Anda di halaman 1dari 7

SETULUS BUDI, SEINDAH MEMORI

MAJLIS PERSARAAN PUAN HAJAH SITI ZAKIAH BINTI RAMTAN

PERKARA UCAPAN
PENGUMUMAN
PERTAMA Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
(BERI
PERINGATAN Mohon perhatian, saya minta jasa baik hadirin untuk senyap dan bersedia
KEPADA kerana majlis kita akan bermula sebentar sahaja lagi. Terima kasih
HADIRIN)

Mengumumkan ketibaan
Yang Diraikan, Puan Hajah Siti Zakiah binti Ramtan diiringi dif-dif kehormat
dan tetamu jemputan masuk ke perkarangan majlis.
PENGUMUMAN
KETIBAAN VIP, (VIP masuk ke dalam dewan bersama alunan Qasidah yang pertama)
DIF-DIF
KEHORMAT Persembahan silat pembukaan itu tadi ditarikan oleh pesilat-pesilat dari
DAN TETAMU Persatuan Silat Seni Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai.
JEMPUTAN.
Diminta, Yang Diraikan bersama suami untuk mencari barang tersembunyi
PERSEMBAHAN dalam kotak yang disediakan.
SILAT
Majlis mempersilakan Yang Diraikan, Puan Hajah Siti Zakiah binti Ramtan
PEMAKAIAN bersama suami untuk duduk di pelaminan. Dipersilakan
SELEMPANG
PERSARAAN (VIP naik ke atas pentas bersama alunan Qasidah yang ke-2)

Persembahan Qasidah sebentar tadi daripada pelajar Tahfiz al-Muhtadin.


Berikan tepukan kepada mereka.

SALUTASI Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Yang Diraikan, Puan Hajah Siti Zakiah binti Ramtan, Penolong Kanan
Pentadbiran
Yang Dihormati, Tuan Haji Karim bin Tumin, suami kepada Yang Diraikan
merangkap Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Jabatan
Pendidikan Negeri Melaka.
Tuan Haji Mohd Zainuddin bin Jamaluddin, Timbalan Sektor Pengurusan
Sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah Jasin
Yang Berusaha, En Muhammad Safuan Chai bin Abdullah, Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai
Puan Hajah Siti Maslahah binti Omar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Puan Hajah Halizah binti Abdullah, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
Barisan guru kanan mata pelajaran,
Guru-guru yang dikasihi,
Para tetamu dan
Anak-anak murid SMKSR yang dirahmati Allah sekalian

Kapur gambir dalam puan,


Menggobek sirih tepi serambi,
Selamat datang hadirin dan taulan,
Tambah sempurna majlis kami.

UCAPAN ALU- Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan
ALUAN kurnia-Nya dapat lagi kita bersua dalam Majlis Setulus Budi, Seindah Memori
PENGACARA
MAJLIS khas buat Puan Hajah Siti Zakiah binti Ramtan.

Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti


mengundang perpisahan. Hadirin, kita berkumpul pada hari ini adalah untuk
meraikan Puan Hajah Siti Zakiah binti Ramtan yang bakal meninggalkan
jejak kenangan serta taburan budi yang tidak terkira di sekolah ini.

BACAAN DOA
Gosok tembaga sampai berkilat,
Nampak cahayanya semakin hebat,
Majlis kita insya-Allah berkat,
Bersulam dengan rahim dan rahmat.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput Ustaz Azmi bin
Md Yusof untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Aamiin Aamiin Aamiin YRA.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Azmi bin Md Yusof atas bacaan doa
sebentar tadi.

Duduk sekawan gadis jelita,


Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Majlis mempersilakan Yang Berusaha, En Muhammad Safuan Chai bin


UCAPAN TUAN
PENGETUA Abdullah, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, En Muhammad Safuan Chai


bin Abdullah, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai atas
ucapan beliau sebentar tadi.

Hadirin sekalian. Marilah sama-sama kita alihkan pandangan kita ke layar


TAYANGAN
BIODATA YANG putih untuk menyaksikan bingkasan memori Puan Hajah Siti Zakiah binti
DIRAIKAN Ramtan .

Jangan tertawan alpa duniawi,


Hanya indah serupa mimpi,
Duhai puan pendidik srikandi,
Hulurkan madah kata bersakti.

UCAPAN YANG Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan, pihak majlis dengan sukacitanya
DIRAIKAN menjemput dan mempersilakan Yang Diraikan, Puan Hajah Siti Zakiah binti
Ramtan untuk menyampaikan bingkisan nasihat beliau. Majlis dengan
takzimnya, mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Diraikan, Puan Hajah Siti Zakiah binti
Ramtan atas bingkisan nasihat beliau sebentar tadi.

POTONG PULUT
Tidak lengkap majlis persaraan tanpa acara memotong pulut kuning. Terlebih
dahulu, majlis menjemput barisan pentadbir untuk berada di atas pentas
bersama Yang Diraikan bagi acara memotong pulut kuning. Dipersilakan

KUNING Marilah sama-sama kita berselawat sebagai tanda syukur kita kepada Yang
Maha Esa.

(Selawat)

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,


Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah. Majlis menjemput Yang
Diraikan, Puan Hajah Siti Zakiah binti Ramtan untuk menerima hadiah tanda
kenang-kenangan daripada warga Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai
Rambai. Dipersilakan.
PENYAMPAIAN
HADIAH Acara penyampaian hadiah akan mulakan dengan hadiah daripada…

(Rujuk senarai hadiah - Fitriah dan Zarifah)

Terima kasih diucapkan kepada Yang Diraikan, Puan Hajah Siti Zakiah binti
Ramtan atas kesudian menerima hadiah daripada kami.

PERSEMBAHAN Hadirin yang dirahmati Allah,


Majlis akan diteruskan lagi dengan persembahan.

1) Persembahan pertama merupakan persembahan nazam daripada


kumpulan Soutul Mukhlisin bertajuk Nazam Nasihat dan Nazam
Persaraan khas buat Yang Diraikan, Puan Hajah Siti Zakiah binti Ramtan.
Dipersilakan
2) Terima kasih diucapkan kepada kumpulan Soutul Mukhlisin atas
persembahan nazam sebentar tadi.

3) Persembahan seterusnya merupakan nasyid daripada kumpulan


INSPIRE, wakil murid-murid Program Pendidikan Khas dan Integrasi
(PPKI) yang bertajuk Dia Kekasih Allah. Dipersilakan.
4) Terima kasih diucapkan kepada kumpulan INSPIRE atas persembahan
nasyid sebentar tadi.
5) Baiklah, kita teruskan persembahan majlis kita dengan menjemput Cikgu
Liza Mat Yamin yang akan menyanyikan lagu bertajuk Siti Payung.
Dipersilakan.
6) Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Liza Mat Yamin atas persembahan
nyanyian sebentar tadi.

7) Kita teruskan majlis kita dengan pesembahan koir bahasa Inggeris.


Dipersilakan.
8) Terima kasih diucapkan kepada kumpulan koir sebentar tadi.

9) Kita teruskan persembahan majlis kita dengan menjemput sekali lagi


Cikgu Liza Mat Yamin yang akan menyanyikan lagu bertajuk My Way.
Dipersilakan.
10) Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Liza Mat Yamin atas persembahan
nyanyian sebentar tadi.

Yang Diraikan, hadirin dan hadirat.

TAYANGAN
Marilah sama-sama kita saksikan tayangan video ucapan daripada warga
VIDEO UCAPAN
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai sebagai titipan kenangan
untuk Puan Hajah Siti Zakiah binti Ramtan.

NYANYIAN
LAGU Hadirin, sebelum saya menutup tirai majlis, marilah sama-sama kita saksikan

DARIPADA persembahan terakhir.

SUAMI YANG
Persembahan terakhir ini merupakan persembahan istimewa untuk Yang
DIRAIKAN
Diraikan, Puan Hajah Siti Zakiah binti Ramtan. Oleh itu, saya menjemput dan
mempersilakan suami kepada Puan Hajah Siti Zakiah binti Ramtan, Tuan Haji
Karim bin Tumin untuk mempersembahkan nyanyian. Dengan segala
hormatnya, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Karim bin Tumin atas
persembahan nyanyian sebentar tadi.

SEND OFF
MAJLIS Kini kita tiba di penghujung acara. Sebelum saya mengundurkan diri, izinkan

BERSURAI saya untuk membacakan sedikit kalimat ini.

SESI Terima kasih cikgu Zakiah atas segala jasa, budi, pengorbanan dan

BERGAMBAR kemajuan yang telah cikgu sumbangkan sepanjang berkhidmat dalam dunia
pendidikan ini. Saya selaku warga Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai
Rambai memohon kemaafan daripada cikgu sekiranya terdapat percakapan
dan tingkah kami yang menguris di hati cikgu.

Semoga Cikgu Zakiah sentiasa berada dalam lindungan Yang Maha Esa,
dipermudah segala urusan, dikurniakan kesihatan yang berkekalan,
dilimpahkan segala rezeki dan sentiasa ceria selalu.

Pahat papan serupa dulu,


Bawah kain daun cermai;
Rehatlah cikgu di dunia baru,
Ukhuwah terjalin usah terurai.

Pandai terbilang putera perkasa,


Tengok puteri akar dicari;
Andai ada ruang dan masa,
Jenguklah kami bugarkan memori.

Saya menjemput semua guru dan tetamu jemputan untuk sesi bergambar
sebagai tanda kenang-kenangan buat Puan Hajah Siti Zakiah binti Ramtan.
Dipersilakan.

Saya minta jasa baik semua murid lelaki dan perempuan untuk berdiri
dengan senyap. Sama-samalah kita melambaikan tangan kepada Yang
Diraikan, Puan Hajah Siti Zakiah binti Ramtan.

Murid-murid juga diminta untuk berarak keluar sambil melambaikan tangan


kepada Puan Hajah Siti Zakiah binti Ramtan

Anda mungkin juga menyukai