Anda di halaman 1dari 12

TEKS PENGACARA MAJLIS HI TEA, SEJAMBAK BUDI SEHARUM KASTURI

16 OKTOBER 2020 DEWAN KALUI BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT

PERKARA TEKS

 Terima kasih diucapkan kepada para hadirin yang sudi hadir ke Majlis Hi Tea,
Sejambak Budi Seharum Kasturi bertempat di Dewan Kalui Bukit Merah
Laketown Resort.

 Pihak majlis mohon agar para hadirin dapat menukar mod telefon bimbit
kepada mod senyap agar majlis dapat berjalan lancar.

· Hadirin juga diminta untuk berdiri semasa ketibaan tetamu kehormat


· Kerjasama para hadirin amat kami hargai.
· Terima kasih.
2:30 petang Ketibaan Mengumumkan ketibaan
VIP Yang diraikan Tuan Haji Samsuddin Bin Hj Asmawi dan Puan Hjh Rasnah bt Ahmad
Kak Fiza diiringi Encik Mohd Azmi dan Sadar, Guru Besar SK Tanjong Piandang dan barisan
Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kerian masuk ke dalam dewan.
2:45 petang
Sirih berlipat sirih pinang
Kata-kata aluan Sirih dari pulau mutiara,
Asma’
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Bismillahirahmanirrahim…..

Yang diraikan Tuan Haji Samsuddin bin Hj Asmawi, pembantu operasi SK Tanjong
Piandang dan Puan Hajah Rasnah binti Amad

Yang Berusaha,En Mohammad Zuandy Bin Sukery,


Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kerian Sektor Perancangan dan
Pegawai-pegawai daripada Pejabat Pendidikan Daerah yang hadir,

Yang berusaha
En Mohd Azmi bin Sadar, Guru Besar SK Tanjong Piandang, Barisan Kepimpinan
Sk Tanjong Piandang,
Yang Dihormati, Encik Abdullah bin Muhammad, YDP PIBG SK Tanjong Piandang,
Seterusnya Rakan-Rakan Guru, Pembantu Pengurusan Murid, Staf Sokongan, Tuan-
Tuan Dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat datang ke Majlis Hi Tea,


Sejambak Budi Seharum Kasturi.

Bacaan doa Dalam suasana ceria dan gemilang,Dari Dewan Kalui Bukit Merah Laketown Resort, Pihak
KAK FIZA Majlis mengucapkan jutaan terima kasih dan mengalu-alukan Kedatangan hadirin sekalian ke
Majlis Hi Tea, Sejambak Budi Seharum Kasturi Sk Tanjong Piandang.

Sebelum kita beranjak maju, marilah kita bersama-sama memulakan majlis kita pada hari ini
dengan bacaan umul furqan al-fatihah.
(al-fatihah)

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan.

Sebelum hari yang indah ini berganjak mengikut rentak majlis, majlis akan segera kita mulai
dengan bacaan doa.
Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan,Yang dihormati AL FADHIL Tn. Hj Azrul Akhyar
bin Mustafa untuk menerajui bacaan doa sebagai permintaan hajat dan restu, agar majlis kita
diberkati hendakNya. Dipersilakan dengan segala hormatnya.
UCAPAN TUAN GB Amin,Amin Ya Rabbal a’lamin. Semoga lafaz doa kita tadi, diberkati Allah s.w.t hendaknya. Terima
SKTP kasih diucapkan kepada yang dihormati ALFADHIL USTAZ
ASMA’
Hadirin yang budiman,

Bukan keris tanpa ulunya


Bukan majlis kalau tanpa ucapannya

Sebagai pemula majlis, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan en mohd azmi bin sadar
guru besar sk tanjong piandang untuk menyampaikan ucapan alu-aluan dipersilakan.

(ucapan guru besar)

UCAPAN PEGAWAI Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan.
PPD
KAK FIZA Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam,
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Tidak molek rasanya jika yang dijemput sudah hadir tetapi tidak berbicara,
tidak lengkap majlis ini jika kita tidak mendengar kata-katanya.

Dengan ini majlis dengan penuh takzimnya menjemput


Yang berbahagia EN MOHAMMAD ZUANDY BIN SUKERY Penolong
Pegawai Pendidikan Daerah Kerian, bagi menyampaikan ucapan alu-aluan
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada


Yang berbahagia EN MOHAMMAD ZUANDY BIN SUKERY Penolong
Pegawai Pendidikan Daerah Kerian atas ucapan beliau sebentar tadi. Semoga
amanat yang disampaikan dapat dijadikan pedoman bagi kita warga Pendidik SK
Tanjong Piandang dalam meneruskan kecemerlangan pada tahun ini dan tahun-
tahun mendatang.
UCAPAN yang Sudah biasa kita dengari
diraikan 1 Patah tumbuh hilang berganti
Namun tak sama dengan yang ini
ASMA’ Tak mungkin ada galang ganti

Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Tuan Haji Samsuddin
Bin Hj Asmawi untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Kain songket cantik kilauan


Ditenun oleh orang kemaman
Tak terbalas budimu tuan
Kami merakam setinggi-tinggi penghargaan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Samsuddin Bin Hj Asmawi atas ucapan
sebentar tadi
UCAPAN yang Hadirin yang dihormati sekalian,
diraikan 2
Bagi memeriahkan majlis kita pada petang ini, marilah kita bersama-sama
menyaksikan persembahan multimedia yang disediakan oleh anak-anak Tuan Haji
KAK FIZA
Samsuddin bin Hj Asmawi buat ayahanda tersayang sebagai pengganti diri.

Tiap pertemuan ada perpisahan,


Begitulah rentetan perjalanan,
Walau sukar untuk ditelan,
Itu adat itu lumrah kehidupan,

Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang diraikan Puan
Hajah Rasnah binti Ahmad untuk menyampaikan ucapan.

Akar keladi melilit selasih,


Selasih tumbuh tepi jambangan,
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.
Penyampaian watikah Terima kasih diucapkan kepada Puan Hajah Rasnah Binti Ahmad atas ucapan
persaraan sebentar tadi.

Sudah teradat si anak lelaki,


Asma’
Mati berjuang, berundur jangan,
Berani kami menjujung adat,
Bukan memberi kata dan puji,
Hanya budi dalam ingatan,
Buat kenangan sepanjang hayat.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Guru Besar SK Tanjong


Piandang Encik Mohd Azmi bin Sadar untuk mengiringi En Zuandy bin Sukery bagi
menyampaikan watikah persaraan kepada yang diraikan Tuan Haji Samsuddin bin Hj
Asmawi. Dengan segala hormatnya di persilakan.
Sebaik sahaja yang Majlis mengucapkan jutaan Terima Kasih atas kesudian menyampaikan watikah itu
diraikan dan yang sebentar tadi.
berusaha berada dia
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
atas pentas untuk
Penyampaian hadiah Sebagai tanda ingatan dan mengenang jasa bakti yang telah dicurahkan selama 21
dan cenderamata tahun di SK Tanjong Piandang, kita teruskan majlis dengan penyampaian
cenderamata buat Yang Diraikan Tuan Haji Samsuddin bin Hj Asmawi.
Kak Fiza
Terlebih dahulu majlis sekali lagi mempersilakan Yang Berusaha Tuan Guru Besar
SK Tanjong Piandang Encik Mohd Azmi bin Sadar untuk mempersilakan dan
seterusnya mengiringi yang diraikan Tuan Hj Samsuddin bin Hj Asmawi ke atas
pentas utama untuk menerima cenderamata.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


Penyampaian hadiah Dipersilakan ___________________ mewakili KGKT untuk menyampaikan
cenderamata kepada yang diraikan. Dipersilakan.

Seterusnya dpersilakan ___________________ mewakili PIBG untuk


menyampaikan cenderamata kepada yang diraikan. Dipersilakan.

Dipersilakan ___________________ mewakili Pentadbir untuk menyampaikan


cenderamata kepada yang diraikan. Dipersilakan.

Seterusnya dpersilakan ___________________ mewakili PPD untuk menyampaikan


cenderamata kepada yang diraikan. Dipersilakan.

Dipersilakan ___________________ mewakili Panitia BM untuk menyampaikan


cenderamata kepada yang diraikan. Dipersilakan.

Dipersilakan ___________________ mewakili Panitia BI untuk menyampaikan


cenderamata kepada yang diraikan. Dipersilakan.

Dipersilakan ___________________ mewakili Panitia Matematik untuk


menyampaikan cenderamata kepada yang diraikan. Dipersilakan.

Dipersilakan ___________________ mewakili Panitia Sains untuk menyampaikan


cenderamata kepada yang diraikan. Dipersilakan.

Dipersilakan ___________________ mewakili Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa


Arab untuk menyampaikan cenderamata kepada yang diraikan. Dipersilakan.
Dipersilakan ___________________ mewakili PPKI untuk menyampaikan
cenderamata kepada yang diraikan. Dipersilakan.

Dipersilakan ___________________ mewakili Pra Sekolah untuk menyampaikan


cenderamata kepada yang diraikan. Dipersilakan.

Dipersilakan ___________________ mewakili Staff Swasta dan Pengawal


Keselamatan untuk menyampaikan cenderamata kepada yang diraikan.
Dipersilakan.

Dipersilakan ___________________ untuk menyampaikan cenderamata kepada


yang diraikan. Dipersilakan.

Dipersilakan ___________________ untuk menyampaikan cenderamata kepada


yang diraikan. Dipersilakan.

Dipersilakan ___________________ untuk menyampaikan cenderamata kepada


yang diraikan. Dipersilakan.

Dan yang terakhir, dipersilakan ___________________ untuk menyampaikan


cenderamata tanda kenang-kenangan kepada yang diraikan. Dipersilakan.

Jamuan Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang hadiah buat
Asma’ yang diraikan pada hari ini.

Buah cemara jatuh berderai,


Jatuh berderai di atas para,
Hasrat hati tak mahu bercerai,
Namun, apakan daya kita sudah tiba di hujung acara.

Tuai padi antara masak,


Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak ,
Esok jangan rindu-rinduan.

Dengan ini, berakhirlah sudah majlis kita pada petang ini. Majlis mempersilakan
hadirin dan hadirat untuk menjamu selera dengan pelbagai hidangan yang telah
disediakan.

Sebelum bersurai, pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang
diraikan Tuan Haji Samsuddin bin Hj Asmawi dan Puan Hajah Rasnah binti Ahmad
kerana sudi untuk bersama dengan kami pada petang ini.
Pihak majlis mendoakan agar yang diraikan Tuan Haji Samsuddin bin Hj Asmawi dan
Puan Hajah Rasnah binti Ahmad bertambah sihat, ceria dan bahagia bersama
keluarga tercinta di dunia dan akhirat.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada para tetamu dan hadirin yang
sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis Hi Tea, Sejambak Budi
Seharum Kasturi.

Sekian, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ! Selamat menjamu selera !

Anda mungkin juga menyukai