail, dan Encik Mohd ROsdi Bin Mat Nor.

Semoga tuan dan puan-puan dapat meluangkan masa untuk bersama-sama kami
lagi dalam program-program selepas ini.

Hadirin dan hadirat sekalian, kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Saya yakin,
kita semua tertanya-tanya rumah manakah yang akan membawa pulang gelaran
Johan Keseluruhan dan Olahragawati bagi Kejohanan Sukan Tahunan buat kali
yang pertama ini.

Anugerah Olahragawati bagi tahun 2022 disandang oleh:


____________________________________________________________

Naib Johan Keseluruhan dengan kutipan mata sebanyak _________ dimenangi


oleh:
____________________________________________________________

dan Johan Keseluruhan yang akan membawa pulang piala pusingan dengan
kutipan mata sebanyak ___________ dimenangi oleh:
____________________________________________________________

Syukran jazilan diucapkan buat Ustazah Mariam Jamilah atas kesudian


menyampaikan hadiah sebentar tadi.

PENUTUP

Hadirin yang dihormati sekalian,


Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurniaNya, selesailah sudah Kejohanan
Sukan Tahfiz Mutmainnah Lilbanat buat kali yang pertama pada tahun ini. Kepada
atlet yang berjaya, tahniah diucapkan dan kepada yang tidak berjaya, cuba lagi
pada tahun hadapan dan jangan menyerah.

Terima kasih diucapkan buat semua guru dan pelajar yang telah menyumbang
tenaga dan masa dalam menjayakan kejohanan sukan pada tahun ini.

Sebelum saya mengundur diri, terimalah serangkap pantun dari saya.

Badan cergas bijak bestari,


Cemerlang Quran dan juga pelajaran,
Sebelum saya mengundur diri,
Salah dan silap harap dimaafkan.

Sekian, wabillahitaufik…

Majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai