Anda di halaman 1dari 12

TEKS PENGACARA PERASMIAN DAN PENUTUPAN

KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA KALI KE - 30

SMK PAYA BESAR KUANTAN, PAHANG


Teks Juruacara:  PUAN SITI HAJAR MAISARAH BINTI MUHAMED MUSTAFFA
PUAN SITI ROHAYU BINTI MOHD NASAHA

PERKARA SKRIP CATATAN


Ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati ENCIK ASMAWI BIN DAUD,
YANG DIPERTUA PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU diiringi barisan HAJAR
pentadbir sekolah
Hadirin diminta berdiri untuk nyanyian Lagu Negaraku, diikuti dengan Lagu .
Negeri Pahang dan Lagu Sekolah.
Nyanyian 3 lagu
(Selepas nyanyian..) HAJAR

Hadirin- hadirat dipersilakan duduk.

Bacaan Doa
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh al-Fadhil Ustaz Mohd Sabudin
Bin Mohd Nor.Dipersilakan
********BACAAN DOA************** HAJAR
Amin, amin ya Rabbal ‘Alaminn
Terima kasih diucapkan kepada Al Fadhil USTAZ MOHD SABUDIN BIN
MOHD NOR atas bacaan doa itu tadi.
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Acara 2 ASSALAMUALAIKUM, SELAMAT PAGI DAN SALAM PERPADUAN
Ucapan Alu-aluan
Yang Berusaha,
Puan Hajah Rozita Binti Ismail, Pengetua SMK Paya Besar AYU

Yang Dihormati,
Encik Asmawi Bin Daud
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Paya Besar

Yang Dihormati,
Inspektor Sri Jai Selva Dasan,
Pegawai Perhubungan Sekolah

Yang Dihormati,
Puan Hasifah Binti Jalil, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Paya Besar

Yang Dihormati
Encik Rosman Bin Abdul Razak, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK
Paya Besar,

Yang Dihormati
Encik Rabuan Bin Abdul Rahman, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK
Paya Besar,

Yang Dihormati
Puan Che Zaini Binti Yusof , Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Paya
Besar,
Guru-guru, AJK PIBG, para ibu bapa, penjaga-penjaga dan murid - murid
sekalian,

Selamat datang ke Kejohanan Olahraga SMK Paya Besar Kali Ke-30, Tahun
2022. Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke
hadrat  Ilahi, kerana atas limpah kurniaNYA  dapat kita bersama-sama
sekali lagi, pada hari yang gilang gemilang ini untuk menjayakan kejohanan
olahraga SMK Paya Besar kali ke – 30.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian para hadirin yang
hadir bagi memeriahkan lagi  kejohanan pada hari ini. 

Pencak silat pembuka gelanggang


Susun langkah mengikut alunan
Kejohanan olahraga gilang gemilang HAJAR
Acara 3 Takhta juara pasti idaman
Perbarisan masuk
Kontinjen Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian,

Sebagai pembuka tirai Kejohanan Olahraga SMK Paya Besar Kali Ke-30
pada pagi ini, marilah sama-sama kita saksikan perbarisan masuk
kontinjen-kontinjen rumah sukan yang bertanding pada tahun ini.
Majlis dengan ini mempersilakan Puan Hajah Rozita Binti Ismail, Pengetua
SMK Paya Besar mengiringi, ENCIK ASMAWI BIN DAUD, YANG DIPERTUA
PIBG SMK PAYA BESAR untuk menerima tabik hormat daripada kontinjen-
kontinjen perbarisan.
Hadirin hadirat sekalian,

1. Perbarisan lintas hormat dimulai oleh pembawa bendera Kejohanan. HAJAR


Pasukan pembawa bendera kejohanan terdiri daripada 5 orang
anggota Kadet Remaja Sekolah, diketuai oleh saudara MUHAMMAD
HAKIM BIN MOKHTAR

2. Perbarisan seterusnya diikuti oleh pasukan Pejuang Satria iaitu


kontinjen Program Pendidikan Khas Integrasi. Kontinjen seramai 25
orang ini diketuai oleh saudara Muhammad Afiq Adham Bin Mohd
Jais dan dibimbing oleh Puan Maini Bt Mohd Tahar dan Puan
Salfiana Bt Omar. Unik, memukau namun berbisa bak obor-obor,
kontinjen ini menggalas MOTO:
Together We are Stronger,
We are Special and Talented

3. Berarak dengan penuh semangat dan perkasa, pasukan kontinjen


seterusnya ialah Kontinjen PEWARIS PANGLIMA iaitu RUMAH BIRU. AYU
Diketuai oleh saudara MUHAMAD AMIRUL ADAM BIN MOHD ROH ,
kontinjen seramai 25 orang murid ini dibimbing oleh Pn Siti Hajar
Maisarah, Pn Mimi Shazlinda dan Puan Noorzatil Akhma
Motto yang digalas;
BIRU PADU JITU,
PANGLIMA, WE ARE THE BEST!
4. Perbarisan seterusnya diikuti oleh Kontinjen PAHLAWAN PANTANG
MUNDUR iaitu Rumah Kuning. Kontinjen seramai 25 orang ini
diketuai oleh saudara MOHD ASAH MIRUL BIN ABDULLAH,
dibimbing oleh Puan Murhaini Bt Termizi dan Puan Nurul Shiela bt
Ramli. Melangkah penuh segak bergaya, dengan moto:
“BIAR PUTIH TULANG, JANGAN PUTIH MATA, PAHLAWAN JUARA”

5. Pasukan kontinjen seterusnya ialah Kontinjen Rumah Hijau, sang


PERWIRA yang tidak gentar bertempur hingga ke akhir garisan. HAJAR
MOTO MEREKA:
GO GO GREEN
KEEP FIGHTING
FIGHT, FIGHT, FIGHT!!

Kontinjen seramai 23 orang ini diketuai oleh saudara MUHAMMAD


DZULL HAFIZ BIN YUSAINI ARIF dan dibimbing oleh Pn NORZIELA,
PN FAZLINA DAN PN SITI ROHAYU.

6. MERAH DARAH PENDEKAR, MERAH JIWA MEMBARA, itulah


kontinjen dari Rumah PENDEKAR iaitu RUMAH MERAH
Menggalas MOTO:
MERAH MEMBARA MENGEJAR JUARA,
Kontinjen yang terakhir ini diketuai oleh saudara NIK MUHAMMAD
MUSTAQIM BIN MOHD AZIZAN dan dipimpin oleh PN. ROSHANIZA,
PN HASMIRA dan PN JALILAH
(kontinjen selesai masuk ke padang)

Terima kasih diucapkan kepada YANG DIHORMATI ENCIK ASMAWI BIN


DAUD, YANG DIPERTUA PIBG SMK PAYA BESAR atas kesudian menerima
tabik hormat daripada kontinjen-kontinjen perbarisan.

Acara 4
Sebelum tirai Kejohanan Olahraga SMK Paya Besar Kali Ke-30 dibuka secara
Upacara rasmi, marilah sama-sama kita saksikan upacara menaikkan bendera AYU
menaikkan kejohanan yang akan disempurnakan oleh saudara MUHAMMAD HAKIM
bendera BIN MOKHTAR
kejohanan Dipersilakan….

********Drum roll sehingga selesai masuk ke padang semula********

Berikutnya dipersilakan saudara MUHAMMAD HAREES BIN MOKHTAR


Acara 5 untuk mengetuai bacaan ikrar kejohanan.
Muhammad Harees merupakan seorang atlet sekolah yang berwibawa.
Bacaan Ikrar Banyak menceburkan diri di dalam aktiviti ko-kurikulum, baik di dalam atau
di luar sekolah, beliau merupakan pemain bagi pasukan badminton, bola
baling dan juga bola takraw. Pencapaian terkini beliau adalah menjadi
Johan dalam Kejohanan Bola Baling peringkat Zon Perkasa, Kuantan.

Dipersilakan…

***********Bacaan Ikrar************
Demikianlah lafaz Ikrar Kejohanan yang telah disempurnakan oleh saudara
MUHAMMAD HAREES BIN MOKHTAR

Alhamdulillah,
Acara 6 Seterusnya dengan sukacitanya majlis mempersilakan YANG DIHORMATI
Ucapan perasmian ENCIK ASMAWI BIN DAUD, YANG DIPERTUA PIBG SMK PAYA BESAR untuk HAJAR
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Kejohanan Olahraga SMK
Paya Besar Kali Ke-30 tahun 2022.

Majlis mempersilakan...
****************UCAPAN PERASMIAN************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada YANG DIHORMATI


ENCIK ASMAWI BIN DAUD atas ucapan perasmian itu tadi.

Hadirin yang dihormati, HAJAR


Acara 7
Perarakan Keluar Demikian tadi selesainya upacara perasmian Kejohanan Olahraga SMK Paya
Besar Kali ke- 30
Sekarang, Perbarisan Keluar Kontinjen-Kontinjen Kejohanan.
Majlis mempersilakan.

****************MUZIK IRINGAN PERBARISAN************


PENGUMUMAN
Acara 8 Perhatian- Diminta semua pegawai kejohanan yang  bertugas di padang AYU
Acara Kejohanan untuk bersedia  kerana acara olahraga akan dimulakan sebentar saja
Berlangsung lagi.
Acara yang dipertandingkan pada hari ini ialah:
200 meter (P15,L15,P18 dan L18)
4 X 50 meter Pendidikan Khas
100 meter (P15,L15,P18 dan L18)
4 X 50 meter Acara Guru dan Alumni
dan
4 x 100 meter (P15,L15,P18 dan L18)

Untuk pengetahuan hadirin juga, majlis penyampaian hadiah kepada


pemenang untuk acara-acara awal yang telah berlangsung sejak hari
Rabu baru-baru ini akan dijalankan secara bergilir dengan acara balapan
pada hari ini. Justeru itu, diminta kerjasama semua murid untuk bersedia
memberi kerjasama dan sokongan kepada petugas-petugas kejohanan di
padang sepanjang acara berlangsung.

PENYAMPAIAN HADIAH SEPANJANG KEJOHANAN rujuk senarai


Acara 9 keputusan dari AJK
PENYAMPAIAN Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah untuk acara-acara awal Hadiah
HADIAH Kejohanan Sukan Olahraga Kali Ke 30 SMK PAYA BESAR tahun 2022.
*BERGILIR Untuk itu, dengan segala hormatnya dipersilakan HAJAR/AYU
DENGAN ACARA Encik/Puan/Cik ………………………………………………………..
BALAPAN untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.
Tempat ketiga/pingat gangsa dimenangi oleh ………………….. dari rumah
…………
Tempat kedua/pingat perak dimenangi oleh ……………………. dari rumah………
Dan johan/pemenang pingat emas acara …………………Ialah …………… dari
rumah………………………..

PENGUMUMAN ACARA BALAPAN rujuk senarai


keputusan acara
Pengumuman Hadirin yang dihormati, dari AJK Hadiah
Acara Balapan Sebentar lagi akan berlangsung acara  ……………………….  Peserta-peserta
*BERGILIR yang mengambil bahagian dalam acara ini ialah HAJAR/AYU
DENGAN Di lorong yang pertama …………………………
PENYAMPAIAN
HADIAH Peserta-peserta bagi acara ………………………………… sedia untuk dilepaskan.

MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN OLAHRAGA SMK PAYA BESAR KALI KE – 30 TAHUN 2022

Dimaklumkan kepada semua murid, acara penutupan akan berlangsung


Majlis Penutup sebentar lagi.
Diminta semua murid berkumpul di padang mengikut rumah masing- HAJAR
masing.

Assalamualaikum wrt wbkth, Salam Sejahtera dan salam Ukhwah.

Alhamdulillah kita telah selesai melaksanakan semua acara sukan pada


kejohanan olahraga tahun ini. Kepada atlet yang berjaya tahniah diucapkan
dan kepada yang tidak berjaya tahun hadapan cuba lagi.
Murid-murid dan hadirin sekalian,
Acara 10 AYU
Penyampaian Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet yang telah berjaya, majlis dengan ini
Hadiah Acara mempersilakan En. Rabuan Bin Abdul Rahman untuk mengiringi YANG
Kemuncak DIHORMATI ENCIK ASMAWI BIN DAUD, YANG DIPERTUA PIBG SMK PAYA
BESAR untuk menyempurnakan acara penyampaian Pingat dan hadiah.

Bagi Acara Guru dan Alumni, Tempat ketiga/Pingat Gangsa dimenangi oleh
Rumah…………..
Tempat kedua/Pingat Perak dimenangi oleh ……………………………………….
Johan/Pingat Emas dimenangi oleh…………………………….
Tahniah diucapkan.

Seterusnya, Pertandingan Perbarisan Kontinjen Kejohanan.


Tempat kelima, jatuh kepada ……………………………………………………….
Tempat keempat, dipersilakan …………………………………………………….
Bagi tempat ketiga, dipersilakan……………………………………………………
Tempat Kedua, Kontinjen …………………………………………..
dan Johan untuk acara ini, dipersilakan …………………………………………
Tahniah kepada kesemua ahli perbarisan.

Maskot Terbaik untuk Kejohanan Sukan Olahraga kali ke 30 SMK Paya


Besar disandang oleh ………………………………. Tahniah diucapkan. HAJAR

Majlis Penyampaian Hadiah diteruskan lagi dengan kategori Hiasan Rumah


Terbaik. Bagi kejohanan kali ini, pemenang hiasan rumah terbaik jatuh
kepada …………………………… Tahniah kepada kesemua ahli rumah …………….
Hadirin sekalian,
Kita beralih kepada penyampaian hadiah bagi kategori yang berikut:
Olahragawan Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar bagi tahun 2022
disandang oleh ………………………. dari Rumah ……………
Seterusnya, Olahragawati Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar bagi
tahun 2022 ialah……………………….. dari Rumah ……………

Kini, tibalah masa yang dinanti, Kedudukan Rumah Sukan dan mata yang
terkumpul.
Patah sayap bertongkat dada,
Itulah semangat pahlawan baru,
Mengerah kudrat selagi daya,
Di padang ini pingat diburu.

Tempat Keempat, Kejohanan Sukan Olahraga SMK Paya Besar Kali ke 30


jatuh kepada Rumah ………………………… AYU
Tempat ketiga, dipersilakan pasukan ………………….(gelaran) atau Rumah
………………….
Naib Johan Kejohanan Sukan Olahraga ke 30 disandang oleh ……………………
Diumumkan Johan Keseluruhan Kejohanan Olahraga SMK Paya Besar Kali
Ke-30 tahun 2022 ialah………………………….. Tahniah diucapkan kepada ahli
rumah …………………………..

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati YDP PIBG kerana sudi
menyampaikan pingat dan hadiah kepada para pemenang.
Jangan bersedih dan kecewa kepada rumah sukan lain, inshaa Allah, kalian
masih boleh mencuba lagi di kejohanan yang seterusnya.
Acara Berikutnya ialah acara penurunan bendera Kejohanan Olahraga SMK Paya HAJAR
Penurunan Besar Kali Ke-30 tahun 2022.
Bendera Dijemput Yang Berusaha, Puan Hajah Rozita Binti Ismail, Pengetua SMK
Kejohanan Paya Besar untuk menerima bendera Kejohanan daripada MUHAMMAD
HAKIM BIN MOKHTAR
Majlis mempersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Puan Hajah Rozita atas penyempurnaan


aturcara itu tadi.

Penutupan Dengan ini berakhirlah Kejohanan Olahraga SMK Paya Besar Kali Ke-30 untuk AYU
tahun 2022

Sebelum bersurai, dijemput En. Mohd Sabudin Bin Mohd Nor untuk
melaungkan PABESS THE BEST sebanyak 3 kali diikuti oleh semua murid dan
guru.
*************LAUNGAN SORAKAN********************
Terima kasih Ustaz Sabudin

Hutan rimba sanggup diredah


Menuntut ilmu membela diri
Majlis sukan berakhir sudah
Semangat Kesukanan tetap di hati

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai