Anda di halaman 1dari 10

TEKS PENGACARA SEINDAH KENANGAN

TABURAN BUDI KILAUAN KEJORA


MAJLIS PERPISAHAN
CIKGU MUHAMAD HANIS/ PN.NOORZAMZURINA/ EN.FAUZAN

TARIKH: 17 JUNE 2022 (JUMAAT)

CUE ANN.

 
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan, Cikgu muhamad Hanis
B Zulkhairi, Pn. Noorzamzurina & En Fauzan.

 
 
KETIBAAN YANG DIRAIKAN

Selamat datang ke Majlis Taburan Budi Kilauan Kejora Majlis


Perpisahan buat Cikgu Muhammad hanis, Pn Noorzamzurina &
En.Fauzan.

 
SALUTASI Bismillahirahmanirahim

  Assalammualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,

Sayang pesanan terlupa sudah,

Majlis bermula tirai dibuka,

Dengan alunan madah yang indah.

1.    Yang berusaha, Pn Pengetua SMK Puteri Titiwangsa

Pn Nafisah Bt Hashim
 

2.    Yang Dihormati,

En Hamzaisham Hamzah, Pen Kanan Pentadbiran

Pn Aliza Bt Hamdan, Pemangku Pen kanan Hal Ehwal Murid

Pn Seetha A/P Apalasamy, Pen Kanan Kokurikulum

Yang diraikan,

Cikgu Muhammad Hanis Zulkhairi

En Mohd Fauzan

Pn Noor Zamzurina

Para Pentadbir, barisan guru serta murid-murid yang dikasihi


seklaian.

KATA-KATA ALUAN PENGACARA Hadirin yang dikasihi,.


   

Pakat bersama menunggang kuda,

                      Biarpun seketika masanya cuma;

Sisihkan sengketa kiranya ada,

                  Bertemu berpisah  perencanaan-Nya.

Anak Cina main gelombang,


                Terlihat jauh di Tanjung Jati,

Tuan umpama bunga yang kembang,

                Sentiasa hidup di dalam hati.

Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap pertemuan


pasti mengundang perpisahan. Hadirin, kita berkumpul pada
hari ini sama ada secara nyata mahupun maya adalah untuk
meraikan Yang berusaha, Cikgu …………………………………….yang
bakal meninggalkan jejak kenangan serta taburan budi yang
tidak terkira di sekolah ini.

Andainya bintang di angkasa tidak mampu dikira begitulah


juga besarnya jasa ……………………..sehingga tidak mampu untuk
kami membalasnya. Sekalung penghargaan diucapkan buat
………………………… yang diraikan atas kesudian menghadirkan
diri.

BACAAN DOA Hadirin para jemputan yang dihormati,


   

Kalau pergi Tanjung Keramat,

              Anak manis jangan diangkat,

Bersama kita memohon rahmat,

              Moga majlis mendapat berkat.

Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan, Al-


Fadhil Ustaz
…………………………………… untuk memimpin bacaan doa.

Majlis mempersilakan.

–       Amin, amin ya Rabbal A’lamin. Majlis merakamkan


ucapan terima kasih.

   
UCAPAN ALUAN GPK Para tetamu yang dihormati,
PENTADBIRAN
 
 
Duduk sekawan si burung unta,

                Tepi keramat di waktu malam,

Padamu tuan kami meminta,

                Kata azimat pembuka kalam.

Pihak majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan


mempersilakan, Yang berusaha,
…………………………………………..untuk tampil menyampaikan
ucapan. Majlis mempersilakan.

–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian


Cikgu Ahmad Imran bin Mat Isa atas kesudian menyampaikan
ucapan alu-aluan sebentar tadi.
 

Para tetamu yang dikasihi,


 

Pergi ke kota beli selasih,

              Sayang si dara dibuat halwa,

Berilah kata simpulan kasih,

          Sulamkan mesra satukan jiwa.

 
UCAPAN YDP PIBG

Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan,


Yang dihormati, Encik Hairul Nizam bin Zainol Abidin, YDP
PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Masai untuk menyampaikan
ucapan. Majlis mempersilakan.

–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

UCAPAN PEGAWAI PPD PASIR Hadirin yang dikasihi,


GUDANG  

Besar langit di tepi busut,

            Besar tak muat di dalam peti,

Besar hajat kami menjemput,

          Besar niat di dalam hati

 
Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan, Yang
berusaha, Cikgu Haji Kuswandi bin Tayen, Pegawai Pendidikan
Daerah Pasir Gudang untuk menyampaikan ucapan. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

–       Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima


kasih atas kesudian Yang berusaha Cikgu Haji Kuswandi bin
Tayen menyampaikan ucapan sebentar tadi.

   
TAYANGAN MONTAJ Para tetamu yang dihormati,

   

  Sudah teradat si anak lelaki,

  Mati berjuang berundur jangan,

  Berani kami menjunjung adat,

  Bukan memberi kata dan puji,

  Hanya budi dalam ingatan,


Buat kenangan sepanjang hayat.

Hadirin, marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan


montaj yang telah disediakan. Dipersilakan.
 
 
 
–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
  persembahan montaj sebentar tadi.

  (KELUAR HANDSCANNER)

  Majlis menjemput dan mempersilakan Yang diraikan Cikgu Haji


Zainuddin bin Mohd Alie, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota
Masai tampil bagi menyempurnakan acara simbolik majlis
  persaraan pada hari ini.

  (KEK MASUK)

  Majlis mempersilakan, Yang berusaha, Cikgu Haji Kuswandi bin


Tayen, Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang untuk
  menyarungkan selempang kepada Yang diraikan, Cikgu Haji
Zainuddin bin Mohd Alie. Dipersilakan.
 
Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Cikgu Haji
GIMIK Kuswandy bin Tayen untuk mengiringi Yang diraikan, Cikgu
Haji Zainuddin bin Mohd Alie menyempurnakan acara
memotong kek. Dipersilakan.

–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu


Haji Kuswandy bin Tayen, Pegawai Pendidikan Daerah Pasir
Gudang dan Yang diraikan, Cikgu Haji Zainuddin bin Mohd
Alie.

   
UCAPAN YANG DIRAIKAN Hadirin yang dikasihi,

 
Jangan tertawan alpa duniawi,

              Hanya indah serupa mimpi,

Duhai tuan kesatria dirai,

          Hulurkan madah kata bersakti.

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan.

Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan


mempersilakan Yang Diraikan, Cikgu Haji Zainuddin bin Haji
Mohd Alie, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai untuk
menyampaikan ucapan beliau. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian


tuan yang diraikan menyampaikan ucapan sebentar tadi.

PENYAMPAIAN WATIKAH Para tetamu yang dihormati,


PERSARAAN OLEH PPD PG  

Atur cara majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan


mempersilakan, Cikgu Haji Kuswandi bin Tayen, Pegawai
Pendidikan Daerah Pasir Gudang untuk menyampaikan watikah
persaraan. Majlis mempersilakan.

Majlis menjemput dengan penuh takzimnya Yang diraikan,


Cikgu Haji Zainuddin bin haji Mohd Alie untuk menerima
watikah persaraan daripada Tuan Pegawai Pendidikan Daerah
Pasir Gudang. Dipersilakan.
 

–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu


Haji Zainuddin Bin Haji Mohd Alie.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan


Yang berusaha, Cikgu Noor Malawati Bt Aspan untuk tampil
bagi menerima surat pelantikan sebagai Guru Besar Baharu
PENYERAHAN SURAT Sekolah Kebangsaan Kota Masai. Majlis dengan segala
PERTUKARAN MASUK GB hormatnya mempersilakan.
BAHARU  

–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

PENUTUP Hadirin yang dihormati,


 

Menggamit rindu datang ke mari,

              Waktu bersama duka gembira,

Kenangan lalu memahat memori,

              Taburan budi kilauan kejora.

Waktu terasa cepat berlalu. Tiada kata secantik bahasa untuk


menggambarkan beratnya hati melepaskan pergi. Namun,
yang tersirat telah pun tersurat. Kami mendoakan semoga
Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie akan sentiasa sihat
dan menikmati hari-hari bahagia bersama keluarga tercinta.

Selamat bersara Cikgu. Segala kenangan akan terpahat


menjadi memori sepanjang zaman.

 
Hadirin, sekian berakhirlan majlis kita pada hari ini. Pihak majlis
merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada
semua yang terlibat dalam menyempurnakan majlis kita pada
hari ini.

Assalammualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai