Anda di halaman 1dari 11

TEKS PENGACARA SEJAMBAK KASIH, SEKALUNG BUDI, TERUKIR

MEMORI, KENANGAN ABADI

MAJLIS PERSARAAN PN. NOR FAREDAH BT ABD MANAn

TARIKH: 31 JULAI 2023 (ISNIN)

ANN.
CUE

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan, Cikgu


Faredah bt Abd Manan

KETIBAAN YANG Selamat datang ke Majlis Persaraan Cikgu Faredah


DIRAIKAN bt Abd Manan guru Sk Methodist

Sejambak kasih sekalung budi, terukir memori,


kenangan abadi.

Bismillahirahmanirahim
SALUTASI Assalammualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,

Sayang pesanan terlupa sudah,

Majlis bermula tirai dibuka,

Dengan alunan madah yang indah.

1. Yang diraikan, Cikgu Faredah bt Abd Manan


Guru Sekolah Kebangsaan Methodist
2. Yang Berusaha, Puan Umi Zalina bt Mohd
Ibrahim, Guru Besar SK Methodist

3. Yang dihormati, En Mohd Adib Syahiran bin


Nordin

YDP PIBG Sekolah Kebangsaan

4. Barisan penolong kanan, Encik Azizul Bin Shukri


Penolong Kanan Pentadbiran. Puan Haslinawati bt
Mohd Hashim, Penolong Kanan HEM dan Puan
Nor Amalina bt Mohd Arshad, Penolong Kanan
Kokurikulum.
5. Dif-dif jemputan
6. Para guru dan murid-murid yang disayangi
7. Seterusnya hadirin yang dimuliakan.

KATA-KATA ALUAN Hadirin yang dikasihi,.


PENGACARA

Pakat bersama menunggang kuda,

Biarpun hanya seketika masanya;

Sisihkan sengketa kiranya ada,

Bertemu berpisah perencanaan-Nya.

Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap


pertemuan pasti mengundang perpisahan.
Hadirin, kita berkumpul pada hari ini adalah untuk
meraikan Puan Faredah bt Abd Manan yang bakal
meninggalkan jejak kenangan serta taburan budi
yang tidak terkira di sekolah ini.

Andainya bintang di angkasa tidak mampu dikira


begitulah juga besarnya jasa beliau sehingga tidak
mampu untuk kami membalasnya. Sekalung
penghargaan diucapkan buat Cikgu Faredah yang
diraikan atas kesudian menghadirkan diri. Tidaklah
seberapa majlis ini untuk meraikan seorang guru
yang telah lama memberi khidmat bati di sekolah
SK Methodist ini.

Hadirin para jemputan yang dihormati,

Kalau pergi Tanjung Keramat,

Anak manis jangan diangkat,

Bersama kita memohon rahmat,

Moga majlis mendapat berkat.

BACAAN DOA
Untuk itu, pihak majlis menjemput dan
mempersilakan, Al- Fadhil Ustaz

Mohd Rizal bin Daud untuk memimpin bacaan


doa.

Majlis mempersilakan.

– Amin, amin ya Rabbal A’lamin. Majlis


merakamkan ucapan terima kasih.

Sebagai pembukaan majlis marilah sama-sama


kita saksikan satu persembahan iaitu persembahan
silat dari adik Naqib Harith bin Abd Rahim. Untuk
Persembahan Pembukaan
makluman hadirin sekelian adik Naqib merupakan
anak bongsu kepada insan yang diraikan pada hari
ini iaitu Cikgu Faredah.. Dipersilakan…
Para tetamu yang dihormati,

Pergi ke kota beli selasih,

Sayang si dara dibuat halwa,

Berilah kata simpulan kasih,

Sulamkan mesra satukan jiwa.

UCAPAN WAKIL MURID

Pihak majlis dengan ini menjemput dan


mempersilakan, Adik Mohd Arid Hazim wakil bagi
murid-murid SK Methodist untuk tampil
menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

– Majlis merakamkan ucapan terima kasih


kepada adik Hazim atas kesudian menyampaikan
ucapan sebentar tadi.
Para tetamu yang dikasihi,

Duduk sekawan si burung unta,

Tepi keramat di waktu malam,

Padamu tuan kami meminta,

Kata azimat pembuka kalam.


UCAPAN WAKIL GURU

Majlis diteruskan dengan menjemput dan


mempersilakan, Pn Zuraidah binti Mohamed wakil
bagi guru-guru Sekolah Kebangsaan Methodist
untuk menyampaikan ucapan. Majlis
mempersilakan.

– Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

UCAPAN GURU BESAR Hadirin yang dikasihi,

Duduk sekawan si burung unta,

Tepi keramat di waktu malam,

Padamu tuan kami meminta,

Kata azimat pembuka kalam.

Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan,


Yang berusaha, Puan Umi Zalina bt Mohd Ibrahim
untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
– Majlis merakamkan penghargaan dan
ucapan terima kasih atas kesudian Yang berusaha
Puan Umi Zalilna atas ucapan sebentar tadi.

TAYANGAN MONTAJ
Para tetamu yang dihormati,

Sudah teradat si anak lelaki,

Mati berjuang berundur jangan,

Berani kami menjunjung adat,

Bukan memberi kata dan puji,

Hanya budi dalam ingatan,

Buat kenangan sepanjang hayat.

Hadirin, marilah sama-sama kita menyaksikan


persembahan montaj yang telah disediakan.
Dipersilakan.

– Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas


persembahan montaj sebentar tadi.

Sirih pinang di atas pagar


Diambil sehelai dibawa pergi,
Irama Malaysia indah didenar,
Menjadi tatapan majlis berseri.

Hadirin yang dihormati,


Marilah kita sama-sama saksikan persembahan nyanyian
lagu irama Malaysia yang bertajuk Lemak Manis yang
akan disampaikan oleh adik Ramadhan Shah.
PERSEMBAHAN MURID Dipersilakan.

(Ramadhan menyanyi)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada adik


Ramadhan atas persembahan sebentar tadi.

Seterusnya marilah kita sama-sama bergurindam dengan


persembahan yang akan disampaikan oleh murid-murid
SK Methodist yang bertajuk Gurindam Guruku sayang.

(Persembahan Gurindam)

Majlis mengucapkan terima kasih di atas persembahan


sebentar tadi.

PERSEMBAHAN GURU Jika tadi kita telah disajikan dengan persembahan


murid, kini marilah sama-sama kita saksikan
persembahan khas buat insan dirai oleh warga SK
Methodist. Dengan ini dijemput guru-guru SK
Methodist bersama anak murid-murid SK
Methodist untuk menyampaikan Persembahan
Nyayian yang bertajuk Anta Permana dan Pergi.
Dipersilakan.

Terima kasih kepada semua guru-guru dan murid


sk Methodist atas persembahan itu tadi.

Hadirin yang dikasihi,

Jangan tertawan alpa duniawi,

Hanya indah serupa mimpi,

Duhai insan kesatria dirai,

Hulurkan madah kata bersakti.

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan.


UCAPAN YANG DIRAI

Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan


mempersilakan Yang Diraikan, Cikgu Nor Faredah
bt Abd Manan Guru Sekolah Kebangsaan
Methodist untuk menyampaikan ucapan beliau.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

– Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas


kesudian Cikgu Faredah menyampaikan ucapan
sebentar tadi.

UPACARA MEMOTONG Majlis dengan hormatnya menjemput dan


PULUT mempersilakan Yang diraikan Cikgu Nor Faredah
untuk tampil bagi menyempurnakan acara
simbolik majlis persaraan pada hari ini.
(PULUT MASUK)

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan


Puan Umi Zalina untuk mengiringi Yang diraikan,
Cikgu Nor Faredah menyempurnakan acara
memotong kek. Dipersilakan.

– Majlis merakamkan ucapan terima kasih


kepada Puan Umi dan Puan Nor Faredah

Para tetamu yang dihormati,

Atur cara majlis diteruskan lagi dengan


menjemput dan mempersilakan, Puan Umi Zalina
untuk menyampaikan watikah persaraan. Majlis
mempersilakan.
PENYAMPAIAN WATIKAH
PERSARAAN
Majlis menjemput dengan penuh takzimnya
menjemput Yang diraikan, Cikgu Nor Faredah bt
Abd Manan untuk menerima watikah persaraan.
Dipersilakan.

– Majlis merakamkan ucapan terima kasih

PENYAMPAIAN HADIAH Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan


mempersilakan Yang Dirai Cikgu Faredah bt Abd
Manan diringi oleh Puan Umi Zalina untuk tampil
bagi menerima sedikit cenderamata. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis dengan ini menjemput

Wakil Tahun 1 -

Wakil Tahun 2 -

Wakil Tahun 3 -

Wakil Tahun 4 -

Wakil Tahun 5 -

Wakil Tahun 6 -

Wakil Guru -

Wakil PIBG -

– Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

PENUTUP Hadirin yang dihormati,

Menggamit rindu datang ke mari,

Waktu bersama duka gembira,


Kenangan lalu memahat memori,

Taburan budi kilauan kejora.

Waktu terasa cepat berlalu. Tiada kata secantik


bahasa untuk menggambarkan beratnya hati
melepaskan pergi. Namun, yang tersirat telah pun
tersurat. Kami mendoakan semoga Cikgu Faredah
akan sentiasa sihat dan menikmati hari-hari
bahagia bersama keluarga tercinta.

Selamat bersara Cikgu. Segala kenangan akan


terpahat menjadi memori sepanjang zaman.

Hadirin, sekian berakhirlan majlis kita pada hari ini.


Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih dan
penghargaan kepada semua yang terlibat dalam
menyempurnakan majlis kita pada hari ini.

Saya Hulwani binti Abdul Aziz ingin memohon


kemaafan jika ada kekurangnan dan kesilapan
sepanjang berlangsungnya majlis pada hari ini.

Sehingga bertemu lagi…

Assalammualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai