Anda di halaman 1dari 19

KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA Majlis Sukan Sekolah ZON TAMPARULI KALI KE-47

ANJURAN BERSAMA SK BUNDUTAHURI DAN SK GAYARATAU. (8 & 9 FEBRUARI 2023)

JURUACARA/PEMBACA PENGUMUMAN CATATAN

Mengumumkan ketibaan,

Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau


Ahli Parlimen P.170 Tuaran,

Diiringi oleh Yang Berusaha Pn. Rozalind Joannes, Timbalan


PPD, Sektor Perancangan Menanggung Kerja Pegawai Pendidikan
Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran,

PENGUMUMAN En. Junaidy Ajamain GB SK Bundutahuri dan Pn. Rosnah


KETIBAAN Sawayan GB SK Gayaratau, …

YDP…SK Bundutahuri En…………… dan YDP Pibg SK


Gayaratau Pn. Laura John.

Mohon YB Datuk Seri Panglima dan tetamu kehormat


menyaksikan TARIAN SAMBUT TAMU yang dipersembahkan
oleh kumpulan Persatuan Seni Budaya Tamparuli (PESTA)
sebelum ke astaka utama.

Hadirin sekalian,
Kita mulakan acara kita pada pagi ini dengan acara lintas hormat.
Untuk tujuan itu, Majlis menjemput dan mempersilakan Yang
Berhormat Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau ahli
parlimen P.170 Tuaran diiringi oleh Encik Junaidy Azamain Guru
Besar SK Bundutahuri dan Pn Rosnah Sawayan, Guru Besar SK
Gayaratau selaku pengerusi pengelola MSSZ Tamparuli serta Pn
Rozalind Joannes Timbalan PPD Sektor Perancangan
Menanggung Kerja Pegawai Pendidikan Daerah PPD Tuaran
ACARA LINTAS HORMAT untuk menyempurnakan perarakan lintas hormat. Dipersilakan.

Sebagai makluman awal, hanya dua buah sekolah yang akan


menyertai pertandingan perbarisan pada kali ini. Johan perbarisan
bakal mewakili zon Tamparuli ke kejohanan MSSD .

Marilah sama-sama kita berikan tumpuan kepada perarakan lintas


hormat kontinjen sekolah -sekolah yang mengambil bahagian.

Hadirin sekalian, perarakan lintas hormat pada pagi ini didahului


oleh Pasukan pembawa bendera kejohanan yang terdiri daripada
murid-murid dari SK BunduTahuri.

Hadirin di hormati ,

Kontinjen pertama yang berarak masuk merupakan kontinjen dari


SJKC Chung Hwa Tamparuli dengan berlandaskan motto
pasukan Buat Sehabis Baik… diketuai oleh Elovey Resst.
*********

Menyusul di belakang ialah kontinjen dari SK Pekan Tamparuli


dengan motto SKPT Melangkah Cemerlang, Pantang Menyerah
yang diketuai oleh En Jasni Omar Guru Besar SK Pekan
Tamparuli.

************

Menyusul seterusnya adalah dari kontinjen SK Bantayan . Dengan


bertunjangkan motto“Komited dan Positif” . Mereka sentiasa maju
ke depan diketuai oleh En Salgaring Bin Wahit Guru Besar Sk
Bantayan.

***********

Tampil seterusnya, adalah kontinjen dari SK Bundutahuri yang


setia dengan motto pasukan “ No Pain, No Gain” bersama
dokongan En. Junaidy Azamain, Guru Besar SK Bundutahuri juga
selaku pengerusi pengelola MSSZ Tamparuli Tahun 2023.

************

Kontijen seterusnya yang memeriahkan acara lintas hormat pada


pagi ini adalah dari SK Gayaratau, yang sentiasa berpegang
kepada motto pasukan “ 1 Semangat 1 Pasukan Jangan Gentar”,
melangkah maju bersama Pn Rosnah Sawayan Guru Besar SK
Gayaratau juga selaku pengerusi pengelola MSSZ Tamparuli 2023

************

Kontinjen seterusnya ialah SK Lingga Baru. Dengan motto yang


begitu tenang “ Berdisiplin, Mesra, Biar Inda Manang yang
Penting Semangat Kesukanan”. Kontinjen SK Lingga Baru
diketuai oleh GB Puan Zita Petrus. Untuk makluman, SK Lingga
Baru ialah bakal pengelola MSSZ Tamparuli pada tahun hadapan.

**************

Kontinjen seterusnya ialah SK Togop. SK Togop juga adalah


bakal pengelola MSSZ Tamparuli tahun hadapan bersama- sama
dengan SK Lingga Baru. Bersama motto pasukan, “ Berdisiplin,
Berusaha dan Bersemangat! SK Togop Tatap Monotos.” Ketua
Kontinjen GB En. Palumen Pajemin.

****************

Kontijen seterusnya ialah kontinjen atlet dari SR Advent


Tamparuli. Dengan motto Shoot For The Sky Or Don’t Even Try”.
SR Advent diketuai oleh En Zorab Jaipin Guru Besar SE Advent.

Kontinjen seterusnya adalah dari SK Bawang dengan Motto


pasukan “Bersatu,Berusaha, Laju” yang diketuai oleh Pn Zainun
@ Norainun Bt Lain Guru Besar Sk Bawang.

Seterusnya, kontinjen dari SK Koporingan yang akan berjuang


dengan motto “ Usaha Asas Jaya”. SK Koporingan diketuai oleh
GB En. Hussin Hj. Yusuf.

Seterusnya Kontinjen dari SK Guakon Baru dengan Motto


Kontinjen “Satu Tekad Menggapai Kegemilangan”yang diketuai
oleh Pn Noraidah Binti Hj Ahmad Guru Besar SK Guakon Baru.

Kontinjen seterusnya, dari SK Kapa dengan motto pasukan


“Mendepani Cabaran Teras Kecemerlangan”. Kontinjen SK Kapa
diketuai oleh GB Pn Hajah Sadiah Hj Yahya.

Kontinjen seterusnya adalah dari SK Laputong . Dengan motto


mantap mereka “ Pantang Menyerah” di bawah kepimpinan GB
En. Edward Lamban.

Dan Kontinjen yang terakhir adalah dari SJK(C ) St Philip dengan


penyertaan 21 orang atlet. SJK(C ) St Philip berpegang teguh
dengan motto pasukan iaitu St Philip A1 Terus Cemerlang di
bawah dokongan Pn. Liau Yuk Sin. Guru Besar SJKC St Philip.

****
Hadirin sekalian,

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat


YB Wilfred Madius Tangau ahli parlimen P170 Tuaran dan
pengerusi penganjur En. Junaidy Azamain dan Pn Rosnah
Sawayan serta Pn Rozalind Joannes Timbalan PPD atas kesudian
menyempurnakan perarakan lintas hormat sebentar tadi.

KATA SALUTASI
Melati tumbuh kuntum sekata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Salam sembah pembuka bicara.

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu illahi

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera serta salam madani

Yang Berhormat,
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tanagu
Ahli Parlimen P.170 Tuaran
Yang Berusaha,
Pan Rozalind Joannes @Norazlin
Timbalan PPD
Sektor Perancangan
Menanggung kerja Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran
Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran

Encik Junaidy Azamain


GB SK Bundutahuri
Selaku Pengerusi Pengelola MSSZ Tamparuli kali -47

Puan Rosnah Sawayan


GB SK Gayaratau
Selaku Timb. Pengerusi Pengelola MSSZ Tamparuli kali ke-47

Yang dihormati,
En. Hendyson Salian
Yang dipertua PIBG SK Bundutahuri
Pn. Laura John
Yang dipertua PIBG SK Gayaratau
Barisan guru besar zon Tamparuli, penolong- penolong kanan,
para guru, dif-dif jemputan, tuan – tuan, puan – puan serta hadirin
yang dimuliakan.
Sesungguhnya kami, amat berbesar hati serta menghulurkan salam
menyambut mesra kehadiran tuan puan serta dif-dif jemputan ke
Hari Kemuncak Kejohanan Olahraga MSSZ Tamparuli kali ke-
47 bagi Tahun 2023.

Hadirin yang dihormati,

Seterusnya ialah nyanyian lagu “NEGARAKU dan SABAH


NYANYIAN LAGU TANAH AIRKU”
NEGARAKU & SABAH
TANAH AIRKU
Hadirin dipersilakan berdiri.

*Hadirin dipersilakan duduk.

BACAAN DOA Hadirin yang dihormati,


Awal pertama, marilah sama-sama kita merafakkan kesyukuran
ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin dan inayahnya dapat kita
bersama-sama menjayakan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan-
Sukan Zon Tamparuli pada hari ini. Doa dipohon restu dipinta,
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan al- Fadhil Ustaz
Mohammad Shahrom bin Hanafee untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohammad
Shahrom atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera


kejohanan.

MENAIKKAN BENDERA Pasukan pembawa bendera kejohanan ini terdiri daripada murid-
KEJOHANAN DAN IKRAR murid dari SK Bundutahuri iaitu adik Pierre Diamond, Elvy
KEJOHANAN Sneijder, Ellycasandra dan Jaden Preston.

( MURID AKAN MENAIKKAN BENDERA)

UCAPAN ALUAN
PENGERUSI PENGELOLA Hadirin yang dimuliakan,

Mudik di sungai mendayung sampan


Sampan didayung ke laut dalam
Sudilah lah tuan memberi ucapan
Kata aluan pemanis kalam
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan EN. Junaidy
Azamain guru besar SK Bundutahuri selaku pengerusi pengelola
kejohanan MSSZ Tamparuli kali ke- 47 untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan. Dipersilakan.

– Majlis mengucapkan terima kasih.

Tuan- tuan dan puan- puan yang dihormati

kota
kuda
Seiring sejalan seia sekata
PPD dan sekolah terpisah tiada

UCAPAN PPD TUARAN


Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Berusaha Puan Rozalind @ Norzalin Joannes ,Timbalan PPD,
Sektor Perancangan, menanggung kerja Pegawai Pendidikan
Daerah, Pejabat pendidikan Daerah Tuaran untuk menyampaikan
ucapan pembakar semangat kepada semua atlet cilik Tamparuli .
Dipersilakan.

* Terima kasih Puan Rozalind atas ucapan sebentar tadi.


Tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin yang dikasihi,

Daun semulur di pekan sari


Batang jerami rebah ke bumi
Madah dihulur sembah diberi
Kata perasmi hajatnya kami

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang


Berhormat Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, ahli
parlimen P.170 Tuaran untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Majlis Kejohanan Olahraga Majlis Sukan-
UCAPAN PERASMIAN
Sekolah Zon Tamparuli kali ke-47 bagi Tahun 2023

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Seterusnya dijemput Yang Berhormat Datuk Seri Panglima


Wilfred Madius Tangau ahli parlimen P.170 Tuaran untuk
menyempurnakan Gimik Perasmian. Mohon kepada penganjur
kejohanan En Junaidy Azamain Guru Besar SK Bundutahuri dan
Pn Rosnah Sawayan, Guru Besar SK Gayaratau serta Pn Rozalind
Joannes Timbalan PPD Tuaran untuk mengiringi Yang Berhormat
Datuk untuk menyempurnakan gimik perasmian. Dijemput juga
guru-guru besar untuk turut serta untuk menyempurnakan gimik
perasmian.
Yang Berhormat datuk akan memalu gong sebanyak 3 kali sebagai
tanda rasminya Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Zon
Tamparuli kali ke 47 bagi tahun 2023

(Gimik Perasmian)

Begitulah tadi simbolik perasmian Kejohanan Olahraga Majlis


Sukan Sekolah Zon Tamparuli Kali ke-47 Tahun 2023. Majlis
merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang
Berhormat Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau ahli
parlimen P170 Tuaran, atas kesudian merasmikan majlis pada
hari ini.

PENYAMPAIAN Tuan-tuan dan puan-puan,


CENDERAMATA KEPADA
PERASMI.. PPD..
Burung Nuri dipandang dara,
Hingga di beranda di tengah laman,
Cenderamata diberi seikhlas jiwa,
Sebagai tanda buat kenangan.
Seterusnya, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih,
dipersilakan …………………………………, untuk
menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat Datuk Seri
Panglima Wilfred Madius Tangau ahli parlimen P170 Tuaran. .
Dipersilakan YB Datuk untuk menerima cenderamata .

Seterusnya penyampaian cenderamata untuk PPD Tuaran. Untuk


itu, majlis menjemput Puan Rozalind JoannesTimbalan PPD
Tuaran untuk menerima cenderamata sebagai tanda penghargaan
dan terima kasih kami .

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk


Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dan Puan Rozalind Joannes
atas kesudian menerima cenderamata sebentar tadi.

Majlis juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang


Berusaha En. Junaidy Azamain atas penyempurnaan penyampaian
cenderamata itu tadi.

BACAAN IKRAR Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar kejohanan.

Dengan itu, dipersilakan adik Naegelle Bella Nelson untuk


memimpin bacaan ikrar kejohanan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih kepada adik Naegelle Bella


Nelson atas pimpinan ikrar kejohanan sebentar tadi.

OBOR ialah lambang semangat juang yang membara dalam diri


setiap atlet. Tanpa obor juga maka akan dinginlah suasana .

Majlis kita teruskan dengan upacara larian obor yang akan dibawa
LARIAN OBOR oleh Hazel Zoue atlet dari SK Gayaratau.

-------------------

PEMERIKSAAN Hadirin yang dimuliakan,


KONTINJEN

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan acara pemeriksaan


kontinjen. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Wilfred
Madius Tangau ahli Parlimen P170 Tuaran diiringi Ahli
Jawatankuasa Tertinggi Pengelola Sukan Zon 2023, Pn Rozalind
Joannes Timb PPD, YDP PIBG SK Bundutahuri dan YdP PIBG
SK Gayaratau untuk menyempurnakan pemeriksaan kontinjen
sekolah-sekolah yang mengambil bahagian dalam kejohanan
sukan kali ini.. Dipersilakan.

Untuk makluman para hadirin, Terdapat 12 buah sekolah di bawah


zon Tamparuli termasuklah 2 buah SJKC . Semua sekolah
telah berganding bahu dalam menjana kemenjadian kejohanan
sukan peringkat zon pada kali ini . Syabas diucapkan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Datuk Seri


Panglima Wilfred Madius Tangau ahli parlimen P170 Tuaran atas
penyempurnaan acara itu sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,


PERARAKAN KELUAR Acara seterusnya adalah perarakan keluar kontinjen perbarisan.
PERBARISAN

PERSEMBAHAN TARIAN Hadirin yang dihormati,


KONTEMPORARI Sebagai penyeri majlis pada pagi ini kita akan disajikan dengan
persembahan tarian. Kumpulan tarian ini sering menjadi jempuan
di majlis- ,ajlis rasmi dan juga keraian. Dianggotai oleh penari-
penari gabungan pelajar-pelajar dari Sekolah- sekolah menengah
di Tamparuli dan pelajar- pelajar sekolah seni.

Marilah , sama-sama kita saksikan persembahan tarian


kontemporari dari Persatuan Seni Budaya Tamparuli (PESTA)
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih. Berikan tepukan gemuruh


sekali lagi buat kumpulan PESTA atas persembahan yang
menarik itu tadi.

Untuk makluman hadirin, persembahan tarian sebentar tadi telah


dipimpin oleh En. Kuhim…selaku pengerusi PESTA. Kumpulan
ini jugalah yang telah membuat persembahan tarian sambut tamu
bagi menyambut ketibaan YB Datuk Sebentar tadi.

Hadirin Sekalian, sebagai pembuka tirai acara olahraga pada hari


ini, kita bakal menyaksikan acara 4 x 200 meter kategori Lelaki
dan Perempuan Akhir dan diikuti dengan acara terbuka 4 x 100 m
Akhir.
Que 1: Acara Olahraga

Que 2: jemput YB Sarapan Yang berhormat datuk, majlis dengan rendah diri menjemput yang
berhormat datuk diiringi oleh En Junaidy Azamain Guru Besar SK
Bundu Tahuri untuk menikmati juadah sarapan pagi yang telah
disediakan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Hadirin yang dihormati,


PENYAMPAIAN HADIAH
4X100(P//L)
Sebentar lagi tibalah acara penutup dan penyampaian hadiah bagi
4X200 (P/L)
acara yang telah dipertandingkan. Untuk itu semua murid diminta
4X100 TERBUKA
berhimpun di hadapan podium untuk meneruskan acara.
-OLAHRAGAWAN/TI
Dipersilakan.
PERBARISAN
JOHAN KESELURUHAN
Sekarang adalah acara penyampaian hadiah bagi acara yang baru
dipertandingkan sebentar tadi. Untuk itu, majlis dengan segala
hormatnya menjemput ………………………………….. bagi
menyempurnakan acara. Dipersilakan.

Hadirin yang dihormati,

Seterusnya, adalah upacara menurunkan bendera kejohanan.


Untuk itu, dipersilakan semua pentadbir dan tetamu jemputan ke
podium untuk acara penurunan dan penyerahan bendera
kejohanan. Dipersilakan.

Upacara menurunkan bendera kejohanan.

(PENUTUP)
Tuan-tuan dan puan-puan,
MENURUNKAN
BENDERA KEJOHANAN
DAN PENYERAHAN Majlis kita pada hari ini telah sampai ke penghujungnya.
KEPADA PENGELOLA
2024 Kami mewakili pihak majlis dengan rendah hati memohon ampun
dan maaf atas segala keterlanjuran bicara, tutur dan tingkah.

Sama-sama kita akhiri Kejohanan Olahraga MSSZ Tamparuli kali


ke-47 ini dengan ……..

Sehingga berjumpa lagi…

Sekian, terima kasih


JAMUAN MAKAN

Terbang rendah burung merbah,

Hinggap berdua di pohon ara,

Penganan mulia terletak sudah,

Dijemput tuan menjamu selera.

Sama-sama kita berikan laluan mesra kepada, Yang Berhormat


Datuk Seri Panglima Wilfared Madius Tangau, barisan guru besar
serta dif-dif jemputan untuk menikmati juadah yang telah
disediakan. Dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai